Allahyarham Kapten Sahimi Razali.
Insiden itu berlaku sebaik sahaja mangsa menurunkan tiga penumpang termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Juruterbang, Kapten Sahimi Razali, 38, dari Kajang Selangor, mengalami kecederaan parah di bahagian rusuk terus digegaskan ke Hospital Sibu oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).
Muhyiddin bersama isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut melawat Sahimi yang menjalani pembedahan di Hospital Sibu kira-kira pukul 4 petang.
Muhyiddin yang menghabiskan kira-kira 15 minit di luar dewan pembedahan turut menyaksikan proses pembedahan yang dijalankan. - Utusan
..........................................................
Kebiasaannya pilot akan merehatkan enjin helicopter dalam masa 30 minit sebelum meneruskan penerbangan berikutnya, ini kerana enjin helikopter perlu disejukkan terlebih dahulu. Dalam keadaan cuaca yang kurang memuaskan, pilot biasanya tidak akan melakukan penerbangan, cuaca buruk dan angin kencang memungkin kan pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku.
Salam takziah kepada keluarga mangsa, alfatihah...
No comments:
Post a Comment