Setiap tahun tanggal 1 Mei merupakan cuti umum yang diberikan untuk meraikan hari pekerja. Tidak kira anda sebagai pekerja sektor swasta atau penjawat awam dan malahan setiap insan yang bergelar pekerja, layak untuk menyambutnya. Dengan apa cara dan bagaimana sekali pun, terpulang. Ada yang mengambil peluang untuk bersama-sama dengan keluarga dan teman-teman untuk berjalan-jalan dan beriadah. Ada yang hanya duduk dekat rumah dan menghabiskan masa dengan tidur.
.
Bagi penjawat awam, mereka mengharapkan ole-ole yang akan diumumkan oleh YAB PM, ole-ole yang boleh menggembirakan mereka. Mereka mengharapkan gaji dinaikkan, elaun tetap perumahan dinaikan daripada RM180.00 kepada RM350.00 (bagi gred 1-40, elaun COLA diselaraskan kepada RM300.00 dan pelbagai pengharapan lain lagi. Alasan adalah situasi kenaikan harga barang keperluan yang amat merungsingkan sekarang ini.
Apa yang kita perhatian, kenaikan harga keperluan harian (termasuk petrol) memberi kesan jangka panjang kepada semua pengguna, yang amat kasihan adalah, kenaikan gaji pada tahun 2007 yang lalu tidak lagi mampu untuk menampung perbelanjaan harian masa kini. Ini ditambah lagi dengan kadar hutang piutang (peribadi/perumahan/kenderaan) yang turut menyusutkan lagi keadaan kegawatan ekonomi persendiriaan para pekerja tersebut.
Sebagai pekerja, apakah yang mampu kita lakukan untuk mengatasi masalah tersebut, potong perbelanjaan yang tidak perlu, buat pembiayaan semula atau bincang dengan pihak bank supaya dapat memanjangkan tempoh bayaran balik dan supaya ansuran bulanan dapat dikecilkan, membuat kerja-kerja tambahan bagi menambah pendapatan dan sebagainya.
Bagi yang tidak mengalami masalah kewangan dalam kehidupan mereka tahniah diucapkan, bagi yang sedang mengalaminya, berusahalah untuk mengatasinya, setiap kesempitan akan mengajar kita untuk berfikir mencari jalan penyelesaiannya.
Selamat hari pekerja 2011, semoga produktiviti akan bertambah dan kedudukan kewangan peribadi dan keluarga kita akan bertambah baik.

No comments:
Post a Comment