4/23/2011

PBB kecam pihak desak Taib undur ; PM minta masa umum kedudukan KM Sarawak

Oleh Mohd Roji Kawi



mdroji@bharian.com.my http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PBBkecampihakdesakTaibundur/Article/print_html


2011/04/23

Komponen digesa hormati setiakawan BN
KUCHING: "Siapa mereka yang mempersoalkan mandat rakyat Sarawak yang diberi kepada Ketua Menteri (Tan Sri Abdul Taib Mahmud) untuk terus menerajui negeri ini sehingga tempoh peralihan kuasa yang ditetapkan?"


Itu soalan diajukan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Fadillah Yusof, kepada mereka yang mendesak Taib supaya melepaskan jawatan.

Fadillah yang memanggil mesyuarat tergempar Exco Pemuda PBB di ibu pejabat parti itu di Jalan Bako, malam kelmarin berkata mereka tidak berpuas hati kerana ada kalangan rakan dalam Barisan Nasional (BN) mengeluarkan kenyataan yang tidak melambangkan semangat BN yang sebenar.

Sehubungan itu, beliau menuntut semua pihak yang mengeluarkan kenyataan berhubung peralihan kuasa Ketua Menteri supaya tidak mengulanginya lagi demi memelihara semangat perpaduan dan kerjasama BN.

“Semangat BN ialah menghormati sesama komponen dan atas semangat itu, jika rakyat Sarawak sudah memberi mandat, maka kita harus hormati,” katanya.

Kelmarin, Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu, dalam satu kenyataan mendesak Taib melepaskan jawatannya selepas keputusan pilihan raya negeri 16 April lalu menunjukkan kemerosotan sokongan terhadap BN.

Fadilah berkata, sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Taib pernah menyatakan soal peralihan kuasa Ketua Menteri Sarawak itu harus diserahkan kepada mereka berdua.

“Persetujuan sudah dicapai antara Perdana Menteri dan Ketua Menteri bahawa soal peralihan kuasa hak mereka. Itu bermakna pihak lain tidak perlu masuk campur dalam perkara itu.

“Sebab itu, kami menuntut supaya semua pihak menghormati pendirian dibuat dua pemimpin tertinggi itu dan kepada rakan komponen BN, kami menuntut mereka supaya menghormati semangat BN,” katanya.

Katanya, peralihan kuasa di Sarawak perlu dibuat dengan teliti supaya negeri ini mendapat pemimpin yang terbaik dan mengukuhkan perpaduan rakyat Sarawak, bukan melemahkannya.

“Pada pilihan raya lalu jelas menunjukkan keyakinan rakyat Sarawak terhadap BN dengan memberi mandat di 55 kerusi dan ini bermakna rakyat masih yakin dengan BN negeri yang dipimpin Ketua Menteri.

“Faktor lain menunjukkan rakyat Sarawak cukup yakin dengan Ketua Menteri ialah kemenangan 100 peratus PBB di 35 kawasan yang bermakna rakyat mahukan Presiden PBB itu terus memimpin negeri sehingga tempoh peralihan ditetapkan, kita kena terima hakikat itu,” katanya.

=========================================================
 
Oleh Faiza Zainudin



faiza@bharian.com.my http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PMmintamasaumumkedudukanKMSarawak/Article/print_html


2011/04/23


Isu desakan Abdul Taib letak jawatan lebih awal


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak meminta semua pihak memberinya masa berhubung desakan agar Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud meletak jawatan lebih awal daripada jangka masa dua tahun yang dijanjikannya.

“Saya sudah membuat komen, cukuplah.... bagi saya masa,” kata Perdana Menteri ringkas pada sidang media selepas majlis Hari Perhimpunan Petani, Penternak dan Nelayan di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan pelbagai pihak termasuk Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu yang mahu Abdul Taib mempercepatkan penyerahan kuasa kepada penggantinya selepas menerajui Sarawak lebih 30 tahun selain kemerosotan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10, baru-baru ini.

Sebelum ini, Najib dilaporkan berkata beliau dan Abdul Taib sudah mencapai persefahaman berhubung calon pengganti ketua menteri bagi memastikan kelancaran peralihan kuasa kepemimpinan negeri berkenaan.

Perdana Menteri berkata, mereka akan mendedahkan nama pengganti ketua menteri apabila tiba masanya kelak dan menegaskan peralihan kuasa tetap akan berlaku namun keputusan itu tidak boleh dibuat secara terburu-buru bagi mengelak masalah pada parti dan kerajaan.

Abdul Taib juga sebelum ini dilaporkan berkata beliau tidak mahu pemimpin Parti Pesaka Bumiputera Sarawak (PBB) bergaduh untuk merebut jawatan Ketua Menteri apabila beliau bersara kelak.

Sementara itu di PUTRAJAYA, BERNAMA melaporkan Perdana Menteri menerima kunjungan hormat Imam Besar, Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Abdul Aziz As-Sudais, yang kini dalam rangka lawatan tujuh hari ke negara ini bermula Isnin lalu.

Turut serta anak Imam Besar, Suhaib; Duta Arab Saudi ke Malaysia Mohamad Reda Abu Al-Hamayel; dan Atase Agama Kedutaan Arab Saudi ke Malaysia Sheikh Abdul Rahman Atallah.

“Saya percaya kalau dia melihat di sini ada banyak kepincangan dari segi kita mengamalkan Islam, saya percaya dia tidak akan datang ke Malaysia. Keputusan dia datang itu dengan sendirinya adalah pengiktirafan atas apa yang sudah dilakukan kita selama ini untuk umat Islam dan untuk menegakkan Islam di Malaysia,” katanya dalam pertemuan 40 minit itu. Abdul Rahman turut melahirkan penghargaannya terhadap Malaysia sebagai negara Islam contoh, selain mengagumi perkembangan dakwah Islamiah di negara ini.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Najib berkata kunjungan Imam Besar itu adalah satu pengiktirafan terhadap usaha kerajaan Malaysia bagi menegakkan Islam di negara ini.

Beliau berkata Abdul Rahman turut menyatakan bahawa hubungan antara Malaysia dan Arab Saudi, amat mantap dan akrab, dan kedua-dua negara perlu terus bekerjasama demi kepentingan umat Islam.

"Beliau juga memuji tingkah laku jemaah haji Malaysia yang diharap akan jadi contoh kepada jemaah haji dari negara-negara lain sebab kita menguruskan mereka dengan begitu tertib dan sopan," kata Najib.

Perdana Menteri berkata, Imam Besar itu menghargai Malaysia kerana menyanjungi usaha kerajaan Saudi dalam konteks menentukan kestabilan negara itu dan negara-negara jirannya supaya Baitullah dan Masjid Nabawi terselamat dan tidak akan diganggu gugat dalam apa juga keadaan. - BERNAMA

No comments:

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...