5/03/2011

OSAMA DIBUNUH, OBAMA

Mungkin secara kebetulan, dua nama lelaki yang berpengaruh, seorang OSAMA dan seorang lagi OBAMA. Mewarnai pentas dunia dewasa ini. Dua lelaki yang punyai nama yang gah pada pandangan pengikut mereka sendiri.


Osama, seorang yang dilabel sebagai pengganas oleh AS & sekutunya negara barat, lahir pada tahun 1957-2011 (sama dengan tarikh kemerdekaan Malaysia - tak termasuk Sarawak). Tragedi keganasan kerap dikaitkan dengan kumpulan Al-Qaeda yang dipimpin oleh Osama bin Laden, ironinya Osama pernah dilatih oleh pihak AS, sebelum bertindak menentang kezaliman/ketidakadilan negara barat terhadap negara Islam/umat Islam di Afghanistan. Kemuncak keganasan yang dikaitkan dengan Osama adalah pengeboman World Trade Centre pada 11.09.2001...betul atau tidak kejadian tersebut didalangi oleh Osama @ kumpulan al-qaeda wallahualam...

Barrack Hussein Obama (4/08/1961) seorang keturunan Amerika/Afrika, kulit hitam pertama yang berjaya menjadi Presiden AS, di wartakan juga dia seorang Muslim...Menjadikan dia presiden AS yang ke 44. Menduduki kerusi lelaki paling berkuasa di dunia, melayakkan dia menjadi buruan kepada pemimpin-pemimpin dunia yang lain, apa tidaknya reputasi seorang pemimpin akan naik sekiranya mereka mengadakan perjumpaan atau perbincangan dengan Obama...bestnya jadi lelaki paling berkuasa kat dunia....

Kematian Osama bin Laden yang dicanangkan oleh Obama pada 2/05/2011 mendapat pelbagai reaksi dari seluruh pelusok dunia, warganegara barat khususnya amat menunggu-nunggu dan amat teruja gembira mendengar perkhabaran tersebut. Osama dibom mati di Islamabad, Pakistan. Tentera AS memberitahu, jenazah Obama telah diuruskan secara ISLAM, di kuburkan di dalam lautan (tidak dinyatakan lokasi sebenar).  Alasan tiada negara di dunia yang sanggup menerima jenazah allahyarham Osama...

Betul atau tipu, berita kematian Osama hanya ALLAH swt sahaja yang mengetahui...kematian Osama adalah syahid kata sesetengah pendapat.  Bagi pihak yang mendambakan kematian Osama, mereka amat berpuas hati, dendam telah terbalas...namun yang pasti selagi mana sesuatu agama/bangsa/negara itu ditindas dan disisih, selagi itu akan berlaku penentangan balas, ia tidak akan berhenti disitu sahaja. Percayalah....Islam amat membencii keganasan dan kezaliman, peperangan adalah jalan terakhir sekiranya tiada lagi jalan penyelesaian..

Alfatihah buat allahyarham Osama bin Laden.

Nama hampir serupa...ditambah "S" jadi OSAMA, ditambah "B" jadi OBAMA...

Sekiranya tiada "S" dan "B", jadilah nama itu OAMA..nama yang tidak dikenali..nama yang tiada menjadi ketakutan atau menjadi kebanggaan kepada AS...

Dimanakah kekuatan Hang Tuah, pada namanya atau pada taming sarinya...Kalau pada kerisnya kekuatan Hang Tuah makanya kalau dibuang taming..jadilah ia sari..sari yang diguna oleh wanita berketurunan India, sari yang dibuat daripada kain yang lembut dan cantik..disebabkan oleh kain yang lembut dan cantik jugalah Hang Jebat tewas di tangan Hang Tuah, bila mana Hang Jebat terperangkap disebalik gelungan kain langsir istana Sultan Melaka, sebelum ditikam oleh Hang Tuah dengan Taming Sari sehingga cedera parah...dan membawa kematian Hang Jebat..

Maka menurut ceritera lamanya, kekuatan Hang Tuah adalah pada huruf "T" pada pangkal nama TUAH itu...kalau dibuang "T" dan disimpan "B" atau "S"..hilanglah kekuatannya. Apa tidaknya ia menjadi "BUAH" dan "SUAH"..Makanya huruf "B" & "S" itu hanya kuat pada "OSAMA" dan "OBAMA" sahaja. Yang pasti ada lagi cerita lain yang akan timbul selepas ini nanti....

No comments:

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...