MATO GROSSO DO SUL (Brazil): Seorang bayi perempuan disahkan mati apabila doktor di sebuah hospital di Brazil bertengkar dalam bilik bersalin kerana masing-masing enggan mengalah dalam menguruskan proses bersalin itu.
Media negara itu melaporkan, doktor yang terbabit dalamm kejadian itu terpaksa dikeluarkan kakitangan keselamatan hospital, sebelum seorang doktor lain cuba membantu wanita berusia 32 tahun melahirkan anaknya.
Bagaimanapun, katanya lagi, bayi perempuan itu gagal diselamatkan dan disahkan mati ketika lahir.
Susulan kejadian itu, agensi berita Agencia Estadi, berkata kedua-dua doktor terbabit dipecat dan siasatan sedang dijalankan oleh pihak polis dan pihak berkuasa perubatan.
Laporan mengesahkan kedua-dua doktor lelaki terbabit mula bertengkar apabila seorang doktor lain yang tiba untuk menjalankan tugasnya enggan membenarkan doktor yang sedang merawat ibu mangsa, Gislaine de Matos Rodrigues, meneruskan kerjanya kerana menyifatkan ia adalah tanggungjawab beliau untuk meneruskan prosedur itu.
Ia menjadi lebih teruk apabila pertengkaran berlanjutan ke pergaduhan.
"Ia adalah satu pergaduhan besar apabila mereka akhirnya bergaduh sehingga berguling di atas lantai. Isteri saya menjerit meminta mereka berhenti," kata suami wanita terbabit, Gilberto Melo Cabreira yang dipetik akhbar Sao Paulo, Folha.
Menurut sijil kelahiran, kematian bayi perempuan itu disebabkan kekurangan Oksigen. Bagaimanapun, bedah siasat masih belum selesai. - bbc.co.uk
No comments:
Post a Comment