Oleh Mohamed Farid Noh BH ONLINE 11.12.2009
KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan wanita semalam menarik perhatian ramai, termasuk media apabila mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini bagi mengesahkan pernikahannya yang dilakukan secara batin (tajdi), empat tahun lalu.
Siti Zaharah Zakaria, 44, dalam permohonannya mendakwa pernikahannya bersama Mohd Noor Nordin, 41, di Bandar Sri Damansara di sini pada 30 Jun 2005, dilakukan tanpa wali, jurunikah, saksi dan hanya bersaksikan Allah.
Permohonan itu, dipercayai yang pertama dikemukakan di mahkamah berkenaan, dibuat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.
Peguam Siti Zaharah, Zaidi Ibrahim, yang ditemui pemberita di luar mahkamah menjelaskan pernikahan itu hanya dihadiri pasangan berkenaan dan disudahi dengan hubungan kelamin menandakan perkahwinan itu sudah dimeterai dan kedua-duanya menganggap mereka sah sebagai suami isteri.
Siti Zaharah selaku plaintif dalam permohonan sama, turut memohon mahkamah mengesahkan pernikahan semulanya dengan Mohd Noor (defendan) yang dilakukan menerusi sindiket di Tak Bai, Thailand pada Julai 2005.
Zaidi memberitahu mahkamah permohonan anak guamnya sudah difailkan 10 November lalu, manakala pada 12 November pula pihaknya memasukkan afidavit tambahan serta notis saman terhadap Mohd Noor untuk hadir ke mahkamah.
Mohd Noor yang tidak diwakili peguam, bagaimanapun memberitahu mahkamah pernikahan secara batin itu tidak pernah berlaku, sebaliknya beliau bernikah dengan Siti Zaharah menggunakan sindiket di Tak Bai, Thailand.
“Pernikahan kami sebenarnya mempunyai dokumen yang sah, iaitu sijil nikah yang turut dikeluarkan jabatan agama di sana tetapi sudah dikoyakkan Siti Zaharah,” katanya.
Sebaik mendengar penjelasan Mohd Noor, Ketua Hakim Syarie, Mohamad Abdullah yang mengendalikan prosiding itu memerintahkan defendan untuk menyediakan pembelaan bertulis bagi menjawab permohonan plaintif berikutan beliau tidak mempunyai peguam.
“Kamu perlu menjawab semua permohonan yang dibuat isteri kamu secara bertulis dulu sebelum mahkamah dapat meneruskan perbicaraan kes ini sepenuhnya,” katanya.
Mohamad turut menetapkan 11 Januari depan bagi mendengar pembelaan bertulis Mohd Noor berhubung permohonan yang dikemukakan responden sebelum menangguhkan kes berkenaan.
Siti Zaharah yang ditemui pemberita selepas prosiding itu, enggan memberi sebarang komen mengenai pernikahannya dan meminta semua pertanyaan dikemukakan kepada peguamnya.
Mohd Noor yang juga ahli perniagaan, berkata pernikahannya dengan Siti Zaharah adalah perkahwinan keduanya, tetapi mereka tidak dikurniakan anak.
“Tiada pernikahan secara batin berlaku antara saya dan Siti Zaharah. Permohonan itu mengaibkan saya serta mencalar maruah keluarga,” katanya.
BERSAMA MENCARI KEKAYAAN YANG DI ANUGERAHKAN OLEH ALLAH SWT. JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA KELMARIN DAN ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.
Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...
-
Takziah Kepada Keluarga CM KUALA LUMPUR 2 Jun - Cucu perempuan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang dirawat di Unit Rawata...
-
KAEDAH MELARUTKAN STOK A DAN B Pada masa kini, ramai masyarakat diluar mula mendapat kesedaran dan berminat bercucuk tanam ...
-
Puan Sri Laila Taib meninggal dunia - BH Online 29/04/2009 KUCHING: Puan Sri Laila Taib, isteri Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Tai...
No comments:
Post a Comment