12/11/2009

SwissCash cuma beri ID pengguna

TAHNIAH diucapkan kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) kerana memenangi kes tuntutan ke atas pihak yang mendalangi pelaburan haram SwissCash yang pernah menggemparkan negara tidak lama dulu.


Saya merujuk kepada laman web SC memaklumkan bayaran balik skim SwissCash iaitu semua pelabur yang pernah ditipu dalam skim ini akan dibayar semula wang mereka dengan syarat dan kriteria ditetapkan suruhanjaya itu.

Antara kriteria penting yang perlu disediakan oleh mangsa pelaburan adalah bukti pembayaran ke atas pelaburan terbabit. Seperti diketahui, mangsa sudah ditipu kerana mereka diuar-uarkan pelaburan ini jenis on-line iaitu tanpa sebarang buku akaun.

Jadi adalah sukar untuk kami mencari semula bukti pembayaran itu kerana perkara ini sudah berlaku sejak tiga tahun lalu. Mungkin yang kami simpan adalah ‘ID pengguna’ dan ‘kata kunci’ untuk kami ‘log-in’ ke dalam laman web terbabit bagi melihat wang pelaburan kami.

Dengan kepakaran yang ada, tidak mustahil untuk mereka mengaktifkan semula laman web itu supaya dapat melihat jumlah pelaburan oleh seseorang menggunakan ‘log in ID’ dan kata kunci mereka.

Ini adalah cara terbaik untuk membolehkan kami mendapat semula wang kami berbanding mengemukakan bukti pelaburan yang mungkin hanya disimpan oleh segelintir kecil saja.


MANGSA SWISSCASH,
Pahang.

Ruangan Surat BH online - 11.12.2009...

No comments:

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...