12/02/2009

Subsidi petrol guna MyKad Mei

Oleh Kamarulzaidi Kamis



kamarulzaidi@bharian.com.my - BH Online 02.12.2009



Kerajaan boleh jimat RM2 bilion, bantu kurangkan defisit bajet negara


KUALA LUMPUR: Sistem subsidi petrol baru menggunakan MyKad yang akan diperkenalkan Mei tahun depan akan membolehkan kerajaan berjimat lebih RM2 bilion perbelanjaan subsidi, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Katanya, kerajaan sedang dalam proses membangunkan sistem itu, membabitkan pembayaran untuk petrol baru menggunakan MyKad di semua stesen minyak di Malaysia.

“Sistem itu dijangka siap April untuk dilaksanakan Mei tahun depan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pembukaan Persidangan Tinjauan Ekonomi Nasional 2010-2011 anjuran Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (Mier) di sini, semalam.

Ahmad Husni berkata, melalui sistem baru itu subsidi dapat disalurkan dengan lebih cekap kepada golongan sasar tanpa mengira kaum serta membantu mengurangkan defisit bajet negara.

Terdahulu dalam ucapan pada persidangan itu, Ahmad Husni berkata, kerajaan secara umumnya menyalurkan subsidi RM8,000 setahun bagi setiap rakyat negara ini.

“Perkara itu tidak hanya membebankan perbelanjaan operasi kerajaan tetapi turut mewujudkan gangguan dalam pasaran.

“Oleh demikian, kita perlu mengimbangi perkara itu menerusi kajian semula struktur subsidi untuk memastikan pelaksanaan yang lebih cekap,” katanya.

Pelaksanaan sistem subsidi baru itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2010, Oktober lalu, bagi memastikan manfaatnya dinikmati kumpulan sasaran.

Dalam sistem sedia ada, subsidi dinikmati semua pihak daripada golongan berpendapatan tinggi hingga kepada rakyat asing yang memasuki negara ini.

Bagi tahun 2009, peruntukan subsidi bahan api dijangka turun kepada RM9 bilion daripada RM17.6 bilion pada 2008 susulan kedudukan harga minyak global yang lebih rendah.

Penyusunan semula subsidi minyak pada 1 September lalu turut membantu menjana penjimatan tambahan sebanyak RM260 juta.

Melalui penstrukturan itu, kerajaan memperkenalkan petrol RON95 yang dijual pada harga RM1.80 seliter manakala RON97 iaitu petrol gred premium dijual pada harga RM2.05 seliter.

_____________________

Boleh Kumpul beli minyak sikit-sikit sekarang...

taklah berbaris sepanjang malam bila ia dah dikuat kuasakan nanti..

ini untuk pengguna yang takde mykad lah..

(ramai sangatkah bilangannya - tapi ikut penjimatan lebih RM2 bilion..bermakna ramailah yang takkan dapat subsidi nanti..berjayakan ia dilaksanakan..belanja kemaskini sistem siapa yang tanggung..)

No comments:

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...