12/31/2009

Selamat Datang 2010 dan Selamat Tinggal 2009

Menjelang kedatangan 2010 beberapa jam sahaja lagi saya ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pelawat yang bertandang di laman blog saya.

2009 meninggalkan kenangan yang amat sukar dilupakan di mana ibu tersayang telah meninggalkan kami semua pada tanggal 5/1/2009 pada usia 61 tahun.  Amat sedih untuk menghadapinya namun ALLAH swt lebih lagi menyayanginya.  40 hari sebelum itu Datuk pergi meninggalkan kami semua...pergi takkan kembali lagi..pada usia 80 + tahun..

Seminggu selepas itu pula kita sekeluarga mendapat musibah lagi bilamana isteri kita mengalami keguguran...keguguran yang ke 3...besarnya dugaan yang ALLAH berikan...sedihnya memang tak terhingga...20 hari selepas ibu meninggal..mak saudara (isteri adik arwah ibu) pula pergi menghadap ilahi..pada usia 50 tahun..masalah hipertersi dan diabetis... Ya ALLAH ...berat sungguh ujianMu...terkial-kial kami sekeluarga..cuma yang pasti itu adalah perancangan Mu yang tiada boleh diubah oleh sesiapa pun...

Sesungguhnya rezeki itu datang dari Mu...Alhamdulillah isteri kita disahkan berbadan 2 lagi...walaupun diuji dengan PV spotting dan RIF pain..isteri kita bersabar menghadapi segala rintangan..Tiada aral melintang dan dengan segala rahmatMu..insyaALLAH penghujung Januari atau awal Februari 2010 kita akan menerima kehadiran penyeri baru dalam keluarga mini kita...

Yang sulung ganti akan memasuki alam persekolahan pada 4/1/2010...hati amat berdebar untuk berhadapan dengan suasana baru itu nanti...janganlah kakak mengikuti jejakku yang terpaksa dijaga oleh ayah dan ibu disekolah selama hampir 3 bulan..ayah & ibu hanya dapat bekerja mencari rezeki pada sebelah petang atau hujung minggu...nasib jugalah ayah tidak mengendahkan cadangan guru kelas waktu itu (Cikgu Ahmad) untuk berhenti sekolah dan mendaftar baru pada tahun berikutnya...Takpa kata ayah. Kami akan tunggu sehingga anak kami tak mahu kami tunggu lagi...Alhamdulillah..berkat kecekalan ayah dan ibu...setidak-tidaknya saya dapat hidup selesa seperti sekarang...taklah kaya...tapi dapat memiliki apa yang orang lain ada...terima kasih ayah & Ibu..

Tahun 2009 juga keluarga mini kita telah berpindah di rumah baru pada tanggal 1/5/2009... Alhamdulillah...walaupun berkerja agak jauh dari rumah baru...kesempatan pada cuti-cuti umum diambil untuk melawat rumah tersebut...memang letih..apa tidaknya hampir 10 jam pemanduan..tapi bila dah sampai di rumah baru...segala keletihan akan lenyap...hati gembira...boleh menziarahi pusara ibu, boleh menziarahi ayah dan kaum keluarga di kampung...amat bersyukur kerana telah punyai rumah sendiri walaupun tak sebesar mana..cukuplah untuk untuk keluarga mini ini berteduh dan bergembira..


Semoga 2010 rezeki kita semuanya akan bertambah baik...rezeki itu tidak semestinya wang ringgit atau harta benda...

Selamat Tahun Baru 2010...

No comments:

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...