12/24/2009

Puji pengecualian bayaran bil elektrik RM20 ke bawah

PENGUMUMAN kerajaan bahawa pengecualian pembayaran bagi bil elektrik RM20 dan ke bawah dilanjutkan sehingga Disember tahun depan seperti yang diumumkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin, baru -baru ini amat dialu-alukan.


Pengumuman tersebut yang turut disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia merupakan satu hadiah tahun baru yang bakal disambut beberapa hari lagi buat rakyat Malaysia, terutama sekali bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Pengumuman itu juga menepati hasrat dan dasar kerajaan di bawah Perdana Menteri, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

Bagi mereka yang berpendapatan tinggi, nilai RM20 adalah sesuatu yang amat kecil. Tetapi bagi para petani dan nelayan, pengayuh beca dan pekebun kecil, nilai itu amat besar dan bererti, lebih-lebih lagi dalam menghadapi musim tengkujuh dan harga barangan makanan yang semakin naik melambung setiap hari.

Bagi mereka yang kerjanya ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’, pengumuman itu merupakan satu rahmat sempena kedatangan tahun baru. Apa lagi di akhir tahun nanti mereka terpaksa mencari duit tambahan untuk menampung pembelian peralatan dan persekolahan anak-anak. Dengan pengecualian itu, wang tersebut boleh disalurkan kepada perkara-perkara lebih penting dan bermanfaat demi kesejahteraan keluarga.

Jelas pengumuman tersebut menampakkan sikap prihatin kerajaan pada golongan bawahan yang sentiasa memerlukan pembelaan kerajaan. Bagi mereka yang mempunyai tanggungan yang ramai, memerlukan perbelanjaan yang lebih untuk menampung keperluan keluarga. Bagi mereka, wang RM20 itu sudah boleh membantu, sekurang-kurangnya boleh meringankan beban mereka.

Langkah sebegini sepatutnya dicontohi oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang lain seperti Telekom, Lembaga Air, Petronas dan sebagainya yang melibatkan pengguna. Tidak wajar syarikat -syarikat berkenaan mengumumkan keuntungan berjuta-juta ringgit setiap akhir tahun tetapi mengabaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat sedangkan keuntungan syarikat sebahagian besarnya datang daripada pengguna itu sendiri.

Pengguna menggunakan perkhidmatan mereka, setiap hari memberikan keuntungan kepada syarikat tetapi syarikat seolah-olah melupai ‘jasa’ pengguna yang ‘taat’ melangsaikan bil setiap bulan.

Jika langkah TNB ini dicontohi syarikat-syarikat lain, sudah pasti usaha kerajaan untuk menarik kembali sokongan rakyat yang ‘hilang’ dalam pilihan raya tempoh hari dapat dikembalikan.

Utusan Malaysia 24.12.2009
-------------------

Alhamdulillah Saya juga dapat tempias hasil daripada pengecualian Kerajaan Ini. Syukurlah. RM20.00 tu banyak...sekiranya ia menjadi satu dasar @ pengecualian tetap kerajaan alangkah baiknya.  Sekurang-kurangnya ia boleh digunakan untuk bayar bil-bil lain.

Terima Kasih Kerajaan.

No comments:

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...