1/04/2010

Gula naik RM0.20 atau Bertambah Kayakah Raja Gula

Berita gembira atau berita yang amat mendukacitakan.  Harga gula naik RM0.20. Apakah kesan yang akan berlaku selepas ini.

Semut mati kerana gula.  Manusia mati akibat kompilkasi kencing manis, bukannya kerana penyakit tersebut.



Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana paras glukos (gula) tinggi di dalam darah disebabkan oleh kekurangan atau kurang keberkesanan insulin.
• Keadaan ini disebabkan oleh kurang hormon insulin yang dihasilkan oleh organ Pankreas.
• Insulin mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakanglukos dari darah ke dalam sel.
• Sekiranya anda mengalami Diabetes Mellitus, glukos tidak boleh masuk ke dalam sel, sebaliknya kekal di dalam darah dan menyebabkan paras glukos tinggi dalam darah


Itu adalah sedikit info berkenaan dengan kencing manis, dari sudut kesihatan.


Tapi kita akan lihat kesan semasa sekarang, para peniaga seperti menyembunyikan gula, kalau ditanya..gula dah habis, pemborong/pengedar gula hanya bagi 100kg sahaja, kita pesan 500 kg..itu kata mereka, ada peniaga atau pasaraya yang menghadkan jam penjualan gula, kalau hadkan pembelian hanya 2kg satu keluarga tidak apalah...pelbagailah alasan yang diberikan.

Kesan lain..harga minuman/makanan yang berasaskan gula akan naik. Minuman biasanya dijual RM1.60 segelas akan naik RM1.80..maknanya harga kenaikan sekilo gula akan menyeimbangi kenaikan minuman tersebut. Itu untuk minuman, akan berlaku kenaikan pada barang-barang lain selepas ini..

Kenaikan tersebut memang melampau, alasan peniaga mereka tidak untung kalau tidak ikut trend kenaikan tersebut..sebenarnya istilah tidak untung sengaja mereka perbesarkan.  Bagi peniaga selagi mana mereka dapat mencipta keuntungan dari sesuatu barang-barang perniagaan tersebut mereka akan buat bersungguh-sungguh.  Tiada untung bagi mereka bukan maknanya mereka rugi teruk atau bangkrap.

Yang menjadi mangsa adalah pengguna yang berpendapatan rendah atau pengguna yang tidak mempunyai pendapatan tetap.  Memang terasa sangat akibat kenaikan gula tersebut.  Memang kita alukan pandangan daripada kerajaan yang mahukan penggunaan gula dikurangkan, kerana alasan dari sudut kesihatan, tapi mesti diingati, kenaikan gula tersebut turut memberi impak lain dalam kehidupan semua pengguna, kerana kenaikan barang-barang lain juga akan mengekorinya. Berjayakah pemantauan yang  dibuat untuk mengekang kenaikkan pelbagai barang-barang lain nanti?

Betulkah para peniaga akan menurut segala arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa?  Atau keuntungan besar  lebih penting daripada tiada untung yang seperti para peniaga uar-uarkan? Atau menjadi mangsa lagilkah 'para pengguna' yang betul-betul berstatus pengguna hakiki?

Kenalkah anda dengan Tan Sri Robert Kuok?  Kerana apa dia masih menjuarai kedudukan pertama dalam 10 orang yang paling kaya di Malaysia? Atau kenalkah anda siapa Raja Gula?




No comments:

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...