KUCHING: Sebuah pesawat ringan pribadi disahkan terhempas di satu kawasan hutan dekat daerah Simunjan kira-kira pukul 9.30 pagi tadi, kata Pesuruhjaya Polis negeri Datuk Mohamed Salleh.
Beliau berkata, setakat ini pihaknya belum lagi menerima laporan lanjut berhubung kejadian itu namun difahamkan pesawat itu membawa dua penumpang dan nasib mereka belum diketahui.
"Saya belum lagi menerima laporan penuh kejadian tersebut namun saya mengesahkan memang ada pesawat terhempas di Simunjan pagi ini, kita masih menunggu laporan penuh," katanya.
Sementara itu, jurucakap Hornbill Skyways ketika dihubungi berkata pihaknya memang ada menerima laporan kejadian tersebut namun ia bukanlah melibatkan pesawat milik syarikat terbabit.
Katanya, setakat ini Hornbill Skyways tidak terbabit dalam sebarang operasi mencari dan menyelamat (SAR) kerana ia hanya membabitkan Unit Udara Polis dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). -
Bernama 24.01.2010
BERSAMA MENCARI KEKAYAAN YANG DI ANUGERAHKAN OLEH ALLAH SWT. JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA KELMARIN DAN ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.
Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...
-
Takziah Kepada Keluarga CM KUALA LUMPUR 2 Jun - Cucu perempuan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang dirawat di Unit Rawata...
-
KAEDAH MELARUTKAN STOK A DAN B Pada masa kini, ramai masyarakat diluar mula mendapat kesedaran dan berminat bercucuk tanam ...
-
Puan Sri Laila Taib meninggal dunia - BH Online 29/04/2009 KUCHING: Puan Sri Laila Taib, isteri Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Tai...
No comments:
Post a Comment