1/03/2010

Kalimah Allah atau Hanya Sekadar Menyejukkan Keadaan atau Propaganda Sulit!

Apa sebenarnya yang hendak dijadikan propaganda. Negara heboh oleh pelbagai isu yang berlaku diluar jangkaan.  Dari kenaikan harga barang, kenaikan harga rokok, pengenalan GST, AFTA, pergeselan politik semasa...dan keghaiban enjin pesawat F-5E TUDM..dan pelbagai isu 'megaly'

Negara dihangatkan lagi dengan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan perkataan "Allah" dalam penerbitan mingguan Herald-The Catholic Weekly.

Kita tidak mahu Malaysia sebagai negara majmuk yang aman damai daripada pergeseran agama dan perkauman akan terjebak ke arah itu.  Bukan ada untungnya...banyak pihak yang akan rugi...kecualilah pihak yang betul-betul ingin menangguk di air yang keruh.

Janganlah ia dijadikan satu propaganda sulit untuk kepentingan sesuatu pihak..demi merealisasikan matlamat atau perjuangan yang hendak dicapai.

Seperti yang kita ketahui..umat Islam/Melayu di negara kita amat sensitif apabila disentuh berkenaan dengan agamanya walaupun mereka hanya penganut Islam keturunan.  Mereka juga sensitif soal halal haram seperti babi/anjing, walaupun arak mereka tegok, judi mereka main, rokok mereka hisap dan dengan kata lain bukan penganut Islam yang HAKIKI.

Kita mesti  ingat, sesuatu yang berlaku itu adalah ketetapan ALLAH yang semestinya mempunyai maksud dan hikmah yang mungkin hanya terurai dalam masa terdekat atau masa mendatang. Sehari atau 10 tahun yang akan datang.

Kita janganlah terlalu emosional dalam perkara ini..Tapi bukanlah hanya kita duduk mendiamkan diri, sewajarnya kita muhasabah diri..kerana apa yang kita pelajari dari sejarah, umat Islam berjaya dikotak katik bilamana mereka bercakaran sesama sendiri.  Kekuatan ada pada mereka, tapi mereka tidak pandai menggunakannya. 

Biarlah masalah yang timbul menjadi titik tolak untuk perpaduan umat Islam di seluruh Malaysia amnya dan seluruh pelusok dunia khasnya.

Tapi yang kita tidak mahu berlaku adalah umat Islam SENDIRI yang menjadi dalangnya. Atau istilah lainnya mereka yang munafik. Perpura-pura Islam di luarnya, tapi di dalam lain.

Ya ALLAH...selamatkanlah agamamu dan umat-umat Islam keseluruhannya..

No comments:

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...