1/24/2010

JALAN MUKAH SIAP 2010 / KEMENTERIAN KERJA RAYA



Kenyataan ini, diambil terus dari pautan disesawang Kementerian Kerja Raya tanpa sebarang suntingan. Lihatlah ejaan nama Sarawak. Sudah berapa lama jalan ini wujud.


"KEMENTERIAN Kerja Raya ingin merujuk surat ‘Cashrwd’ yang disiarkan ruangan ini pada 7 Januari lalu. Jalan yang dimaksudkan pengadu ialah Simpang Selangau (Bahagian Sibu) hingga ke Simpang Mukah Balingian (Matadeng) di Serawak.

Untuk makluman, jalan ini adalah jalan negeri dan bukan Jalan Persekutuan. Bagaimanapun, kementerian memaklumkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak berhubung perkara ini. Hasil maklum balas dari JKR Sarawak, kerajaan Sarawak sudah meluaskan projek untuk menaik taraf jalan Mukah ke Simpang Jalan Sibu/Bintulu sepanjang 54.2kilometer ke taraf JKR R5 di bawah peruntukan kerajaan negeri dan dijadualkan siap pada Julai 2010.


Untuk makluman, jalan sedia ada dibina pada 1970 dengan taraf yang rendah untuk kegunaan mengangkut hasil kelapa sawit. Jalan ini enam meter lebar dengan bahu jalan sempit.


Beberapa faktor dikenal pasti menjadi penyebab keadaan jalan menjadi semakin teruk selepas 2005, apabila jalan itu tidak dapat menampung kenderaan berat yang mengangkut hasil arang batu dan kelapa sawit dari kawasan berhampiran di samping faktor cuaca yang tidak menentu.


Bagaimanapun, buat sementara waktu JKR Sarawak sudah menubuhkan pasukan khas untuk membantu menyelenggara keseluruhan jalan ini demi keselamatan penguna di Mukah. Pihak kami memohon pengadu berhubung terus dengan JKR Sarawak untuk meklumat lanjut."

sumber: http://intranet.kkr.gov.my/en/node/4400
  : http://sarawakupdate.com/news/berita/zon-tengah/jalan-mukah-siap-pada-2010-kementerian-kerja-raya/

No comments:

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...