1/03/2010

Keluar 1 Masuk 1, Pengorbanan Untuk Election 2010

Dr Tiki Sokong Wakil Bidayuh Isi Jawatan Timbalan Menteri Pelancongan


KUCHING, 2 Jan (Bernama) -- Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Dr Tiki Lafe menyokong gesaan untuk seorang wakil Bidayuh mengisi kekosongan jawatan Timbalan Menteri Pelancongan (TMP) yang dilepaskan oleh Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib bulan lepas.

Bagaimanapun, Dr Tiki, yang juga pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), menolak dirinya sebagai calon, kerana beliau bangga dengan tugasnya membentuk pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) menjadi pemimpin masa depan.

"Ia terpulang kepada budi bicara Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak). Kita tidak boleh mendesak," katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan 81 peserta PKLN siri 7/2010 dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini.

"Memandangkan Sarawak akan mengadakan pilihan raya negeri tidak lama lagi, suara akar umbi kaum Bidayuh perlu diberi pertimbangan kerana setiap masyarakat ingin melihat wakil mereka di peringkat atasan persekutuan," katanya.

Beliau merupakan wakil Bidayuh pertama dilantik sebagai timbalan menteri dan berkhidmat selama dua penggal sebelum digugurkan selepas pilihan raya umum 2008.

Dr Tiki, iaitu Ahli Parlimen Mas Gading, berkata demikian ketika diminta mengulas harapan pemimpin masyarakat Bidayuh Datuk Peter Minos bahawa seorang Ahli Parlimen dari kaum itu menggantikan kekosongan jawatan yang dilepaskan oleh Sulaiman dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mulai 14 Dis lalu.

Sulaiman melepaskan jawatan itu atas alasan peribadi.

-- BERNAMA


=================================
Itulah Pengorbanan seorang anak kepada seorang ayah.  Demi memastikan BN terus mendapat mandat pada pilihanraya negeri yang akan datang.

Tahniah. Walaupun alasan pengunduran adalah atas alasan peribadi, ia sebenarnya satu permainan p.o.l.i.t.i.k yang mungkin mempengaruhi keputusan pilihanraya negeri nanti..

Kita tengoklah siapa bakal penggantinya nanti (TMP), dan hasilnya selepas state election nanti.

No comments:

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...