6/26/2007

Dah Tidak Ada Makanan Lainkah?

Gambar atas - jual daging manusia
Makan bayi???

Misteri Batang Pisang (Update - Komen Mufti Perak, Mufti Perlis dan Bomoh )

Oleh Adnan Mohamadam@hmetro.com.my PASIR MAS: Kebanyakan penduduk di Kampung Banggol, dekat Slow Machang, terkilan apabila kubur misteri yang kini menjadi ‘tumpuan’ tidak akan digali kerana dikatakan hanya mengandungi batang pisang. Malah, penduduk berpendapat kubur misteri terbabit sepatutnya digali bagi membongkar rahsia supaya tidak lagi menjadi ‘buah mulut’ orang ramai sehingga mendatangkan keaiban kepada penduduk di kampung itu. Penduduk, Othman Besar, 56, berkata dia kesal kerana kubur Tanah Perkuburan Dusun Tengah, itu tidak digali bagi merungkaikan rahsianya walaupun dikatakan hanya mengandungi batang pisang. Menurutnya, tanah perkuburan itu kini menjadi tumpuan orang ramai termasuk dari luar kerana terpengaruh dengan pelbagai ‘cerita karut’ yang disampaikan dari mulut ke mulut oleh orang yang datang melihat kubur itu. “Kita tidak mahu ‘kubur’ itu terus menjadi tumpuan ramai kerana penduduk di sini juga masih tertanya-tanya apakah objek yang ditanam di situ dan mengapa ia dikafankan seperti jenazah. “Pihak berkuasa sepatutnya memberikan penjelasan kepada penduduk kampung supaya ia tidak lagi mendatangkan kekeliruan kepada penduduk kampung berdekatan,” katanya. Penggali kubur misteri itu, Aziz Abdul Rahman, 45, berkata dia sendiri sangsi dengan objek yang dikebumikan di situ kerana berasakan objek itu hanyalah batang pisang yang dipotong sepanjang kira-kira 0.4 meter setiap satunya. Dia berkata, ketika diminta mendukung satu daripada bungkusan itu dia berasakan objek itu seperti bergolek sedikit tetapi tidak berani membukanya. Sementara itu, Ketua Polis daerah, Superintendan Haliluddin Abdul Rahim, berkata pihaknya sudah memanggil seorang lelaki berusia 59 tahun untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berkaitan kejadian ‘kubur misteri’ itu. Menurutnya, siasatan mendapati objek yang `dikebumikan’ di tanah perkuburan di kampung terbabit hanyalah batang pisang sahaja dan cerita mengenainya tidak perlu diperbesarkan sehingga mendatangkan kekecohan kepada orang ramai. Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 297, Kanun Keseksaan kerana menceroboh tanah perkuburan dan lelaki yang bertindak sebagai bomoh itu dibebaskan dengan jaminan polis. “Sesiapa yang didapati bersalah melakukan kesalahan itu boleh dihukum penjara setahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya. Dalam kejadian pagi kelmarin, penduduk di Kampung Banggol, gempar apabila enam objek yang disangkakan jenazah kanak-kanak dikebumikan di situ oleh sekumpulan lelaki dan wanita dengan diketuai oleh seorang bomoh. Objek yang ditanam itu juga dibuat seolah-olah pengebumian sebenar dengan ditanam mengadap kiblat tetapi tidak pula dibacakan talkin oleh bomoh yang mengetuai acara itu sehingga selesai malah dipacak dengan dahan kayu sebagai tanda.Kejadian itu kemudiannya menjadi buah mulut di kalangan penduduk kampung sehingga polis terpaksa datang membuat siasatan bagi mengetahui perkara sebenar. ©The New Straits Times Press (M) Berhad 0000000000000000000000000000000000000000000000000 Update 01.07.2007 - berita Mingguan

Apa Kata Mufti

‘Tanam batang pisang ditusuk paku khurafat’ KUALA LUMPUR: Perbuatan seorang bomoh mengebumikan enam batang pisang ditusuk paku dan dikafankan dengan kain putih di Perkuburan Islam Kampung Banggol, Pasir Mas kelmarin adalah khurafat baru dan bertentangan dengan ajaran Islam, kata Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Beliau berkata, perbuatan itu adalah sesuatu yang tidak relevan dengan ajaran Islam dan menganggapnya sebagai kepercayaan dan perbuatan mengarut. “Perbuatan ini adalah khurafat baru dan ia permainan syaitan. Mungkin bomoh berkenaan mentafsirkan perbuatan mengebumikan batang pisang yang dikatakan ‘makhluk halus’ itu sesuatu yang betul, tetapi dalam Islam, ini disifatkan sebagai tahyul. “Kita sendiri sedia maklum bahawa makhluk halus tidak boleh ditanam atau dikebumikan seperti yang dilakukan bomoh berkenaan,” katanya ketika di hubungi Berita Minggu. Beliau mengulas gerakan menggali semula kubur misteri yang dilakukan penduduk dengan pengawasan polis selepas mendapat kebenaran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan (Maik) di tanah perkuburan itu. Selepas kubur itu digali sedalam kira-kira satu meter, polis menemui bungkusan plastik hitam berisi batang pisang yang ditusuk paku dan dibalut kain putih, disusun selari di dasarnya sebelum di bawa naik dan dibuka untuk pengesahan. Gerakan menggali itu turut disaksikan bomoh yang mengaku menanam batang pisang itu sebagai kaedah perubatan membuang makhluk halus dan penduduk sekitar yang berhimpun bagi menyaksikan apa sebenar ditanam di situ. Pendapat itu juga turut diakui Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria yang berkata kepercayaan menanam makhluk halus ini adalah tahyul dan perbuatan itu berunsur sihir. “Kegiatan ini sememangnya tidak wujud dan berkaitan langsung dengan ajaran Islam tetapi lebih kepada unsur sihir dan seperti yang diketahui dalam Islam hanya mayat dan bangkai saja boleh ditanam. “Perbuatan ini tidak boleh dipercayai sama sekali, jika ada masyarakat yang mempercayai dan mengamalkan sihir ini, ia boleh menjurus kepada syirik seterusnya merosakkan akidah umat Islam,” katanya. Beliau berkata, perbuatan menanam ‘jenazah’ batang pisang di tanah perkuburan Islam itu adalah suatu pembaziran kepada tanah kubur di situ dan turut mengakui tindakan menggali dan mengeluarkannya semula adalah perkara yang betul. ©The New Straits Times Press (M) Berhad

000000000000000000000000000000000000000000000

Apa kata Bomoh

Bomoh pertahan tindakan

Oleh ROHANA MOHD NAWI - Utusan Malaysia 01.07.07

PASIR MAS 30 Jun – Seorang bomoh, Mohamed Ariffin Ibrahim, 59, mempertahankan tindakannya menanam enam batang pisang di Tanah Perkuburan Kampung Banggol dekat sini, bukan suatu pencerobohan.

Menurut Mohamed Ariffin, dia telah memohon kebenaran daripada seseorang yang dikatakan penjaga kubur berkenaan dan mendapat keizinannya untuk mengorek tanah di kawasan perkuburan itu.

“Saya sudah beritahu tujuan menanam batang pisang sebagai satu kaedah rawatan tradisional untuk menyembuhkan penyakit dan menyerahkan RM200 untuk urusan itu kepadanya,” katanya kepada Mingguan Malaysia di rumahnya di Kampung Jias dekat sini hari ini.

Mohamed Ariffin berkata, apa yang dilakukan adalah bagi merawat enam pesakitnya daripada satu keluarga di Pulau Pinang yang menderita terkena ‘buatan orang’ dan ia tidak bertujuan jahat sebagaimana yang cuba digambarkan oleh pihak media.

‘‘Kini keluarga, sahabat kenalan dan orang ramai dari seluruh negara mengetahui saya sebagai penjenayah kerana dikatakan menceroboh tanah perkuburan untuk menanam batang pisang yang sebelum ini didakwa penduduk adalah mayat.

“Di mana saya hendak letak muka saya, keluarga, kawan-kawan dan kenalan saya, disebabkan kenyataan buruk yang disiarkan berhari-hari,” katanya.

Media hari ini melaporkan mengenai kubur misteri yang mencetuskan kontroversi dikorek oleh pihak polis sambil turut disaksikan oleh Mohamed Ariffin dan menemui enam batang pisang yang dicucuk dengan paku.

Ia dilakukan setelah mendapat kebenaran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) ekoran kontroversi yang tercetus apabila penduduk setempat curiga dengan penanaman beberapa objek dalam liang sedalam satu meter Ahad lalu.

Mohamed Ariffin juga telah dipanggil untuk memberi keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Menurut Mohamed Ariffin, laporan meluas mengenai perkara itu tanpa disokong dengan fakta sebenar telah memberi gambaran buruk dan mengaibkan dirinya.

Sambil meminta tuduhan terhadapnya dihentikan, Mohamed Ariffin menegaskan, dia sebenarnya bersedia untuk memberi penjelasan kepada pihak media sekiranya mereka datang menemuinya.

6/25/2007

Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia

Sumber -Ruangan Agama Berita Harian 25.06.2007 RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim) Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta'arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari. Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit. Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya. Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul. Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh. Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah) Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT. Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28) Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.” Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya? Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim). Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya. Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar. Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah) Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.

Salah siapa? -- Isu tiub bedah tertinggal 3 tahun dalam perut suri rumah

Oleh Diyana Rose Kamalludeen - Utusan Malaysia 25.06.07 ALOR STAR 24 Jun – Mana satu yang betul? Isu tiub bedah tertinggal dalam perut sejak 2004 semakin kusut apabila pihak berkuasa kesihatan dan mangsa masing-masing cuba menegakkan benang basah. Jabatan Kesihatan negeri hari ini mempertahankan pihaknya dengan mendakwa pesakit, Rusinah Yatim ‘menghilangkan’ diri dari Hospital Alor Star (HAS) sebelum prosedur untuk menerangkan mengenai tiub itu dilakukan ke atasnya. Suami pesakit, Zamil Ibrahim pula menafikan dakwaan itu dengan berkata, “jururawat memaklumkan pesakit boleh balik.’’ ‘‘Dia (jururawat) langsung tidak memberitahu ada doktor lain yang akan datang periksa, atau memberikan kami sebarang dokumen seperti kad temu janji dan sebagainya. Saya juga keliru memandangkan isteri baru menjalani prosedur serius. ‘‘Jika kami tahu ada tiub tertinggal di dalam badan Rusinah, tidak logik kami terus meninggalkan hospital kerana masih ada rawatan yang berjalan ketika itu. “Tindakan hospital menafikan semua itu adalah seperti memperlekehkan kami,” tegasnya ketika dihubungi di sini, hari ini. Menurut Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Hasnah Ismail, Rusinah, 44, tidak berada di dalam wad ketika doktor pakar dan jururawat datang membuat pemeriksaan sebelum membenarkan pesakit pulang, dua hari selepas pembedahan dilakukan. Kata beliau, melalui rutin itu selalunya doktor akan memaklumkan kepada pesakit untuk datang semula ke klinik untuk pemeriksaan susulan dan mengeluarkan stent atau tiub serta melakukan pula prosedur cystoscopy iaitu ujian bagi melihat saluran kencing selepas tempoh dua minggu. ‘‘Pesakit menjalani prosedur ‘ureterorenoscopy dan lithotripsy’ untuk mengeluarkan batu karang pada ureter (saluran buah pinggang) kiri pada 28 November. ‘‘Selepas itu, satu tiub (Double J Stent) dimasukkan ke saluran sama sebagai sebahagian rawatan untuk memastikan saluran itu sentiasa terbuka agar tidak mengalami kekejangan dan tersumbat namun ia perlu dikeluarkan sebelum tempoh tiga bulan. ‘‘Dalam kes pesakit ini, batu karang di dalam badannya tidak terlalu banyak oleh itu hanya mengambil masa dua minggu untuk mengeluarkannya semula,’’ katanya kepada Utusan Malaysia, hari ini. Mingguan Malaysia hari ini melaporkan derita yang ditanggung Rusinah selama tiga tahun ekoran seutas wayar (tiub) sepanjang 33 sentimeter tertinggal di dalam perutnya selepas satu pembedahan batu karang di Hospital Alor Star (HAS). Suri rumah terbabit bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap HAS kerana didakwa cuai sewaktu menjalankan pembedahan ke atasnya bagi menuntut ganti rugi kerana menanggung masalah kesihatan seperti kesakitan pada pangkal rahim dan adakala kencing berdarah. Menurut Dr. Hasnah, beliau tidak melihat kejadian itu sebagai kecuaian pihak HAS sebaliknya satu masalah komunikasi apatah lagi jururawat bertugas telah berusaha menghubungi pesakit tetapi gagal. Jelasnya, Rusinah pulang ke rumah tanpa mengambil slip ‘discaj’, kad temu janji dan tanpa menjelaskan bil hospital lalu jururawat bertugas mengepos dokumen berkenaan ke alamat pesakit di Taman Seri Aman, Bedong pada malam 30 November itu. Tambah beliau lagi, usaha seterusnya untuk berhubung dengan pesakit langsung tidak mendatangkan hasil malah pesakit juga tidak cuba berhubung dengan HAS mengenai masalah kesihatan yang dialami atau datang ke klinik pembedahan HAS sejak keluar.

Sarawak masih perlu ramai doktor

Oleh Leoranoa William - salinan asal SIBU, 24 Jun: Sarawak masih memerlukan ramai doktor perubatan agar setanding dengan nisbah doktor kepada pesakit di Semenanjung Malaysia. Menteri Perumahan Sarawak Dato Sri Abang Johari Tun Openg berkata, nisbah semasa doktor kepada pesakit di negeri ini ialah 1:3,800. “Ini bermakna, seorang doktor (di Sarawak) perlu menjaga 3,800 pesakit berbanding 2,600 di Semenanjung Malaysia,” ujar beliau ketika berucap pada majlis penutupan Majlis Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Nasyid Peringkat Jabatan Kesihatan Sarawak di Dewan MUC, Jalan Bandong, petang tadi. “Sehubungan itu, rakyat Sarawak perlu berusaha lebih gigih untuk mendapatkan ijazah dalam bidang perubatan agar dapat berbakti kepada rakyat di negeri ini.” Abang Johari menjelaskan, tugas doktor bukan sekadar untuk merawat pesakit, malah berperanan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada orang yang sihat agar mereka dapat menjadi rakyat yang lebih produktif bagi menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri ini. “Tugas para doktor dan jururawat memerlukan mereka tabah ketika menjalankan tugas. Ada masanya, mereka ini akan dipanggil untuk menolong kerajaan bagi menempatkan penduduk yang ditimpa bencana alam,” katanya. “Pada masa itu, doktor dan jururawat perlu sentiasa memberikan senyuman dan layanan yang baik kepada setiap pesakit di bawah jagaan mereka.” Dalam pada itu, beliau meluahkan rasa bangga atas pencapaian cemerlang jururawat yang dilatih di Malaysia yang mendapat permintaan menggalakkan dari negara-negara Timur Tengah. “Ini satu pencapaian cemerlang yang membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan barisan jururawat perubatan yang memenuhi permintaan negara luar,” tambahnya. Majlis Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Nasyid itu dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Sarawak dan Persatuan Kebajikan Islam Kesihatan (PERKIP) sempena dengan sambutan ulangtahun ke-30 PERKIP. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengarah Kesihatan Sarawak Dr. Andrew Kiyu, Pegawai Kesihatan Hospital Sibu Dr. Faizul Mansoor dan Timbalan Presiden Persatuan Kebajikan Islam Kesihatan (PERKIP) Sarawak Dr. Dayang Mordiah Abang Narudin

6/23/2007

Cara Mudah Untuk Jadi Jutawan Pasca Pelaburan Internet

Pelaburan internet dah kena "gam". Semuanya punah dan wang pelaburan yang bernilai ratusan ringgit, puluhan ribu, ratusan ribu dan mungkin juga jutaan ringgit lesap begitu sahaja. Mengapa tidak cuba yang ini. Tanpa modal permulaan, tanpa takut dianiaya, tanpa takut ditipu dan takut kehilangan wang pelaburan. Dan yang penting ia tidak menyalahi undang-undang negara kita. Semuanya berkaitan dengan apa yang kita guna setiap hari. Cuma luangkan sedikit masa dan sedikit usaha. Dan mungkin ia jadi milik anda. Klik kat sini untuk langkah pertama untuk jutawan. Klik kat sini untuk Syarat dan peraturan Semoga Berjaya.

6/22/2007

Father of murdered woman 'assaulted' in Malaysian court

SHAH ALAM, Malaysia (AFP) - The father of a slain Mongolian woman told a Malaysian court Friday that he was punched and kicked by the wife of a man on trial in connection with her murder.
Setev Shaariibuu, who is testifying in the murder trial of his daughter Altantuya Shaaribuu, 28, said the wife of Abdul Razak Baginda had punched him in the stomach outside the courtroom Friday.
"Just now she (Mazlinda Makhzan) hit me," he said.
"Every time she passes me (in the waiting room for witnesses), she kicks me. She is harassing and cursing me since the trial started (Monday)," he said.
Abdul Razak, 47, is accused of abetting the murder in October last year of Altantuya, his former lover.
The case has become a highly-charged political issue as Abdul Razak has close ties to Malaysian deputy prime minister Najib Razak.
Prosecutors say Abdul Razak planned Altantuya's killing and ordered two police officers -- members of a special unit charged with protecting the country's leaders -- to carry it out.
All three face the death penalty if found guilty.
Abdul Razak has vehemently denied any involvement in the case, which is seen by observers as a test of the country's judicial and political integrity.
Prosecutors say Altantuya was killed by "probable blast-related" injuries in Shah Alam, southwest of the capital Kuala Lumpur, after she was driven away from outside Abdul Razak's house.

"Tebusan Termuda" - Gagal Bayar RM985.00 - Dipenjara di Atas Penimbang selama 3 hari.

Berikutan itu, bayi malang yang dilahirkan pada malam 18 Jun lalu di sebuah bilik rawatan klinik am berkenaan, seolah-olah menjadi tebusan apabila terpaksa ditinggalkan ibu bapanya yang tidak mampu menjelaskan bayaran. Lain yang dicari lain pula yang dijumpa. Untuk mengetahui maklumat lanjut sila klik Link ini.

Malaysia frees 4 former Jemaah Islamiah suspects

KUALA LUMPUR (Reuters) - Malaysia has freed four people held without trial under a tough security law for five years over suspected ties to the Jemaah Islamiah militant network, a rights group said on Friday. The Malaysia-based GMI group, which has been campaigning against the security law, said the authorities did not say why the four had been released. The government has said in the past it would release detainees if they no longer posed a threat. Malaysia has used the Internal Security Act, a legacy of its counter-insurgency campaign against the communists during British colonial times, to lock up dozens of suspected Islamic militants since Sept. 11, 2001. The rights group welcomed the release of the four who had been in custody since early 2002, but said there were scores of others still under detention without trial. "The GMI is annoyed by the selective releases of the ISA detainees," the group, known by its Malay acronym GMI, said in a statement. A spokesman at Malaysia's Internal Security Ministry said he had no immediate comment on the release of the men, earlier believed to be linked with the Jemaah Islamiah. JI is an Indonesia-based militant group fighting for creation of an Islamic superstate across parts of southeast Asia. Asian and Western authorities blame the group for a series of attacks including the 2002 bombings that killed more than 200 people on Indonesia's resort island of Bali. Last October, Malaysia released 17 suspected militants held under the security law as a gesture to mark the end of the Muslim fasting month of Ramadan.

6/18/2007

Gambar 'Budak Sekolah Berani" dan "5 anak luar nikah sehari"

Adakah dua topik tersebut berkaitan. Mengapa ia berlaku?
Ke manakah nilai-nilai murni masyarakat kita yang kita sering junjung selama ini?
Adakah ini tanda akhir zaman?
Sila perhatikan gambar ini. Perhatikan pada pintu rumah tersebut tanpa mengelipkan mata anda. Jangan terkejut melihat gambar ini.

'BUDAK SEKOLAH BERANI'

Hai. BUDAK SEKOLAH BERANI Apa dah jadi dengan remaja sekarang. Hidup dipenuhi dengan teknologi canggih tapi menggunakan kemudahan tersebut secara tidak senonoh. Terbaru didedahkan dalam media massa - Tindakan merakam aksi gila rakan-rakan sekolah yang mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan di tepi parit dan menyebarkan klip video tersebut melalui telefon bimbit. Sesuatu tindakan yang amat jijik untuk dilakukan oleh mereka yang bergelar manusia. Maklumat lanjut pendedahan tersebut sila klik kat sini.

5 anak luar nikah sehari

MELAKA: Seramai lima wanita `mencatatkan rekod’ apabila melahirkan anak tak sah taraf di Hospital Melaka, di sini, dalam tempoh kurang 24 jam, semalam.

Ingin kan maklumat lanjut sila klik kat sini

6/15/2007

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2007.

KENAIKAN GAJI YANG TERBAIK UNTUK 1.2 JUTA PENJAWAT AWAM
Kegembiraan Untuk 1.2 juta penjawat awam seluruh negara terjawab pada 21.05.2007 yang lalu. Kerajaan telah bersetuju untuk memberi kenaikan gaji kepada pegawai perkhidmatan awam persekutuan. Untuk Maklumat Kenaikan Tersebut Sila Klik Kat Sini : -
  1. Pekeliling Perkhidmatan (Perkhidmatan Awam)
  2. Pekeliling Penuh (20.99MB)
  3. Pekeliling Perkhidmatan (Perkhidmatan Polis)
  4. Pekeliling Penuh (1.34MB)

Semoga 1.2 juta penjawat awam akan dapat menumpukan sepenuhnya perhatian dalam tugas rasmi mereka.

Berusahalah untuk mengurangkan hutang dan berusahalah untuk tidak lagi berhutang.

Berusaha jugalah untuk mengurangkan kerja luar/sambilan selepas waktu pejabat dan berusaha jugalah untuk meninggalkannya.

Berusahalah untuk menambah tabungan/pelaburan/simpanan dalam skim ASB/ASN/TH dan lain-lain institusi kewangan atau pelaburan yang diiktiraf oleh kerajaan dan bagi yang beragama Islam carilah yang halal dan menepati syarak.

Tunaikan tanggungjawab untuk membayar cukai pendapatan atau mengeluarkan zakat pendapatan dan ini seterusnya boleh membantu negara untuk proses pembangunan yang berterusan.

Bijaklah berbelanja dan gunakan kuasa yang ada ditangan dalam mengatur perbelanjaan keluarga.

Hulurkanlah juga kenaikan yang diperolehi ini dan kongsikan ia bersama ibu bapa atau penjaga kita yang telah berusaha untuk menjaga dan mendidik kita dari dalam kandungan/kecil sehingga kita berjaya kini.

Bekerjalah bersungguh-sungguh dan anggaplah kerja yang kita lakukan itu sebagai ibadah.

Semoga 2007 tahun yang Allah swt murahkan rezki kepada kita semua.

6/14/2007

SKIM CEPAT KAYA VERSI BUMIPUTERA TERBARU

Tindakan Tegas Yang Diambil Oleh SC / BNM / KTAK Telah Berjaya Memberi Kesedaran Kepada Masyarakat Malaysia Tentang Bahayanya Pelaburan Melalui Internet Yang Tidak Sah. Lihat Kini Semakin Banyak Web Pelaburan Yang Tidak Boleh Dimasuki Selepas Tindakan Tersebut. Pemilik-pemilik Web Pelaburan Tersebut Lebih Dahulu Angkat Kaki dan Melarikan Wang-wang Pelaburan Daripada Para Pelabur Mereka. Menjadi Mangsanya Adalah Para Pelabur Yang Ketandusan Maklumat Tentang Pelaburan. Patah Tumbuh, Hilang Berganti... Bermacam-macam Cara Pemilik Web Pelaburan Gunakan Untuk Mengelirukan Pihak Berkuasa Seperti Menukar Domain, Menggunakan Perantara Lain "Mirror Web Site", Berurusan Menggunakan SMS & Emel, Guna Kaedah Dynamic DNS (Perisian Khas) - Komputer Pengguna Boleh Mengesan Alamat Baru Web Yang Telah Bertukar Alamat Dan Banyak Lagi Cara Yang Akan Muncul Selepas Ini. Kini Timbul Satu Lagi Pelaburan Internet Yang Dikatakan Berlandaskan Islam. Maklumat Lanjut Klik Link Ini. Sila Lihat Apa Komen UZAR. Untuk Maklumat Pelaburan Halal Sila Klik Link Sini

6/08/2007

Pak Lah. Tahniah Dan Selamat Pengantin Baru.

Semoga Perkahwinan Tersebut Membawa Rahmat Kepada Malaysia Dan Juga Pak Lah. Sebagai Rakyat Biasa Sesungguhnya Kami Amat Bangga Kerana Mempunyai "Ayah" seperti Pak Lah Dan Esok Bakal Mendapat Seorang "Ibu". "Ayah & Ibu" Kepada Seluruh Rakyat Malaysia. Semoga Sentiasa Dirahmati Allah Kedua-dua Mempelai. Semoga Allah Melindungi "Ayah Dan Ibu" Kepada Rakya Malaysia Tersebut. Selamat Pengantin Baru.
-------------------------APA KATA MEREKA------------------
Perkahwinan PM lakar sejarah negara Surat & Emel - Berita Harian - 08.06.2007 RAKYAT Malaysia keseluruhannya mengucapkan tahniah sempena majlis akad nikah dan perkahwinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan wanita pilihannya, Jeanne Abdullah esok. Peristiwa yang membabitkan perkahwinan seorang Perdana Menteri tidak pernah disaksikan sebelum ini dan saya percaya peristiwa berkenaan akan terus menjadi lakaran sejarah penting bagi negara ini. Tiba masanya negara melihat kekosongan isteri Perdana Menteri diisi selepas pemergian Allahyarham Datin Seri Endon Mahmud. Kita diingatkan bahawa dalam al-Quran pernah ada tokoh wanita yang mengendalikan kekuasaan besar dan di sekelilingnya banyak tokoh lelaki. Orang yang pertama masuk Islam daripada umat Nabi Muhammad adalah wanita, iaitu Khadijah. Orang yang pertama mati syahid dalam Islam juga seorang wanita iaitu Sumayyah, ibunda Ammar Yasir. Sejarah Islam juga mencatat wanita turut hijrah ke Habsyah dan Madinah. Bahkan ada antara mereka yang hijrah dalam keadaan hamil tua. Asma binti Abu Bakar, adalah wanita yang menghantar makanan untuk Nabi dan Abu Bakar selama mereka bersembunyi di Gua Tsur, dalam perjalanan hijrahnya. Antara kaum Ansar yang menyaksikan baiat Aqabah, ada juga golongan wanita. Wanita juga turut berjihad bersama Rasulullah dalam beberapa peperangan yang diikuti Baginda. Demikian juga Sayidah Aisyah dalam peranan politiknya. Ini adalah contoh paling nyata mengenai peranan politik wanita yang sebenarnya. Terlepas daripada pro kontra dalam keputusan, Aisyah bersama pasukan yang besar menuju ke Basrah untuk menuntut darah Uthman. Apa yang pasti wanita juga mampu melakukan apa yang boleh dilakukan seorang lelaki. Dalam erti kata politik sebenarnya, wanita mencakupi kerjasama, bantuan dan penguasaan, malah pengertian terkandung dalam frasa menyuruh mengerjakan yang makruf – wanita juga mencakupi segala segi kebaikan dan pembaikan kehidupan. Ini termasuk memberikan nasihat atau kritik kepada penguasa sehingga setiap lelaki dan wanita Muslim hendaknya mengikuti perkembangan masyarakat agar masing-masing mampu melihat dan memberi saranan atau nasihat dalam pelbagai bidang kehidupan. Al-Quran juga mengajak umatnya (lelaki dan wanita) agar bermusyawarah, (surah al-Syura ayat 38). Ayat ini dijadikan dasar oleh banyak ulama untuk membuktikan adanya hak berpolitik bagi setiap lelaki dan wanita. Teman sejati bagi pemimpin nombor satu negara penting dalam menjalinkan hubungan negara dengan negara, kestabilan politik dan sosiomasyarakat. Inilah yang bakal menanti Jeanne yang secara rasmi menemani Pak Lah ke Brunei dan beberapa negara Eropah yang secara tidak langsung, peranan Jeanne turut membawa imej keterampilan tatasusila, sopan santun, adab dan pemikiran tinggi keintelektualan wanita Malaysia pada peringkat lebih tinggi. AHMAD FAUZI MUSTAFA, Pegawai Penyelidik Parlimen Malaysia.

Pelaburan PNB kena tepati hukum syarak - Wajib Baca!

Surat & Emel - Berita Harian 08.06.2007

KEUPAYAAN Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dalam menguruskan dana amanah saham tidak perlu dipertikaikan lagi. Dengan kakitangan terlatih serta sokongan berterusan daripada kerajaan, tidak hairanlah PNB dan ASNB mampu muncul sebagai pengurus dana amanah saham terbesar dan paling berjaya di negara ini. Dengan lebih lapan juta pelabur, saya percaya PNB dan ASNB tiada masalah mengekalkan pencapaian mereka. Namun, saya teragak-agak untuk melabur dalam skim amanah saham kendalian ASNB. Bukan tidak yakin dengan kepakaran pengurus dana mereka, tetapi ragu-ragu dengan status halal pelaburan mereka. Saya pernah membuat sedikit pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputra (ASB), tetapi selepas mendapat laporan tahunan skim ini, saya terfikir mengenai status pelaburan sama ada menepati hukum syarak. ASB memiliki pelaburan dalam syarikat kewangan yang mengamalkan riba. Begitu juga pelaburan syarikat tembakau yang dikatakan haram. Selepas sekian lama, saya menjumpai satu fatwa yang disiarkan di laman web www.e-fatwa.gov.my yang menyatakan pelaburan ASB adalah haram kerana dana ini mempunyai pelaburan tidak menepati syariah. (tambahan Saya - Klik Kat Sini - ASN) Saya berharap PNB dan ASNB dapat berbuat sesuatu bagi memastikan pelaburan umat Islam tidak membabitkan unsur riba. HAMBA ALLAH, Tok Jembal, Kuala Terengganu. ------------------------- Ada Dua Jawapan Tentang Pelaburan ASNB/PNB yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa tersebut. Kekadang kita sebagai rakyat biasa pun terkeliru. Sila Klik Pada Link Yang Tersebut Di atas untuk mendapatkan jawapannya. Semoga Allah Dapat Memberi Petunjuk Kepada Kita.

6/04/2007

Pendapatan Doktor. Halalkah?

Maklumat Lanjut Sila Klik Link ini Ada yang kata nak jadi doktor susah, belajar susah, belanja besar, dah kerja pun susah - banyak tanggungjawab, ramai pesakit menunggu, tak cukup rehat dan banyak lagi. Kalau buka klinik atau pusat perubatan sendiri senang - boleh dapat banyak untung dan kerja ikut jadual sendiri.... Tapi persoalannya sebagai seorang pesakit adakah kita tahu harga yang kita bayar untuk rawatan/ubat tersebut berbaloi atau tidak... Ada yang mengatakan janji sihat/sembuh....duit boleh cari....bayaran tak kisah... Bagaimana dengan mereka yang berpendapatan rendah/hidup susah? Menunggulah mereka untuk mendapatkan rawatan di unit-unit perubatan percuma....

6/01/2007

Remaja dirogol empat lelaki angkara SMS

APA YANG BERLAKU AMBILLAH SEBAGAI PENGAJARAN KEPADA KAUM HAWA YANG LAIN. JANGANLAH TERLALU MUDAH TERPEDAYA. INIKAN PULA DENGAN ORANG YANG LANGSUNG TIDAK DIKENALI. BERHATI-HATILAH DIMASA HADAPAN.

KLIK KAT +++ DIBAWAH UNTUK MAKLUMAT LAIN

+++++++++++++++++++++++++++++

KUALA NERANG: Akibat nombor telefon bimbitnya diedarkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), seorang gadis berusia 15 tahun mendakwa menjadi mangsa rogol bergilir-gilir empat lelaki, termasuk seorang remaja seusia dengannya, di Kampung Alor Imboi, Jalan Padang Sanai-Sintok, Selasa lalu.

Gadis bawah umur berkenaan yang juga pelajar sebuah sekolah menengah mendakwa dirogol empat lelaki di sebuah pondok kosong di kawasan pembalakan antara jam 11 malam Selasa lalu hingga 5 pagi kelmarin selepas dibawa bersiar-siar dengan kereta bersama suspek. Ketua Polis Daerah Padang Terap, Superintendan Hamzan Darus, berkata seorang daripada suspek yang mendapat nombor telefon mangsa menghubungi gadis itu pada jam 9.30 malam Selasa lalu dan mengajaknya bertemu. “Selepas berjumpa, suspek yang datang bersama seorang rakan lain kemudian membawa mangsa ke Kampung Tualak untuk mengambil dua lagi rakan mereka termasuk seorang remaja berusia 15 tahun dan menuju ke Kampung Alor Imboi di mana kejadian didakwa berlaku,” katanya pada sidang media di pejabatnya semalam. Katanya, siasatan awal mendapati mangsa tidak mengenali suspek dan malam itu adalah kali pertama mereka berjumpa. Mangsa membuat aduan di Balai Polis Kuala Nerang sekitar jam 7 pagi kelmarin manakala empat suspek, dua berusia 20 tahun, 26 dan 15 tahun ditahan di rumah masing-masing tengah hari kelmarin. ©The New Straits Times Press (M) Berhad - Harian Metro 01.06.2007 ____________________________________________

Pakatan strategik elak penjajahan ekonomi

Oleh: RAHISAM RAMLI - Rencana Utusan Malaysia 01.06.2007

MAJORITI umat Islam hidup dalam kemiskinan! Apakah kenyataan ini merupakan mitos atau fakta? Sebenarnya itulah kenyataan pahit yang memberi tamparan hebat kepada umat Islam masa kini. Kita perlu menerima kenyataan ini dengan positif berdasarkan fakta-fakta yang ada.

Buktinya Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata 24 peratus penduduk Islam berpendapatan kurang AS$1 sehari, 39 peratus hidup di bawah garis kemiskinan dan 45 negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) penduduknya mempunyai purata pendapatan tahunan kurang daripada AS$1,000.

Anehnya, 70 peratus keperluan tenaga dan 40 peratus eksport bahan mentah dunia pula datang dari negara Islam. Bagaimana mungkin potensi yang cukup besar masih tidak menjadikan umat Islam kaya? Negara-negara Islam berpotensi keluar daripada belenggu kemiskinan kerana kaya dengan sumber alam di negara masing-masing.

Dunia ekonomi telah berubah kerana kita sangat-sangat memerlukan bentuk pemikiran yang boleh mencipta inovasi untuk meningkatkan perdagangan.

Kini ketika negara-negara Islam masih banyak bergantung kepada Barat kerana kekurangan modal teroka, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Pengerusi OIC mengulangi lagi rahsia kekuatan umat Islam yang perlu diperkukuhkan melalui pembentukan dana modal teroka Islam bagi membolehkan penguasaan ekonomi dunia dengan lebih berkesan ketika Forum Ekonomi Islam Dunia baru-baru ini.

Pastinya dengan dana ini nanti dapat mengeluarkan produk berkualiti, mampu dikeluarkan dengan kuantiti yang banyak, setanding dengan jenama terkenal dan mempunyai pasaran yang luas.

Skeptikal dunia barat pada hari ini yang menganggap umat Islam sebagai punca kepada sebarang bentuk keganasan, peperangan, kemiskinan dan kemunduran perlu ditangani secara bijak dan holistik.

Sebenarnya propaganda puak Kapitalis mendakwa bahawa sempadan negara tidak penting lagi merupakan pelan tindakan untuk menjajah kembali negara-negara Islam. Oleh itu kebebasan modal teroka ke negara-negara Islam diserapkan agar kita tidak berjaya keluar daripada masalah kemiskinan.

Kebanyakan apabila kita menyebut negara miskin, bermakna negara itu tidak ada modal. Jika suntikan modal dilakukan maka pasti boleh memperkayakan mereka. Itu juga sebahagian propaganda kapitalis.

Walaupun umat Islam mewakili 31 peratus atau 2.2 bilion penduduk dunia dan dikurniakan dengan pelbagai sumber asli yang kaya tetapi negara Islam masih tetap miskin. Disebabkan kebanyakan negara-negara Islam terperangkap dengan ekonomi berpendapatan rendah maka menyebabkan kita terjebak dengan kemiskinan yang berpanjangan. Puncanya ialah di kalangan negara OIC kadar celik huruf dan pencapaian pendidikan yang rendah.

Justeru, dengan menjadikan pendidikan sebagai tunjang kekuatan ekonomi akan mengeluarkan umat Islam daripada kancah kemiskinan.

Anggapan sedemikian menjadikan pelabur asing tidak yakin dengan kemampuan ekonomi Islam berbanding dengan ekonomi kapitalis yang membawa pulangan yang berlipat ganda seterusnya menjadikan sistem kapitalis sebagai orde ekonomi oleh kuasa-kuasa besar.

Yang hairannya mengapa selama ini perdagangan semasa antara negara-negara OIC hanya di sekitar 12 peratus sahaja. Tidak lain dan tidak bukan kerana wujudnya sikap pentingkan negara sendiri tanpa memikirkan rakan yang seagama.

Amat malang jika peluang meningkatkan perdagangan ke tahap yang lebih tinggi ini dibiarkan begitu sahaja, pasti negara-negara Islam tidak mampu keluar daripada belenggu kemiskinan malah pandangan serong Barat terhadap Islam semakin bertambah.

Untuk menyelesaikan belenggu ini maka kemudahan infrastruktur seperti alat perhubungan awam, institusi pendidikan dan perkhidmatan kesihatan di kalangan negara Islam hendaklah dibangunkan.

Ketika harga minyak yang melambung maka negara-negara yang mempunyai lebihan modal boleh salurkan dana modal kepada negara-negara yang mengalami defisit yang kritikal.

Malaysia yang kian aktif menggerakkan hala tuju negara-negara Islam dengan menjadikan sebagai hab kewangan Islam dan hab produk halal telah mendahului dari segi tindakan dan menjadi contoh kepada negara luar.

Kini masanya negara-negara Islam tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada Barat. Zon selesa (comfort zon) sebenarnya menjadikan kita umat yang sentiasa bepegang kepada prinsip ‘cukup makan’ sahaja.

Potensi yang ada terhadap perdagangan Islam menunjukkan pasaran permintaan yang luas seperti instrumen kewangan, Sukuk. Sehingga kini Barat telah pun mengguna pakai instrumen Sukuk bernilai AS$700 bilion hingga AS$900 bilion. Manakala AS$581 bilion pula adalah sumbangan dalam industri hala di peringkat global dan akan meningkat sekitar 15 peratus setiap tahun. Jumlahnya sebanyak satu perempat nilai dagangan antarabangsa.

Ejen kepada tindakan inovasi pula boleh diterajui oleh Bank Pembangunan Islam (IDB), Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam dan Pertubuhan Zakat Antarabangsa.

Oleh yang demikian usaha untuk menginovasi perdagangan di kalangan negara Islam memerlukan daya intelektual, tokoh pemikir, ahli cendekiawan, para ulamak da saintis yang berfikiran kreatif dan analitikal.

- RAHISAM RAMLI ialah Pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Kolej Teknologi Islam

Antarabangsa Melaka (KTIAM).

SC sekat laman web

Oleh Hardi Effendi Yaacob dan Ifwan Tun Tuah - Berita Harian 01.06.2007

Pelabur skim haram tak boleh akses akaun mulai 11 Jun KUALA LUMPUR: Orang ramai yang terbabit dalam skim pelaburan haram menerusi internet diarah mengeluarkan pelaburan dan menutup akaun masing-masing serta-merta kerana akses kepada laman web berkenaan akan disekat mulai 11 Jun ini.

Suruhanjaya Sekuriti (SC), dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam, berkata pihaknya akan memulakan operasi menyekat akses kepada laman web yang menawarkan skim pelaburan tidak sah mulai tarikh itu bagi mengelak penipuan.

Pelabur tidak akan boleh memasuki akaun mereka apabila akses ke laman web yang menawarkan skim pelaburan haram itu disekat, sekali gus menyebabkan mereka berdepan risiko kehilangan semua wang yang dilaburkan.

“SC bekerjasama dengan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi (SKMM) serta CyberSecurities Malaysia untuk menjejak, mengenal pasti dan menyekat akses kepada laman web tempatan dan asing yang mempromosikan skim penipuan pelaburan.

“Langkah ini adalah rentetan daripada siri amaran dan peringatan kepada pelabur mengenai skim pelaburan tidak sah sebelum ini. Walaupun amaran berulang sudah diberikan, masih ada yang terus melabur dalam skim pelaburan ini.

“SC sudah mewujudkan satu pasukan petugas dalaman yang sudah memulakan kempen kesedaran yang menyeluruh mengenai skim penipuan pelaburan internet,” katanya.

Antara April dan Mei lalu saja, SC menerima kira-kira 720 pertanyaan dan aduan berhubung skim pelaburan internet haram dengan ramai di antaranya mengadu mereka sudah kerugian sejumlah besar wang.

SC berkata, skim pelaburan haram yang dipromosikan melalui internet, tidak dilesenkan oleh suruhanjaya bagi memberi nasihat pelaburan berkaitan aktiviti sekuriti, pasaran niaga hadapan atau kegiatan pengurusan dana di negara ini.

“Orang ramai diingatkan supaya hanya melabur dengan pihak yang dilesen oleh SC supaya mendapat perlindungan yang disediakan mengikut undang-undang sekuriti dan pelabur dinasihatkan supaya sentiasa merujuk kepada senarai syarikat atau individu yang dilesenkan,” katanya.

Senarai berkenaan boleh didapati di laman web www.sc.com.my, yang dikemas kini secara berkala serta mengandungi maklumat berhubung syarikat yang dikesan tidak diberi lesen mengikut undang-undang sekuriti untuk berurusan dalam sebarang aktiviti pelaburan.

Mengikut laman itu, sejumlah 61 syarikat terbabit menawarkan pelaburan yang tidak sah termasuk ABB Fund, AM Global Management, Data Saham, eUK Gold, E-suisse Fund, Hibah Funds, My Dinar, Swiss Mutual Fund, Smartcash dan Sime Securities.

Media sebelum ini melaporkan syarikat pengendali skim pelaburan internet berkenaan yang mendakwa terbabit dalam perniagaan berkaitan perdagangan komoditi, minyak dan gas, dipercayai didalangi sindiket penipuan tempatan serta antarabangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, ketika dihubungi semalam, berkata tindakan proaktif SC dalam usaha mengekang kegiatan skim pelaburan menerusi internet haram itu akan membantu membendung gejala itu daripada terus berleluasa.

Katanya, sudah tiba masanya kegiatan haram itu ditangani segera bagi mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa.

“Ini satu bentuk penipuan dan ia memang tidak baik. Kita menyokong penuh sebarang usaha menangani perbuatan tidak baik ini dan ia memang sudah sepatutnya dilakukan dari awal lagi iaitu, ketika mula-mula kegiatan ini dikesan,” katanya.

Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat Bank Negara Malaysia, Abu Hassan Alshari Yahaya pula ketika dihubungi menyifatkan tindakan itu sebagai langkah yang berkesan untuk menyedarkan orang ramai yang mudah terpedaya dengan skim penipuan berkenaan.

“Kita sedia maklum mengenai tindakan suruhanjaya itu dan sentiasa bekerjasama dengan mereka serta agensi penguat kuasa lain bagi memastikan sebarang skim pelaburan yang tidak sah dapat dihapuskan,” katanya.

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...