-------------------------APA KATA MEREKA------------------
Perkahwinan PM lakar sejarah negara
Surat & Emel - Berita Harian - 08.06.2007
RAKYAT Malaysia keseluruhannya mengucapkan tahniah sempena majlis akad nikah dan perkahwinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan wanita pilihannya, Jeanne Abdullah esok.
Peristiwa yang membabitkan perkahwinan seorang Perdana Menteri tidak pernah disaksikan sebelum ini dan saya percaya peristiwa berkenaan akan terus menjadi lakaran sejarah penting bagi negara ini.
Tiba masanya negara melihat kekosongan isteri Perdana Menteri diisi selepas pemergian Allahyarham Datin Seri Endon Mahmud. Kita diingatkan bahawa dalam al-Quran pernah ada tokoh wanita yang mengendalikan kekuasaan besar dan di sekelilingnya banyak tokoh lelaki.
Orang yang pertama masuk Islam daripada umat Nabi Muhammad adalah wanita, iaitu Khadijah. Orang yang pertama mati syahid dalam Islam juga seorang wanita iaitu Sumayyah, ibunda Ammar Yasir.
Sejarah Islam juga mencatat wanita turut hijrah ke Habsyah dan Madinah. Bahkan ada antara mereka yang hijrah dalam keadaan hamil tua. Asma binti Abu Bakar, adalah wanita yang menghantar makanan untuk Nabi dan Abu Bakar selama mereka bersembunyi di Gua Tsur, dalam perjalanan hijrahnya. Antara kaum Ansar yang menyaksikan baiat Aqabah, ada juga golongan wanita. Wanita juga turut berjihad bersama Rasulullah dalam beberapa peperangan yang diikuti Baginda.
Demikian juga Sayidah Aisyah dalam peranan politiknya. Ini adalah contoh paling nyata mengenai peranan politik wanita yang sebenarnya.
Terlepas daripada pro kontra dalam keputusan, Aisyah bersama pasukan yang besar menuju ke Basrah untuk menuntut darah Uthman. Apa yang pasti wanita juga mampu melakukan apa yang boleh dilakukan seorang lelaki.
Dalam erti kata politik sebenarnya, wanita mencakupi kerjasama, bantuan dan penguasaan, malah pengertian terkandung dalam frasa menyuruh mengerjakan yang makruf – wanita juga mencakupi segala segi kebaikan dan pembaikan kehidupan.
Ini termasuk memberikan nasihat atau kritik kepada penguasa sehingga setiap lelaki dan wanita Muslim hendaknya mengikuti perkembangan masyarakat agar masing-masing mampu melihat dan memberi saranan atau nasihat dalam pelbagai bidang kehidupan.
Al-Quran juga mengajak umatnya (lelaki dan wanita) agar bermusyawarah, (surah al-Syura ayat 38). Ayat ini dijadikan dasar oleh banyak ulama untuk membuktikan adanya hak berpolitik bagi setiap lelaki dan wanita.
Teman sejati bagi pemimpin nombor satu negara penting dalam menjalinkan hubungan negara dengan negara, kestabilan politik dan sosiomasyarakat.
Inilah yang bakal menanti Jeanne yang secara rasmi menemani Pak Lah ke Brunei dan beberapa negara Eropah yang secara tidak langsung, peranan Jeanne turut membawa imej keterampilan tatasusila, sopan santun, adab dan pemikiran tinggi keintelektualan wanita Malaysia pada peringkat lebih tinggi.
AHMAD FAUZI MUSTAFA,
Pegawai Penyelidik Parlimen Malaysia.
BERSAMA MENCARI KEKAYAAN YANG DI ANUGERAHKAN OLEH ALLAH SWT. JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA KELMARIN DAN ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI.
6/08/2007
Pak Lah. Tahniah Dan Selamat Pengantin Baru.
Semoga Perkahwinan Tersebut Membawa Rahmat Kepada Malaysia Dan Juga Pak Lah.
Sebagai Rakyat Biasa Sesungguhnya Kami Amat Bangga Kerana Mempunyai "Ayah" seperti Pak Lah Dan Esok Bakal Mendapat Seorang "Ibu".
"Ayah & Ibu" Kepada Seluruh Rakyat Malaysia.
Semoga Sentiasa Dirahmati Allah Kedua-dua Mempelai.
Semoga Allah Melindungi "Ayah Dan Ibu" Kepada Rakya Malaysia Tersebut.
Selamat Pengantin Baru.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.
Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...
-
Takziah Kepada Keluarga CM KUALA LUMPUR 2 Jun - Cucu perempuan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang dirawat di Unit Rawata...
-
KAEDAH MELARUTKAN STOK A DAN B Pada masa kini, ramai masyarakat diluar mula mendapat kesedaran dan berminat bercucuk tanam ...
-
Puan Sri Laila Taib meninggal dunia - BH Online 29/04/2009 KUCHING: Puan Sri Laila Taib, isteri Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Tai...
No comments:
Post a Comment