6/25/2007

Salah siapa? -- Isu tiub bedah tertinggal 3 tahun dalam perut suri rumah

Oleh Diyana Rose Kamalludeen - Utusan Malaysia 25.06.07 ALOR STAR 24 Jun – Mana satu yang betul? Isu tiub bedah tertinggal dalam perut sejak 2004 semakin kusut apabila pihak berkuasa kesihatan dan mangsa masing-masing cuba menegakkan benang basah. Jabatan Kesihatan negeri hari ini mempertahankan pihaknya dengan mendakwa pesakit, Rusinah Yatim ‘menghilangkan’ diri dari Hospital Alor Star (HAS) sebelum prosedur untuk menerangkan mengenai tiub itu dilakukan ke atasnya. Suami pesakit, Zamil Ibrahim pula menafikan dakwaan itu dengan berkata, “jururawat memaklumkan pesakit boleh balik.’’ ‘‘Dia (jururawat) langsung tidak memberitahu ada doktor lain yang akan datang periksa, atau memberikan kami sebarang dokumen seperti kad temu janji dan sebagainya. Saya juga keliru memandangkan isteri baru menjalani prosedur serius. ‘‘Jika kami tahu ada tiub tertinggal di dalam badan Rusinah, tidak logik kami terus meninggalkan hospital kerana masih ada rawatan yang berjalan ketika itu. “Tindakan hospital menafikan semua itu adalah seperti memperlekehkan kami,” tegasnya ketika dihubungi di sini, hari ini. Menurut Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Hasnah Ismail, Rusinah, 44, tidak berada di dalam wad ketika doktor pakar dan jururawat datang membuat pemeriksaan sebelum membenarkan pesakit pulang, dua hari selepas pembedahan dilakukan. Kata beliau, melalui rutin itu selalunya doktor akan memaklumkan kepada pesakit untuk datang semula ke klinik untuk pemeriksaan susulan dan mengeluarkan stent atau tiub serta melakukan pula prosedur cystoscopy iaitu ujian bagi melihat saluran kencing selepas tempoh dua minggu. ‘‘Pesakit menjalani prosedur ‘ureterorenoscopy dan lithotripsy’ untuk mengeluarkan batu karang pada ureter (saluran buah pinggang) kiri pada 28 November. ‘‘Selepas itu, satu tiub (Double J Stent) dimasukkan ke saluran sama sebagai sebahagian rawatan untuk memastikan saluran itu sentiasa terbuka agar tidak mengalami kekejangan dan tersumbat namun ia perlu dikeluarkan sebelum tempoh tiga bulan. ‘‘Dalam kes pesakit ini, batu karang di dalam badannya tidak terlalu banyak oleh itu hanya mengambil masa dua minggu untuk mengeluarkannya semula,’’ katanya kepada Utusan Malaysia, hari ini. Mingguan Malaysia hari ini melaporkan derita yang ditanggung Rusinah selama tiga tahun ekoran seutas wayar (tiub) sepanjang 33 sentimeter tertinggal di dalam perutnya selepas satu pembedahan batu karang di Hospital Alor Star (HAS). Suri rumah terbabit bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap HAS kerana didakwa cuai sewaktu menjalankan pembedahan ke atasnya bagi menuntut ganti rugi kerana menanggung masalah kesihatan seperti kesakitan pada pangkal rahim dan adakala kencing berdarah. Menurut Dr. Hasnah, beliau tidak melihat kejadian itu sebagai kecuaian pihak HAS sebaliknya satu masalah komunikasi apatah lagi jururawat bertugas telah berusaha menghubungi pesakit tetapi gagal. Jelasnya, Rusinah pulang ke rumah tanpa mengambil slip ‘discaj’, kad temu janji dan tanpa menjelaskan bil hospital lalu jururawat bertugas mengepos dokumen berkenaan ke alamat pesakit di Taman Seri Aman, Bedong pada malam 30 November itu. Tambah beliau lagi, usaha seterusnya untuk berhubung dengan pesakit langsung tidak mendatangkan hasil malah pesakit juga tidak cuba berhubung dengan HAS mengenai masalah kesihatan yang dialami atau datang ke klinik pembedahan HAS sejak keluar.

No comments:

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...