6/25/2007

Sarawak masih perlu ramai doktor

Oleh Leoranoa William - salinan asal SIBU, 24 Jun: Sarawak masih memerlukan ramai doktor perubatan agar setanding dengan nisbah doktor kepada pesakit di Semenanjung Malaysia. Menteri Perumahan Sarawak Dato Sri Abang Johari Tun Openg berkata, nisbah semasa doktor kepada pesakit di negeri ini ialah 1:3,800. “Ini bermakna, seorang doktor (di Sarawak) perlu menjaga 3,800 pesakit berbanding 2,600 di Semenanjung Malaysia,” ujar beliau ketika berucap pada majlis penutupan Majlis Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Nasyid Peringkat Jabatan Kesihatan Sarawak di Dewan MUC, Jalan Bandong, petang tadi. “Sehubungan itu, rakyat Sarawak perlu berusaha lebih gigih untuk mendapatkan ijazah dalam bidang perubatan agar dapat berbakti kepada rakyat di negeri ini.” Abang Johari menjelaskan, tugas doktor bukan sekadar untuk merawat pesakit, malah berperanan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada orang yang sihat agar mereka dapat menjadi rakyat yang lebih produktif bagi menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri ini. “Tugas para doktor dan jururawat memerlukan mereka tabah ketika menjalankan tugas. Ada masanya, mereka ini akan dipanggil untuk menolong kerajaan bagi menempatkan penduduk yang ditimpa bencana alam,” katanya. “Pada masa itu, doktor dan jururawat perlu sentiasa memberikan senyuman dan layanan yang baik kepada setiap pesakit di bawah jagaan mereka.” Dalam pada itu, beliau meluahkan rasa bangga atas pencapaian cemerlang jururawat yang dilatih di Malaysia yang mendapat permintaan menggalakkan dari negara-negara Timur Tengah. “Ini satu pencapaian cemerlang yang membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan barisan jururawat perubatan yang memenuhi permintaan negara luar,” tambahnya. Majlis Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Nasyid itu dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Sarawak dan Persatuan Kebajikan Islam Kesihatan (PERKIP) sempena dengan sambutan ulangtahun ke-30 PERKIP. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengarah Kesihatan Sarawak Dr. Andrew Kiyu, Pegawai Kesihatan Hospital Sibu Dr. Faizul Mansoor dan Timbalan Presiden Persatuan Kebajikan Islam Kesihatan (PERKIP) Sarawak Dr. Dayang Mordiah Abang Narudin

No comments:

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...