APA YANG BERLAKU AMBILLAH SEBAGAI PENGAJARAN KEPADA KAUM HAWA YANG LAIN. JANGANLAH TERLALU MUDAH TERPEDAYA. INIKAN PULA DENGAN ORANG YANG LANGSUNG TIDAK DIKENALI. BERHATI-HATILAH DIMASA HADAPAN.
KLIK KAT +++ DIBAWAH UNTUK MAKLUMAT LAIN
KUALA NERANG: Akibat nombor telefon bimbitnya diedarkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), seorang gadis berusia 15 tahun mendakwa menjadi mangsa rogol bergilir-gilir empat lelaki, termasuk seorang remaja seusia dengannya, di Kampung Alor Imboi, Jalan Padang Sanai-Sintok, Selasa lalu.
Gadis bawah umur berkenaan yang juga pelajar sebuah sekolah menengah mendakwa dirogol empat lelaki di sebuah pondok kosong di kawasan pembalakan antara jam 11 malam Selasa lalu hingga 5 pagi kelmarin selepas dibawa bersiar-siar dengan kereta bersama suspek. Ketua Polis Daerah Padang Terap, Superintendan Hamzan Darus, berkata seorang daripada suspek yang mendapat nombor telefon mangsa menghubungi gadis itu pada jam 9.30 malam Selasa lalu dan mengajaknya bertemu. “Selepas berjumpa, suspek yang datang bersama seorang rakan lain kemudian membawa mangsa ke Kampung Tualak untuk mengambil dua lagi rakan mereka termasuk seorang remaja berusia 15 tahun dan menuju ke Kampung Alor Imboi di mana kejadian didakwa berlaku,” katanya pada sidang media di pejabatnya semalam. Katanya, siasatan awal mendapati mangsa tidak mengenali suspek dan malam itu adalah kali pertama mereka berjumpa. Mangsa membuat aduan di Balai Polis Kuala Nerang sekitar jam 7 pagi kelmarin manakala empat suspek, dua berusia 20 tahun, 26 dan 15 tahun ditahan di rumah masing-masing tengah hari kelmarin. ©The New Straits Times Press (M) Berhad - Harian Metro 01.06.2007 ____________________________________________
No comments:
Post a Comment