BERSAMA MENCARI KEKAYAAN YANG DI ANUGERAHKAN OLEH ALLAH SWT. JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA KELMARIN DAN ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI.
12/01/2008
Antara sikap kiasu, ketuanan Melayu
==Surat Berita Harian 1/12/2008
SEJAK akhir-akhir ini, saya lihat jelas wujudnya pertembungan antara sikap kiasu sesetengah pemimpin Cina yang sukar dipadamkan dengan slogan ketuanan Melayu yang agak kerap dilaung-laungkan. Apakah yang dikatakan sikap kiasu? Perkataan kiasu berasal daripada dialek Hokkien bermaksud takut kalah. Sikap kiasu yang popular diguna pakai di negara ini dan Singapura.
Kamus internet Wikipedia turut memberikan contoh mengenai sikap kiasu ini termasuk
mengumpul makanan yang banyak ke dalam pinggan ketika makan tengah hari secara bufet, takut makanan itu kehabisan kemudian.
Sikap kiasu ini ada juga yang menyamakan budaya Ah Beng yang lebih membabitkan anak muda didikan sekolah jenis kebangsaan Cina. Satu contoh budaya Ah Beng ialah bagaimana mereka tanpa segan-silu dan berani bertanyakan lagi mengenai sesuatu yang diberitahu sebelum itu kepadanya bahawa benda yang dicarinya itu berada di bawah meja misalnya.
Oleh kerana kurang mendengar, anak muda berbudaya Ah Beng ini bertanya dalam nada suara meninggi: Under where? Under where?; yang bunyinya seperti melaungkan perkataan underwear atau seluar dalam!
Tidak hairanlah, saya sendiri terserempak gelagat seorang anak muda Cina yang entah dari mana datangnya, tiba-tiba terus ke arah dua penjawat awam Melayu berpakaian kot dan bertali leher berbincang kes dihadapi di Mahkamah Sesyen Kuantan pada pagi Khamis lalu.
Anak muda Cina ini dengan pakaian kemeja-T dan berseluar jeans, rambutnya bersapu jel; terus bertanya kepada kedua-dua penjawat awam itu tanpa peduli betapa dia sebenarnya mengganggu perbincangan penting mereka:
Encik, tandas mana? Urusan penting dan besar betul anak muda Cina ini dengan soalan secara menerpa dan selambanya itu!
Selaku orang Melayu yang penuh hemah, sungguhpun boleh tidak dilayan saja anak muda Cina ini yang jelas pada standard kita kurang ajar, penjawat awam berkenaan menjawabnya secara baik sambil menunjukkan arah ke tandas berkenaan.
Apakah pula maksud ketuanan Melayu? Sudah banyak diperkatakan mengenainya dengan terbaru seperti disebut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob ketika menggulung perbahasan Bajet Negeri 2009 di Dewan Undangan Negeri pada Jumaat, 21 November lalu.
Apabila disebut ketuanan Melayu, bukan bermakna bangsa Melayu itu tuan, bukan Melayu itu kuli. Maksud ketuanan Melayu ialah institusi raja-raja Melayu.
Itu sebabnya dengan raja dan dengan Tuanku Sultan; bila kita menghadap, kita sebut Tuan Ku. Kerana Tuanku adalah tuan kita. Dan apabila sebut ketuanan Melayu, bukan Melayu itu tuan, tetapi Melayu itu dilambangkan oleh raja-raja Melayu, katanya.
Dari segi konotasi pun, wujud perbezaan nyata antara sikap kiasu dengan slogan ketuanan Melayu. Jika sikap kiasu itu berkonotasikan negatif - takut kalah; ketuanan Melayu sebenarnya berkonotasikan positif yakni bagi menanamkan keyakinan ke dalam diri orang Melayu mengenai hebatnya Melayu.
Dan yang turut membezakan juga ialah, sikap kiasu diamalkan secara diam-diam sedangkan slogan ketuanan Melayu lebih banyak dilaung dan kita amat memahami kenapa, kerana ia sebagai pembakar semangat orang Melayu sendiri untuk terus memperbaiki diri sendiri!
Ia tentu tidak ada apa salahnya apatah pula slogan ketuanan Melayu itu sendiri datangnya daripada wujudnya hak keistimewaan orang Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri.
Kini, dengan sikap kiasu sesetengah pemimpin Cina, berani pula dia mendakwa ketuanan Melayu sudah tidak relevan lagi. Jika begitu, adakah pemimpin Cina ini cuba mengatakan Perlembagaan Persekutuan khususnya peruntukan yang menyebut mengenai hak keistimewaan orang Melayu juga tidak penting lagi?
Di sinilah seharusnya pemimpin Umno khususnya, duduk dan memikirkan secara serius untuk berusaha memperkukuhkan kembali kedudukan sosiopolitik orang Melayu.
Ia termasuk dalam menghapuskan apa-apa juga hambatan dari dalaman khususnya mengenai gejala politik wang yang terus-menerus tidak memberikan gambaran baik mengenai parti dan secara tidak langsung, Melayu kita.
Dengan kita kembali kukuh, bukan saja kita dapat mengatakan kepada pemimpin bersikap kiasu ini supaya tidak lagi buat hal; malah kita boleh memberitahu mereka agar memainkan peranan agar masyarakatnya yang terpengaruh dengan sikap kiasu, dididik supaya mengurangkan sikap itu.
YOPE KEY-DARE,
Kuantan, Pahang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.
Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...
-
Takziah Kepada Keluarga CM KUALA LUMPUR 2 Jun - Cucu perempuan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang dirawat di Unit Rawata...
-
KAEDAH MELARUTKAN STOK A DAN B Pada masa kini, ramai masyarakat diluar mula mendapat kesedaran dan berminat bercucuk tanam ...
-
Puan Sri Laila Taib meninggal dunia - BH Online 29/04/2009 KUCHING: Puan Sri Laila Taib, isteri Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Tai...
No comments:
Post a Comment