BERSAMA MENCARI KEKAYAAN YANG DI ANUGERAHKAN OLEH ALLAH SWT. JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA KELMARIN DAN ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI.
12/18/2008
Swisscash dan Skim Cepat Kaya Terbesar Dunia Tersungkur
Skim Cepat Kaya Terbesar Dunia Tersungkur
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Bernard L Mardoff, Pengasas skim cepat kaya terbesar di dunia akhirnya jatuh ke tanah jua, setelah mengaut keuntungan berbillion USD. Namun sekelip mata keuntungan sementaranya itu akan hilang, pada masa yang sama meninggalkan mangsanya terkapai-kapai seperti tanpa oksigen di tengah lautan.
Mardoff juga dilaporkan menggunakan sebahagian hasil keuntungan penipuan dari skim ini untuk badan kebajikan Yahudi. Akibat tindakan ke atas Mardoff, Yayasan pendidikan Yahudi tersebut turut ditutup.
Gambar : Bangunan milik Madoff
Istimewanya kali ini, mangsanya skim ini bukan lagi terhad kepada orang miskin, sederhana atau warga melayu tetapi bank-bank gergasi dunia turut menjadi mangsa kelicikan penipuannya. Mungkin kerana berselindung atas namanya yang besar di USA.
Berikut adalah senarai bank dan potensi kerugian akibat menjadi mangsa skim cepat kaya Bernard L Madoff yang bertapak di New York :-
Clients of Santander, Spain - $3.1bn
HSBC, UK - $1bn
Natixis, France - $605m
Royal Bank of Scotland, UK - $601m
BNP Paribas, France - $460m
BBVA, Spain - $400m
Man Group, UK - $360m
Reichmuth & Co, Switzerland - $325m
Nomura, Japan - $303m
Selain bank-bank di atas, pembuat filem Yahudi yang terkenal iaitu Stephen Spielberg turut menjadi mengsa.
(Rujukan )
KRISIS KEWANGAN MERUNCING
Memalukan, tidak dapat dibayangkan bagaimana jatuhnya kredibiliti seluruh bank dan pakar-pakar pelaburannya. Bagaimana mereka boleh terpedaya dengan skim ponzi sebegini.
Di pertengahan kemelut dan krisis credit crunch yang sedang menyelebungi beberapa negara maju seperti USA, UK dan eropah, kini krisis kewangan semakin meruncing akibat tangan Bernard L Madoff, seorang usahawan skim cepat kaya yang sangat ‘berjaya' dalam penipuannya.
Ini sememangnya ‘hadiah' buat Yahudi, industri riba dan haram dan mereka yang terlalu tamak. Skim Mardoff ini seperti biasa menawarkan pulangan tetap yang tinggi iaitu 10 % tahunan hingga menyebabkan pelbagai individu kaya dan bank tertipu. Ia kelihatan sedikit ‘real' berbanding skim cepat kaya lain yang biasanya 'too good to be true' kerana menawarkan pulangan lebih dari 30 %.
Ternyata tiada sebarang bisnes pendasar (underlying business) yang dijalankan oleh Mardoff bagi meraih untung yang sah di sisi undang-undang. Keuntungan yang diraih dan diagih semuanya hasil ‘downline' lalu diberikan kepada upline dan begitulah seterusnya. Itulah skim pyramid atau juga digelar ponzi scheme, sama seperti skim ea index, swiss cash dan lain-lain yang pernah diharamkan di Malaysia dahulu.
Berita BBC melaporkan selepas skim dan penipuannya terbongkar :-
he had "absolutely nothing" and "it's all just one big lie", and that it was "basically, a giant Ponzi scheme"
Dia berjaya mengabui mata ramai pelabur kapitalis melalui syarikatnya Bernard L Madoff Investment Securities yang ditubuhkan pada tahun 1960, dalam masa yang sama dia juga menjalankan bisnes hedge fund.
Kelicikannya juga menjadikannya dilantik sebagai ketua, Nasdaq Stock Market.
Kini ramai yang mempersoalkan mengapa US Securities and Exchange Commission tidak mampu mengesan penipuan ini dari awal. Sedangkan menurut laporan berita BBC beberapa pihak dan individu telah membuat laporan tetapi tiada tindakan dan penyiasatan diambil. Mungkin laporan lambat diambil tindakan kerana networking Yahudi yang bertapak kukuh di USA.
Benar, laporan dari orang ramai amat penting tetapi jika pihak berkuasa tidak bertindak penipuan akan berterusan. Kita di Malaysia, pihak Bank Negara Malaysia dan Suruhnajaya Sekuriti amat diharapkan menambahkan kepantasan siasatan apabila mendapat laporan dari orang ramai, sebelum lebih ramai menjadi mangsa.
Alhamdulillah semakin ramai yang peka dan sudi melaporkan apabila timbul skim-skim dan binses yang meragukan. Namun demikian tidak mustahil sama sekali, penipuan hanya akan dapat dikesan agak terlewat lalu boleh menyebabkan kerugian wang yang banyak.
LAHIRKAN JUTAWAN BUKAN UKURAN
Saya kerap mendengar hujjah pemain skim cepat kaya yang mendakwa bisnes mereka benar dan kemampuan melahirkan ramai jutawan sebagai buktinya.
Sejak dari awal, kita boleh menilai hujjah ini adalah lemah, malah kini terbukti ia boleh mencipta seorang billioanaire seperti Mardoff, namun ia tetap salah dan tetap skim cepat kaya dan tetap akan tergolek juga akhirnya.
Di Malaysia penipuan skim ini boleh dianggap antara yang tercanggih di dunia, pelbagai teknik licik digunakan bagi megabui mata pelabur seperti mendapatkan Lesen Jualan Langsung, Koperasi, punyai beberapa produk dan banyak lagi. Sehingga sukar dibezakannya dengan syarikat jualan langsung dan koperasi yang sebenar.
Justeru, saya nasihatkan mereka yang sedang berfikir-fikir untuk menyertai sebarang skim agar lebih berhati-hati. Penangkapan dan serbuan demi serbuan tidak dinafikan akan menjadikan syarikat yang masih berbaki lebih kreatif dan licik dalam menutup penipuan mereka.
TIDAK KEBAL AKHIRNYA
Apa yang menarik dari kes ini juga, kita dapat melihat walaupun Mardoff agak kebal di peirngkat awal namun akhirnya ‘jatuh ke tanah jua' dengan desakan ketelusan pihak berkuasa di USA. Ia agak Pastinya tindakan adalah lewat kerana, melibatkan individu Yahudi, billionaire dan orang besar ( Pengerusi ) di Bursa Saham Nasdaq New York, namun tahniah atas tindakan yang diambil.
Bayangkan pula kalau ia di negara-negara sedang membangun seperti Malaysia. Rasuah mungkin akan menjadi penyelamat, atau jawatannya turut menggentarkan para penyiasat. Namun di negara-negara maju, mereka boleh sedikit terlewat tetapi akhirnya akan ‘kena' juga.
Akhirnya, telitilah dua tiga atau sepuluh kali sebelum menyertai mana-mana skim atau bisnes yang berpaksikan sistem pyramid dan yang hampir dengannya, ia mungkin skim cepat kaya yang bakal tersungkur sedikit masa lagi.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
16 Disember 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.
Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...
-
Takziah Kepada Keluarga CM KUALA LUMPUR 2 Jun - Cucu perempuan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang dirawat di Unit Rawata...
-
KAEDAH MELARUTKAN STOK A DAN B Pada masa kini, ramai masyarakat diluar mula mendapat kesedaran dan berminat bercucuk tanam ...
-
Puan Sri Laila Taib meninggal dunia - BH Online 29/04/2009 KUCHING: Puan Sri Laila Taib, isteri Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Tai...
No comments:
Post a Comment