12/25/2008

Korban skim cepat kaya Madoff

SEBAHAGIAN wartawan dan jurugambar menunggu di luar bangunan pejabat Villehuchet di Manhattan, New York kelmarin. NEW YORK - Seorang pengurus dana, Thierry Magon De la Villehuchet (gambar) membunuh diri selepas dia kerugian lebih AS$1 bilion (RM3 bilion) wang milik pelanggan-pelanggannya kerana melabur dalam skim cepat kaya anjuran taikun Wall Street, Bernard Madoff, lapor sebuah akhbar semalam. Mayat Villehuchet, 65, ditemui polis Amerika Syarikat (AS) kelmarin dalam keadaan sedang duduk di kerusi pejabatnya di Manhattan, New York dengan kedua-dua pergelangan tangan lelaki itu dikelar. Polis berkata, sebuah alat pemotong kotak turut ditemui di lantai pejabat Villehuchet bersama-sama sebotol pil tidur di atas meja. Lelaki tersebut berasal daripada keluarga bangsawan Perancis dan dipercayai menggunakan statusnya untuk menarik pelaburan golongan elit Eropah. Bagaimanapun, menurut beberapa laporan, pengurus dana itu semakin mengasingkan diri selepas skandal Madoff didedahkan kepada umum baru-baru ini. Pada malam Isnin lepas, Villehuchet memberitahu seorang kakitangannya bahawa beliau akan meninggalkan pejabat pada malam itu tetapi kurang 13 jam kemudian, mayat mangsa ditemui oleh seorang pengawal keselamatan. Madoff, 70, pada awal bulan ini mengaku kepada polis bahawa beliau kerugian sehingga AS$50 bilion (RM173.17 bilion) kerana mengendalikan skim cepat kaya yang menjanjikan pulangan lebih tinggi kepada pelabur. - Agensi kosmo online

No comments:

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...