BERSAMA MENCARI KEKAYAAN YANG DI ANUGERAHKAN OLEH ALLAH SWT. JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA KELMARIN DAN ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI.
12/31/2008
Jalan Mukah-Selangau sangat teruk
Oleh Aini Selikang - Utusan Borneo Online - 20/12/2008
Kerosakan hingga 30 kilometer, penduduk rayu tindakan segera diambil
MUKAH: Belum pun reda isu kesukaran untuk mendapatkan bekalan petrol, penduduk Mukah sekali lagi mengeluh dan mendakwa jalan utama Mukah-Selangau kini rosak teruk berbanding beberapa bulan lalu dan sukar untuk dilalui oleh kenderaan kecil.
Penduduk mendakwa, jalan sepanjang 80 kilometer yang menghubungi Mukah dan pekan Selangau itu semakin tidak terurus dan memerlukan perhatian segera daripada pihak berwajib.
Ujar mereka, keadaan kini bertambah teruk ketika musim hujan dan sebahagian besar jalan rosak sepanjang 30 kilometer.
Sehubungan itu, seorang penduduk, Mohd Aidel Abdullah, 33, berkata, beberapa aduan dikemukakan sebelum ini bahkan, jalan Selangau sering menjadi isu dan pernah disiarkan dalam beberapa media tempatan.
Beliau tidak menafikan memang ada usaha untuk membaikpulih jalan berkenaan tetapi, ia hanya bersifat sementara dengan menimbus kawasan yang rosak.
“Tetapi kini, Jalan Selangau semakin teruk dan sebahagian besarnya berlubang. Malah, ada antara kenderaan kecil yang melalui kawasan ini terkandas. Saya menggesa pihak berwajib menyegerakan kerja membaik pulihnya,” katanya kepada Utusan Borneo, semalam.
Riziman@Aiman Hassan berkata, kerosakan jalan Mukah-Selangau turut mendatangkan implikasi sampingan termasuk keselamatan kepada pengguna yang melalui jalan berkenaan pada waktu malam kerana gelap dan tidak berlampu.
Katanya, sebahagian besar pengguna bimbang terhadap keselamatan mereka kerana terpaksa berdepan dengan kemungkinan kerosakan kenderaan dan ancaman binatang buas.
Ujarnya, jalan raya itu mesti diperbaiki segera dengan mengambil kira kepentingan orang awam.
“Kita faham kerajaan ada alasan tersendiri untuk tidak memperbaiki jalan ini setakat ini. Mungkin ada rancangan lain. Tetapi, saya berpendapat…ia perlu perhatian serius sekiranya berhasrat untuk menarik kunjungan pengunjung luar ke Mukah,” katanya.
Mas Jeohari Joseph, berkata, kerajaan merancang untuk melaksanakan SCORE di Mukah tetapi, jalan raya yang ada sekarang perlu diperbaiki terlebih dahulu sebelum merealisasikan perancangan itu.
Katanya, SCORE bakal memberi manfaat besar kepada penduduk Mukah namun, bagaimana perancangan itu dapat direalisasikan dengan keadaan jalan yang rosak teruk seperti hari ini.
“Tidak lama lagi, Mukah bakal menjadi tumpuan orang luar dengan penganjuran Pesta Kaul. Saya rasa, pengunjung akan berfikir dua kali sebelum ke Mukah kerana keadaan jalan raya sekarang tidak mengizinkan,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.
Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...
-
Takziah Kepada Keluarga CM KUALA LUMPUR 2 Jun - Cucu perempuan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang dirawat di Unit Rawata...
-
KAEDAH MELARUTKAN STOK A DAN B Pada masa kini, ramai masyarakat diluar mula mendapat kesedaran dan berminat bercucuk tanam ...
-
Puan Sri Laila Taib meninggal dunia - BH Online 29/04/2009 KUCHING: Puan Sri Laila Taib, isteri Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Tai...
No comments:
Post a Comment