12/02/2008

Hutang kewarganegaraan perlu dibayar (2)

Fahri Abdullah al-Masri Tue | Dec 02, 08 | 4:43:59 am MYT (Harakah Online) Sebelum melanjutkan hujah semalam, suka saya simpulkan kembali bahawa antara idea utama dalam isu Ketuanan Melayu ini ialah, kewarganegaraan ada harganya. Kaum Melayu bersetuju kepada penjajah British, untuk menerima kehadiran bukan Melayu itu sebagai saudara mereka di negara ini. Agak menghairankan, British yang pernah menjajah India dan China dan mengirim nenek moyang mereka ke Tanah Melayu tidak pernah pula dipersalahkan mereka. Padahal yang meminta Melayu menerima kaum India dan China itu tidak lain dan tidak bukan adalah British sendiri. British yang bertanggungjawab membawa kaum bukan Melayu, maka sepatutnya mereka yang patut membawa semula tenaga buruh asing di dalam sektor bijih timah dan ladang getah ke negara mereka masing-masing di India dan China. Ini lojik mudah. Saya fikir, dalam meniti arus konflik ini, kerajaan British harus dilibatkan dan kita tidak boleh bersengketa dengan terus melupakan peranan British. Tapi, ada satu perkembangan baru yang menarik perhatian saya, iaitu Hindraf telah mendesak British untuk membayar pampasan kerana telah membawa mereka ke Tanah Melayu. Saya mengucapkan tahniah secara terbuka kerana kaum India Hindraf telah sedar bahawa British itulah yang patut dipertanggungjawabkan dalam hal ini. Tapi amat mengecewakan apabila Umno masih setia menjadi talibarut British dengan menangkap pimpinan Hindraf dalam ISA. Juak-juak Umno yang menahan aktivis Hindraf adalah Melayu Harbi yang wajib diperangi semua pihak tanpa megira fahaman politik, agama dan kepercayaan. Sebelum melanjutkan perbincangan, ingin saya ingin respon ke atas Ketua Umno Cheras, Dato' Syed Ali Al Habshee yang menyatakan Pakatan Rakyat itu tak kukuh di Selangor. Seolah-olah, cara dia mengungkapkan kenyataan itu menunjukkan BN sudah stabil. Beliau berkata demikian dalam program tv Hujah di TV9 yang membawakan isu negeri Selangor yang rapuh akibat pergolakan Pakatan Rakyat. Beliau berkata demikian seperti BN tiada masalah langsung. Sebenarnya, BN pun rapuh. Hal ini boleh kita lihat daripada kenyataan seorang pimpinan Umno di Bernama yang mendesak Kayveas (PPP) keluar daripada BN atas isu ISA. Dan kini, isu Ketuanan Melayu jadi satu isu yang menunjukkan bahawa BN juga mengalami krisis yang lebih kurang sama. Tapi, Kayveas mengugut keluar daripada BN itu kerana tak puas hati dengan cara Umno menggunakan ISA. Lalu, seorang pemimpin kanan MCA menyokong pendirian Kayveas dalam hal yang sama. Sebenarnya, bukan Kayveas seorang yang bantah ISA, malah Zaid Ibrahim juga memiliki pendirian yang sama. Apakah ISA digunakan untuk selamatkan Ketuanan Melayu (versi Umno) maka sebab itu ahli-ahli komponen BN juga akhirnya mendesak agar benteng Ketuanan Melayu itu dirobohkan? Hal ini mesti disiasat juga kerana Umno kerap mengugut menggunakan ISA dalam isu-isu perkauman. Polemik Ketuanan Melayu lambang keretakan BN Najib Tun Razak juga menasihatkan semua ahli komponen BN tidak membincangkan secara terbuka isu ketuanan Melayu. "Sebenarnya apabila kita buat struktur BN ini, salah satu daripada tujuannya ialah supaya sebahagian besar daripada pertikaian atau permasalahan dan juga polemik-polemik ini boleh diutarakan secara tertutup melalui saluran khas dalam BN. "Rakyat akan melihat bahawa kita ini menghadapi terlalu banyak masalah sepanjang masa," demikian kata Najib dalam suatu kenyataannya. Tak apalah.. setidak-tidaknya Najib 'jujur' dalam hipokritnya. Apa-apa pun, semua ini dah berlaku dan sampai bila Najib mahu menutup mulut ahli-ahli komponen BN? Beliau kata begini, kerana beliau tak terlatih berdebat, berhujah. Jadi apabila dia tidak tahu menjawab dan tidak mahu menjawab, hanya inilah saja caranya. Tutup mulut! Apabila Soi Lek dan Mei Fun bersuara, maka pimpinan Melayu yang bacul mulut jangan minta anak-anak Melayu berdiam diri. Kalau pimpinan Melayu Umno penakut, bacul seperti Najib, jangan pula menyekat anak-anak Melayu ini mahu berkreatif dalam melontarkan bahan fikiran mereka untuk diratah bersama. Ringkasnya, kalau Najib bodoh menjawab, jangan memperbodohkan Melayu dengan cara menyekat kehendak pemuda Melayu berdebat secara sihat. Insya Allah, tidak akan terjadi pertumpahan darah jika kebebasan bersuara diberikan. Surat-surat pembaca Antara surat-surat yang dikirimkan, ada mel-e yang menarik daripada saudara Cina Islam dan saya catit beberapa isu yang mungkin dapat dijadikan renungan dan menungan bersama. Beliau mengutip beberapa perenggan saya dan melontarkan kembali pertanyaan. Jadi, apa yang saya lakukan sekarang ialah memberi ruang kepada orang-ramai yang suka berdebat untuk sama-sama mendebatkan isu ini dan saya berjanji akan cuba menjawab persoalan yang dikemukakan saudara saya itu dengan sebaik mungkin, insya Allah. (Dengan sedikit suntingan..) 1. "Alam ini, atau negara ini milik Tuhan dan Dia memberikan tanggungjawab ke atas khalifah (umat Islam) menguruskannya." Soalan dan respon: Apakah orang Cina Islam adalah sama taraf dengan Melayu?? 2. "Lafaz ini wujud dengan sebab wujudnya orang bukan Melayu di negara ini. Maka, kalau bukan Melayu tidak wujud dan tidak berhiijrah dari negara asal mereka (China dan India), tiada keperluan lagi untuk dipertahankan hal ini. Soalan dan respon: (1) Itu semua (kehadiran bukan Melayu ke Tanah Melayu) ketentuan Allah yang Maha Esa (2) Betul ke orang Melayu asal hanya dari Tanah Melayu?? (3) Bagaimana dengan saya yang memang dilahirkan di Malaysia?? 3. "Soi Lek dan Mei Fun antara pihak yang paling ke depan dalam hal membantah Ketuanan Melayu ini. Soi Lek menolak hal ini kerana konsep ini seperti faham tuan-hamba walaupun sebenarnya hubungan Melayu dan bukan Melayu di negara ini bukannya seperti 'Master and Slave' dalam hubungan Bangsa Mesir purba yang memperhambakan Bani Israel suatu ketika dahulu. Kemuncak kepada penolakan tuan-hamba (master and slave) ini bermula dengan konflik pergeseran antara Musa dan Fir'aun. Tapi, adakah hal semacam ini diperjelaskan oleh Umno kepada MCA? Antara ciri-ciri yang menunjukkan sesebuah bangsa itu masih terperangkap dengan fahaman tuan-hamba (master and slave) ini ialah sikap menjadikan kaum wanita sebagai hamba kaum lelaki. Tahap paling kronik ialah menjadikan wanita sebagai alat pemuas nafsu syahwat kaum lelaki. Mungkin Soi Lek lebih faham dan sedar hal ini kerana beliau lebih berpengalaman sebelum beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Kesihatan tidak lama dahulu. Soalan dan respon: (1) Kesan DEB telah menunjukkan ada unsur tuan hamba. (You not Chinese so don't talk about what Chinese feel but you should try to understand what we feel because you said you (Malay) are owner of Malaysia (tunjukkan sikap Abang Long tu biar orang bukan Melayu ni boleh hormat kat Melayu) 4. "Ketuanan Melayu ada harganya. Harganya adalah darah dan air mata. Nenek moyang Melayu mempertahankan bumi ini daripada Siam, Portugis, Belanda, Jepun dan juga penjajah yang lain. Sedangkan, kaum bukan Melayu tak banyak memainkan peranan dalam menolak penjajahan ini, melainkan Jepun sahaja." Soalan dan respon: (1) Menolak penjajahan Jepun sudah memadai untuk membayar darah dan air mata kemerdekaan sebab selepas penjajahan Jepunlah bermula "konsep merdeka" dilahirkan. 5. "Apabila menjelang kemerdekaan, atas persetujuan bahawa orang Melayu mahu menerima bukan Melayu sebagai warganegara dan bukan Melayu mahu menerima hak keistimewaan Melayu dan lain-lainnya, maka bermulalah urusan 'membayar' semula hal yang telah dipersetujui itu melalui cukai-cukai, wang yang dilaburkan dan sebagainya." Soalan dan respon: (1) DEB diwujudkan selepas merdeka iaitu pada tahun 1971, sepatutnya tidak termasuk dalam perjanjian "bayar hutang ni" so 'kita' yang bukan Melayu ni telah membayar lebih daripada apa yang patut dibayar selama lebih 20 tahun. 6. "Kesimpulannya, janganlah orang bukan Melayu di negara ini menyangka bahawa sumbangan mereka selama ini sama ada dalam bentuk wang cukai pelaburan ini menunjukkan bahawa orang Melayu telah berhutang pula kepada mereka. Malah, sebenarnya mereka berhutang kewarganegaraan kepada orang Melayu." Soalan dan respon: (1) Sampai bila nak bayar hutang ni? Penulis sepatutnya tahu, Malaysia ialah Allah yang punya. (2) Bila anda kata membayar hutang kewarganegaraan kepada orang Melayu maka terbukti la "kita" yang bukan Melayu ni telah dihambakan!! Saudara Seislam berbangsa Tionghua.. ### Syukur.. akhirnya dapat juga saya mengenali bahan-bahan fikiran rakan-rakan kita yang bukan Melayu beragama Islam. Ketuanan Melayu yang mereka pertikai mungkin terkait dengan Umno sebab yang mewajahkan kek ekonomi Malaysia adalah Umno. Dan, kena pertimbangkan juga bahawa ada kalangan Melayu yang bantah pelaksanaan DEB. Mungkin kalangan kaum bukan Melayu kena membezakan antara Melayu Harbi (Umno) dengan bangsa Melayu secara keseluruhan. Saya berjanji kepada pengirim surat ini untuk menjawabnya sebaik mungkin, tapi jawapannya bukan mewakili pendirian Umno. Malah dengan jujur, ia mewakili apa-apa fikiran seorang anak muda Melayu Islam yang peka dan prihatin soal nasib agama, bangsa dan tanahairnya, insya Allah. Soalan yang dibangkitkan ini mesti dihuraikan satu persatu dengan cermat dan hati-hati. Sudah tiba waktunya bangsa Asia perlu keluar berbicara dengan berani, jujur dan jangan lagi bersikap Najib yang tidak pandai, tidak berani menjawab, Pak Lah yang lemah untuk mengeluarkan kenyataan atas alasan nak menjaga perpaduan dan sebagainya. Akhirul kalam, ingin ditegaskan bahawa catitan ini adalah respon kepada kenyataan Soi Lek dan Mei Fun dalam isu Ketuanan Melayu. Tanpa kenyataan mereka itu, nescaya tidak tertulis catatan yang mungkin akan menyinggung perasaan kaum lain di negara ini. Kepada Najib dan Pak Lah, kita mahu berpesan, kita mesti berani berhujah dan berdebat. Kalau nak tutup segala pintu perdebatan, sampai bila nak tutup? Akan tiba masanya nanti pasti akan meletup juga. Tutup pun meletup, lebih baik dibuka tirai perdebatan ini. 3:58 a.m, 2 November Sekolah Pemikiran Kg Baru Bantahan, saranan, kritikan membina dan membinasa boleh dimajukan lewat mel-e ibnuamir@yahoo.com.Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya _

No comments:

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...