12/19/2008

Hanya pendedahan minimum institusi kewangan tempatan - RAM

KUALA LUMPUR 18 Dis. - RAM Rating Services Bhd. mendapati penilaian awal menunjukkan tiada atau hanya terdapat pendedahan minimum terhadap institusi kewangan tempatan yang terlibat dalam kes penipuan Madoff di Amerika Syarikat. RAM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah membuat susulan kes penipuan Madoff sebanyak AS$50 bilion (RM170 bilion) dengan semua syarikat institusi kewangan yang diberi penarafan olehnya. ''Susulan tersebut dibuat untuk mengukur sejauh mana sebarang potensi kesan negatif ke atas permodalan dan prestasi mereka. ''Daripada semakan awal menunjukkan bahawa institusi yang memberi maklum balas mendapati tidak ada atau hanya sedikit pendedahan secara langsung atau tidak langsung kepada dana yang diuruskan oleh Bernard Madoff Investment Securities LLC,'' menurut RAM dalam kenyataannya di sini hari ini. Dalam kes yang dilabel sebagai penipuan terbesar di dunia itu, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS telah mendakwa Bernard Madoff, pengasas syarikat pelaburan tersebut kerana melakukan penipuan sekuriti bagi skim Ponzi yang bernilai berbilion dolar. Menurut Suruhanjaya Sekuriti AS pada 7 Januari lalu, syarikat perunding Madoff menguruskan seramai 11 hingga 25 pelanggan membabitkan aset berjumlah AS$17 bilion (RM59.31 bilion). Menurut Madoff, kerugian diunjurkan tidak kurang daripada AS$50 bilion. RAM berkata, syarikat itu akan terus memantau perkembangan berkaitan dan menilai kesan ke atas portfolio penarafannya mengikut keadaan dan memaklumkan perkembangan terkini kepada pasaran. (utusan online)

No comments:

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...