Bernama.com
--------------------------------------------------------------------------------
Am 30 Oktober, 2009 17:45 PM
Samy Vellu Didakwa Mungkir Janji Naik Taraf Jalan Baram
MIRI, 30 Okt (Bernama) -- Janji bekas Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu untuk memberi peruntukan RM50 juta bagi menaik taraf laluan sepanjang 29km Jalan Beluru-Long Lapok yang menghubungkan Miri dengan kawasan pedalaman Baram dua tahun lepas, masih belum ditunaikan hingga kini, kata Anggota Parlimen Baram Datuk Jacob Dungau Sagan.
BERSAMA MENCARI KEKAYAAN YANG DI ANUGERAHKAN OLEH ALLAH SWT. JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA KELMARIN DAN ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI.
10/30/2009
10/29/2009
Apa erti jadi orang Melayu
(+an -> Malukah Kita Jadi Orang Melayu)
Pelbagai pihak mengata orang Melayu macam-macam. Ada yang mengkritik sikapnya, budayanya dan juga bahasanya. Orang Melayu bersifat perkaumanlah. Bahasa Melayu dikatakan macam-macam. Tidak sesuailah dengan zaman. Orang Melayu kena kuasai bahasa Inggeris untuk selamat. Biarlah mereka kata macam-macam, tetapi sudah ditakdirkan orang Melayu dilahirkan Melayu.
Bukan pilihan mereka untuk menjadi Melayu. Tetapi lahir-lahir sudah jadi Melayu. Tidak kiralah ada antara Melayu yang keturunannya bukan Melayu, malah ada yang tidak miliki darah setitik pun keturunan Melayu, tetapi mereka mahu menjadi Melayu.
Hakikatnya Melayu bukannya kaum yang berdasarkan darah keturunan. Melayu adalah bangsa yang berasaskan budaya tersendiri. Sesiapa mengamalkan budaya berkenaan, jadilah dia Melayu. Tetapi menjadi Melayu mempunyai keseronokannya tersendiri. Walaupun Melayu banyak ketinggalan, dan ramai daripadanya jahil dan miskin, tetapi tidak pula mereka mahu bertukar menjadi bangsa lain. Jadi bangsa Amerika umpamanya. Atau China , Arab dan lain-lain. Mereka tetap mahu menjadi Melayu.

USM hasil mi kuning kering mampu turunkan berat badan
AZHAR Mat Easa menunjukkan mi kuning kering, Neodles dan pingat pecipta yang mengiktiraf kebaikan produk itu di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
PULAU PINANG 28 Okt. - Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menghasilkan mi kuning kering lebih berkhasiat yang antaranya mampu menurunkan berat badan dan memberikan rasa kenyang yang lama dikenali sebagai Neodles.
Ketua Penyelidik dan Pensyarah Pusat Pengajian Teknologi Industri USM, Prof. Madya Azhar Mat Easa berkata, selain itu, mi kuning tersebut juga sesuai dimakan oleh penghidap kencing manis, obesiti dan mereka yang mengamalkan diet.
10/28/2009
Berjaga-jaga!!
ANGGOTA polis dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) memasang dawai dan papan tanda polis, di hadapan pintu keluar masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan, dimana berlangsungnya sidang Dun di Ipoh, pagi ini. Foto Ikhwan Munir - Berita Harian Online 28/10/2009
================================
Kalau tengok gambar ingatkan situasi tersebut kat luar negara... dah baca statement rupa-rupanya kat Perak...
kenapa lah sampai begitu sekali....
================================
Kalau tengok gambar ingatkan situasi tersebut kat luar negara... dah baca statement rupa-rupanya kat Perak...
kenapa lah sampai begitu sekali....
10/27/2009
Jambatan Gantung Runtuh...Mudahnya...Ader yang tak lena Tidur
22 murid hilang, jambatan gantung Kuala Dipang runtuh - BH Online 27.10.2009
GOPENG: Seramai 22 daripada 296 pelajar sekolah rendah yang sertai kem perkhemahan, hilang dipercayai dihanyutkan arus apabila jambatan gantung yang mereka naiki runtuh di Sungai Kampar, Kuala Dipang, jam 10.30 malam tadi.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang melawat tempat kejadian berkata kerajaan negeri akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat punca kejadian.

10/26/2009
'Saman belacan' undang persoalan
BERITA mengenai pembungkus belacan didenda RM600 oleh Mahkamah Majistret selepas pendakwaan Jabatan Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Dungun, menimbulkan persoalan yang memerlukan jawapan segera.
Kes itu menunjukkan seolah-olah pihak penguat kuasa undang-undang hanya berani mengambil tindakan terhadap peniaga runcit yang untungnya tidak seberapa.
Kes itu menunjukkan seolah-olah pihak penguat kuasa undang-undang hanya berani mengambil tindakan terhadap peniaga runcit yang untungnya tidak seberapa.
10/25/2009
Pembeli Melayu & Pembeli Cina
Langsat Indon memang manis..umpama gula. Tak macam langsat local yang masam-masam manis..tapi rasanya enak.
Musim langsat indon kat kuching atau kota samarahan kita lihat ramai peniaga yang menjual buah tersebut di tepi-tepi jalan dan sekitar bulatan di jalan kota samarahan/tabuan jaya.
Musim langsat indon kat kuching atau kota samarahan kita lihat ramai peniaga yang menjual buah tersebut di tepi-tepi jalan dan sekitar bulatan di jalan kota samarahan/tabuan jaya.
Bajet 2010 - Bajet Tarik Tali
Memang dijangkakan bajet 2010 lebih kepada bajet rakyat. Seperti mana yang PM katakan..untuk membantu kemakmuran rakyat. Secara teorinya. Diharapkan secara praktikalnya nanti ia sampai kepada kumpulan sasarannya.
Rakyat Malaysia akan menikmati segala kebaikan ekoran daripada perlaksanaan yang akan dirancang tersebut. Dari anak-anak kecil hinggalah kepada pesara semuanya di cakup dalam bajet tersebut..Kata PM Tiba masa untuk memakmurkan rakyat.
PM seorang yang amat pintar..dia galakan rakyat berfikir di 'luar kotak fikiran'...maksudnya juga jangan berfikir dalam ruang lingkup yang sempit dan cara biasa.

10/21/2009
Datuk 888 & CBD88
Pemilik CBD88 Beri Penjelasan
KUANTAN, 20 Okt (Bernama) -- Bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Pahang, Datuk Kan Tong Leong yang menggunakan nombor pendaftaran CBD 88 tampil memberi penjelasan berhubung laporan Ketua Audit Negara 2008 mengenai penyelewengan penggunaan bahan api berlebihan.
Katanya, beliau tidak lagi menggunakan kereta Proton Perdana milik kerajaan negeri sejak 2003 selepas tidak lagi menjadi Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (Exco).

10/15/2009
Jalan Pan Borneo dipastikan selamat
KEMENTERIAN Kerjaraya merujuk kepada surat Pemilik Kelisa bertajuk Jalan Pan Borneo Tidak Lancar yang disiarkan dalam ruangan ini 5 Oktober lalu. Untuk makluman, hasil siasatan kementerian, kebanyakan masalah yang berlaku adalah di kawasan Bahagian Bintulu dan Sibu.
Memang diakui kebanyakan jalan berkenaan memang mengalami kerosakan dan kementerian akan mengambil perhatian ke atas perkara ini. Hasil pemantauan serta laporan daripada pihak konsesi dan JKR Sarawak didapati kerosakan jalan ini disebabkan perkara berikut:
Kebanyakan jalan di Sarawak melebihi 20 tahun dan belum pernah dinaiktaraf. Ini menyebabkan kebanyakan jalan itu melebihi tahap penyenggaraan dan perlu dinaik taraf.
Kebanyakan jalan ini direka bentuk untuk lalu lintas yang sesuai digunakan 20 tahun lalu. Ini memerlukan kerjasama pihak penguatkuasaan untuk memastikan kenderaan berat mematuhi garis panduan beban bagi mengelak jalan rosak teruk.
Keadaan cuaca dan struktur tanah - Sibu dan Bintulu mengalami taburan hujan yang tinggi kebelakangan ini, ia menyebabkan jalan di kawasan itu banyak berlubang dan kerap berlaku tanah runtuh.
Untuk makluman, semua jalan Persekutuan di Sarawak diswastakan kepada tiga syarikat konsesi untuk mengendalikan kerja penyelenggaraan.
Bahagian Sibu dan Bintulu, lebih kurang 10 kilometer pertama dari Lapangan Terbang Bintulu menghala ke Tatau sememangnya permukaan jalan itu mempunyai banyak tampalan tetapi tiada lubang, cuma terlalu banyak tampalan menyebabkan ketidakselesaan dalam pemanduan. Kementerian sudah membuat perancangan untuk membuat kerja menurap jalan ini pada tahun depan namun ia bergantung kepada tahap kewangan semasa.
Jalan di bandar Bintulu pula dari persimpangan Batu 2 menghala ke Medan Jaya diturap baru, adalah jalan negeri dan segala peruntukan dan kerja pengawasan adalah di bawah bidang kuasa JKR Sarawak.
Jalan Bintulu-Selangau dan jalan Sibu-Bintulu masih banyak yang berlubang atau yang ditampal tidak sempurna, kementerian mengarahkan pihak konsesi membuat tampalan di jalan ini. Namun, tidak menafikan jalan yang ditampal mungkin tidak rata akibat kegagalan pihak konsesi menjalankan kerja tampalan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Bagaimana JKR akan memastikan pihak konsesi yang bertanggungjawab membaiki semula mana-mana lubang yang ditampal tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Mengikut syarat kontrak penswastaan setiap permukaan jalan yang berlubang perlu ditampal dalam masa 24 jam.
Berhubung dakwaan kebanyakan laluan di jalan Pan Borneo tidak mempunyai pemantul cahaya, membahayakan pemanduan pada waktu malam dan ketika hujan lebat adalah tidak benar kerana garis jalan serta pemantul cahaya sememangnya ada pada asalnya tetapi ada sebahagian kawasan ini garis jalan yang pudar dan pemantul hilang, namun begitu kementerian bersama JKR akan sentiasa berusaha menambah baik keadaan ini dari semasa ke semasa.
Bagi penambahan ruang dan laluan kecemasan bahagian ini kementerian akan mengkaji cadangan itu dan akan membaiki sekiranya perlu. Berkenaan tanah runtuh di kawasan Tatau kerja membaiki sudah siap dibaik pulih dan garis jalan yang baru serta papan tanda yang bersesuaian sememangnya sudah dipasang.
Bagi mendapan di bahu jalan yang menyebabkan wujud bonggol semula jadi di jalan Miri-Bintulu, pihak konsesi diarahkan untuk mengambil tindakan serta-merta. Kementerian amat menyanjung tinggi pandangan dan aduan pengadu demi kebaikan bersama.
MOHD RIZAL HASHIM,
Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Kerjaraya.
Berita Harian Online - 15.10.2009
Subscribe to:
Posts (Atom)
Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.
Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...
-
Takziah Kepada Keluarga CM KUALA LUMPUR 2 Jun - Cucu perempuan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang dirawat di Unit Rawata...
-
KAEDAH MELARUTKAN STOK A DAN B Pada masa kini, ramai masyarakat diluar mula mendapat kesedaran dan berminat bercucuk tanam ...
-
Puan Sri Laila Taib meninggal dunia - BH Online 29/04/2009 KUCHING: Puan Sri Laila Taib, isteri Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Tai...