SC pulangkan wang pelabur Swisscash - BHarian Online
Oleh Ahmad Fiesal Othman
fsal@bharian.com.my
Suruhanjaya selesaikan penipuan babit RM31 juta, bayaran dikembalikan awal tahun depan
KUALA LUMPUR: Pelabur skim cepat kaya Swisscash yang mengalami kerugian akan mendapat semula sebahagian wang mereka berikutan kejayaan Suruhanjaya Sekuriti (SC) menyelesaikan penipuan yang membabitkan RM31 juta itu.
Mereka yang layak mendapat ganti rugi perlu memenuhi beberapa syarat, termasuk mempunyai bukti kukuh sebagai pelabur prinsipal dan tidak terbabit merekrut pelabur lain.
Pengerusi SC, Tan Sri Zarinah Anwar, berkata setakat ini kira-kira 3,000 pelabur membuat laporan mendakwa mereka kerugian akibat menyertai skim pelaburan internet itu.
Kira-kira 80 peratus daripada mangsa adalah golongan profesional lelaki. Pembayaran ganti rugi akan berdasarkan kaedah peng-agihan yang ditentukan oleh mahkamah dan pelabur perlu mengemukakan dokumen serta bukti berkaitan bagi pelaburan mereka. Bayaran dijadual bermula seawal tahun depan, katanya di sini semalam.
Beliau berkata, ia adalah kejayaan terbesar SC dalam sejarah menyelesaikan kes penipuan pelaburan berikutan selesainya kes penghakiman terhadap dua tertuduh kes berkenaan, Albert Lee Kee Sien dan Amir Hassan pada 6 November lalu.
Beliau berkata, pembayaran dibuat hasil persetujuan penghakiman dengan dua tertuduh untuk membayar kepada SC kira-kira RM31 juta dan digunakan sebagai ganti rugi kepada pelabur.
Skim pelaburan internet Swisscash diharamkan oleh kerajaan dan laman webnya ditutup pada 2007.
Zarinah menjelaskan jumlah RM31 juta yang dipersetujui dibayar oleh Lee dan Amir adalah hasil daripada saman berjumlah AS$83 juta (RM280.3 juta) yang dikemukakan SC terhadap kedua-dua tertuduh dan seorang lagi rakan mereka, Kevin Choo Mun Hoe.
Katanya, penghakiman itu menandakan berakhirnya usaha gigih tiga tahun SC dalam siasatan kes Swisscash yang membabitkan siasatan rentas sempadan, kerjasama dengan tujuh negara serta pengawal selia luar negara.
Beliau juga berkata, pembayaran akan dilaksanakan dengan pelan yang diluluskan oleh mahkamah yang kemudian diuruskan oleh pengurus yang dilantik oleh SC.
Untuk melayakkan mereka mendapat bayaran, pelabur mesti mengemukakan bukti dalam bentuk dokumen sebagai pelabur prinsipal. Mereka yang merekrut pelabur tidak layak.
Selain itu, mereka yang melabur selepas SC mengeluarkan amaran jangan melabur dalam skim itu pada 5 September 2006 mungkin tidak layak. Namun SAC akan mencadangkan had tempoh bersesuaian bagi memastikan pelabur yang tidak menyedari penipuan itu turut mendapat ganti rugi, katanya.
Sementara itu, penyanyi terkenal, Deja Moss kerugian lebih RM30,000 dalam skim itu pada 2007, bersyukur kerana akhirnya nasib mangsa penipuan itu terbela.
Saya sangat gembira mendengar berita ini kerana selepas menyedari tertipu, kami seperti hilang harapan mengenangkan wang yang dilabur lenyap begitu saja, katanya ketika dihubungi.
Beliau bagaimanapun berkata, sukar bagi kebanyakan mangsa membuktikan mereka pernah melabur dalam skim berkenaan kerana tiada resit rasmi dikeluarkan pihak pengendali pelaburan.
Bagaimana kami hendak menuntut wang jika tidak mempunyai bukti pelaburan. Diharapkan SC memberi bantuan kepada pelabur seperti itu menuntut kembali wang pelaburan, katanya.
BERSAMA MENCARI KEKAYAAN YANG DI ANUGERAHKAN OLEH ALLAH SWT. JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA KELMARIN DAN ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.
Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...
-
Takziah Kepada Keluarga CM KUALA LUMPUR 2 Jun - Cucu perempuan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang dirawat di Unit Rawata...
-
KAEDAH MELARUTKAN STOK A DAN B Pada masa kini, ramai masyarakat diluar mula mendapat kesedaran dan berminat bercucuk tanam ...
-
Puan Sri Laila Taib meninggal dunia - BH Online 29/04/2009 KUCHING: Puan Sri Laila Taib, isteri Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Tai...
3 comments:
Cara paling mudah untuk pelabur2 swisscash mendapat semula wang mereka ialah dengan cara menghidupkan semula laman web swisscash, kemudian kesemua mangsa swisscash akan login dengan id masing2 kemudian biarkan pelabur membuat pengeluaran dengan sendiri...
begitulah yang kita fikirkan...Tapi apakan daya
Laman web dah tak boleh di akses..
ramai yang rugi..
Post a Comment