BERSAMA MENCARI KEKAYAAN YANG DI ANUGERAHKAN OLEH ALLAH SWT. JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA KELMARIN DAN ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI.
5/29/2007
Ego jadikan umat keras hati, kasar, sukar mengalah
Oleh Mohd Shukri Hanapi - B. Harian 29.05.07 - Agama
EGO atau sombong adalah sifat mazmumah (keji dan tercela) yang wajib ditinggalkan. Ia bermaksud tidak mahu menerima kebenaran, menganggap diri lebih tinggi dan mulia daripada orang lain. Jika ditanya adakah kita tergolong dalam golongan orang yang ego atau sombong, tentu ramai mengatakan tidak.
Sebenarnya kita perlu menilai diri dan menjawab sejujur-jujurnya, sejauh manakah keegoan atau kesombongan dalam hati selama ini. Pernahkah kita mengatakan orang lain sombong?
Kadangkala perkelahian dan perselisihan pendapat menyebabkan kita tidak bertegur sapa untuk beberapa hari. Dalam hal ini, adakah kita mulakan salam kepadanya atau menunggu dia memulakan dulu?
Jika kita enggan menegur dulu, bermakna kita sombong dan ego. Orang yang merendah diri akan berbaik semula dengan temannya, tanpa menghiraukan maruahnya tercemar atau menampakkan dia yang bersalah.
Sebenarnya orang yang mengatakan orang lain itu sombong atau ego menunjukkan dirinya yang ego. Bukankah Islam menuntut umatnya saling bertegur sapa dan mengeratkan hubungan silaturahim.
Orang yang ego selalu mengiyakan pendapat atau pandangan orang lain apabila berhadapan dengan orang ramai. Di belakang mereka, dia akan mencaci dan menganggap pendapat itu tidak bernas, malah merendahkan personaliti orang berkenaan. Orang sombong juga enggan mengalah walaupun dia bersalah. Dia sanggup bertegang urat asalkan dia menang.
Mereka yang sebegini akan berasa puas apabila melihat orang lain diam dan hanya mengiyakan kata-katanya. Dia langsung tidak menghiraukan larangan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan taatilah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar.” (Surah al-Anfal, ayat 46)
Antara sifat sombong atau ego ialah tidak memaafkan kesalahan orang lain terhadapnya. Bagaimanapun, apabila dia melakukan kesalahan tidak pula berasa kesal di atas perkara yang berlaku.
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan (ingatlah) tiadalah Kami mencipta langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu, melainkan dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat; dan sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang; oleh itu biarkanlah (golongan kafir yang mendustamu itu wahai Muhammad) serta layan mereka dengan cara yang elok.” (Surah al-Hijr, ayat 85)
Satu lagi sifat ego ialah suka ‘pilih bulu’ dalam pergaulan. Jika kita daripada jemaah A, kita tidak mahu bercampur dengan jemaah B atas alasan dasar perjuangan berbeza.
Kadangkala, kita juga hanya bergaul dengan mereka yang difikirkan setaraf dari segi kemewahan dan pangkat serta pendidikan. Ada juga menganggap diri cukup ilmu agama, hingga enggan bergaul dengan mereka yang kononnya cetek dan tidak mengamalkan Islam sepenuhnya.
Ada juga golongan yang suka mengasingkan diri daripada mereka yang miskin dan susah. Mereka bimbang orang miskin itu akan menyusahkan mereka.
Dalam kehidupan, tanpa disedari kita selalu berkasar dengan orang di sekeliling. Di rumah, seorang ibu atau ayah menunjukkan keegoannya dengan memarahi anaknya, biarpun anak hanya melakukan kesilapan kecil.
Perkataan seperti ‘anak degil’, ‘tidak guna’ dan ‘keras kepala’ menjadi amalan biasa. Natijahnya, tidak hairanlah jika dilihat apabila anak bergaduh sesama mereka, perkataan yang sama akan dilafazkan.
Apabila anak meningkat dewasa, mereka tidak lagi menghormati ibu bapa. Puncanya kerana sewaktu kecil kita menganggap kehadiran mereka menyusahkan dan tidak menghormati mereka sebagai anak.
Allah memerintahkan hamba-Nya agar sentiasa bercakap dengan lemah lembut dan tidak kasar dalam berbahasa. Allah berfirman yang bermaksud: “Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah) daripada Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari daripada kelilingmu. Oleh, itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya.” (Surah Ali Imran, ayat 159)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.
Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...
-
Takziah Kepada Keluarga CM KUALA LUMPUR 2 Jun - Cucu perempuan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang dirawat di Unit Rawata...
-
KAEDAH MELARUTKAN STOK A DAN B Pada masa kini, ramai masyarakat diluar mula mendapat kesedaran dan berminat bercucuk tanam ...
-
Puan Sri Laila Taib meninggal dunia - BH Online 29/04/2009 KUCHING: Puan Sri Laila Taib, isteri Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Tai...
No comments:
Post a Comment