BERSAMA MENCARI KEKAYAAN YANG DI ANUGERAHKAN OLEH ALLAH SWT. JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA KELMARIN DAN ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI.
5/21/2007
Subhanallah - Lelaki ‘hamil’ kembar sendiri
“BHAGAT tak malu, Bhagat mengandung, ada bayi di dalam perut Bhagat.’’. Begitulah antara ejekan yang diterimanya daripada orang kampung.
Perut Sanjay Bhagat, 36, sudah seperti wanita mengandung sembilan bulan. Tambah malang, dia juga tidak boleh bernafas dengan lancar.
Pada suatu malam, Jun 1999, petani yang tinggal di Nagpur, India itu terpaksa dikejarkan ke hospital dengan ambulans.
Pada mulanya, doktor menyangkakan, ia tidak lebih dari kes ketumbuhan gergasi lantas mereka mengambil keputusan untuk membedahnya.
‘‘Pada dasarnya, tumor itu terlalu besar sehingga menekan diafragma Bhagat dan mengganggu pernafasannya,’’ kata Dr. Ajay Mehta dari Tata Memorial Hospital di Mumbai.
Menurut Dr. Mehta, selalunya dia boleh mengenal pasti sesuatu ketumbuhan sejurus selepas memulakan pembedahan.
Bagaimanapun, semasa melakukan prosedur itu ke atas Bhagat, pakar bedah berkenaan menjumpai sesuatu yang tidak pernah terlintas di akal fikirannya.
Semakin dalam pisaunya menoreh perut Bhagat, bergelen-gelen cecair tertumpah keluar sebelum sesuatu yang lebih luar biasa terjadi.
“Sungguh dahsyat. Saya boleh berjabat tangan dengan seseorang yang berada di dalam perutnya,’’ ujar beliau.
Seorang doktor lain mengimbas kembali hari berkenaan di dalam bilik pembedahan: ‘‘Dr. Mehta menyeluk tangannya ke dalam perut pesakit dan berkata, dia dapat merasa banyak tulang-temulang di dalamnya.
“Mula-mula, satu anggota badan keluar, kemudian keluar lagi satu anggota badan. Berikutnya, bahagian alat sulit pula dikeluarkan, diikuti dengan rambut, rahang, tangan, dan seterusnya,’’ katanya.
Sungguh aneh. Makhluk separuh terbentuk yang menumpang Bhagat selama ini mempunyai kaki dan tangan yang sudah agak sempurna manakala kuku jarinya pula panjang seperti puntianak. ‘‘Kami sangat ketakutan, keliru dan kehairanan,’’ tambah Dr. Mehta.
Sekali pandang, Bhagat seolah-olah baru sahaja melahirkan seorang bayi. Sedangkan sebenarnya, Dr. Mehta baru sahaja mengeluarkan tubuh saudara kembar Bhagat daripada perutnya.
Kes Bhagat disifatkan sebagai salah satu keadaan perubatan yang paling pelik di dunia yang dikenali sebagai fetus in fetu.
Ia merupakan keganjilan yang sangat jarang berlaku di mana fetus atau janin terperangkap di dalam tubuh badan salah seorang pasangan kembar.
Janin yang terperangkap itu boleh hidup sebagai parasit sekalipun selepas dilahirkan dengan membentuk struktur mirip tali pusat yang meresap bekalan darah kembar mereka, sehingga ia menjadi begitu besar dan menjejaskan ‘tuan rumah’.
Kurang 90 kes fetus in fetu yang pernah direkodkan dalam bidang perubatan. Ia terjadi pada peringkat awal kehamilan kembar apabila salah satu janin akan menyelaputi tubuh janin yang satu lagi.
Lazimnya, kedua-dua pasangan kembar itu akan mati di dalam perut lagi dan tidak sempat dilahirkan akibat ‘pertarungan’ untuk berkongsi uri yang membekalkan zat pemakanan.
Bagaimanapun, ada ketikanya, dalam kes-kes seperti Bhagat, kembar perumah (Bhagat) terus hidup dan dilahirkan seperti biasa.
Namun, apa yang menjadikan insiden ini sangat luar biasa, tiada seorang pun yang mengesyaki Bhagat mengandungkan kembarnya sendiri selama 36 tahun!
Tiada uri yang dijumpai di dalam perut Bhagat. Mungkin kerana kembar parasitnya yang berselubung itu mempunyai kaitan secara langsung dengan bekalan darah Bhagat.
Bhagat ternyata begitu lega selepas pembedahan itu. Dia langsung tidak mahu ambil tahu apa yang telah Dr. Mehta lakukan ke atas dirinya mahupun berminat untuk melihat objek yang berjaya dikeluarkan dari dalam perutnya.
‘‘Dia enggan melihatnya kerana ia begitu mengecutkan perut,’’ kata Dr. Mehta lagi sambil memberitahu, Bhagat kini berada dalam keadaan yang stabil dan menjalani hidup yang normal walaupun sesekali dia masih tidak dapat lari daripada terus dipersenda.
Glosari
Diafragma – otot nipis bermembran berbentuk kubah yang memisahkan ruang torasik dan abdomen yang memainkan peranan penting dalam pernafasan.
-utusan Malaysia – 19.05.07 – kesihatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.
Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...
-
Takziah Kepada Keluarga CM KUALA LUMPUR 2 Jun - Cucu perempuan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang dirawat di Unit Rawata...
-
KAEDAH MELARUTKAN STOK A DAN B Pada masa kini, ramai masyarakat diluar mula mendapat kesedaran dan berminat bercucuk tanam ...
-
Puan Sri Laila Taib meninggal dunia - BH Online 29/04/2009 KUCHING: Puan Sri Laila Taib, isteri Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Tai...
No comments:
Post a Comment