- Pekeliling Perkhidmatan (Perkhidmatan Awam)
- Pekeliling Penuh (20.99MB)
- Pekeliling Perkhidmatan (Perkhidmatan Polis)
- Pekeliling Penuh (1.34MB)
Semoga 1.2 juta penjawat awam akan dapat menumpukan sepenuhnya perhatian dalam tugas rasmi mereka.
Berusahalah untuk mengurangkan hutang dan berusahalah untuk tidak lagi berhutang.
Berusaha jugalah untuk mengurangkan kerja luar/sambilan selepas waktu pejabat dan berusaha jugalah untuk meninggalkannya.
Berusahalah untuk menambah tabungan/pelaburan/simpanan dalam skim ASB/ASN/TH dan lain-lain institusi kewangan atau pelaburan yang diiktiraf oleh kerajaan dan bagi yang beragama Islam carilah yang halal dan menepati syarak.
Tunaikan tanggungjawab untuk membayar cukai pendapatan atau mengeluarkan zakat pendapatan dan ini seterusnya boleh membantu negara untuk proses pembangunan yang berterusan.
Bijaklah berbelanja dan gunakan kuasa yang ada ditangan dalam mengatur perbelanjaan keluarga.
Hulurkanlah juga kenaikan yang diperolehi ini dan kongsikan ia bersama ibu bapa atau penjaga kita yang telah berusaha untuk menjaga dan mendidik kita dari dalam kandungan/kecil sehingga kita berjaya kini.
Bekerjalah bersungguh-sungguh dan anggaplah kerja yang kita lakukan itu sebagai ibadah.
Semoga 2007 tahun yang Allah swt murahkan rezki kepada kita semua.
2 comments:
gaji naik 25% tapi minyak naik 40%. Ingatkan bolehlah save RM25 setiap RM100, rupanya kena potong RM15 setiap RM100
GT naik ke 6%..bertambah kayalah...
Post a Comment