12/31/2008

Jalan Mukah-Selangau sangat teruk

Oleh Aini Selikang - Utusan Borneo Online - 20/12/2008 Kerosakan hingga 30 kilometer, penduduk rayu tindakan segera diambil MUKAH: Belum pun reda isu kesukaran untuk mendapatkan bekalan petrol, penduduk Mukah sekali lagi mengeluh dan mendakwa jalan utama Mukah-Selangau kini rosak teruk berbanding beberapa bulan lalu dan sukar untuk dilalui oleh kenderaan kecil. Penduduk mendakwa, jalan sepanjang 80 kilometer yang menghubungi Mukah dan pekan Selangau itu semakin tidak terurus dan memerlukan perhatian segera daripada pihak berwajib. Ujar mereka, keadaan kini bertambah teruk ketika musim hujan dan sebahagian besar jalan rosak sepanjang 30 kilometer. Sehubungan itu, seorang penduduk, Mohd Aidel Abdullah, 33, berkata, beberapa aduan dikemukakan sebelum ini bahkan, jalan Selangau sering menjadi isu dan pernah disiarkan dalam beberapa media tempatan. Beliau tidak menafikan memang ada usaha untuk membaikpulih jalan berkenaan tetapi, ia hanya bersifat sementara dengan menimbus kawasan yang rosak. “Tetapi kini, Jalan Selangau semakin teruk dan sebahagian besarnya berlubang. Malah, ada antara kenderaan kecil yang melalui kawasan ini terkandas. Saya menggesa pihak berwajib menyegerakan kerja membaik pulihnya,” katanya kepada Utusan Borneo, semalam. Riziman@Aiman Hassan berkata, kerosakan jalan Mukah-Selangau turut mendatangkan implikasi sampingan termasuk keselamatan kepada pengguna yang melalui jalan berkenaan pada waktu malam kerana gelap dan tidak berlampu. Katanya, sebahagian besar pengguna bimbang terhadap keselamatan mereka kerana terpaksa berdepan dengan kemungkinan kerosakan kenderaan dan ancaman binatang buas. Ujarnya, jalan raya itu mesti diperbaiki segera dengan mengambil kira kepentingan orang awam. “Kita faham kerajaan ada alasan tersendiri untuk tidak memperbaiki jalan ini setakat ini. Mungkin ada rancangan lain. Tetapi, saya berpendapat…ia perlu perhatian serius sekiranya berhasrat untuk menarik kunjungan pengunjung luar ke Mukah,” katanya. Mas Jeohari Joseph, berkata, kerajaan merancang untuk melaksanakan SCORE di Mukah tetapi, jalan raya yang ada sekarang perlu diperbaiki terlebih dahulu sebelum merealisasikan perancangan itu. Katanya, SCORE bakal memberi manfaat besar kepada penduduk Mukah namun, bagaimana perancangan itu dapat direalisasikan dengan keadaan jalan yang rosak teruk seperti hari ini. “Tidak lama lagi, Mukah bakal menjadi tumpuan orang luar dengan penganjuran Pesta Kaul. Saya rasa, pengunjung akan berfikir dua kali sebelum ke Mukah kerana keadaan jalan raya sekarang tidak mengizinkan,” katanya.

12/25/2008

Korban skim cepat kaya Madoff

SEBAHAGIAN wartawan dan jurugambar menunggu di luar bangunan pejabat Villehuchet di Manhattan, New York kelmarin. NEW YORK - Seorang pengurus dana, Thierry Magon De la Villehuchet (gambar) membunuh diri selepas dia kerugian lebih AS$1 bilion (RM3 bilion) wang milik pelanggan-pelanggannya kerana melabur dalam skim cepat kaya anjuran taikun Wall Street, Bernard Madoff, lapor sebuah akhbar semalam. Mayat Villehuchet, 65, ditemui polis Amerika Syarikat (AS) kelmarin dalam keadaan sedang duduk di kerusi pejabatnya di Manhattan, New York dengan kedua-dua pergelangan tangan lelaki itu dikelar. Polis berkata, sebuah alat pemotong kotak turut ditemui di lantai pejabat Villehuchet bersama-sama sebotol pil tidur di atas meja. Lelaki tersebut berasal daripada keluarga bangsawan Perancis dan dipercayai menggunakan statusnya untuk menarik pelaburan golongan elit Eropah. Bagaimanapun, menurut beberapa laporan, pengurus dana itu semakin mengasingkan diri selepas skandal Madoff didedahkan kepada umum baru-baru ini. Pada malam Isnin lepas, Villehuchet memberitahu seorang kakitangannya bahawa beliau akan meninggalkan pejabat pada malam itu tetapi kurang 13 jam kemudian, mayat mangsa ditemui oleh seorang pengawal keselamatan. Madoff, 70, pada awal bulan ini mengaku kepada polis bahawa beliau kerugian sehingga AS$50 bilion (RM173.17 bilion) kerana mengendalikan skim cepat kaya yang menjanjikan pulangan lebih tinggi kepada pelabur. - Agensi kosmo online

12/23/2008

HIV 'buta' kaum, agama

Oleh MOHAMED YUSOFF ISMAIL BARU-baru ini akhbar tempatan melaporkan cadangan sama ada ujian HIV sebagai pra-syarat perkahwinan patut diperluaskan kepada semua kaum, tidak kira bangsa atau agama. Respons kerajaan berhubung cadangan itu ialah satu kajian mendalam perlu dibuat terlebih dahulu sebelum saringan HIV dijadikan mandatori kepada kaum-kaum lain sebagai syarat perkahwinan. Jika sebarang kajian hendak dibuat maka beberapa aspek mesti dipertimbangkan termasuk dari segi falsafah, tanggungjawab moral dan sosial pemerintah juga dari segi keagamaan. Kita bertolak dari perhitungan falsafah moral. Setiap agama, tidak kira Islam, Buddha, Hindu atau Kristian mengajar perkara yang baik, iaitu dari segi etika sosial dan panduan hidup demi kesejahteraan umat manusia yang hidup sebagai ahli sesebuah masyarakat. Mana-mana perkara yang boleh memudaratkan masyarakat, sama ada secara individu atau berkelompok memang menjadi perhatian kepada setiap agama. Maka dikeluarkan oleh agama-agama tersebut pelbagai larangan dan hukum bagi menjamin kesejahteraan sosial dan masyarakat. Mana-mana perkara yang tidak dapat ditangani oleh agama, maka menjadi tanggungjawab pihak pemerintah untuk menyelesaikannya dengan menggunakan kuasa atau autoriti sivilnya. Perkara kedua yang harus difikirkan bukan bersifat falsafah, tetapi bersifat pathology (sebab musabab dan perkembangan penyakit). Hakikatnya ialah jangkitan HIV tidak ada kena mengena dengan sebarang batasan agama. Virus tersebut boleh berjangkit kepada sesiapa sahaja, biarpun di kalangan mereka yang tidak menganut apa-apa agama. Berasaskan kepada dua hakikat itu - yang satu falsafah, yang satu lagi pathology - kita terpaksa berdepan dengan dilema bagaimana membendung wabak penyakit yang semakin menular dengan begitu pantas di kalangan penduduk sebuah masyarakat berbilang kaum. Persoalannya ialah apakah senjata yang boleh digunakan untuk membendung merebaknya HIV. Kita semua tahu bahawa salah satu daripada cara HIV merebak ialah melalui hubungan seks. Jika kita berkahwin dengan pasangan yang dijangkiti virus berkenaan, maka peluang untuk kita dijangkiti penyakit itu adalah sangat tinggi, begitu juga dengan anak-anak dan zuriat kita seterusnya. Justeru adalah menjadi tanggungjawab moral untuk bakal pengantin yang menjadi pembawa HIV memberitahu pasangannya akan risiko tersebut, tetapi malangnya siapakah yang sanggup membuka pekung di dada sendiri? Kadang-kadang seseorang itu tidak pun tahu akan status kesihatannya sendiri, sama ada dia dijangkiti oleh HIV atau sebaliknya. Soalnya, pasangan manakah, keluarga manakah dan ibubapa manakah yang sanggup menerima seorang teman hidup, seorang ahli keluarga baru dan seorang menantu yang menjadi pembawa HIV? Sebab itulah orang tidak akan mengaku dengan mudah bahawa dia adalah pembawa HIV. Risiko Dari satu sudut yang lain pula, persoalannya bersifat agak akademik. Jika pasangan tersebut mahu berkahwin juga, biarpun salah seorang daripadanya dijangkiti HIV, semata-mata kerana dilamun asmara dan cinta yang sangat mendalam, maka tidak ada undang-undang dan hukum agama yang boleh menghalang mereka daripada berbuat demikian. Terpulanglah kepada mereka untuk menanggung risikonya, termasuk menjadikan anak-anak yang akan dilahirkan kelak mangsa HIV seperti mereka. Namun demikian, golongan alim ulama dan pentadbir agama Islam telah mengambil langkah yang terkehadapan dengan mengenakan syarat tambahan supaya bakal pengantin menjalani ujian HIV terlebih dahulu. Manfaatnya agak jelas dan cepat. Biasanya jika salah seorang daripada pasangan itu terbukti pembawa HIV, maka perancangan perkahwinan itu mungkin 'ditangguhkan' oleh sebab-sebab 'teknikal' biarpun sebab sebenar tidak didedahkan demi menjaga maruah. Penangguhan tersebut adalah lebih baik daripada kita menanggung akibat HIV kemudian hari kelak. Baik kita tahu terlebih dahulu bahawa bakal menantu kesayangan kita adalah pembawa HIV. Baik kita sesal dahulu daripada sesal kemudian. Langkah proaktif pihak pentadbir agama Islam itu merupakan satu cara untuk menangani merebaknya wabak tersebut melalui penggunaan kuasa agama (religious authority). Kuasa ini wujud kerana pentadbiran Islam mempunyai sistem kuasa yang berpusat (centralised religious authority), iaitu di peringkat setiap negeri. Ini bermakna bahawa jika kita ingin mendirikan rumah tangga yang sah di sisi undang-undang Islam, maka keabsahannya itu datangnya daripada pihak pentadbir agama. Di kalangan agama-agama lain, tidak wujud sebarang bentuk autoriti berpusat yang membawa implikasi undang- undang. Perkahwinan dianggap sah dari segi undang-undang sivil hanya melalui pendaftaran dengan sebuah badan yang bukan bersifat agama biarpun upacara perkahwinan itu dilakukan mengikut adat dan budaya golongan etnik berkenaan, atau mengikut kehendak agama tersebut. Pendaftar perkahwinan sudah tentulah tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengenakan syarat tambahan atau syarat khas bagi pasangan bukan Islam yang ingin mendaftarkan perkahwinan mereka, seperti yang dikenakan oleh pentadbir agama Islam terhadap orang Islam. Lagipun pendaftaran biasanya dibuat setelah pasangan itu menjalani adat perkahwinan masing-masing, sedangkan di kalangan orang Islam, syarat tambahan itu mestilah dipenuhi terlebih dahulu sebelum perkahwinan dapat dijalankan. Perbezaan dari segi perolehan keabsahan perkahwinan di antara orang Islam dan orang bukan Islam menjadikan isu mewajibkan saringan HIV tidak dapat dilaksanakan mengikut acuan dan tatacara yang diamalkan oleh pihak berkuasa pentadbiran Islam. Namun demikian, cadangan saringan HIV untuk mana-mana bakal pengantin mempunyai konsep dan nilai murni yang universal di kalangan semua kaum dan agama, bukan sahaja di kalangan orang Islam. Oleh kerana HIV tidak mengenal batasan kaum dan agama, maka pelaksanaan langkah kawalan terhadapnya tidak semestinya mengambil kira pendekatan agama seperti yang berlaku di kalangan orang Islam, tetapi pendekatan yang bersifat sosial dan budaya, juga dengan menggunakan civil authority. Pembawa penyakit HIV dilaporkan berjumlah 80,900 bagi tahun lepas. Angka ini tidak termasuk kes-kes yang tidak dilaporkan dan kes-kes baru untuk tahun ini. Oleh kerana jangkitan HIV merebak dengan cepatnya di kalangan penduduk wanita Malaysia - pertambahan dari 1.1 peratus pada tahun 1990, kepada 5.02 peratus pada tahun 1997 dan kepada 16.3 peratus pada tahun lepas - maka langkah-langkah membendungnya hendaklah diberikan keutamaan sama seperti menangani darurat kebangsaan atau krisis negara. Langkah pencegahan yang terbaik bukan terletak pada saringan, kerana bila HIV dikesan pada tahap ini, keadaan sudah terlambat. Pada tahap ini gesaan supaya membatalkan atau menangguhkan sahaja perkahwinan adalah langkah yang agak pathetic, kerana nasi sudah menjadi bubur. Kesedaran melalui pendidikan umum di peringkat masyarakat adalah di antara jalan yang terbaik bagi membendung dan mencegah jangkitan HIV. Tetapi senjata paling berkesan terletak pada diri seseorang. Kita tanya pada diri kita sendiri apakah pendirian kita tentang HIV. Jika kita seorang bapa, mahukan kita mempunyai seorang menantu yang menjadi pembawa HIV? Kalau kita seorang perempuan, mahukah kita bersuamikan seorang pengidap HIV? Kalau kita seorang abang, relakah kita membenarkan adik perempuan sendiri dijangkiti HIV daripada adik ipar kita? Dalam peristilahan antropologi sosial, inilah perisai perlindungan sosial yang sangat berkesan kerana ia melibatkan integriti sosial sesuatu masyarakat dari segi budaya, nilai-nilai murni, serta moraliti, kerana mereka yang tergolong dalam kategori pembawa HIV dianggap sebagai social outcast atau sampah masyarakat. Akhir kata, jika kita terus berlengah dengan pelbagai alasan untuk memikirkan semasak-masak sama ada hendak menjadikan saringan HIV sesuatu yang mandatori, dengan mengambil kira faktor agama dan kaum, mungkin kita sudah tidak begitu rasional lagi kerana wabak HIV bukan mengenali batasan kaum dan agama. Sesungguhnya langkah terkehadapan yang diambil oleh pihak pentadbir Islam itu harus diteladani kerana kesan dan manfaatnya terbukti bersifat universal dan boleh digunapakai untuk semua kaum di Malaysia. Rencana Utusan Online 23/12/2008

Keluarkan juga sijil 'tidak halal'

Oleh KHAIRUDDIN MOHD. ZAIN BARU-baru ini penulis menerima e-mel yang amat merisaukan. Merisaukan kerana e-mel tersebut menyatakan mengenai kemungkinan banyak rangkaian 'kopitiam' di negara ini menjual barangan makanan yang tidak halal. Kerisauan juga kepada penulis - kerana di kalangan rakan-rakan, budaya 'berkopitiam' sudah menjadi sangat norma di dalam hidup masyarakat kita. Mungkin ramai yang berkata - apakah kemungkinan tidak halal sekiranya kita hanya minum kopi susu dengan roti bakar. Namun, halal adalah satu konsep yang lebih luas daripada itu. Ia melibatkan penggunaan apa jua bahan yang boleh menghilangkan kesucian barangan makanan yang akhirnya menjadi 'darah daging' kita. Isu yang sedemikian fundamental bukannya boleh dipandang sebelah mata. Penulis menganggap wujud keperluan mendesak agar premis makanan menjalani proses pensijilan halal yang nyata dan telus. Jangan kita menganggap semua pengguna adalah kalangan mereka yang sangat 'savvy' dan gemar ber-sms saat mahu menjamu hidangan. Adalah menjadi tabiat biasa orang kita, jika tidak mempunyai tanda halal - perkara kedua yang kita lihat adalah 'kakitangan' premis makanan tersebut. Jika melihat wajah tampan anak muda Melayu ataupun wajah manis anak gadis Melayu bertudung 'sangkut' - kita pun buat sijil halal sendiri. 'Halal la tu'. Semua yang hidang makanan bertudung elok', kata rakan kita. Namun, keadaannya belum tentu menjadi sedemikian. Penulis suka mencadangkan, bagi premis yang enggan mendapatkan sijil halal, suatu undang-undang diwujudkan untuk pihak berwajib meletakkan tanda 'tidak halal' di hadapan premis sedemikian. Sekarang ini, takrif tidak halal pun boleh dipersendakan dengan pelbagai perkataan dan takrifan serba mencurigakan seperti 'no-pork', 'no-lard' dan sebagainya. Apakah tidak ada babi menjadikan produk itu halal? Perkara sama pernah diperkatakan tentang status halal hotel di bandar raya kita. Perkara ini pernah disentuh di Dewan Rakyat. Jawapan mudah dan setengah masak yang boleh diberikan adalah 'periksa portal kita'. Berapa ramai kalangan rakyat Islam yang sanggup bersusah payah mencari portal dan sebagainya. Di kebanyakan kampung - 'portal' boleh disalah anggap sebagai ubat demam untuk budak-budak. Betapalah kita dalam minda yang dikatakan sangat bertamadun dan 'hadhari' - mungkin sudah terlalu mengambil mudah dengan soal halal dan haram ini. Penulis ingin menggesa pihak berwajib menjadi lebih bertanggungjawab dan pro-aktif dalam menjayakan program pensijilan halal ini. Jangan ambil mudah dan pandang sebelah mata. Kegagalan kita bertindak secara bersungguh dalam perkara yang sefundamental ini membuatkan masyarakat lebih terjerumus ke suatu budaya penggunaan yang semberono dan membuta tuli. Kita selalu melaungkan bagaimana kita bersungguh mahu menjadi 'hab halal' dan sebagainya, tetapi apa yang berlaku dalam konteks budaya konsumerisme biasa - ia tidak pernah diberikan perhatian yang serius. Sesuai dengan penyelesaian 'periksa portal kita', penulis sudahpun cuba untuk mencari maklumat mengenai portal tersebut. Apabila melayari direktori halal yang disediakan di laman sesawang www.halal.gov.my/ direktory/index - dan cuba mencari kategori premis makanan 'kopitiam' halal - yang dinyatakan hanyalah satu jenama kopitiam, Pak Hailam Kopitiam Sdn. Bhd. yang berpusat di Kepong. Yang merata di seluruh negara kita ini, apa statusnya? Pseudo-halal? Lebih kurang halal? Mungkin halal? Separa-halal? Agaknya halal? Tiga suku halal? Penulis sedar, wujud kalangan usahawan Melayu sendiri yang sudahpun memulakan francais kopitiam di sana sini. Namun, dengan pensijilan halal yang bersifat menyeluruh dan tidak separuh masak - ia akan mampu menjamin usaha niaga yang lebih menguntungkan. Kerajaan perlu bersikap pro-aktif dan benar-benar turun ke bawah dalam memastikan perkara yang se-asas konsep halal ini dapat dilaksanakan dengan baik. Sebab itulah, sekiranya diwujudkan juga lambang rasmi 'tidak halal', khususnya melibatkan premis makanan - yang 'pudar status' seperti kopitiam, ia menjadikan masyarakat Islam lebih berhati-hati. Benar, tanggungjawab akhirnya adalah terletak di bahu pengguna - tetapi tidak ada salahnya jika kita mengambil pendekatan yang lebih mencegah dan menyatakan keseriusan kerajaan dalam menjayakan konsep halal. Masyarakat bukan Islam, bukan Melayu - tidaklah perlu melompat dan marah-marah dengan pendekatan ini. Tidak perlu berdemonstrasi pun dalam menyatakan ketidaksetujuan. Konsep halal adalah sangat teras (core) dalam kehidupan masyarakat Islam. Kita jangan terlalu berbangga dengan standard halal yang diiktiraf di seluruh dunia sekiranya kita sendiri gagal melaksanakan penguatkuasaan yang menyeluruh di halaman kita sendiri. Sememangnya, mendengar kewujudan 'Standard Malaysia: Berkenaan Makanan Halal' (MS1500;2004) kita akan menjadi masyarakat yang serba tenang hati dan yakin. Namun, apakah pelaksanaannya berlaku seperti yang kita inginkan? 'Makanan Halal: Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan' (MS1500: 2004) adalah konsep yang sangat holistik dan menyeluruh. Justeru, adalah elok dan penting bagi premis makanan yang wujud di seluruh pelosok kota dan kampung, satu strategi pensijilan halal yang menyeluruh dilaksanakan. Yang halal, mesti mendapat 'advantage' daripada status kesuciannya; dan yang tidak halal - tidak sepatutnya mendapat kelebihan daripada sikap kita yang malas untuk 'periksa portal kita'. Memang benar, penulis hanya menulis dengan e-mel yang sangat spekulatif sifatnya. Namun begitu, ia akan amat melegakan sekiranya kalangan pengusaha sendiri turut bersungguh mendapatkan pensijilan halal yang diiktiraf. Penyelesaian 'periksa portal kita' juga tidak menjanjikan sesuatu yang sangat menjanjikan sensitiviti masyarakat Islam. Hanya satu jenama yang halal - daripada begitu banyak jenama yang ada, waima mungkin di hadapan rumah kita sendiri. Penyelesaian Penyelesaian status halal tidak boleh lagi bersifat spekulatif. Elok juga rasanya, daripada bergantung kepada 'portal kita', pihak media mengambil peranan dalam menyediakan kolum kecil menyatakan premis makanan yang halal ataupun tidak. Kita dalam era yang serba telus dan terbuka - maka apalah salahnya untuk kita juga menjadi telus dan terbuka dengan status halal di negara kita sendiri. Penulis percaya, dengan kaedah pensijilan halal yang menyeluruh dalam penyediaan makanan - kita mampu melengkapkan sikap dan status 'hab halal' yang kita cita-citakan. Ketidaktegasan, sikap sambil lewa, tidak bersungguh kita dalam mengendalikan status halal ini akan menyebabkan rakyat mencemuh dengan perkataan yang kita sendiri tidak gemar. Pensijilan halal - boleh diangkat sebagai uslub dakwah yang sangat mengesankan. Sikap kita yang mengambil kira tentang konsep 'kesucian' akan menjadikan masyarakat lebih hormat dan menghargai keseriusan kita. Pemilik premis makanan yang tidak mempunyai sijil halal - tidak lagi mampu tersenyum untuk menerima kunjungan masyarakat Islam yang tidak sempat 'periksa portal kita' sebelum melayani tamu di premis yang tidak halal. Sudah tiba masanya, komuniti pengguna kalangan umat Islam mendapat sedikit 'ketenangan fikiran' dengan kewujudan logo 'tidak halal' kepada premis yang gagal mengemukakan/sengaja tidak mahu mendapatkan sijil halal. Kita perlu melaksanakan usaha ini jika tidak mahu sijil halal menjadi suatu lambang yang dimomokkan oleh kelompok peniaga yang gemar mengambil kesempatan. Budaya berkopitiam ini sudah menjadi resam di kalangan masyarakat kita. Dengan persekitaran yang sangat menarik, suasana yang bersih dan tenteram - sememangnyalah ia mampu menarik perhatian umum. Namun, dalam suasana yang sebersih dan setenteram itu, wujud keperluan yang mendesak agar status halalnya dinyatakan secara telus. Kita sekurang-kurangnya wajar berasa bangga kerana e-mel asal yang penulis peroleh berlegar di kalangan eksekutif muda yang menjawat jawatan di syarikat ternama. Wujud kecenderungan di kalangan anak muda kita sendiri untuk bersikap serius dengan konsep halal dan kesucian. Trend ini sangat positif dan mampu membudayakan amalan konsumerisme yang bijaksana. Zaman ini, kita tidak boleh menjadi pengguna pasif dan ikut suka. Jom kita ke kopitiam. Namun jika kita mengambil pendekatan 'periksa portal kita' - kita hanya mampu berkopitiam secara halal di Kepong. Jauh sedikit, tapi itulah yang dicadangkan oleh 'portal' kita. rencana - Utusan Online 23/12/2008

12/19/2008

Hanya pendedahan minimum institusi kewangan tempatan - RAM

KUALA LUMPUR 18 Dis. - RAM Rating Services Bhd. mendapati penilaian awal menunjukkan tiada atau hanya terdapat pendedahan minimum terhadap institusi kewangan tempatan yang terlibat dalam kes penipuan Madoff di Amerika Syarikat. RAM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah membuat susulan kes penipuan Madoff sebanyak AS$50 bilion (RM170 bilion) dengan semua syarikat institusi kewangan yang diberi penarafan olehnya. ''Susulan tersebut dibuat untuk mengukur sejauh mana sebarang potensi kesan negatif ke atas permodalan dan prestasi mereka. ''Daripada semakan awal menunjukkan bahawa institusi yang memberi maklum balas mendapati tidak ada atau hanya sedikit pendedahan secara langsung atau tidak langsung kepada dana yang diuruskan oleh Bernard Madoff Investment Securities LLC,'' menurut RAM dalam kenyataannya di sini hari ini. Dalam kes yang dilabel sebagai penipuan terbesar di dunia itu, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS telah mendakwa Bernard Madoff, pengasas syarikat pelaburan tersebut kerana melakukan penipuan sekuriti bagi skim Ponzi yang bernilai berbilion dolar. Menurut Suruhanjaya Sekuriti AS pada 7 Januari lalu, syarikat perunding Madoff menguruskan seramai 11 hingga 25 pelanggan membabitkan aset berjumlah AS$17 bilion (RM59.31 bilion). Menurut Madoff, kerugian diunjurkan tidak kurang daripada AS$50 bilion. RAM berkata, syarikat itu akan terus memantau perkembangan berkaitan dan menilai kesan ke atas portfolio penarafannya mengikut keadaan dan memaklumkan perkembangan terkini kepada pasaran. (utusan online)

12/18/2008

Swisscash dan Skim Cepat Kaya Terbesar Dunia Tersungkur

Skim Cepat Kaya Terbesar Dunia Tersungkur Oleh Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net Bernard L Mardoff, Pengasas skim cepat kaya terbesar di dunia akhirnya jatuh ke tanah jua, setelah mengaut keuntungan berbillion USD. Namun sekelip mata keuntungan sementaranya itu akan hilang, pada masa yang sama meninggalkan mangsanya terkapai-kapai seperti tanpa oksigen di tengah lautan. Mardoff juga dilaporkan menggunakan sebahagian hasil keuntungan penipuan dari skim ini untuk badan kebajikan Yahudi. Akibat tindakan ke atas Mardoff, Yayasan pendidikan Yahudi tersebut turut ditutup. Gambar : Bangunan milik Madoff Istimewanya kali ini, mangsanya skim ini bukan lagi terhad kepada orang miskin, sederhana atau warga melayu tetapi bank-bank gergasi dunia turut menjadi mangsa kelicikan penipuannya. Mungkin kerana berselindung atas namanya yang besar di USA. Berikut adalah senarai bank dan potensi kerugian akibat menjadi mangsa skim cepat kaya Bernard L Madoff yang bertapak di New York :- Clients of Santander, Spain - $3.1bn HSBC, UK - $1bn Natixis, France - $605m Royal Bank of Scotland, UK - $601m BNP Paribas, France - $460m BBVA, Spain - $400m Man Group, UK - $360m Reichmuth & Co, Switzerland - $325m Nomura, Japan - $303m Selain bank-bank di atas, pembuat filem Yahudi yang terkenal iaitu Stephen Spielberg turut menjadi mengsa. (Rujukan ) KRISIS KEWANGAN MERUNCING Memalukan, tidak dapat dibayangkan bagaimana jatuhnya kredibiliti seluruh bank dan pakar-pakar pelaburannya. Bagaimana mereka boleh terpedaya dengan skim ponzi sebegini. Di pertengahan kemelut dan krisis credit crunch yang sedang menyelebungi beberapa negara maju seperti USA, UK dan eropah, kini krisis kewangan semakin meruncing akibat tangan Bernard L Madoff, seorang usahawan skim cepat kaya yang sangat ‘berjaya' dalam penipuannya. Ini sememangnya ‘hadiah' buat Yahudi, industri riba dan haram dan mereka yang terlalu tamak. Skim Mardoff ini seperti biasa menawarkan pulangan tetap yang tinggi iaitu 10 % tahunan hingga menyebabkan pelbagai individu kaya dan bank tertipu. Ia kelihatan sedikit ‘real' berbanding skim cepat kaya lain yang biasanya 'too good to be true' kerana menawarkan pulangan lebih dari 30 %. Ternyata tiada sebarang bisnes pendasar (underlying business) yang dijalankan oleh Mardoff bagi meraih untung yang sah di sisi undang-undang. Keuntungan yang diraih dan diagih semuanya hasil ‘downline' lalu diberikan kepada upline dan begitulah seterusnya. Itulah skim pyramid atau juga digelar ponzi scheme, sama seperti skim ea index, swiss cash dan lain-lain yang pernah diharamkan di Malaysia dahulu. Berita BBC melaporkan selepas skim dan penipuannya terbongkar :- he had "absolutely nothing" and "it's all just one big lie", and that it was "basically, a giant Ponzi scheme" Dia berjaya mengabui mata ramai pelabur kapitalis melalui syarikatnya Bernard L Madoff Investment Securities yang ditubuhkan pada tahun 1960, dalam masa yang sama dia juga menjalankan bisnes hedge fund. Kelicikannya juga menjadikannya dilantik sebagai ketua, Nasdaq Stock Market. Kini ramai yang mempersoalkan mengapa US Securities and Exchange Commission tidak mampu mengesan penipuan ini dari awal. Sedangkan menurut laporan berita BBC beberapa pihak dan individu telah membuat laporan tetapi tiada tindakan dan penyiasatan diambil. Mungkin laporan lambat diambil tindakan kerana networking Yahudi yang bertapak kukuh di USA. Benar, laporan dari orang ramai amat penting tetapi jika pihak berkuasa tidak bertindak penipuan akan berterusan. Kita di Malaysia, pihak Bank Negara Malaysia dan Suruhnajaya Sekuriti amat diharapkan menambahkan kepantasan siasatan apabila mendapat laporan dari orang ramai, sebelum lebih ramai menjadi mangsa. Alhamdulillah semakin ramai yang peka dan sudi melaporkan apabila timbul skim-skim dan binses yang meragukan. Namun demikian tidak mustahil sama sekali, penipuan hanya akan dapat dikesan agak terlewat lalu boleh menyebabkan kerugian wang yang banyak. LAHIRKAN JUTAWAN BUKAN UKURAN Saya kerap mendengar hujjah pemain skim cepat kaya yang mendakwa bisnes mereka benar dan kemampuan melahirkan ramai jutawan sebagai buktinya. Sejak dari awal, kita boleh menilai hujjah ini adalah lemah, malah kini terbukti ia boleh mencipta seorang billioanaire seperti Mardoff, namun ia tetap salah dan tetap skim cepat kaya dan tetap akan tergolek juga akhirnya. Di Malaysia penipuan skim ini boleh dianggap antara yang tercanggih di dunia, pelbagai teknik licik digunakan bagi megabui mata pelabur seperti mendapatkan Lesen Jualan Langsung, Koperasi, punyai beberapa produk dan banyak lagi. Sehingga sukar dibezakannya dengan syarikat jualan langsung dan koperasi yang sebenar. Justeru, saya nasihatkan mereka yang sedang berfikir-fikir untuk menyertai sebarang skim agar lebih berhati-hati. Penangkapan dan serbuan demi serbuan tidak dinafikan akan menjadikan syarikat yang masih berbaki lebih kreatif dan licik dalam menutup penipuan mereka. TIDAK KEBAL AKHIRNYA Apa yang menarik dari kes ini juga, kita dapat melihat walaupun Mardoff agak kebal di peirngkat awal namun akhirnya ‘jatuh ke tanah jua' dengan desakan ketelusan pihak berkuasa di USA. Ia agak Pastinya tindakan adalah lewat kerana, melibatkan individu Yahudi, billionaire dan orang besar ( Pengerusi ) di Bursa Saham Nasdaq New York, namun tahniah atas tindakan yang diambil. Bayangkan pula kalau ia di negara-negara sedang membangun seperti Malaysia. Rasuah mungkin akan menjadi penyelamat, atau jawatannya turut menggentarkan para penyiasat. Namun di negara-negara maju, mereka boleh sedikit terlewat tetapi akhirnya akan ‘kena' juga. Akhirnya, telitilah dua tiga atau sepuluh kali sebelum menyertai mana-mana skim atau bisnes yang berpaksikan sistem pyramid dan yang hampir dengannya, ia mungkin skim cepat kaya yang bakal tersungkur sedikit masa lagi. Sekian Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net 16 Disember 2008

12/05/2008

Bukan Melayu berubah nada bila haknya disentuh

Saya amat pelik dengan respons yang diberikan oleh golongan pemimpin Cina dan India terhadap cadangan penubuhan hanya satu aliran sekolah di negara ini. Ketika kemenangan Barack Obama dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS), para pemimpin Cina dan India dengan lantang menguar-uarkan bahawa jika di AS boleh berlaku itu dan ini, maka perkara ini juga mesti dilaksanakan di Malaysia tanpa mengambil kira hati dan perasaan kaum Melayu. Tetapi mereka lupa di AS hanya ada satu jenis aliran pendidikan. Para pejuang kemerdekaan kita dahulu telah memilih untuk menerapkan nilai unity in diversity dan bukannya asimilasi. Tetapi golongan pembangkang dan pemimpin kaum lain, acap kali mengasak dan cuba menguji kesabaran kaum Melayu. Mereka mengungkit perkara-perkara yang telah termaktub di dalam Perlembagaan mengenai hak-hak keistimewaan orang Melayu, agama Islam sebagai agama Persekutuan dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Golongan ini secara sedar terus mempermain-mainkan perlembagaan negara ini dan malangnya pemimpin-pemimpin kaum lain dalam BN juga terus terikut- ikut dengan rentak dan tari golongan pembangkang, kadang-kadang mereka lebih daripada DAP atau PKR. Yang pelik dan hairan, apabila terdapat cadangan supaya hanya ada satu aliran sekolah sahaja agar dapat memupuk semangat perpaduan di kalangan penduduk Malaysia ke arah meningkatkan lagi perpaduan kaum, golongan ini berubah nada dan suara. Mereka melaungkan bahawa cadangan ini bersifat perkauman, melanggar Perlembagaan Persekutuan malah ada yang mengesyorkan agar tindakan diambil di bawah Akta Hasutan. Kepada pemimpin pembangkang dan pemimpin kaum lain yang suka cakap tak serupa bikin, jikalau perkara ini anda masih ingin mempertahankan, usahlah bercakap mengenai hak dan keistimewaan orang Melayu yang telah termaktub di dalam Perlembagaan. Hilangkan sifat kiasu anda itu, yang mana hak orang lain boleh disentuh tetapi hak sendiri tak boleh diusik. Usahlah jadi seperti bidalan orang tua 'seperti Belanda dapat tanah' atau 'diberikan betis hendak paha.' Jikalau kita hanya bersikap jaguh kaum sendiri dan hanya retorik dalam tindakan ke arah perpaduan, usahlah menuding jari ke arah orang Melayu sebagai punca kegagalan perpaduan kaum di Malaysia. Cuba kira dan periksa berapa ramai kaum lain di Malaysia ini yang dapat bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu? Bukankah syarat menjadi warganegara Malaysia mestilah berupaya bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu. Cubalah baca cadangan orang lain dengan lebih teliti. Cadangan satu aliran sekolah tidak menyekat kebebasan kaum lain belajar bahasa ibunda atau kebudayaan masing-masing. Malah dengan adanya guru yang secukupnya dalam satu aliran sekolah, semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dapat memilih bahasa apakah yang mereka mahu belajar di samping bahasa kebangsaan. Tidakkah ini juga membolehkan anak generasi akan datang dapat belajar dengan lebih mendalam mengenai budaya kaum lain. Kepada pemimpin-pemimpin Melayu, jangan menang sorak kampung tergadai, perubahan pola pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-12 sebenarnya adalah kerana dua perkara. Pertama, pengundi Cina dan India telah mengundi barisan pembangkang. Salah siapa ini? Adakah ini menunjukkan MCA, Gerakan dan MIC gagal mewakili kaum mereka atau menjaga kebajikan mereka, atau memang kaum ini tidak berterima kasih di atas apa yang kerajaan berikan kepada mereka? Kedua, golongan muda Melayu amat tertekan dengan masalah ekonomi pada masa tersebut dengan gaji yang sedikit (berbanding dengan kaum lain), minyak yang mahal, harga barangan keperluan asas yang mahal dan perlu menampung keluarga miskin di kampung (juga berbanding dengan kaum yang lain), maka mereka termakan dengan tipu muslihat parti pembangkang untuk menurunkan harga minyak dan barangan di pasaran (siapa yang mengawal harga barangan di pasaran?) Oleh itu, usahlah orang Melayu terlalai atau terikut dengan tuntutan tidak munasabah golongan kaum lain baik daripada pembangkang mahupun komponen BN. Sebarang pemberian kepada mereka bukannya dibalas dengan sokongan berbanding dengan golongan Melayu yang majoriti golongan tuanya memberi sokongan padu kepada UMNO. Ini adalah masa untuk UMNO bangkit dan memberi penilaian secara terperinci. Apakah yang UMNO harus lakukan untuk memenangi sokongan golongan muda Melayu? Bantulah golongan muda Melayu untuk menempuh keadaan ekonomi yang semakin mencabar, nescaya kami semua akan memberi sokongan kepada UMNO. MOHD ALI SIDEK Kuala Lumpur utusan online - 05/12/2008

12/02/2008

Hutang kewarganegaraan perlu dibayar (2)

Fahri Abdullah al-Masri Tue | Dec 02, 08 | 4:43:59 am MYT (Harakah Online) Sebelum melanjutkan hujah semalam, suka saya simpulkan kembali bahawa antara idea utama dalam isu Ketuanan Melayu ini ialah, kewarganegaraan ada harganya. Kaum Melayu bersetuju kepada penjajah British, untuk menerima kehadiran bukan Melayu itu sebagai saudara mereka di negara ini. Agak menghairankan, British yang pernah menjajah India dan China dan mengirim nenek moyang mereka ke Tanah Melayu tidak pernah pula dipersalahkan mereka. Padahal yang meminta Melayu menerima kaum India dan China itu tidak lain dan tidak bukan adalah British sendiri. British yang bertanggungjawab membawa kaum bukan Melayu, maka sepatutnya mereka yang patut membawa semula tenaga buruh asing di dalam sektor bijih timah dan ladang getah ke negara mereka masing-masing di India dan China. Ini lojik mudah. Saya fikir, dalam meniti arus konflik ini, kerajaan British harus dilibatkan dan kita tidak boleh bersengketa dengan terus melupakan peranan British. Tapi, ada satu perkembangan baru yang menarik perhatian saya, iaitu Hindraf telah mendesak British untuk membayar pampasan kerana telah membawa mereka ke Tanah Melayu. Saya mengucapkan tahniah secara terbuka kerana kaum India Hindraf telah sedar bahawa British itulah yang patut dipertanggungjawabkan dalam hal ini. Tapi amat mengecewakan apabila Umno masih setia menjadi talibarut British dengan menangkap pimpinan Hindraf dalam ISA. Juak-juak Umno yang menahan aktivis Hindraf adalah Melayu Harbi yang wajib diperangi semua pihak tanpa megira fahaman politik, agama dan kepercayaan. Sebelum melanjutkan perbincangan, ingin saya ingin respon ke atas Ketua Umno Cheras, Dato' Syed Ali Al Habshee yang menyatakan Pakatan Rakyat itu tak kukuh di Selangor. Seolah-olah, cara dia mengungkapkan kenyataan itu menunjukkan BN sudah stabil. Beliau berkata demikian dalam program tv Hujah di TV9 yang membawakan isu negeri Selangor yang rapuh akibat pergolakan Pakatan Rakyat. Beliau berkata demikian seperti BN tiada masalah langsung. Sebenarnya, BN pun rapuh. Hal ini boleh kita lihat daripada kenyataan seorang pimpinan Umno di Bernama yang mendesak Kayveas (PPP) keluar daripada BN atas isu ISA. Dan kini, isu Ketuanan Melayu jadi satu isu yang menunjukkan bahawa BN juga mengalami krisis yang lebih kurang sama. Tapi, Kayveas mengugut keluar daripada BN itu kerana tak puas hati dengan cara Umno menggunakan ISA. Lalu, seorang pemimpin kanan MCA menyokong pendirian Kayveas dalam hal yang sama. Sebenarnya, bukan Kayveas seorang yang bantah ISA, malah Zaid Ibrahim juga memiliki pendirian yang sama. Apakah ISA digunakan untuk selamatkan Ketuanan Melayu (versi Umno) maka sebab itu ahli-ahli komponen BN juga akhirnya mendesak agar benteng Ketuanan Melayu itu dirobohkan? Hal ini mesti disiasat juga kerana Umno kerap mengugut menggunakan ISA dalam isu-isu perkauman. Polemik Ketuanan Melayu lambang keretakan BN Najib Tun Razak juga menasihatkan semua ahli komponen BN tidak membincangkan secara terbuka isu ketuanan Melayu. "Sebenarnya apabila kita buat struktur BN ini, salah satu daripada tujuannya ialah supaya sebahagian besar daripada pertikaian atau permasalahan dan juga polemik-polemik ini boleh diutarakan secara tertutup melalui saluran khas dalam BN. "Rakyat akan melihat bahawa kita ini menghadapi terlalu banyak masalah sepanjang masa," demikian kata Najib dalam suatu kenyataannya. Tak apalah.. setidak-tidaknya Najib 'jujur' dalam hipokritnya. Apa-apa pun, semua ini dah berlaku dan sampai bila Najib mahu menutup mulut ahli-ahli komponen BN? Beliau kata begini, kerana beliau tak terlatih berdebat, berhujah. Jadi apabila dia tidak tahu menjawab dan tidak mahu menjawab, hanya inilah saja caranya. Tutup mulut! Apabila Soi Lek dan Mei Fun bersuara, maka pimpinan Melayu yang bacul mulut jangan minta anak-anak Melayu berdiam diri. Kalau pimpinan Melayu Umno penakut, bacul seperti Najib, jangan pula menyekat anak-anak Melayu ini mahu berkreatif dalam melontarkan bahan fikiran mereka untuk diratah bersama. Ringkasnya, kalau Najib bodoh menjawab, jangan memperbodohkan Melayu dengan cara menyekat kehendak pemuda Melayu berdebat secara sihat. Insya Allah, tidak akan terjadi pertumpahan darah jika kebebasan bersuara diberikan. Surat-surat pembaca Antara surat-surat yang dikirimkan, ada mel-e yang menarik daripada saudara Cina Islam dan saya catit beberapa isu yang mungkin dapat dijadikan renungan dan menungan bersama. Beliau mengutip beberapa perenggan saya dan melontarkan kembali pertanyaan. Jadi, apa yang saya lakukan sekarang ialah memberi ruang kepada orang-ramai yang suka berdebat untuk sama-sama mendebatkan isu ini dan saya berjanji akan cuba menjawab persoalan yang dikemukakan saudara saya itu dengan sebaik mungkin, insya Allah. (Dengan sedikit suntingan..) 1. "Alam ini, atau negara ini milik Tuhan dan Dia memberikan tanggungjawab ke atas khalifah (umat Islam) menguruskannya." Soalan dan respon: Apakah orang Cina Islam adalah sama taraf dengan Melayu?? 2. "Lafaz ini wujud dengan sebab wujudnya orang bukan Melayu di negara ini. Maka, kalau bukan Melayu tidak wujud dan tidak berhiijrah dari negara asal mereka (China dan India), tiada keperluan lagi untuk dipertahankan hal ini. Soalan dan respon: (1) Itu semua (kehadiran bukan Melayu ke Tanah Melayu) ketentuan Allah yang Maha Esa (2) Betul ke orang Melayu asal hanya dari Tanah Melayu?? (3) Bagaimana dengan saya yang memang dilahirkan di Malaysia?? 3. "Soi Lek dan Mei Fun antara pihak yang paling ke depan dalam hal membantah Ketuanan Melayu ini. Soi Lek menolak hal ini kerana konsep ini seperti faham tuan-hamba walaupun sebenarnya hubungan Melayu dan bukan Melayu di negara ini bukannya seperti 'Master and Slave' dalam hubungan Bangsa Mesir purba yang memperhambakan Bani Israel suatu ketika dahulu. Kemuncak kepada penolakan tuan-hamba (master and slave) ini bermula dengan konflik pergeseran antara Musa dan Fir'aun. Tapi, adakah hal semacam ini diperjelaskan oleh Umno kepada MCA? Antara ciri-ciri yang menunjukkan sesebuah bangsa itu masih terperangkap dengan fahaman tuan-hamba (master and slave) ini ialah sikap menjadikan kaum wanita sebagai hamba kaum lelaki. Tahap paling kronik ialah menjadikan wanita sebagai alat pemuas nafsu syahwat kaum lelaki. Mungkin Soi Lek lebih faham dan sedar hal ini kerana beliau lebih berpengalaman sebelum beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Kesihatan tidak lama dahulu. Soalan dan respon: (1) Kesan DEB telah menunjukkan ada unsur tuan hamba. (You not Chinese so don't talk about what Chinese feel but you should try to understand what we feel because you said you (Malay) are owner of Malaysia (tunjukkan sikap Abang Long tu biar orang bukan Melayu ni boleh hormat kat Melayu) 4. "Ketuanan Melayu ada harganya. Harganya adalah darah dan air mata. Nenek moyang Melayu mempertahankan bumi ini daripada Siam, Portugis, Belanda, Jepun dan juga penjajah yang lain. Sedangkan, kaum bukan Melayu tak banyak memainkan peranan dalam menolak penjajahan ini, melainkan Jepun sahaja." Soalan dan respon: (1) Menolak penjajahan Jepun sudah memadai untuk membayar darah dan air mata kemerdekaan sebab selepas penjajahan Jepunlah bermula "konsep merdeka" dilahirkan. 5. "Apabila menjelang kemerdekaan, atas persetujuan bahawa orang Melayu mahu menerima bukan Melayu sebagai warganegara dan bukan Melayu mahu menerima hak keistimewaan Melayu dan lain-lainnya, maka bermulalah urusan 'membayar' semula hal yang telah dipersetujui itu melalui cukai-cukai, wang yang dilaburkan dan sebagainya." Soalan dan respon: (1) DEB diwujudkan selepas merdeka iaitu pada tahun 1971, sepatutnya tidak termasuk dalam perjanjian "bayar hutang ni" so 'kita' yang bukan Melayu ni telah membayar lebih daripada apa yang patut dibayar selama lebih 20 tahun. 6. "Kesimpulannya, janganlah orang bukan Melayu di negara ini menyangka bahawa sumbangan mereka selama ini sama ada dalam bentuk wang cukai pelaburan ini menunjukkan bahawa orang Melayu telah berhutang pula kepada mereka. Malah, sebenarnya mereka berhutang kewarganegaraan kepada orang Melayu." Soalan dan respon: (1) Sampai bila nak bayar hutang ni? Penulis sepatutnya tahu, Malaysia ialah Allah yang punya. (2) Bila anda kata membayar hutang kewarganegaraan kepada orang Melayu maka terbukti la "kita" yang bukan Melayu ni telah dihambakan!! Saudara Seislam berbangsa Tionghua.. ### Syukur.. akhirnya dapat juga saya mengenali bahan-bahan fikiran rakan-rakan kita yang bukan Melayu beragama Islam. Ketuanan Melayu yang mereka pertikai mungkin terkait dengan Umno sebab yang mewajahkan kek ekonomi Malaysia adalah Umno. Dan, kena pertimbangkan juga bahawa ada kalangan Melayu yang bantah pelaksanaan DEB. Mungkin kalangan kaum bukan Melayu kena membezakan antara Melayu Harbi (Umno) dengan bangsa Melayu secara keseluruhan. Saya berjanji kepada pengirim surat ini untuk menjawabnya sebaik mungkin, tapi jawapannya bukan mewakili pendirian Umno. Malah dengan jujur, ia mewakili apa-apa fikiran seorang anak muda Melayu Islam yang peka dan prihatin soal nasib agama, bangsa dan tanahairnya, insya Allah. Soalan yang dibangkitkan ini mesti dihuraikan satu persatu dengan cermat dan hati-hati. Sudah tiba waktunya bangsa Asia perlu keluar berbicara dengan berani, jujur dan jangan lagi bersikap Najib yang tidak pandai, tidak berani menjawab, Pak Lah yang lemah untuk mengeluarkan kenyataan atas alasan nak menjaga perpaduan dan sebagainya. Akhirul kalam, ingin ditegaskan bahawa catitan ini adalah respon kepada kenyataan Soi Lek dan Mei Fun dalam isu Ketuanan Melayu. Tanpa kenyataan mereka itu, nescaya tidak tertulis catatan yang mungkin akan menyinggung perasaan kaum lain di negara ini. Kepada Najib dan Pak Lah, kita mahu berpesan, kita mesti berani berhujah dan berdebat. Kalau nak tutup segala pintu perdebatan, sampai bila nak tutup? Akan tiba masanya nanti pasti akan meletup juga. Tutup pun meletup, lebih baik dibuka tirai perdebatan ini. 3:58 a.m, 2 November Sekolah Pemikiran Kg Baru Bantahan, saranan, kritikan membina dan membinasa boleh dimajukan lewat mel-e ibnuamir@yahoo.com.Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya _

12/01/2008

Hentikan tindakan mengguris hati orang Melayu

Utusan Malaysia 01/12/2008 - Rencana SEKALI lagi orang Melayu terguris apabila Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mempertikaikan konsep ketuanan Melayu dengan membuat kenyataan bahawa konsep tersebut tidak relevan lagi. Malangnya kenyataan itu dibuat selepas beliau tidak lagi berada dalam Kabinet seolah-olah ada agenda lain di sebaliknya. Tidak kita nafikan akhir-akhir ini pelbagai bentuk kritikan, tindakan dan juga ketidakpuasan hati diungkit berkaitan orang Melayu sama ada oleh parti pembangkang mahupun parti-parti komponen Barisan Nasional yang menyentuh isu bahasa, keistimewaan Melayu dan juga pendidikan. Dua minggu lepas, Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah memberi peringatan agar kaum-kaum lain di negara ini menghormati dan menerima adat, sejarah serta sistem pemerintahan di negara tempat mereka berhijrah dan bukannya mengkritik untuk tujuan menjatuhkan. Ternyata titah tersebut dipandang remeh kerana masih ada isu yang dibawa ke tengah seolah-olah sengaja mahu diperdebatkan. 'Serangan' paling jelas ialah mengenai isu ketuanan Melayu dan juga bahasa Melayu kerana tidak sampai dua minggu selepas sesuatu isu dibangkitkan ada pula isu baru yang diketengahkan yang sedikit-sebanyak menggugat kesabaran orang Melayu. Kedegilan pihak-pihak tertentu yang tetap mahu mengungkit setiap isu mengenai Melayu seolah-olah melanggar Perlembagaan yang mana telah ditetapkan bahawa bahasa Melayu itu sebagai bahasa rasmi dan keistimewaan kaum Melayu sebenarnya merujuk kepada asal usul negara ini dan kaum pribuminya daripada keturunan Melayu. Apa yang berlaku sebenarnya memperlihatkan adanya usaha untuk mengikis kuasa Melayu sedikit demi sedikit daripada negara ini. Sejarah telah membuktikan bahawa kuasa-kuasa Melayu yang amat gah suatu masa dahulu terhakis sedikit demi sedikit angkara orang asing. Punca utamanya ialah dari segi ekonomi dan perluasan kuasa dan pengaruh yang berpunca daripada ekonomi. Kita ambil contoh Melaka yang dahulunya amat terkenal sebagai pusat pentadbiran dan perdagangan. Kelicikan orang luar melebarkan perniagaan mereka telah menyebabkan negeri Melaka dikunjungi orang luar sebagai peniaga. Kepintaran Ferenggi yang pada mulanya membeli tanah sebesar belulang lembu tidak pernah difikirkan langsung oleh pembesar tempatan bahawa dengan belulang itulah Ferenggi menghirisnya kecil-kecil kemudian disambung menjadi tali dan keluasan tanah sebesar tali yang diregang itulah menjadi milik mereka. Orang Melayu yang bangun mempertahankan hak mereka dalam suasana sekarang terdiri daripada yang membaca dan memamahi sejarah lama sebagai satu pengajaran supaya sejarah hitam itu tidak berulang. Kita juga menghormati orang bukan Melayu yang memahami sejarah dan keistimewaan Melayu dengan tidak mengusik langsung soal tersebut. Mereka yang memahaminya menjadikan negara kita sebagai tempat mencari rezeki, tempat berlindung dan tempat tinggal selama-lamanya. Apa-apa pun kita harus ingat jika isu mengenai ketuanan Melayu dan soal bahasa Melayu diungkit oleh bukan Melayu, ini bermakna ada usaha-usaha untuk menghapus keistimewaan tersebut, dan landskap negara akan berubah sekelip mata. Oleh itu, Melayu mestilah berusaha melindungi hak-hak mereka seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. Salah satu caranya ialah Melayu mesti memperkemas kedudukan ekonomi mereka kerana dengan kelemahan ekonomi, bermakna orang lain akan mengambil kesempatan atas kita. Di samping itu, kementerian-kementerian tertentu mesti mencari kaedah- kaedah lain untuk memperkukuh perpaduan di kalangan kaum di negara ini supaya dengan mantapnya perpaduan, keharmonian akan dapat dipertahankan. Dengan hanya menjadikan mata pelajaran sejarah sebagai bahan kajian wajib di sekolah-sekolah rendah tidak lama lagi belum tentu cukup untuk memastikan 'sejarah' kita tidak akan diusik kemudian hari. Kita sebenarnya mesti mencari jalan bagaimana mahu mendidik sebahagian kecil warga negara yang sudah remaja, dewasa dan tua di negara ini untuk untuk memahami dan menghormati sejarah. M. JASNI MAJED Bukit Kapar, Selangor

Membaca Semula Pesanan Silam

Utusan Malaysia 01/12/2008 - Rencana Generasi orang Melayu terdahulu atau lebih sinonim disebut "orang tua-tua" dalam konteks budaya orang Melayu mempunyai dan mewariskan kebijaksanaan yang tidak ternilai harganya. Kebijaksanaan silam "orang tua-tua" berkait rapat dengan perihal hidup, sarat dengan nasihat serta peringatan. Sehingga kini kita sendiri pun tidak tahu siapakah individu yang menitipkan warisan kebijaksanaan silam kepada generasi hari ini. Tetapi yang pasti mereka tentunya bukanlah bertaraf sarjana atau cerdik pandai yang dikenali ramai. Bagaimanapun kecerdikan dan kebijaksanaan mereka tetap relevan dengan semua zaman, biarpun kita dengan agkuhnya berkata, "Kami hidup dalam dunia pasca-moden". Dalam meredah kehidupan politik masa kini, kita janganlah angkuh menolak kebijaksanaan silam yang banyak memberi peringatan tentang sepak terajang manusia. Orang Melayu sudah lama diingatkan berfikirlah banyak kali untuk melepaskan anjing tersepit kerana anjing jarang mengenang budi orang berjasa kepadanya. Peringatan yang dititipkan oleh entah siapa tetapi sangat berguna supaya kita jangan menjadi mangsa anjing yang kita tolong. Orang Melayu memang terkenal dengan baik hati dan pemurah hingga membinasakan diri. Barangkali ada baiknya kita menoleh, menghayat dan membaca kembali pesan-pesan yang bijaksana ditinggalkan oleh generasi terdahulu. Banyak perkara yang disentuh oleh generasi silam berlaku kepada kita pada hari ini dan tentunya peringatan tentang perilaku orang Melayu perlu diberi perhatian. Pesanan yang dikiaskan kepada alam budaya di sekitar orang Melayu mempunyai maksud yang sangat mendalam. Apabila mereka melihat perihal kaduk yang menyerupai sirih dan menjalar di junjung sirih, mereka pun berpesan, jangan jadi seperti kaduk naik junjung. Kaduk lupa diri dan perasan ia adalah sirih, satu yang penting dalam alam budaya orang Melayu. Tetapi kaduk tiada gunanya. Kemudian kita pun temui pesanan berbunyi, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Kebaikan yang tidak bertempat atau melampau selalunya mengundang kesusahan kepada diri sendiri. Malah orang Melayu terdahulu juga menyindir perihal orang Melayu sendiri, dagang lalu ditanakkan nasi, anak di rumah kelaparan. Kisah orang dagang mahu memijak kepala orang Melayu tidak pernah selesai. Orang Melayu sudah melakukan pengorbanan "menanakkan nasi" atau memberi peluang untuk hidup kepada orang dagang biar pun anak-anak mereka tidak berpuas hati. Inilah kebaikan orang Melayu tetapi akhirnya sikap itu memakan diri apabila orang dagang terlupa sifat-sifat seharusnya sebagai pedagang atau perantau. Orang Melayu mesti mengingati semua pesan-pesan silam generasi terdahulu supaya mereka tidak terkena untuk kali yang entah ke berapa. Ketika ada pihak yang memperleceh dan mempertikaikan kedudukan orang Melayu kononnya tidak berlaku adil kepada kaum lain, inilah padahnya, "Dagang lalu ditanakkan nasi, biar anak sendiri kelaparan." Maka benarlah kata orang tua-tua, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Orang Melayu kena mengingati pesanan supaya mereka jangan lagi memagar nyiur yang condong, buahnya jatuh ke halaman orang. Orang Melayu bersusah payah memberi baja dan menjaga supaya perdu pokok kelapa sentiasa selamat, tetapi orang lain yang mengutip buahnya. Yang buruknya mereka ini tidak mengenang budi. Ini sama seperti memberi susu dibalas tuba. E-mel: cp@galaxystudio.tv

Apa Dosa Melayu Terhadap Bukan Melayu?

Utusan Malaysia Online 01/12/2008 - Rencana. MENGAPA kaum bukan Melayu tidak henti-henti membangkitkan isu ketuanan Melayu dan apa sahaja perkara berkaitan Melayu? Seolah-olah Melayu kini menjadi musuh bukan Melayu, lantaran apa sahaja yang menjadi milik Melayu termasuk yang termaktub di dalam Perlembagaan sentiasa dipersoalkan. Apa dosa orang Melayu terhadap bukan Melayu? Apa kurangnya orang bukan Melayu jika dibandingkan dengan kedudukan orang Melayu yang merempat di tanah air sendiri. Apa tuntutan bukan Melayu yang gagal dipenuhi kerajaan sejak negara mencapai kemerdekaan? Sengkek benarkah keadaan orang bukan Melayu di Malaysia sehingga tanpa henti mereka mempertikaikan hak orang Melayu. Apa sebenarnya maksud tersirat di sebalik tersuratnya tuntutan demi tuntutan agar hak orang Melayu dihapuskan dan tuduhan bahawa ketuanan Melayu tidak lagi relevan. Tentunya, orang bukan Melayu mahu orang Melayu bersaing dengan mereka tanpa sebarang keistimewaan kerana mereka tahu Melayu tidak akan mampu berbuat demikian. Dalam keadaan dilimpahi pelbagai keistimewaan seperti yang didakwa oleh bukan Melayu, orang Melayu masih menguasai tangga teratas golongan paling miskin dengan tahap pendapatan di bawah RM1,000. Malah pencapaian ekonomi orang Melayu pun masih lemah dan tidak dapat menandingi kekayaan orang bukan Melayu di negara ini. Begitu juga dengan kekuatan politik bangsa Melayu yang hakikatnya tidak sekuat mana menyebabkan ia menjadi mangsa ugutan serta hentaman oleh bukan Melayu. Kelemahan Melayu yang amat ketara itulah hakikatnya yang mendorong bukan Melayu tidak henti-henti 'menyalak' dan menuntut supaya hak Melayu dihapuskan. Jelas matlamat mereka hanya satu - ingin melihat Melayu tersungkur di bumi sendiri sehingga akhirnya kuasa ekonomi menentukan masa depan politik. Masalahnya orang Melayu hanya gemar bercakap, berhujah dan beretorik setiap kali bersuara untuk mempertahankan hak bangsa sendiri. Hanya laungan kata-kata berkumandang di sana sini namun tiada tindakan bersepadu dilaksanakan untuk menjadikan Melayu satu bangsa yang kuat dan hebat. Segala keistimewaan yang termaktub di sisi Perlembagaan hanya dinikmati oleh segelintir Melayu yang 'bertuah' manakala Melayu serpihan terus dianaktirikan dan merempat di bumi sendiri. Lebih menyedihkan ada kalangan Melayu yang turut menolak ketuanan Melayu dan tidak percaya kepada hak keistimewaan Melayu sedangkan manusia-manusia itulah yang mengaut keuntungan daripada dasar tersebut. Hakikatnya, ini bukan masa untuk beretorik atau mempertahankan Melayu sekadar menggunakan 'air liur'. Ketuanan Melayu mesti dihidupkan semula untuk menjadikan Melayu satu bangsa yang dihormati dan disegani sehingga tiada kaum berani memperlekehkan Melayu jauh sekali mempersoalkan hak Melayu untuk terus menerajui tampuk pemerintahan negara. Kesemuanya itu hanya boleh dilaksanakan jika semua pihak bersatu dan bersungguh-sungguh menjayakan agenda membangunkan Melayu.

Hutang kewarganegaraan perlu dibayar

Fahri Abdullah al-Masri (harakah online) Mon | Dec 01, 08 | 3:52:04 pm MYT Akhir-akhir ini, ramai orang berbicara mengenai Ketuanan Melayu. Cara penolakan Ketuanan Melayu juga tidak sama. Misalnya, dalam kalangan Melayu sendiri, ada yang menolak Ketuanan Melayu kerana lafaz dan pengertian itu datangnya daripada Umno. Lazimnya, Ketuanan Melayu versi Umno ini ditolak oleh Pas, dengan menggunakan lafaz Ketuanan Islam. Tapi, akhir-akhir ini suara yang menolak Ketuanan Melayu ini datangnya daripada parti komponen BN sendiri, iaitu MCA. Antara punca kenapa Umno tergugat ialah kerana sejak 50 tahun belakangan ini, tiada usaha tersusun untuk menerangkan hubungan asal-usul Ketuanan Melayu yang kuat bergantung kepada Islam. Alam ini, atau negara ini milik Tuhan dan Dia memberikan tanggungjawab ke atas khalifah (umat Islam) menguruskannya. Dan, dalam konteks negara Malaysia hari ini, orang Melayu itu beragama Islam. Itulah yang telah diperjelaskan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Maka, suka atau tidak, Ketuanan Melayu tetap wujud walaupun lafaz itu tidak disukai sesetengah pihak. Lafaz ini wujud dengan sebab wujudnya orang bukan Melayu di negara ini. Maka, kalau bukan Melayu tidak wujud dan tidak berhiijrah dari negara asal mereka (China dan India), tiada keperluan lagi untuk dipertahankan hal ini. Soi Lek dan Mei Fun antara pihak yang paling ke depan dalam hal membantah Ketuanan Melayu ini. Soi Lek menolak hal ini kerana konsep ini seperti faham tuan-hamba walaupun sebenarnya hubungan Melayu dan bukan Melayu di negara ini bukannya seperti 'Master and Slave' dalam hubungan Bangsa Mesir purba yang memperhambakan Bani Israel suatu ketika dahulu. Kemuncak kepada penolakan tuan-hamba (master and slave) ini bermula dengan konflik pergeseran antara Musa dan Fir'aun. Tapi, adakah hal semacam ini diperjelaskan oleh Umno kepada MCA? Antara ciri-ciri yang menunjukkan sesebuah bangsa itu masih terperangkap dengan fahaman tuan-hamba (master and slave) ini ialah sikap menjadikan kaum wanita sebagai hamba kaum lelaki. Tahap paling kronik ialah menjadikan wanita sebagai alat pemuas nafsu syahwat kaum lelaki. Mungkin Soi Lek lebih faham dan sedar hal ini kerana beliau lebih berpengalaman sebelum beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Kesihatan tidak lama dahulu. Kewarganegaraan dan Ketuanan Melayu ada harganya Ketua Wanita MCA Chew Mei Fun pula menyifatkan bahawa konsep ketuanan Melayu tidak lagi relevan atas alasan semua rakyat menyumbang kepada pembangunan negara. Tambah beliau lagi, dalam negara ini semua rakyat adalah tuan tanah Malaysia. Jika Mei Fun memahami apakah maksud sumbangan dan jika beliau mentakrifkan sumbangan itu sebagai sesuatu yang berharga seperti wang, melalui cukai dan sebagainya, maka fahaman yang semacam ini perlu diteliti dengan sebaik-baiknya. Sebagai yang termaklum, apabila bangsa Melayu memberikan kewarganegaraan kepada bukan Melayu, maka bukan Melayu perlulah iktiraf Ketuanan Melayu, Keistimewaan orang Melayu, Bahasa Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan di negara ini. Sekali lagi, Islam adalah kunci utama dalam penyelesaian hal ini. Ketuanan Melayu ada harganya. Harganya adalah darah dan air mata. Nenek moyang Melayu mempertahankan bumi ini daripada Siam, Portugis, Belanda, Jepun dan juga penjajah yang lain. Sedangkan, kaum bukan Melayu tak banyak memainkan peranan dalam menolak penjajahan ini, melainkan Jepun sahaja. Dan, hal ini pun terjadi kerana kesan orang-orang Cina yang tidak suka negara mereka dilanggar oleh Jepun suatu ketika dahulu. Maka jumlah penolakan ke atas penjajahan ini, kaum Melayu yang lebih banyak berkorban berbanding bangsa-bangsa lain. Inilah harga Ketuanan Melayu dan adakah mereka sanggup berkorban? Apabila menjelang kemerdekaan, atas persetujuan bahawa orang Melayu mahu menerima bukan Melayu sebagai warganegara dan bukan Melayu mahu menerima hak keistimewaan Melayu dan lain-lainnya, maka bermulalah urusan 'membayar' semula hal yang telah dipersetujui itu melalui cukai-cukai, wang yang dilaburkan dan sebagainya. Maka, orang bukan Melayu selama ini membayar cukai, menyumbang wang, melabur di dalam pembangunan di negara ini kerana melunaskan hutang kewarganegaraan mereka seperti yang diputuskan sejak lama dahulu. Kewarganegaraan itu ada harganya dan wang yang dilaburkan selama ini cuma sekadar membayar kewarganegaraan tersebut. Inilah yang harus difahami oleh kaum bukan Melayu di negara ini. Sementara bangsa Melayu membayar wang, cukai dan segala macam pelaburan di dalam negara ini adalah untuk membayar apa yang dinamakan sebagai ketuanan Melayu itu sendiri. Islam menjelaskan hal ini sebagai berikut. Di dalam sebuah negara yang mana penduduknya memilih untuk tidak menganut agama Islam misalnya, para penduduknya tidak akan pernah dipaksa. Kemudiannya, negara itu diminta untuk terus berada di bawah naungan Islam, membayar ufti, sejumlah wang sebagai tanda ikatan antara mereka. Dengan perjanjian dan akad itu, negara itu akan terus-menerus dilindungi oleh negara Islam jika negara bukan Islam di bawah naungan mereka yang telah membayar ufti itu diserang oleh sebuah kuasa lain. Sepatutnya, hal fahaman yang semacam inilah yang cuba dibangkitkan oleh Umno (khasnya agamawan Umno) kepada ahli-ahli parti komponen mereka. Tetapi, akhirnya yang diasuh, dinilai, dipupuk, ditarbiyyah hanyalah perkongsian kuasa. Agak pelik juga.. kuasa yang direbut-rebut selama ini akhirnya dikongsi pula. Jadi, ini fahaman yang rapuh dan mudah tertanggal daripada jiwa orang bukan Melayu khasnya rakan mereka sendiri daripada MCA. Kesimpulannya, janganlah orang bukan Melayu di negara ini menyangka bahawa sumbangan mereka selama ini sama ada dalam bentuk wang cukai pelaburan ini menunjukkan bahawa orang Melayu telah berhutang pula kepada mereka. Malah, sebenarnya mereka berhutang kewarganegaraan kepada orang Melayu. Dan wang, cukai selama ini yang kononnya untuk pembangunan negara ini sebenarnya adalah wang untuk melunaskan hutang piutang kewarganegaraan kepada orang Melayu sebagai tuan kepada negara ini. Kita pun bukan suka sangat menulis mengikut rentak semacam ini. Dah lama juga kita pendam. Takut silap tafsiran, orang tuduh tulisan semacam ini sudah ada ciri-ciri perkauman pula. Tapi, jika orang sudah membeli, kita patutlah menjualnya dan orang telah memberi kita patutlah merasa. Tapi, Umno yang diharapkan menjawab seperti ini, telah kering akliah dan kosong fikirannya, tidak tahu cara menjawab. Yang mereka tahu, tutuplah mulut kerana nanti akan jadi isu perkauman. Demikian, jika sudah banyak makan rasuah, kerap berlibur dan berhibur, akal jadi mati berhujah untuk menjawab tohmahan rasoh (rakan yang sebenarnya musuh). 3:22 p.m, 1 Disember 2008 Sekolah Pemikiran Kg Baru Bantahan, kritikan membina, membinasa boleh disalurkan kepada ibnuamir@yahoo.com.Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya _

Antara sikap kiasu, ketuanan Melayu

==Surat Berita Harian 1/12/2008 SEJAK akhir-akhir ini, saya lihat jelas wujudnya pertembungan antara sikap kiasu sesetengah pemimpin Cina yang sukar dipadamkan dengan slogan ketuanan Melayu yang agak kerap dilaung-laungkan. Apakah yang dikatakan sikap kiasu? Perkataan kiasu berasal daripada dialek Hokkien bermaksud takut kalah. Sikap kiasu yang popular diguna pakai di negara ini dan Singapura. Kamus internet Wikipedia turut memberikan contoh mengenai sikap kiasu ini termasuk “… mengumpul makanan yang banyak ke dalam pinggan ketika makan tengah hari secara bufet, takut makanan itu kehabisan kemudian”. Sikap kiasu ini ada juga yang menyamakan budaya Ah Beng yang lebih membabitkan anak muda didikan sekolah jenis kebangsaan Cina. Satu contoh budaya Ah Beng ialah bagaimana mereka tanpa segan-silu dan berani bertanyakan lagi mengenai sesuatu yang diberitahu sebelum itu kepadanya bahawa benda yang dicarinya itu berada di bawah meja misalnya. Oleh kerana kurang mendengar, anak muda berbudaya Ah Beng ini bertanya dalam nada suara meninggi: “Under where? Under where?; yang bunyinya seperti melaungkan perkataan ‘underwear’ atau seluar dalam! Tidak hairanlah, saya sendiri terserempak gelagat seorang anak muda Cina yang entah dari mana datangnya, tiba-tiba terus ke arah dua penjawat awam Melayu berpakaian kot dan bertali leher berbincang kes dihadapi di Mahkamah Sesyen Kuantan pada pagi Khamis lalu. Anak muda Cina ini dengan pakaian kemeja-T dan berseluar jeans, rambutnya bersapu jel; terus bertanya kepada kedua-dua penjawat awam itu tanpa peduli betapa dia sebenarnya mengganggu perbincangan penting mereka: “Encik, tandas mana?” Urusan penting dan besar betul anak muda Cina ini dengan soalan secara menerpa dan selambanya itu! Selaku orang Melayu yang penuh hemah, sungguhpun boleh tidak dilayan saja anak muda Cina ini yang jelas pada ‘standard’ kita kurang ajar, penjawat awam berkenaan menjawabnya secara baik sambil menunjukkan arah ke tandas berkenaan. Apakah pula maksud ketuanan Melayu? Sudah banyak diperkatakan mengenainya dengan terbaru seperti disebut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob ketika menggulung perbahasan Bajet Negeri 2009 di Dewan Undangan Negeri pada Jumaat, 21 November lalu. “Apabila disebut ketuanan Melayu, bukan bermakna bangsa Melayu itu tuan, bukan Melayu itu kuli. Maksud ketuanan Melayu ialah institusi raja-raja Melayu. “Itu sebabnya dengan raja dan dengan Tuanku Sultan; bila kita menghadap, kita sebut Tuan Ku. Kerana Tuanku adalah tuan kita. Dan apabila sebut ketuanan Melayu, bukan Melayu itu tuan, tetapi Melayu itu dilambangkan oleh raja-raja Melayu,” katanya. Dari segi konotasi pun, wujud perbezaan nyata antara sikap kiasu dengan slogan ketuanan Melayu. Jika sikap kiasu itu berkonotasikan negatif - takut kalah; ketuanan Melayu sebenarnya berkonotasikan positif yakni bagi menanamkan keyakinan ke dalam diri orang Melayu mengenai hebatnya Melayu. Dan yang turut membezakan juga ialah, sikap kiasu diamalkan secara diam-diam sedangkan slogan ketuanan Melayu lebih banyak dilaung dan kita amat memahami kenapa, kerana ia sebagai pembakar semangat orang Melayu sendiri untuk terus memperbaiki diri sendiri! Ia tentu tidak ada apa salahnya apatah pula slogan ketuanan Melayu itu sendiri datangnya daripada wujudnya hak keistimewaan orang Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri. Kini, dengan sikap kiasu sesetengah pemimpin Cina, berani pula dia mendakwa ketuanan Melayu sudah tidak relevan lagi. Jika begitu, adakah pemimpin Cina ini cuba mengatakan Perlembagaan Persekutuan khususnya peruntukan yang menyebut mengenai hak keistimewaan orang Melayu juga tidak penting lagi? Di sinilah seharusnya pemimpin Umno khususnya, duduk dan memikirkan secara serius untuk berusaha memperkukuhkan kembali kedudukan sosiopolitik orang Melayu. Ia termasuk dalam menghapuskan apa-apa juga hambatan dari dalaman khususnya mengenai gejala politik wang yang terus-menerus tidak memberikan gambaran baik mengenai parti dan secara tidak langsung, Melayu kita. Dengan kita kembali kukuh, bukan saja kita dapat mengatakan kepada pemimpin bersikap kiasu ini supaya tidak lagi buat hal; malah kita boleh memberitahu mereka agar memainkan peranan agar masyarakatnya yang terpengaruh dengan sikap kiasu, dididik supaya mengurangkan sikap itu. YOPE KEY-DARE, Kuantan, Pahang.

11/06/2008

CHANGE HAS COME TO AMERICA, BUT WILL IT AFFECT MALAYSIA?

By ALAN TING Bernama - Thursday, November 6 KUALA LUMPUR, Nov 5 (Bernama) --"Change has come to America" -- that was how Barack Obama described his victory in the United States presidential election today. Americans as well as people the world over were glued to their television sets as they had been looking forward to Obama's victory in the hope that it would augur well for the world. Malaysian politicans were seen using some of Obama's catch-phrases in their political campaigns but the most pertinent question is will the change have any impact on a small country like Malaysia? For political analyst Dr Oh Ei San, he did not forsee any significant changes in terms of bilateral relationship between Malaysia and the US. He said the only impact to Malaysia is that the Free Trade Agreement (FTA) between US and Malaysia would be less a priority for the new president compared to the current administration under President George W. Bush. -- MORE OBAMA-MALAYSIA 2 KUALA LUMPUR "Even if they interested to have the FTA with us, they are likely to put emphasis on human and labour rights as well as environment protection as the key factors during the negotiations," he said. Malaysia is one of the major trading partners of the US while the country remains as one of the major export market for Malaysia's semi-conductor and manufacturing sectors. Dr Oh said on the political front, he believed there would be some impact in terms of perception on opposition leader, Datuk Seri Anwar Ibrahim, as he is perceived as more close towards the Republicans than Democrats. "However, at the same time, it would also be bad news for the ruling parties and government of Malaysia as US under the new leadership will likely to touch on the Internal Security Act (ISA) as it is a human rights issue," he added. Another political analyst, Liew Chin Tong said the result signalled the end of the era of the economics of privatisation or popularly known as "Reaganomics" that was introduced by former US President Ronald Reagan in 1980s. -- MORE OBAMA-MALAYSIA 3 KUALA LUMPUR "This is a new chapter in US politics as well as their economic policy. The new president would do more economic thinking and these will give policies such as privatisation a major rethinking, "Indirectly, for us here, it would push the government to refocus their strategy on providing basic amenities such as transport, healthcare and education to the general population," he said. However, in terms of US foreign policy, Liew was of the opinion that there won't be any significant changes as the US is much guided by consensus reached by their bipartisan approach. "They are likely to leave it to the bureaucrats in the State Department to make the decisions," he added. However, for analyst Dr John Lee, a visiting fellow at the Centre for Independent Studies in Sydney, he pointed out that Obama, just as it was under Clinton (former president Bill Clinton), the centerpiece of American security strategy for the region will be to deepen its relationship with China. -- MORE OBAMA-MALAYSIA 4 (LAST) KUALA LUMPUR Lee said this did not mean the US will abondan its relationship with countries in the region like Malaysia but China would dominate Uncle Sam's "When its comes to this all-important Chinese policy, Obama is unlikely to see a significant role for Southeast Asia. There will be less consultation with the Southeast Asian alliance, simply because Southeast Asia will be viewed as strategically less relevant when it comes to the issue of managing the rise of China," he wrote in a article published by a local English daily. However, for Dr Siva Murugan, senior lecturer and political analyst at Universiti Sains Malaysia, even if the US focused more on China, Obama's efforts to repair ties with Middle East and Muslim countries will put Malaysia in their sights. "Not many scholars and analysts look from this point of view, that Obama wants to have better ties with Middle East and Islamic countries. For this, you will need the support from all Muslim countries, which would mean Malaysia will be included," he said. -- BERNAMA

6/29/2008

Siapakah Orangnya???

Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan untuk 'menyembunyikan' Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di tempat yang selamat kerana nyawanya dalam bahaya. Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali berkata, apa yang berlaku bukan sahaja satu cara untuk membunuh politik Anwar tetapi "kalau boleh untuk membunuh beliau sendiri". maklumat lanjut

6/05/2008

Protesters target Malaysian fuel price hike

AFP - 1 hour 52 minutes ago (5.6.2008) KUALA LUMPUR, June 5, 2008 (AFP) - Malaysia's government faced street demonstrations and public outrage Thursday over its decision to hike petrol prices 40 percent overnight, in a bid to curb its massive subsidies bill. Opposition groups held protests in downtown Kuala Lumpur and in the northern city of Ipoh, putting further pressure on Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi who is fighting for his political future after disastrous March elections. "The effect is going to be a tremendous burden to people, especially the poor," said Democratic Action Party lawmaker Teresa Kok, one of about 100 people at the Kuala Lumpur rally. Police officers and riot squads armed with batons and shields dispersed the crowd, which waved banners reading "Petrol is hiked but salaries are not". Organisers said more than 100 people attended the Ipoh rally and that more demonstrations were planned for the coming weeks. Abdullah's announcement on Wednesday evening triggered chaos across the country as motorists swamped fuel stations to fill up before the measure took effect at midnight. Traffic snarls brought streets to a standstill in the capital as up to 100 cars queued at each petrol station which still had fuel to sell, while many others said they had sold out and turned angry customers away. The new pump price for petrol will be 2.70 ringgit (0.84 dollars) and 2.58 ringgit for diesel. Petrol previously cost 1.92 ringgit, among the cheapest in Asia. The premier indicated that further increases were in the pipeline as Malaysia moves to completely abandon fuel price controls that would have cost 17.4 billion dollars this year -- about a third of the national budget. Motorists who turned up at petrol stations Thursday to pay sharply higher prices to fill their tanks were furious over the decision. "We can do nothing about this government increase -- we have to buy fuel, otherwise how can we go to work?" said 56-year-old engineer K. Letchumanan. Aminah Rahmat, a 46-year-old streetside vendor who had set up her food stall outside a petrol station, said she could already barely manage on her monthly income of less than 1,000 ringgit (300 dollars). "The government does not care for our welfare, that is why they have made such a huge fuel increase," she said. "How can I afford to pay so much to transport my cooked food to my customers? I will go out of business." Bus operators said that a third of companies may have to close down and lorry firms said their rates would have to rise, in a move that will trickle down to higher prices for goods and services. Abdullah is taking a major political risk in removing price controls as he attempts to recover from general elections that dealt the ruling coalition its worst results in half a century. Rising prices of food and fuel were a major factor in the ballot, which has triggered repeated calls for the premier to stand down. Under a revamped subsidy system, drivers of smaller vehicles will receive a cash payment of 625 ringgit to offset the rising cost, equating to subsidising some 800 litres of fuel. But economists said the subsidy cut was deeper than anticipated, and that the cash payment was not large enough to compensate for average use. The stock market sank 3.0 percent at noon, after Abdullah said the price hike could suppress economic growth and drive up inflation as high as 5.0 percent this year, from levels of 3.0 percent in April. As part of the subsidy reform, industry and power producers will be charged higher prices for gas from July. Electricity tariffs will rise 18 percent for householders, and 26 percent for commercial and industrial users. But there was good news for Thais and Singaporeans who will now be allowed to buy fuel at border petrol stations after a recent ban was lifted in view of the subsidy cut.

Malaysian petrol price to jump 40 percent: PM

AFP - Thursday, June 5 KUALA LUMPUR, June 4, 2008 (AFP) - Malaysia's petrol price will rise 40 percent to 2.70 ringgit (0.84 dollars) a litre from Thursday as controls are removed under a revamped subsidy system, the prime minister said. "Effective from tomorrow, 5 June 2008, the price of petrol will be raised by 78 sen and the price of diesel will be raised by 1.00 ringgit," Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi told a press conference. "The new price of petrol will be 2.70 while the new price of diesel will be 2.50," he said. Petrol currently costs 1.92 ringgit (0.60 dollars) at the pump, among the cheapest in Asia. Domestic Trade Minister Shahrir Samad said that under the new scheme, drivers of smaller vehicles will receive a cash payment to offset the rising costs. "For cars 2000cc and below, they will get back 625 ringgit in cash payments as a form of direct subsidy," he said, adding that this equated to subsidising some 800 litres of fuel. Shahrir said that the new price of 2.70 ringgit did not reflect the full market value, which could be as high as 3.00-4.00 ringgit when the price controls are completely removed in August. He said that the increase would impact on inflation, which came in at 3.0 percent in April. "With this hike, the CPI (consumer price index) is expected to rise to 5.0 percent" this year, he said. The minister said that without the new measure, the government's actual payout for oil subsidies would have totalled 28 billion ringgit this year, and that it will now save some 4.0 billion ringgit. Malaysia has already moved to ban sales of subsidised fuel to Thais and Singaporeans who make trips across the border to fill up their tanks. "We want to pay the subsidy directly to those who deserve them. We do not want foreigners to benefit from our subsidy," Shahrir said.

5/31/2008

RM10 setiap kali keluar (RM1500 maximum sekali pengeluaran)

Dengan wang sebanyak itu, dengan mudah anda boleh membeli saham yang berpotensi untuk naik dalam tempoh sebulan dengan menggunakan wang ini, dan seterusnya menjualnya dan memperolehi keuntungan bersih dan halal selagi mana cara beli saham dan kaunternya adalah halal. Atau boleh juga melabur di mana-mana pelaburan yang anda yakin dan berpotensi serta halal. Namun wajib menjauhi sebarang pelaburan cepat kaya atau pulangan tetap yang diharamkan. maklumat lanjut sila klik

Selamat Menyambut Pesta Keamatan & Gawai Dayak

Kepada rakyat negeri Sabah yang menyambut pesta menuai, selamat menyambut pesta Keamatan pada 31.05.2008. Kepada rakyat negeri Sarawak yang menyambut Gawai, Selamat Hari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang.... pada 1 Jun 2008....

5/24/2008

Malaysian Islamic group condemns 'sexy' school uniforms

AFP - Thursday, May 22 KUALA LUMPUR, May 21, 2008 (AFP) - A Malaysian Islamic group on Wednesday condemned the uniform worn by girls at government schools, saying it encouraged rape and pre-marital sex. "The white blouse is too transparent for girls and it becomes a source of attraction," National Islamic Students Association of Malaysia vice-president Munirah Bahari said in a statement. "It becomes a distraction to men, who are drawn to it, whether or not they like looking at it," she said, calling for a review of uniform policy so that it did not violate Islamic ideals. In multicultural Malaysia, home to majority-Muslim Malays as well as ethnic Chinese and Indians, female students at government schools have a choice of wearing a white blouse with a knee-length skirt or pinafore. They may also wear a "baju kurung" which is a traditional long top and skirt, and a headscarf is optional for Malay students. Munirah said that "covering up" according to Islamic precepts was important to fend off social ills including "rape, sexual harassment and even premarital sex which involve schoolgirls in their teens." "All this leads to babies born out of wedlock and to an extent, even prostitution," she said. "Decent clothes which are not revealing can prevent and protect women from any untoward situations," she said, suggesting that girls wear a blouse of a different colour or with an undergarment. However, the girls themselves also came in for criticism, with the association saying some used the white blouse to lure men. "This is the source of the problem, where we can see that schoolgirls themselves are capable of using this to attract men to them," Munirah said. "This could see them getting molested, having pre-marital sex and all sorts of things."

5/06/2008

Malaysian blogger jailed over article allegedly implicating deputy PM in killing

By SEAN YOONG,Associated Press Writer AP - Tuesday, May 6 KUALA LUMPUR, Malaysia - A prominent Malaysian blogger was charged Tuesday with sedition for allegedly implying the deputy prime minister was involved in the sensational killing of a young Mongolian woman. Raja Petra Raja Kamaruddin, who has not denied that he linked Deputy Prime Minister Najib Razak to the slayings, pleaded innocent to the charge, telling reporters later that he should have the right to hold the powerful accountable for wrongdoing. He was taken to a detention center after he refused to post bail. The court set the trial for Oct. 6. "I am not posting bail. See you guys in guys in October," Raja Petra told supporters before police took him away. "I will be out for Christmas. Don't worry," he said as he embraced his teary-eyed wife and others. Dozens of opposition members and bloggers had gathered to show support for Raja Petra outside the Kuala Lumpur magistrate's court where he was charged. Critics slammed the charge, which carries a maximum punishment of three years in jail, as a blow to freedom of speech. "Raja Petra has done a lot to raise people's awareness of issues," said Nurul Izzah Anwar, an opposition member of Parliament and daughter of opposition leader Anwar Ibrahim. "This is an attempt to clamp down on all sorts of freedom. We would have thought that after the elections, things would have changed," Nurul Izzah said, referring to the huge losses the ruling National Front coalition suffered in the March 8 elections. The sedition charge stems from an April 25 article titled "Let's Send the Altantuya Murderers to Hell" that Raja Petra posted on his popular Web site Malaysia Today. Prosecutors say the article implies that Deputy Prime Minister Najib Razak and his wife, Rosmah Mansoor, were involved in the 2006 killing in Malaysia of Altantuya Shaariibuu, a 28-year-old Mongolian interpreter. Abdul Razak Baginda, a close associate of Najib, is charged with abetting the murder. Two policemen have been accused of killing her and destroying her body with explosives in a jungle clearing. The trial of the three men began in June 2007 and is under way. The prosecution contends that Abdul Razak had the woman killed because she pestered him for money after he ended their affair. Prosecutors said in the written charge that Raja Petra "published a seditious article ... which contains seditious sentences." It said the sentences include allegations that Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi "is covering up evidence implicating Najib in the murder." Raja Petra said he was not worried by the sedition charge. "I am happy. I want to challenge the government. We bloggers have declared war on the government. We are not scared of the government. The government should be scared of us," he told reporters before going into the court. "Is it seditious to influence people against corrupt leaders? There is nothing seditious," he said. "Do you think I do not have evidence?" Some of Malaysia's most popular blogs offer strongly anti-government commentaries and present themselves as a substitute for mainstream media, which are controlled by or political parties or closely linked to them. The government has taken many bloggers to court and accused them of spreading lies and undermining public stability. Police questioned Raja Petra last July over articles he wrote that criticized the government. In March a court ordered him to pay 4 million ringgit (US$1.25 million; �800,000) to the state-run Universiti Utara Malaysia and its vice chancellor for publishing a defamatory article. Raja Petra has refused to pay.

4/24/2008

The Power of Blog/Blogger

Bersama berkongsi maklumat: Penangan blog Oleh Ziauddin Sharuddin zia@nstp.com.my MAJALAH Time pada 2006 mencatat sejarah apabila menamakan komputer sebagai `Person of the Year’ atau tokoh tahun ini. Anda. Ya, anda. Anda menguasai era maklumat. Selamat datang ke dunia anda. Inilah kata-kata muka depan majalah itu. Ledakan pertumbuhan dan pengaruh hasil kandungan internet, terutama blog diiktiraf di peringkat global dua tahun lalu. Tahun ini, blog dan blogger menerima pengiktirafan di negara ini apabila kuasa dan pengaruhnya mula diakui. Keputusan pilihan raya umum ke-12 yang dipengaruhi oleh blog dan blogger adalah bukti utama. Kini tiada siapa dapat menafikan bahawa media baru ini mempunyai kedudukan, fungsi dan tanggungjawab dalam dunia maklumat. Blog media baru berpengaruh KIRA-KIRA 10 tahun lalu, sesiapa yang mengaku mempunyai blog dan bergelar penulis blog (blogger), dipandang seperti makhluk asing. Kini anda boleh membaca kira-kira 500,000 blog yang diwujudkan blogger negara ini. Kemunculan blog hanya mula diperkatakan sejak beberapa tahun lalu walaupun perhatian lebih tertumpu kepada blog politik. Bagaimanapun, keadaan berubah secara drastik sejak kebelakangan ini. Ramai yang bercakap mengenai blog dan menjadi blogger. Kehangatan pengaruh blog dikaitkan dengan kempen pilihan raya umum ke-12 lalu apabila blog yang dikategorikan sebagai media baru digunakan secara berkesan sama ada oleh individu mahu pun parti politik. Mengulas perkembangan blog di negara ini, Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata antara perintis kemunculan blog di negara ini adalah sekumpulan blogger yang membentuk komuniti Geng Journal pada 1998. Ketika majoriti masyarakat masih buta mengenai blog, katanya blogger seperti Tok Rimau dan Bluehikari merintis minat terhadap blog. Beliau berkata, perkembangan blog meningkat selepas insiden politik membabitkan penyingkiran bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituruti kemunculan pelbagai blog seperti Mahazalim dan Mahafiraun. Sejak empat tahun lalu, katanya perkembangan blog mula memberangsangkan, tetapi masih tidak disedari dan dipedulikan hingga Pilihan Raya Umum Ke-12, bulan lalu, blog menonjolkan pengaruh sebagai media baru yang memberi kesan besar. Bluehikari atau nama sebenarnya, Ludinata Misnun, berkata ketika Tok Rimau, iaitu bekas Presiden Geng Jurnal membentangkan kertas penyelidikan bertajuk Web Log: Kuasa menerbit di hujung jari dalam satu seminar peringkat kebangsaan pada 2002, isu blog yang dibentangkan itu kurang mendapat sambutan. Selain itu, katanya membuat blog ketika itu lebih susah kerana prosesnya sama seperti membina laman web yang perlu membuat reka bentuk sendiri. Katanya, zaman sekarang untuk berblog sangat mudah kerana ada laman web menyediakan kemudahan blog seperti Blogspot, Wordpress atau Diaryland. Hanya perlu daftar, pilih reka bentuk diminati dan mula menulis. Hari ini, ramai yang bergelar blogger, tetapi semudah itukah menjadi blogger? Rebecca Blood, seorang blogger veteran yang juga pengarang The Weblog Handbook, menyatakan blogger adalah mereka yang sangat berminat terhadap web. Evan Williams yang mengasaskan Blogger.com pula berpandangan bahawa blogger adalah golongan muda yang menggunakan blog untuk berkomunikasi dengan rakan sebaya. Sudah tentu hari ini, ada blogger veteran berumur lingkungan 50-an atau lebih tua, tetapi majoriti blogger adalah golongan muda yang dinamik, luar biasa, mempunyai pendirian dan tidak takut melahirkan pandangan mereka. Setiap orang boleh memberi 1001 macam alasan untuk memiliki blog, tetapi blogger adalah seorang yang tahu menghargai pandangannya. Tanyalah kepada sesiapa yang memiliki blog. Mengemas kini blog setiap hari menyebabkan dirinya mempertimbangkan pandangannya dengan berhati-hati serta berasakan pandangannya unik dan perlu disuarakan. Pada masa sama, ada ramai blogger yang hanya memuatkan luahan hati kecewa, putus harapan dan meracau tidak tentu hala. Blog begini selayaknya dimasukkan ke dalam bakul sampah. Seorang blogger harus mampu melahirkan dirinya dalam penulisan, mahu berkomunikasi dengan orang lain dan berterus terang. Blogger, Yasser Arafat Ishak yang dikenali sebagai Jiwarasa berkata, blog yang baik selalunya akan mendapat perhatian dan ibarat pasaran terbuka yang pengunjung mempunyai pilihan. Blog yang baru sering meletakkan alamat blog yang bagus di blog masing-masing. Katanya, memuatkan blog yang bagus di blog masing-masing bagaikan satu trend untuk menempatkan diri dalam kelompok blog. “Pengunjung blog juga cerdik dan bijak memilih bahan yang baik. Mereka selalunya akan membuat rujukan silang di mesin carian Yahoo dan Google untuk mendapat kepastian sesuatu fakta yang ditulis di blog,” katanya. Apakah faktor yang menyebabkan blog popular? Sifat interaktif adalah punca menyebabkan blog mendapat perhatian ramai. Semua orang berpeluang memberikan pandangan walaupun tidak semua pandangan itu bernilai. Blog bukan saja membolehkan blogger memberikan pandangan mengenai sesuatu isu, tetapi pembaca menyuarakan pandangan masing-masing. Anda mahu bersetuju, membangkang, menambah maklumat dan fakta baru. Semuanya dalam blog. Blogger perlu ada sikap kawal selia kendiri LESEN besar penulis blog (blogger) untuk menulis mengenai apa saja di atas muka bumi ini menimbulkan banyak persoalan. Melihat sesetengah blog, penulisan bukan berisi fakta dan kebenaran, tetapi penuh dengan fitnah, kepalsuan dan bersumberkan khabar angin. Malangnya, apa yang ditulis dipercayai sebagai suatu kebenaran. Dalam teori komunikasi, apabila sesuatu pembohongan diulang-ulang, maka pembohongan itu dianggap benar. Dalam blog, proses yang sama juga berlaku. Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata sebelum pilihan raya umum ke-12 lalu, ada anggapan bahawa harga rumah melambung naik di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kedah. Katanya, anggapan itu berlegar dalam dunia blog dan maklumat itu tidak diketahui ketepatan serta kesahihannya. “Tiada siapa tahu perkara ini, tetapi anggapan ini wujud di kalangan masyarakat negeri berkenaan. Oleh kerana tiada siapa menafikan maklumat ini, maka maklumat yang disebarkan melalui blog dianggap benar,” katanya. Dalam era perang maklumat, katanya blog membentuk maklumat dan sama ada maklumat itu tepat atau sahih adalah perkara kedua. Bagaimanapun, blogger tidak dibiarkan bebas sewenang-wenang. Di Singapura, dua etnik Cina dipenjarakan mengikut Akta Hasutan negara itu kerana memuatkan kenyataan anti Islam dalam blog mereka. Tahun lalu di Mesir, blogger Abdel Monem Mahmoud, ditangkap kerana menulis kenyataan anti kerajaan. Di negara ini, tiada undang-undang secara khusus boleh digunakan untuk mengambil tindakan terhadap blogger dan blog. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hanya bertanggungjawab menyelia infrastruktur sesebuah laman web dan bukan memantau laman web yang menyeleweng. Bagaimanapun, Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 membolehkan individu yang menyalahgunakan Internet bagi menyebarkan kandungan yang bersifat palsu, mengancam atau yang jelik dikenakan tindakan. Selain itu, Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957 dan Kanun Keseksaan boleh digunakan terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab. Sudah ada beberapa kes blogger di negara ini disaman kerana tulisan mereka. Keputusan Mahkamah Tinggi Alor Star supaya pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, membayar ganti rugi RM4 juta kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Naib Canselornya, Tan Sri Dr Nordin Kardi, kerana memfitnah melalui artikel disiarkan dalam blognya pada 2006 adalah antara kes utama. Bagaimanapun, undang-undang bukan jawapan terhadap persoalan ini. Menubuhkan polis siber seperti di sesetengah negara juga bukan penyelesaian terbaik. Harus ada kerelaan daripada blogger untuk bekerjasama dengan kerajaan membangunkan kod etika yang boleh diguna pakai di Malaysia. Lebih baik sikap kawal selia kendiri wujud di kalangan blogger berbanding pihak lain yang memaksanya.

4/20/2008

Pesta Kaul kembali Lagi vs Jalan Selangau/Mukah

Saban tahun bandar Mukah akan dibanjiri oleh para pelancong dari dalam dan luar negara. Tarikannya adalah pesta kaul yang berlangsung pada bulan April setiap tahun. Tahun ini acara ini akan berlangsung pada 26-27 April 2008. Tapi amat malang sekali dengan keadaan jalanraya yang hendak digunakan untuk pergi ke Bandar Mukah. Jalan Selangau ke simpang Balingian/Mukah. Permukaan jalan yang tidak rata, lubang-lubang besar dan dalam serta bonggolan-bonggolan batu yang tidak diselenggara sepenuhnya oleh pihak yang telah dipertanggungjawbkan. Tidak dinafikan sekarang ini kerja-kerja pembinaan semula jalan tersebut sedang berjalan dengan lancarnya, tetapi yang menghairankan adalah penyelenggaraan jalan lama tidak di ambil berat oleh pihak terbabit... Daripada pemerhatian yang dibuat jalan-jalan ini rosak teruk disebabkan oleh lori-lori yang mengangkut arang batu, buah-buah sawit dan lori/kenderaan panjang dan berat lain yang melaluinya setiap hari...dan kalau dilihat dari mata kasar ianya memang membawa lebih muatan..jika kita memandu mengekori lori-lori tersebut dari belakang kita akan dapat merasai gegaran dan melihat permukaan jalanraya yang dilalui oleh tayar lori-lori tersebut seperti akan tenggelam ke dalam dan timbul kembali. Kepada pihak yang berwajib..lihatlah segala masalah yang berlaku...jalankanlah tugas yang telah diamanahkan...kerap terjadi kemalangan ngeri yang melibatkan nyawa dan merosakkan banyak kenderaan2 kecil dan motorsikal di jalan raya ini... Adalah dipohon juga kepada YB ahli parlimen Mukah dan Selangau serta YB Timbalan Menteri Perlancongan yang baru supaya dapat melihat dengan lebih dekat lagi masalah ini... SCORE dah nak masuk..tapi ironinya jalanraya yang digunakan sebagai penghubung utama ke tempat tersebut masih di takuk lama dan semakin teruk...penyelenggaraannya pun amat kurang...tidak seperti jalan-jalan di kawasan Sri Aman, Kuching, Samarahan dan Sibu yang sentiasa di selenggara dengan baik... Pengguna tetap membayar cukai jalan dan terpaksa pula membaiki kenderaan setiap bulan akibat daripada jalan yang amat tidak memuaskan.... Maklmat Kaul, sila ke

4/12/2008

Lindungi hak istimewa Melayu

"Ia adalah quid pro quo sebagai balasan kepada beri paksa kerakyatan kepada 2.7 juta kaum lain yang datang ke Persekutuan Tanah Melayu," titah Tengku Mohammad Faris ketika merasmikan perhimpunan perpaduan Melayu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara hari ini. maklumat lanjut

4/11/2008

SWISSCASH DAH KEMBALI?#@%?!!!!

CUBA LINK INI TAPI JANGAN LOGIN... TAKUT SATU PENIPUAN...BERHATI-HATILAH DENGAN DUIT ANDA... CUMA NAK BAGITAU...KALAU TAK REPORT SAMA SC ATAU BNM. TQVM SWISSCASH

Hilangkah Ketuanan Melayu Di Malaysia?

Kepada semua para pembaca yang dihormati... Bagaimanakah keadaan sebenar orang Melayu ketika ini di Sarawak khasnya dan di Malaysia amnya.. Dan juga keseluruhan rakyat Malaysia.... Adakah akan berlaku perpecahan di kalangan orang Melayu, perpecahan di kalangan masyarakat majmuk yang sedia erat terjalin sebelum ini...atau perbalahan agama seperti yang berlaku di luar sana... Dapatkah kita masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa ini bersatu di bawah satu payung besar bernama MALAYSIA.. Bolehkah ia diharmonikan semula... Arus semasa memperlihatkan berita-berita yang sangat tidak sedap dan elok didengar.. Haruskah kita berbalah demi kepentingan sendiri dan menghancurkan satu kelompok besar yang lain...yang belum tahu apa-apa...yang tiada kepentingan tersendiri.... Apakah peranan kita sebagai rakyat MALAYSIA dalam menangani masalah dan kemelut yang berlaku pada hari ini....berdiam diri atau melarikan diri... Bersamalah berkongsi maklumat dan cadangan yang membina....janganlah ada yang menangguk di air yang keruh...

3/31/2008

Melayu Sudah Hilang Kuasa??

Betulkah Melayu Sudah Hilang Kuasa?? Jadi camna nak ambik balik... Entahlah...itu cakap orang politik...kalau kita orang biasa-biasa macamana pulak... Kerana politik itu lambang kekuasaan..kerana sikap orang melayu mudah lena diulit mimpi dalam buaian indah yang sentiasa dibuai.. Bila buaian terhenti maka melentinglah orang melayu...kerana mimpi selesanya terganggu... Bila buat kerja ramai yang tak sungguh-sungguh...seperti melepas batuk ditangga.. bila orang lain kata melayu itu ini itu ini makin ramailah yang melatah.. =========================================== yang ni petikan daripada utusan melayu tentang melayu hilang kuasa (31.03.2008)sekadar untuk berkongsi maklumat.. Melayu sudah hilang kuasa – Ku Li KOTA BHARU 30 Mac – UMNO perlu menerima hakikat bahawa orang Melayu sebenarnya sudah hilang kuasa dan hanya mengharapkan bantuan dari Sabah serta Sarawak untuk terus kekal memimpin negara. Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) berkata, parti itu perlu melakukan sesuatu kerana rakyat khususnya di Semenanjung sudah mula hilang kepercayaan terhadapnya. Beliau berkata, UMNO kini hanya mengharapkan sokongan daripada kedua-dua negeri tersebut dan sewajarnya tuntutan mereka didengar serta dilayan. “Kalau kita tidak mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen di Sabah dan Sarawak, UMNO tidak ada kuasa langsung di Parlimen kerana suara kita yang ada tidak sampai separuh. “Apakah kita masih berangan-angan lagi dan tidak mahu bertindak memperbaiki kedudukan, satu perkara serius kuasa Melayu sudah hilang di negara ini. “Kita pun tidak melayan tuntutan mereka (Sabah dan Sarawak) sebagaimana sepatutnya kerana mereka mendapat sokongan besar daripada rakyat untuk mendukung UMNO di Semenanjung yang benar-benar gagal untuk mempertahankan kedudukannya,” kata beliau ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Yahya Petra di sini malam tadi. Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai pertemuannya dengan beberapa ketua bahagian Khamis lalu, Tengku Razaleigh yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, ia diadakan bagi memberikan penerangan kepada pemimpin terlibat supaya satu Perhimpunan Agung Khas UMNO (EGM) diadakan. Katanya, perhimpunan itu diadakan bagi membincangkan hala tuju parti tersebut apabila mencatatkan prestasi terburuk pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu. “Sebelum EGM diadakan, bahagian-bahagian UMNO yang bersetuju perlu mengadakan mesyuarat agung khas untuk membawa usul supaya membincangkan keputusan pilihan raya umum dan mencari langkah mengatasinya. “Tidak kira berapa ramai (yang datang menemuinya), semangat itu mahu kepada perubahan, saya mendengar suara mereka, kita sudah tidak ada kuasa, nak action (berlakon) apa lagi,” katanya. Kelmarin Utusan Malaysia melaporkan Tengku Razaleigh mengadakan pertemuan dengan kira-kira 100 ahli UMNO termasuk lebih 10 ketua bahagian di kediamannya di Kuala Lumpur. Antara yang hadir ialah bekas Menteri Penerangan yang juga Ketua UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Datuk Dr. Ibrahim Saad (Batu Kawan) dan Datuk Malek Hanafiah (Taiping). Sementara itu, ditanya adakah beliau tetap dengan pendiriannya untuk mencabar Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Tengku Razaleigh berkata, beliau tidak tahu berapa banyak sokongan terhadapnya tetapi apa yang penting ialah keadaan sekarang perlu diperbaiki demi masa depan. “Sekarang ini kita hendak perbaiki kedudukan parti sebab itu kita cadang adakan EGM, dengarlah suara dari bawah, ajak semua datang kita timbang dengan serius, jangan tidak mahu jumpa langsung orang bawah, kita orang atas sudah gagal. “Panggil mereka semua berhimpun, saya rasa ini yang patut kita buat. Jangan takut kepada penyokong dan ahli-ahli kita, saya rasa kalau kita buat EGM, dapat perbaiki kedudukan. Dulu selepas tahun 1969 kalah juga tetapi tak seteruk ini, selepas itu kita dapat inspirasi baru dengan mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB),” katanya. Difahamkan UMNO Bahagian Gua Musang akan mengadakan EGM Jumaat ini antara lain bagi membincangkan isu semasa dan hala tuju parti. Di KUALA LUMPUR, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib ketika diminta mengulas kenyataan Tengku Razaleigh, menegaskan bahawa UMNO masih mendapat sokongan yang kuat daripada orang Melayu. Menurut beliau, jika berlaku masalah dalaman, tidak bermakna parti itu sudah hilang pengaruh di kalangan orang Melayu di Semenanjung sehingga terpaksa mengharap bantuan daripada Sabah dan Sarawak untuk terus berkuasa. “Saya tidak fikir Melayu sudah hilang kuasa. Memang ada turun naik, contohnya, ada satu ketika, prestasi UMNO Sabah dan Terengganu tidak baik dan di negeri lain baik. “Saya percaya UMNO akan dapat memperbaiki kelemahan selepas ini dan seterusnya meningkatkan kemenangan di kalangan orang Melayu,” katanya ketika dihubungi malam ini. Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, terpulang kepada Tengku Razaleigh untuk menyuarakan sebarang pandangan. “Apa yang penting parti kita akan terus perbetulkan semula apa yang salah dan akan terus kerja kuat untuk kukuhkan semula UMNO,” tegasnya.

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...