BERSAMA MENCARI KEKAYAAN YANG DI ANUGERAHKAN OLEH ALLAH SWT. JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA KELMARIN DAN ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI.
10/20/2011
10/07/2011
Bajet 2012: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara
Bajet 2012: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara
07/10/2011 7:58pm
Teks ucapan Bajet Tahun 2012 oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentang Rang Undang-undang Perbekalan (2012) di Dewan Rakyat pada Jumaat, 7 Oktober 2011.
Tuan Yang di-Pertua,
9/16/2011
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 48 untuk Sarawak dan Hari Malaysia Ke 48 untuk Seluruh Malaysia
16.09.2011 - Selamat Menyambut hari kemerdekaan untuk penduduk Sarawak, Bumi Kenyalang. Walaupun baru 2 tahun tarikh keramat ini diistiharkan sebagai cuti umum oleh YAB PM, namun ia memberi kesan besar kepada penduduk Sarawak sejak 1963 lagi. Beza dalam 6 tahun, kemerdekaan Tanah Melayu pada 31.08.1957 dan kemerdekaan Sarawak & Sabah serta Singapura atau dalam kata lain pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16.09.1963. Singapura keluar daripada persekutuan Malaysia pada tahun 1965 dan menjadi sebuah negara republik.
Semoga negeri Sarawak dan negara Malaysia terus aman dan makmur. Sentiasa dalam lindungan dan keberkatan Allah.
Semoga negeri Sarawak dan negara Malaysia terus aman dan makmur. Sentiasa dalam lindungan dan keberkatan Allah.
9/11/2011
11/9: Nyawa Muslim Vs Nyawa Amerika
A Kadir Jasin
MAAF cakap kalau saya katakan, saya nampak tanda-tanda penjajahan minda yang meluas oleh Barat ke atas sesetengah orang kita, termasuk yang mengendalikan media massa.
Saya rasa mereka begitu terpengaruh dengan diayah Barat berkaitan peristiwa 11/9 hingga mereka membuta-tuli menggunakan label 9/11 yang mengelirukan ramai pembaca, penonton dan pendengar mereka. Ada yang menyangka ia berlaku pada 9-11-2001.

9/10/2011
8/29/2011
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2011
Semoga ibadah puasa yang kita lakukan sepanjang 29 hari dibulan Ramdhan yang berakhir hari ini diterima oleh Allah swt. Semoga lain-lain amalan kita diterima oleh-Nya...
Terasa segar badan setelah 29 hari di 'servis'. Alhamdulillah. semoga 11 bulan yang mendatang badan kita akan kekal segar seperti 29 hari dibulan ramadhan ini.
Maaf zahir dan batin.
8/06/2011
Islam di Malaysia : Islam di Luar Negara
Rancakkan dialog antara agama
8/5/2011 8:09:02 AM
oleh MASHITAH IBRAHIM
8/5/2011 8:09:02 AM
Benarkah Islam menjadi ancaman besar sehingga ada usaha besar-besaran di Barat untuk menghapuskannya? Di Amerika Syarikat, ada ahli politik yang mencadangkan pembinaan masjid diharamkan. Ada paderi membakar Quran. Presiden George W Bush pernah menggunakan istilah ‘perang salib’ semasa melancarkan perang terhadap keganasan sejagat, kemudian menghantar bala tentera ke Iraq, Pakistan dan Afghanistan.
Awas Dakyah Kristian
Segelintir pihak Kristian hari ini menjadi semakin berani. Desakan, tuntutan dan ugutan dikemukakan kepada kerajaan, walaupun bilangannya kurang daripada 10 peratus. Peluang keemasan ini dimanipulasikan sepenuhnya dalam keadaan umat Islam negara ini begitu tersepit dengan perpecahan yang melanda. Sebelum ini, mereka mendesak kerajaan menubuhkan kementerian hal ehwal bukan Islam. Tindakan ini begitu mencabar kesucian Islam dan mengundang bahaya kepada kedudukan agama Islam selaku agama majoriti dan agama persekutuan jika dibenarkan.
Kedai roti, kek guna DNA babi berleluasa di Sarawak
Semoga usaha berterusan MIS berjaya meyedarkan pengusaha kedai roti, pengeluar makanan di seluruh Sarawak amnya dan seluruh Malaysia khas tentang betapa pentingnya status halal dalam makanan bagi umat Islam. Bagi pengusaha kek lapis, sesungguhnya apa yang berlaku itu ada hikmahnya. Sebagai pembeli dan pengguna Islam, sewajarnya kita berhati-hati dalam menentukan apa yang kita, anak-anak, isteri, suami dan keluarga kita makan, pastinya sebenar-benarnya halal. Halal bukan sahaja punca makanan tersebut dari babi atau arak, tapi halal juga kita kena lihat dari sudut mana kita perolehi punca rezeki kita. Bersamalah kita berusaha bagi memastikan setiap apa yang menjadi darah daging dan keperluan hidup kita sebagai penganut Islam itu puncanya adalah HALAL. 100% Halal. Biarlah keberkatan ALLAH melimpahi kehidupan kita. Semoga juga ALLAH melindungi kita semua dari segala bencana dan malapetaka. Amin.
Cerita asal - 2011/08/06 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kedairoti_kekgunaDNAbabiberleluasa/Article/print_html KUCHING: Masyarakat Islam sekali lagi dikejutkan apabila ratusan kedai roti dan kek di seluruh Sarawak disyaki turut menggunakan mentega jenama Golden Churn Creamy Butter yang telah disahkan mengandungi DNA babi oleh Majlis Islam Sarawak (MIS).
Sogok wang gadai akidah & Kemiskinan Membawa Kekufuran. Tahniah JAIS
Dalam perkara ini kita nak salahkan siapa?
Islam menegaskan bahawa 'nakba' kemiskinan itu boleh membawa kekufuran. Mana perginya mereka-mereka yang melaungkan bahawa mereka adalah pembela Islam, mereka lebih Islam dari orang Islam lain. Sewajarnya mereka melihat permasalahan ini dengan lebih mendalam dan menyelamatkan umat islam supaya tidak lari dari landasan sebenarnya agama Islam, agama yang sebenar-benarnya yang diakui oleh ALLAH swt.
7/24/2011
7/19/2011
Tayyib Al Kisah ..:: Bersih & Nakba orang Melayu ::.. Cerita Rakyat HR....
Maka pada pagi yang mulia ini hamba pun pergilah mengambil bulu ayam dan dakwat untuk mencatatkan surah ini agar anak cucu-cicit kita nanti tidak akan tertanya-tanya; agar cucu-cicit dan piut kita tahu apa yang telah berlaku pada hari Sabtu 9 Julai 2011 di kurun masehi ke-21 ini.
7/08/2011
Antara Bersih dan Kotor atau Clean or Dirty; Mana Satu Pilihan Anda.
Tanggal 9/7/2011 akan menyaksikan satu peristiwa yang mungkin mengubah senario politik tanah air. Kejayaan atau kegagalan akan bergantung kepada usaha yang akan diambil oleh pihak bersih dan juga pihak kerajaan. Kedua-dua pihak berusaha untuk memungkinkan pihak mereka memenangi matlamat yang mereka perjuangkan
6/12/2011
'Hanya k'jaan PKR boleh pastikan Taib didakwa'
Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian tidak percaya bahawa Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan didakwa selagi BN menguasai kerajaan pusat
Tidak wajar samakan isteri taat dengan pelacur kelas pertama: Mufti Kelantan
2011/06/12
KOTA BHARU: Layanan isteri yang baik terhadap suami tidak wajar disamakan sebagai layanan pelacur
KOTA BHARU: Layanan isteri yang baik terhadap suami tidak wajar disamakan sebagai layanan pelacur
6/05/2011
Isteri ‘dingin’ di ranjang punca lelaki cari kepuasan di luar, 'Layan macam pelacur'
2011/06/05 - bh online
Isteri ‘dingin’ di ranjang punca lelaki cari kepuasan di luar
KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.
6/04/2011
5/09/2011
Doktor dan jururawat Pusat Jantung HUS lemas berkelah di air terjun Kg Giam
09/05/2011 8:08pm
KUCHING 9 Mei – Kegembiraan empat rakan sekerja dari Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak, Kota Samarahan untuk mandi di air terjun Kampung Giam, dekat sini bertukar tragedi apabila dua daripada mereka termasuk seorang doktor lemas.

HARGA GULA SEMAKIN MURAH
Harga gula akan naik 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa esok (10 Mei).
Penyelarasan subsidi itu akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta
Penyelarasan subsidi itu akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta
5/05/2011
Hegemoni Amerika "Raison d'etre" kepada Fenomena Osama
MENGHARAPKAN dunia aman (atau lebih aman) semata-mata kerana Amerika mendakwa ia telah membunuh Osama Bin Laden adalah naif.
5/04/2011
Mahirkan diri urus hutang
SYAIFUL AZLAN SURAZI merupakan salah seorang pengguna kad kredit yang bebas daripada belenggu hutang selepas mendapat khidmat AKPK
PINJAMAN peribadi dan kad kredit begitu sinonim dengan kehidupan masyarakat hari ini. Amalan mengambil pinjaman peribadi atau menggunakan kad kredit sebenarnya tidak lebih daripada berhutang yang bunyi hutang mungkin tidak sedap didengar.
Isu Sumpah Laknat & Perlukah Dibalas Sumpah?
Sekali lagi isu sumpah berdengung hebat di dalam negara kita. Dalam peruntukan perundangan Islam, amalan sumpah wujud dengan syarat-syarat tertentu, bagi mensabitkan sesuatu dakwaan atau menolaknya. Apabila itu dilakukan, bermakna individu yang bersumpah sedang menyandarkan inti yang dikatakannya kepada Allah. Tindakan itu menjadikan inti yang didakwa atau bantah itu mempunyai suatu ‘weight’ menurut perspektif hukum Islam atau secara spiritual, malah juga mempunyai pengaruh di dalam menagih keyakinan dan kepercayaan hakim dan masyarakat umat Islam.Ramai yang bertanya saya pandangan berkenaan sumpah yang dilakukan oleh orang-orang politik
5/03/2011
OSAMA DIBUNUH, OBAMA
Mungkin secara kebetulan, dua nama lelaki yang berpengaruh, seorang OSAMA dan seorang lagi OBAMA. Mewarnai pentas dunia dewasa ini. Dua lelaki yang punyai nama yang gah pada pandangan pengikut mereka sendiri.
4/30/2011
Selamat Menyambut Hari Pekerja 2011
Setiap tahun tanggal 1 Mei merupakan cuti umum yang diberikan untuk meraikan hari pekerja. Tidak kira anda sebagai pekerja sektor swasta atau penjawat awam dan malahan setiap insan yang bergelar pekerja, layak untuk menyambutnya. Dengan apa cara dan bagaimana sekali pun, terpulang. Ada yang mengambil peluang untuk bersama-sama dengan keluarga dan teman-teman untuk berjalan-jalan dan beriadah. Ada yang hanya duduk dekat rumah dan menghabiskan masa dengan tidur.
4/26/2011
Pihak Media Putar Belit Poco-poco: Majlis Fatwa Kebangsaan
.Oleh Syed Mu’az Syed Putra http://my.news.yahoo.com/harussani-poco-poco-tak-dibincang-saya-terkejut-pendirian-211305606.html
Harussani: Poco-poco tak dibincang, saya terkejut pendirian Majlis Fatwa
KUALA LUMPUR, 26 April — Tan Sri Harussani Zakaria mempertikaikan laporan media minggu lalu bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan sudah memutuskan untuk membenarkan umat Islam menyertai tarian poco-poco

4/25/2011
Profil DNA 'lelaki Y' milik Anwar: Pendakwa
2011/04/25 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ProfilDNA_lelakiY_milikAnwar_Pendakwa/Article/print_html
KUALA LUMPUR: Pihak pendakwa dalam perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa profil DNA "lelaki Y" yang ditemui di dalam dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik pemimpin pembangkang itu

4/23/2011
Golput enggan mengundi @ Golongan Putih
Dr Jeniri Amir
KUCHING – Ketika melakukan kajian tentang perlakuan pengundi muda baru-baru ini saya berkesempatan berkunjung ke hampir seluruh Sarawak.
KUCHING – Ketika melakukan kajian tentang perlakuan pengundi muda baru-baru ini saya berkesempatan berkunjung ke hampir seluruh Sarawak.
PBB kecam pihak desak Taib undur ; PM minta masa umum kedudukan KM Sarawak
Oleh Mohd Roji Kawi
mdroji@bharian.com.my http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PBBkecampihakdesakTaibundur/Article/print_html
2011/04/23
mdroji@bharian.com.my http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PBBkecampihakdesakTaibundur/Article/print_html
2011/04/23
Komponen digesa hormati setiakawan BN
KUCHING: "Siapa mereka yang mempersoalkan mandat rakyat Sarawak yang diberi kepada Ketua Menteri (Tan Sri Abdul Taib Mahmud) untuk terus menerajui negeri ini sehingga tempoh peralihan kuasa yang ditetapkan?" 4/17/2011
BN 55, DAP 12, PKR 3, Bebas 1
N01: OPAR: SARAWAK: 8,099 1. Stephen ak Sagir (SNAP) 2. Joseph Jindy ak Peter Rosen (Bebas) 3. Boniface Willy ak Tumek (PKR) 4. Ranum ak Mina (BN-SUPP) Penyandang: Ranum ak Mina (BN-SUPP) Undi diperolehi: 3,585 Majoriti: 2,183
4/11/2011
Helikopter Pengiring Timbalan Perdana Menteri Nahas Di Sibu, Kapten Terkorban.
Allahyarham Kapten Sahimi Razali.
Insiden itu berlaku sebaik sahaja mangsa menurunkan tiga penumpang termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Juruterbang, Kapten Sahimi Razali, 38, dari Kajang Selangor, mengalami kecederaan parah di bahagian rusuk terus digegaskan ke Hospital Sibu oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).
Muhyiddin bersama isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut melawat Sahimi yang menjalani pembedahan di Hospital Sibu kira-kira pukul 4 petang.
Muhyiddin yang menghabiskan kira-kira 15 minit di luar dewan pembedahan turut menyaksikan proses pembedahan yang dijalankan. - Utusan
..........................................................
Kebiasaannya pilot akan merehatkan enjin helicopter dalam masa 30 minit sebelum meneruskan penerbangan berikutnya, ini kerana enjin helikopter perlu disejukkan terlebih dahulu. Dalam keadaan cuaca yang kurang memuaskan, pilot biasanya tidak akan melakukan penerbangan, cuaca buruk dan angin kencang memungkin kan pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku.
Salam takziah kepada keluarga mangsa, alfatihah...
3/19/2011
DUN Sarawak dibubar pada 21 Mac 2011
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengumumkan Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan Isnin ini, dan notis mengenainya telah dihantar kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.
Selamat berkempen dan selamat mengundi kepada penduduk sarawak yang telah mendaftar sebagai pemilih. Untuk membuat semakan daftar pemilih sila klik di sini.
Semoga PUDUN ke 10 Negeri Sarawak berjalan dengan lancar.

3/18/2011
Nak "X" atau "√"
Undi anda adalah rahsia, undi anda amat berharga. Pilihanraya DUN Sarawak semakin hampir, dijangka pada 16/04/2011.
ASB ; NAK BUAT LOAN ATAU NAK SIMPAN BULANAN, MANA LEBIH UNTUNG
Sebenarnya ramai orang tidak tahu hakikat sebenar Pinjaman Peribadi (Personal Loan) ni. Kalau personal loan itu dikira secara straight-calculation (seperti pinjaman kereta yang mempunyai fixed-interest), interest sebenar yang dicaj tidak sama dengan interest yang dipamerkan.
3/15/2011
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA: VIDEO : PENGHINAAN TERHADAP ISLAM
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA: VIDEO : PENGHINAAN TERHADAP ISLAM: "Terjemahan apa yang dikatakan di dlam U-tube. Tajuk : Rupanya Umat Islam suka mee wantan dan pau besar. ' Laungan a..."
3/03/2011
Mayang Nipah
Air tuak nipah sememangnya amat lazat, rasanya amat manis dan amat pekat. Air tuak dihasilkan daripada tandan buah nipah (dalam bahasa sarawak - buah matu').
2/27/2011
2/26/2011
Insuran Kenderaan naik lagi 2012-2015
Berita gembira atau berita yang membebankan. Trend masa kini menunjukkan kenaikan semua perkara, baik keperluan asas mahupun keperluan-keperluan lain dan juga kos-kos perkhidmatan. Bagi pihak pengguna ianya sememangnya sesuatu yang membebankan, bagi pihak penyedia perkhidmatan atau tauke-tauke, masing-masing dengan alasan tersendiri, alasan yang sengaja ditimbulkan dan diperbesarkan
2/25/2011
Patut ke JPJ atau Polis Trafik Saman?
Sekiranya pengguna jalan raya tidak ada lesen memandu.
Adakah sebegini keadaan mereka di atas jalan raya.
Tiada peraturan, sesuka hati, tanpa memperdulikan pengguna lain.
Namun sapi-sapi ini masih tahu menggunakan bahu jalan untuk menjadi laluannya, tidak mengganggu sangat kenderaan lain yang menggunakan jalan raya tersebut; sambil meragut, sambil itu berjalan balik ke kandang mereka. Tengok..seolah-olah mereka tahu mana satu jalan yang harus meeka gunakan, sesuai dengan siapa mereka.
Bagi manusia...ada yang lebih teruk daripada sapi-sapi ini..adakah sapi lebih tahu atau manusia yang sengaja tak nak ambil tahu...
Beginilah keadaan di sebuah jalan kampung di sebuah perkampungan. Tapi..jalan yang sering membawa nahas kepada harta benda dan nyawa manusia yang menggunakannya.

2/24/2011
Terima Kasih
Terima kasih di atas layanan baik dan mesra staff-staff di KK Pusa dan KK Kabong sempena lawatan pihak kami ke fasiliti tersebut. Terima kasih kepada PPPK ym....
Walaupun agak terlewat sampai, tapi mereka masih memberikan layanan dan senyuman manis..
Terima kasih juga di atas hidangan/jamuan yang disediakan..
Walaupun agak terlewat sampai, tapi mereka masih memberikan layanan dan senyuman manis..
Terima kasih juga di atas hidangan/jamuan yang disediakan..
2/22/2011
Benak di Batang Sadong - Kampung Tegelam Simunjan
Benak atau dikenali sebagai ombak muara merupakan ombak tinggi yang berpunca daripada pertembungan air pasang atau air pasang yang meluru ke muara sungai yang sempit dan ketinggian ombak muara bergantung kepada musim dalam sesuatu tahun itu, cuaca dan fasa bulan.
Fenomena ini hanya berlaku di 66 lokasi di seluruh dunia termasuk tiga di Malaysia dan salah satu daripadanya di Sri Aman (batang lupar) dan Samarahan (batang sadong). Menurut penduduk rumah panjang di Kampung Tegelam, Simunjan, benak tersebut pernah menyebabkan bot penunda tongkang dan perahu-perahu kecil terbalik.
Kehadiran benak ini juga menyebabkan hakisan pada tebing-tebing sungai dan menyebabkan sebuah jeti kayu belian di perkampungan Tegelam musnah sama sekali. Ekoran daripada itu para penduduk terpaksa membina sebuah lagi jeti baru tidak jauh daripada jeti yang musnah tersebut.
Gambar-gambar benak di bawah merupakan benak terbesar dalam bulan Februari, ini adalah menurut penduduk di kampung Tegelam.
Paling menarik adalah musim ini adalah musim udang dekat Kampung Tegelam, harga udang sekitar RM17.00-RM20.00 satu kg...fresh dan manis rasanya. Harga memang amat murah....

2/19/2011
Dr Asri: Wajib pertahan PM tentang pluralisme ( سُوۡرَةُ الکافِرون)
سُوۡرَةُ الکافِرون
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قُلۡ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡڪَـٰفِرُونَ (١) لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ (٢) وَلَآ أَنتُمۡ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ (٣) وَلَآ أَنَا۟ عَابِدٌ۬ مَّا عَبَدتُّمۡ (٤) وَلَآ أَنتُمۡ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ (٥) لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِىَ دِينِ (٦)
Al-Kafiroon
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir! (1) Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. (2) Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. (3) Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. (4) Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. (5) Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku. (6)
Dugaan Allah swt
Sedih..tapi ketentuannya terpaksa juga diterima. Setelah hampir 2 bulan kurang sihat, pelbagai jenis antibiotik dan ubat telah diguna, pemeriksaan telah doktor lakukan,
Dan akhirnya terpaksa juga guna benda ni. 2 puff bila perlu atau tiga kali sehari....Alhamdulillah rasa lapang dada setelah menggunakannya. Semoga ia bersifat 'sementara', maksudnya tidak bergantung sepanjang masa dengan menggunakannya.

2/15/2011
SALAM MAULIDUR RASUL 12 Rabiulawal 1423H
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR KITA NABI MUHAMMAD SAW.
alhamdulillah kerana aku, isteriku, keluarga ku dan anak-anak ku dilahirkan sebagai penganut islam dan pengikut mu wahai Rasulullah.....Ya Allah..berikan petunjuk dan hidayatmu kepada kami sekeluarga dan semua umat Islam diseluruh dunia. Ya Allah...tunjukkan jalan yang lurus dan yang kau redhai...selamatkanlah semua umat islam daripada kejahatan dan muslihat musuh-musuh-Mu, bukakanlah hati kami dalam mudahnya untuk menerima ilmu-Mu dan segala kebenaran yang pesuruh-Mu telah bawakan...amin...
قُلۡ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنِّى رَسُولُ ٱللَّهِ إِلَيۡڪُمۡ جَمِيعًا ٱلَّذِى لَهُ ۥ مُلۡكُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِۖ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ يُحۡىِۦ وَيُمِيتُۖ فَـَٔامِنُواْ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِ ٱلنَّبِىِّ ٱلۡأُمِّىِّ ٱلَّذِى يُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَڪَلِمَـٰتِهِۦ وَٱتَّبِعُوهُ لَعَلَّڪُمۡ تَهۡتَدُونَ (١٥٨)
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya) dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayat petunjuk. (158) سُوۡرَةُ الاٴعرَاف
alhamdulillah kerana aku, isteriku, keluarga ku dan anak-anak ku dilahirkan sebagai penganut islam dan pengikut mu wahai Rasulullah.....Ya Allah..berikan petunjuk dan hidayatmu kepada kami sekeluarga dan semua umat Islam diseluruh dunia. Ya Allah...tunjukkan jalan yang lurus dan yang kau redhai...selamatkanlah semua umat islam daripada kejahatan dan muslihat musuh-musuh-Mu, bukakanlah hati kami dalam mudahnya untuk menerima ilmu-Mu dan segala kebenaran yang pesuruh-Mu telah bawakan...amin...
2/14/2011
Paramedics with bright futures must not be kept in the dark
I REFER to “Group waiting on Health Ministry for discussion” (The Star, Dec 28). Assistant Medical Officers (AMOs) evolved from names such as Dressers, Hospital Assistants (HAs) and Medical Assistants (MAs).
2/13/2011
Penjelasan Hukum Qisas Menurut Perspektif Islam
1. Pertamanya saya ucapkan terima kepada semua di atas komentar yang diberikan, terhadap artikel saya sebelum ini yang bertajuk [ Mencari Keadilan Melalui Syariat Islam ] semoga ianya mencambahkan lagi perbincangan secara tanpa emosi, tetapi lebih akademik dan berfakta tentang realiti Qisas yang sedang dibincangkan ini.
Secara ringkas point yang dilontarkan oleh mereka yang mempertikai artikel saya sebelum ini berkisar tentang 3 perkara penting, iaitu
Secara ringkas point yang dilontarkan oleh mereka yang mempertikai artikel saya sebelum ini berkisar tentang 3 perkara penting, iaitu
Hukum ‘Perfume’ Beralkohol
JAWAPAN SOALAN PERTAMA ( HUKUM PERFUME BERALKOHOL)
Jawapan seperti berikut :-
1) Harus dan sah solat, walaupun menggunakan minyak wangi beralkohol. Ini kerana bukan semua alkohol adalah najis. Para Ulama menyebut alkohol najis
Jawapan seperti berikut :-
1) Harus dan sah solat, walaupun menggunakan minyak wangi beralkohol. Ini kerana bukan semua alkohol adalah najis. Para Ulama menyebut alkohol najis
2/10/2011
Jangan Beitahu Wanita 10 Perkara Ini.
1. Dia tidak disukai keluarga anda
Anda hanya memarakkan api yang sedang menyala
Anda hanya memarakkan api yang sedang menyala
2/08/2011
MALAYSIA TANAH PUSAKA ORANG MELAYU
[MUKHADIMAH] -- DEFINISI Melayu mengikut Artikel 160(2) iaitu "Orang Melayu" ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan :-
(a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau (b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian.
MENGIKUT semantik semasa di kalangan sesetengah orang bukan Melayu dan segelintir orang Melayu sesat, tajuk di atas adalah rasis kerana sesiapa pun yang bercakap mempertahankan bangsa Melayu adalah seorang yang rasis

Maksiat Di Tasik Desa Ilmu
Sanggup berpelukan, melakukan seks haram, bercumbuan.....
Pengunjung lain ada yang berjoging, berbasikal...terdiri daripada kanak-kanak dan orang dewasa.
Gadis bertudung..nampak saja...tapi...
Kenapa maksiat berleluasa sebegini....
Pengunjung lain ada yang berjoging, berbasikal...terdiri daripada kanak-kanak dan orang dewasa.
Gadis bertudung..nampak saja...tapi...
Kenapa maksiat berleluasa sebegini....
1/14/2011
Alfatihah
Alfatihah untuk allahyarhamah Cikgu Hajah Zubaidah bt. Abang Haji Mos (emak saudara) yang menghembus nafas pada jam 6.03 pagi tadi...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh-roh orang yang beriman...
Jenazah disembahyangkan di masjid Gita selepas solat Jumaat dan disemadikan di tanah perkuburan Islam Samariang...
Dalam Khutbah Jumaat khatib berdoa memohon keampunan untuk kedua orang kita, ahli keluarga kita dan para guru-guru kita. Tidak ketinggalan khatib turut menyebut "memohon keampuan khasnya buat jenazah guru yang berada dibelakang saya"...subhanallah...betapa dalam islam para guru itu amat disanjung tinggi..tingginya martabat guru dan ilmu. Memang betul orang berilmu dangan orang tidak berilmu itu jauh sangat bezanya...Tanpa guru tiada PM, tiada KM, tiada cerdik pandai, tiada segalanya..
terima kasih para guru2 ku.....jasa besarmu semoga ALLAH sahaja yang dapat membalasnya...

Subscribe to:
Posts (Atom)
Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.
Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...
-
Takziah Kepada Keluarga CM KUALA LUMPUR 2 Jun - Cucu perempuan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang dirawat di Unit Rawata...
-
KAEDAH MELARUTKAN STOK A DAN B Pada masa kini, ramai masyarakat diluar mula mendapat kesedaran dan berminat bercucuk tanam ...
-
Puan Sri Laila Taib meninggal dunia - BH Online 29/04/2009 KUCHING: Puan Sri Laila Taib, isteri Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Tai...