12/27/2007

Antara Pelacuran, jual dadah, jual Viagra, gambar gadis seksi DENGAN pelaburan Swisscash, Abfund, Splitindex, Dana Future, BHG.

Apa perkembangan pelaburan tersebut sekarang? Boleh ceritakan sekiranya sesiapa yang tahu. Perniagaan lama tapi masih kekal :- a. Pelacuran ??? 1 b. Jual Dadah ??? 2 c. Jual Viagra ??? 3 d. Gambar Gadis Seksi Terkini Sila Klik Berdasarkan Keperluan Anda. Jangan Marah.... Strategi di tangan anda.... Bukannya yang tidak baik...... Keuntungannya apa yang anda guna sendiri, setiap hari, kenapa nak menguntungkan orang lain, sedangkan anda boleh melakukannya. Join tak join, yang pasti anda sememangnya sudah terjebak ke kancah penggunaan "TELEFON BIMBIT" samada prepaid atau postpaid. Gunakan prepaid4u untuk kepentingan anda sendiri. Sekali lagi...jangan marah...saya bukan ALONG, saya cuma nak TOLONG..... WASSALAM.... Khidmat Masyarakat Saya, Link ke Pelaburan internet Anda

12/21/2007

Peluang SMS jana Pendapatan extra....

Gunakanlah kuasa SMS anda untuk mencapai peluang menambahkan pendapatan harian... Ianya apa yang anda guna setiap hari.... Sila klik kat sini - Bahasa Melayu - Bahasa English - Bahasa Cina Terima kasih. Selamat Tahun Baru 2008.... Semoga 2008 menjanjikan rezki yang melimpah untuk kita semua

12/13/2007

Polis serbu 2 pejabat pemimpin Hindraf (Utusan Malaysia 13.12.2007)

Oleh Ahmad Naim Tahir, Hardi Effendi Yaacob dan Nurhayati Abllah KUALA LUMPUR: Polis menyerbu dua pejabat firma guaman milik Penasihat Perundangan Barisan Bertindak Hak Hak Hindu (Hindraf), P Uthayakumar, di Seremban, Negeri Sembilan dan Bangsar di sini, semalam. Dalam serbuan di firma guaman Kumar Hashimah & Co itu, polis merampas beberapa dokumen dan set komputer serta membuat salinan semua maklumat dalam komputer peribadi Uthayakumar bagi membantu siasatan terhadapnya mengikut Akta Hasutan 1948. Di SEREMBAN, sepasukan lapan anggota berpakaian preman dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur, menyerbu pejabat Uthayakumar di Kemayan Square, yang turut dijadikan pejabat Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy, kira-kira jam 2.30 petang. Serbuan itu dilakukan selepas polis menerima waran yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Seremban. Pasukan itu dilihat meninggalkan premis berkenaan, kira-kira sejam setengah kemudian dengan membawa sebuah beg hitam dan satu komputer riba, unit pemprosesan berpusat (CPU), modem USB dan kad sim telefon bimbit Celcom, dipercayai milik Waythamoorthy dan isterinya, yang juga peguam di firma berkenaan. Bagaimanapun, Waythamoorthy yang juga adik Uthayakumar, tidak ada di premis berkenaan, dipercayai ke luar negara. Sementara itu, satu lagi pasukan yang diketuai Asisten Superintendan Redzaime Abdul Hamid dari IPD Dang Wangi, menyerbu firma guaman Uthayakumar di Aras 9, Menara Mutiara Bangsar pada jam 3 petang. Khidmat Unit Forensik Siber dari Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Cheras turut membantu dalam usaha mendapatkan maklumat yang terkandung dalam komputer dan peralatan elektronik lain di premis berkenaan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Ku Chin Wah, ketika dihubungi berkata prosedur itu memang biasa dilakukan bagi membantu siasatan terhadap peguam berkenaan. Kita melakukan serbuan ini untuk mencari sebarang dokumen atau maklumat berkaitan inti pati ucapannya dalam bahasa Tamil di sebuah restoran di Batang Berjuntai sebelum ini, yang didapati berbau hasutan dan boleh menimbulkan ketegangan. Ia bagi membantu siasatan yang dijalankan terhadapnya mengikut Akta Hasutan 1948 ketika ini, katanya. Kelmarin, Uthayakumar, 46, ditahan sebelum didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menerbitkan surat berunsur hasutan yang dialamatkan kepada Perdana Menteri Britain, Gordon Brown, menerusi laman web http://policewatchmalaysia.com pada 15 November lalu. Dalam surat berkenaan, Uthayakumar mendakwa Kerajaan Malaysia yang disokong kumpulan pelampau Islam sedang melakukan pembersihan etnik terhadap kaum India di negara ini, selain meminta campur tangan Mahkamah Dunia dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa dalam menangani isu berkenaan. Mengikut pertuduhan itu, surat berkenaan mengandungi ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut dan tertuduh didakwa mengikut Subsekyen 4 (1)(c) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang boleh dihukum mengikut Subseksyen 4(1) akta sama. Uthayakumar mengaku tidak bersalah dan dibenarkan ikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu perbicaraan selama lima hari bermula 7 Januari depan. Bagaimanapun, dia ditahan semula selepas membayar wang jaminan itu sebelum dibebaskan dari Lokap Polis Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah, kira-kira jam 5 petang semalam.

12/11/2007

Hindraf: Ramai lagi akan diberkas

11.12.2007 - utusan malaysia JOHOR BAHRU 10 Dis. – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menegaskan, polis tidak akan berlembut sebaliknya akan menangkap secepat mungkin lebih ramai pemimpin dan pengikut Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang mengadakan perhimpunan haram di ibu negara 25 November lalu. Beliau berkata, penahanan mereka dibuat kerana polis sudah pun melengkapkan siasatan berhubung kes mereka menganjurkan dan menyertai perhimpunan haram tersebut. “Siasatan (berhubung perhimpunan Hindraf) sudah selesai, kita akan tangkap mereka secepat mungkin dan kemudian terus hadapkan mereka ke mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan banjir di Johor di sini hari ini. Musa menambah, pada masa ini polis masih menggunakan pendekatan mendakwa di mahkamah mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram. Bagaimanapun, katanya, polis tidak teragak-agak menahan mereka di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) jika mereka menjadi ancaman kepada keselamatan negara. “Kita tak mahu ia tercetus (ancaman keselamatan negara) tetapi kalau berlaku, pilihan kita adalah menggunakan ISA. “Daripada tiga perhimpunan haram yang diadakan, perhimpunan Hindraf (25 November lalu) adalah yang paling buruk. Sudah semestinya kita tidak mahu berlaku satu lagi titik hitam dalam sejarah negara kita,” tegasnya. Musa memberi amaran kepada kumpulan yang gemar menganjurkan perhimpunan haram supaya tidak mencabar kuasa polis kerana tindakan itu sebenarnya bermaksud mencabar peraturan dan undang-undang negara. “Kita ikut peraturan dan undang-undang. Jika ada kumpulan cabar kuasa polis, mereka sebenarnya bukan cabar kita tetapi turut membelakangkan Perlembagaan dan undang-undang,” katanya. Jelas beliau, dalam menangani situasi yang tercetus ekoran perhimpunan haram di ibu negara baru-baru ini, polis telah bertindak mengikut undang-undang termasuk memastikannya tidak menular ke negeri-negeri lain. Katanya, polis tidak akan membenarkan trend atau budaya menjadikan perhimpunan atau perarakan haram untuk meluahkan rasa tidak puas hati menjadi kebiasaan di negara ini semata-mata kerana mahu meniru apa yang berlaku di luar negara. “Jangan tiru budaya orang lain, kita ada cara lain dan saluran yang betul untuk menyuarakan pendapat,” katanya. Musa berkata, jika perlu pihaknya akan menasihatkan Majlis Peguam supaya menarik balik lesen peguam-peguam yang terlibat dengan perhimpunan haram di ibu negara sejak akhir-akhir ini. “Kalau peguam sendiri tak patuh undang-undang negara, sudah pasti perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu saja,” ujarnya. Menjawab soalan lain, Musa berkata, beliau tidak mengetahui apa punca sebenar perhimpunan haram dianjurkan kebelakangan ini. “Saya tak boleh jangka mengapa... anda pun tahu dah nak pilihan raya, jadi mungkin itulah sebabnya,” kata Musa.

11/21/2007

RM15 Juta Sehari. Adakah anda mahu? Adakah ia pelaburan bijak?

Utusan Malaysia 21.11.2007 / Muka Hadapan --Oleh Norila Daud RM15 juta sehari beli rokok KUALA LUMPUR 20 Nov. – Tiga juta rakyat Malaysia membelanjakan kira-kira RM15 juta sehari bagi membeli rokok, kata Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Datuk Lee Kah Choon. Beliau berkata, angka yang dibelanjakan itu dijangka terus meningkat berikutan semakin ramai remaja mula merokok. Mengikut statistik Bahagian Kawalan Penyakit kementerian itu, jumlah perokok di Malaysia diramal meningkat kepada 3.8 juta orang pada tahun 2015 dan lebih empat juta menjelang 2020. Menurutnya, peningkatan jumlah perokok itu menyebabkan lebih 10,000 kes kematian di kalangan perokok direkodkan setiap tahun. ‘‘Mereka yang meninggal dunia menyebabkan keluarga kehilangan punca pendapatan sementara yang berpenyakit kronik seperti strok akan terus melibatkan kos rawatan yang tinggi,’’ katanya. Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan Infoline Berhenti Merokok, Kementerian Kesihatan di Klinik Tanglin, di sini hari ini. Kah Choon berkata, kos yang tinggi untuk rawatan itu bukan sahaja ditanggung oleh keluarga malahan turut melibatkan perbelanjaan kementerian. ‘‘Inilah sebabnya kerajaan sentiasa menumpukan perhatian terhadap tabiat merokok dengan melancarkan pelbagai program untuk kanak-kanak dengan kerjasama Kementerian Pelajaran, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi-agensi kerajaan,’’ jelasnya. Menurut beliau, tabiat merokok perlu dibendung dari peringkat kanak-kanak kerana statistik mendapati lebih 90 peratus daripada mereka yang ketagih merokok, akan kekal menjadi perokok sepanjang hayat. Mengenai Infoline Berhenti Merokok, beliau berkata, sehingga September lalu, hanya 373 pemanggil menggunakan talian itu. Daripada jumlah itu, katanya, 238 adalah pemanggil Melayu (63.8%), 109 Cina (29.2%) dan 19 pemanggil India (5.1%) dan selebihnya kaum lain. ‘‘Pada masa akan datang, saya yakin jumlah pemanggil akan bertambah setelah perkhidmatan dipelbagaikan dan menjadi satu perkhidmatan kekal di 300 klinik kerajaan,’’ katanya. Menyentuh tentang larangan merokok di restoran-restoran, beliau berkata, mengikut statistik, pelanggan tidak akan berkurangan sekiranya sesebuah restoran itu melarang pelanggannya merokok. Menurutnya, apa yang penting, peniaga perlu menukar cara berfikir bahawa restoran yang melarang perbuatan merokok sebenarnya menggalakkan lebih ramai pelanggan datang bersama anggota keluarga mereka. ================================ Alangkah baiknya kalau RM15 juta tersebut dilaburkan dalam ASB/ASN, satu tahun jumlah bonus/dividen (7.5%) yang kita perolehi sebanyak RM1.125 juta, bayangkan pula RM15 juta x 365 hari = RM5475 juta, bonus ASB/ASN pulak dah mencecah RM410.625 juta...... Terpulang kepada diri sendiri untuk menilainya......

11/20/2007

Rasuah. Kenapa ia terjadi?

Rasuah adalah harta yang diperolehi kerana terselesainya suatu kepentingan manusia (baik untuk memperolehi keuntungan mahupun untuk menghindari kemudharatan) yang sepatutnya wajib diselesaikan tanpa imbalan. Di dalam sesetengah keadaan, rasuah ini hampir sama dengan upah sehingga ada orang yang cuba menyatakan bahawa ‘ini bukan rasuah, tapi upah'. Maklumat lanjut sila klik

9/19/2007

Suka Umno, sayang Umno, jangan bawa masuk S’wak

Meskipun Umno tidak menghalang orang ramai menyemai perasaan sayang dan suka terhadap parti itu, ia bukan bermakna mereka boleh membawa masuk Umno ke Sarawak. “Mereka sukakan Umno, tapi Umno beroperasi di Semenanjung (Malaysia), bukan di Sarawak. Kita tak mahulah orang sayang Umno dan suka (Umno) (hinggakan) mereka nak bawa ke Sarawak. “Tapi pada waktu ini pendirian kepimpinan Umno, kita tak bawa Umno ke Sarawak,” katanya pada sidang media di sini hari ini. Turut hadir di sidang media , Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Maklumat lanjut

Selamat Berpuasa

Selamat Berpuasa.......

Polis dapat petunjuk kes mayat dalam beg

Oleh Jalal Ali Abdul Rahim dan Hardi Effendi Yaacob - Berita Harian 19.09.2007 KUALA LUMPUR: Penemuan beberapa helaian rambut pada mayat kanak-kanak perempuan yang disumbat dalam beg pakaian (gambar) di Taman Petaling Utama di sini, kelmarin, dijangka dapat membantu polis mengenal pasti identiti pembunuhnya. Helaian rambut itu serta sampel darah mangsa dikatakan dihantar ke Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Cheras untuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Menurut sumber, kanak-kanak itu dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya yang disumbat dalam beg pakaian dengan kaki mangsa dilipat ke dada, ditinggalkan berhampiran pejabat sebuah syarikat penerbitan di Taman Petaling Utama. "Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh dalam tempoh kurang 24 jam sebelum mayatnya ditemui," katanya kepada Berita Harian. Penemuan mayat kanak-kanak itu kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin, pada mulanya disangka Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang hilang selepas mengunjungi pasar malam berhampiran rumahnya di Wangsa Maju, tiga minggu lalu. Bagaimanapun, selepas proses pengecaman dilakukan ibu bapa Nurin di Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang kelmarin, mayat itu disahkan bukan Nurin. Bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati ususnya pecah dan mengalami pendarahan teruk di bahagian dalam perut akibat disumbat benda keras, yang dipercayai timun dan terung. Laporan bedah siasat yang dikeluarkan Jabatan Forensik HKL turut mengesahkan terdapat banyak kesan lebam di badan mangsa, dipercayai dipukul. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad, berkata polis tidak menolak kemungkinan mangsa adalah warga asing kerana tiada kesan suntikan BCG ditemui pada lengannya. "Berdasarkan keadaan fizikalnya, mangsa dipercayai berusia lapan hingga 10 tahun, dengan ketinggian 150 sentimeter dan berat kira-kira 18 kilogram serta mempunyai tanda lahir pada paha kiri. "Mangsa bertubuh kurus, kulit cerah dan berambut kerinting paras telinga," katanya kepada pemberita di sini. Polis semalam turut mengedarkan gambar mangsa dalam usaha mengesan waris kanak-kanak itu kerana mayatnya ditemui tanpa dokumen pengenalan diri. "Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) berhampiran turut dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu jika ada laporan kanak-kanak hilang di kawasan mereka. Bagaimanapun, belum ada apa-apa perkembangan positif setakat ini," katanya. Orang ramai yang mengenali mangsa atau kehilangan anak perempuan diminta menghubungi IPD Petaling Jaya di talian 03-7966 2222. Arjunaidi berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh. "Ini pembunuhan yang kejam kerana membabitkan mangsa kanak-kanak. Melihatkan keadaan mayat dan kecederaan dialaminya, pembunuhnya seorang yang tidak berperikemanusiaan dan ada kemungkinan mengalami masalah mental," katanya. Beliau berkata, polis juga sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat beg berisi mayat itu ditemui dalam usaha mengesan suspek. "Rakaman CCTV yang diberikan syarikat penerbitan itu tidak menunjukkan rakaman luar premis, kecuali rakaman dari kedai di sebelahnya tetapi fokus kamera tidak menghala ke tempat kejadian. "Kita masih meneliti rakaman individu yang lalu lalang di tempat kejadian dalam tempoh 24 jam sebelum mayat ditemui," katanya.

8/14/2007

Wawancara Bersama Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary

MINGGUAN: Apa pandangan Tan Sri kepada korporat Melayu yang tidak mahu tolong Melayu? SYED MOKHTAR: Mereka mungkin tidak nampak ini sebagai kewajipan kerana mereka tidak melalui kesusahan. Saya pun suka kepada kemewahan. Saya pun suka pergi tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tetapi kita ini hendak mewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana? Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah. Kita tidak boleh mengagung-agungkan diri kita sangat. Masalahnya sekarang ada yang sudah ke atas tetapi tidak mahu turun ke bawah. maklumat lanjut sila klik

7/10/2007

SC peroleh injunksi antarabangsa Mareva terhadap Swisscash (10.07.2007)

Mareva yang dipohon oleh SC adalah berikutan satu tindakan guaman sivil terhadap defendan bernama Albert Lee Kee Sien, Kelvin Choo Mun Hoe, Amir bin Hassan, Dynamic Revolution Sdn Bhd, Swiss Mutual Fund (1948) S.A., SMF International Limited dan SMF (1948) International Limited. Maklumat Lanjut BM / BI Mareva tersebut boleh klik kat sini pdf

7/08/2007

Melayu Baru - Apa Kata "Prof Diraja Ungku Aziz"

FENOMENA adanya profesional Melayu yang lebih berminat bekerja di luar negara berbanding pulang mencurahkan bakti di negara sendiri mencetuspertanyaan sama ada keadaan ini akan merugikan pembangunan negara. Bagaimanapun, pertemuan wartawan Berita Minggu, RASID RAHAMAN dan NASRON SIRA RAHIM dengan tokoh cendekiawan negara, Prof Diraja Ungku Aziz, mendapati masalah ini sebenarnya berpunca satu masalah lain lebih besar dalam masyarakat Melayu. Ungku Aziz berpandangan situasi penghijrahan warga Malaysia ke luar negara adalah kesan, manakala titik mulanya adalah perubahan dialami masyarakat Melayu sendiri, terutama selepas 50 tahun negara mencapai kemerdekaan...

Maklumat Lanjut Temubual "Prof Diraja Ungku Aziz"

Teleperubatan: Menjangkaui batasan masa, sempadan

Penjagaan kesihatan ke tahap baru SATU daripada tujuh aplikasi perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia yang diwujudkan pada 1995 ialah ‘teleperubatan’ yang menyaksikan bidang perubatan dibabitkan secara langsung atau tidak langsung ke dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Ia sejajar dengan komitmen negara dalam era digital yang mahu bergerak menuju ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi) dengan pembabitan masyarakatnya secara aktif. Disebabkan perubahan mendadak akibat perkembangan teknologi, sektor perubatan atau penjagaan kesihatan mengalami perubahan yang sama. Maklumat Lanjut

7/06/2007

"UMNO Sarawak" Sorotan Semasa

1. Penaja UMNO S’wak kesal dilabel pembangkang KUCHING, 5 Jul: Jawatankuasa Penaja Umno Negeri Sarawak (JPUNS) kesal dengan tindakan sesetengah pihak di negeri ini yang cuba melabelkan mereka kumpulan pembangkang. Pengerusi protemnya, Affendi Jeman sebalik menjelaskan bahawa JPUNS berperanan membawa perubahan dengan menjadi ‘suara rakyat’. Maklumat Lanjut 2. MDC sertai penyokong UMNO KUCHING, 4 Jul: Kerana kecewa dengan keputusan Pendaftar Pertu-buhan (ROS) yang tidak meluluskan penubuhan Kongres Dayak Malaysia (MDC) tahun lalu, para penyokongnya kini menyertai kumpulan yang cuba membawa masuk UMNO ke Sarawak. Presiden Penaja MDC Nicholas Bawin berkata, kekecewaan mereka memang tidak dapat disembunyikan kerana tidak dibenarkan menu-buhkan parti selepas PBDS diba-talkan pendaftaran pada Oktober 2004. Maklumat lanjut 3. Pihak yang cuba bawa UMNO ke S’wak, oportunis KUCHING, 29 Jun: Tindakan cuba membawa masuk UMNO ke Sarawak dilakukan oleh pihak yang bercita-cita tinggi dan ingin menjadi ‘orang penting’, kata Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Menurutnya, tindakan membawa masuk parti dari luar Sarawak bukan perkara baru dan ia bukan berlaku terhadap UMNO sahaja, malah beberapa parti lain sebelum ini. Maklumat lanjut 4. Rakyat S’wak perlu yakin jaminan pemimpin UMNO, kata Tengah MIRI, 20 Jun: Rakyat Sarawak khususnya ahli-ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) perlu yakin dengan jaminan oleh para pemimpin UMNO sejak dahulu hingga kini, yang terus menyatakan pendirian mereka bahawa parti tulang belakang negara itu tidak akan mengembangkan sayapnya ke negeri ini. Maklumat Lanjut

7/02/2007

Melayu! Apa Baiknya? Untuk Saya dan Kita Semua

Dua laporan dalam dada akhbar hari ini sememangnya boleh dijadikan satu motivasi untuk orang Melayu. Apa yang baik kita ambil sebagai amalan dan teladan dan yang jahat itu kita buatkan sebagai sempadan. Apa yang kita mahu adalah hari ini lebih baik daripada semalam dan esok adalah lebih baik daripada hari ini. Matlamatnya paling penting adalah kebahagiaan dan kebaikan di dunia dan juga di akhirat nanti. Dua laporan tersebut adalah : a. Kajian: Kuasa membeli orang Melayu lebih tinggi Oleh NOR AZAN FITRI Ekonomi - Utusan Malaysia 02.07.2007 KUALA LUMPUR 1 Julai – Orang Melayu hari ini memiliki kuasa membeli serta kemahuan yang tinggi berbanding masyarakat lain dan seterusnya menolak tanggapan sebelum ini yang menyatakan sebaliknya. Menurut Pengarah Urusan Carat Media Services (M) Sdn. Bhd., Roy Tan berkata, penyataan adalah satu kaji selidik yang dijalankan oleh pihaknya untuk mengkaji hubungan sikap pengguna dengan produk keperluan harian serta reaksi terhadap media. ‘‘Kajian hubungan pengguna (CCS) merupakan satu kajian terperinci terhadap perhubungan di antara sikap mereka dengan sesuatu produk yang berada di pasaran, ia juga dapat memberi maklumat tentang apa yang diperlukan oleh mereka dalam kehidupan seharian mereka,’’ katanya. Carat Media Services (M) Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat pakar media pertama ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1991. Kajian ini dijalankan ke atas sejumlah 10,000 panel pengguna yang tinggal di empat bandar di sekitar Semenanjung Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Kajian itu dijalankan sekitar bulan Februari hingga April tahun ini dan ia merupakan kajian yang terkini terhadap cara hidup masyarakat yang tinggal di bandar. Menurut Tan, orang Melayu hari ini mempunyai kuasa membeli yang tinggi kerana beberapa faktor termasuk mereka memiliki jumlah ahli keluarga yang besar berbanding Cina dan India di negara ini. ‘‘Sebanyak 20 peratus daripada mereka mempunyai bilangan ahli keluarga melebihi lima orang berbanding hanya 11 peratus untuk Cina dan 10 peratus untuk India,’’katanya lagi. Sehubungan itu, kata beliau, orang Melayu akan berbelanja lebih banyak untuk keperluan harian mereka berbanding Cina dan India kerana mereka memiliki jumlah ahli keluarga yang lebih kecil. Selain itu, 45 peratus daripada orang Melayu pada hari ini merancang untuk mengamalkan pemakanan yang sihat kerana mereka juga mementingkan kualiti kehidupan yang lebih baik. Faktor-faktor lain adalah orang Melayu semakin mengutamakan kehidupan yang lebih selesa berbanding dahulu. Sebanyak 27 peratus daripada orang Melayu yang di temubual merancang membeli rumah kediaman baru untuk diduduki dalam tempoh 12 bulan akan datang dan 10 peratus daripada mereka merancang berbelanja lebih RM5,000 untuk mengubah suai kediaman mereka, kata Tan. Beliau menambah, orang Melayu yang tinggal di bandar kini memiliki minat membaca yang tinggi berbanding Cina dan India. Sebanyak 26 peratus daripada orang Melayu yang tinggal di bandar meminati bahan bacaan dalam talian berbanding hanya 18 peratus bagi Cina dan 11 peratus bagi India. Selain itu, kata Tan, sejumlah 32 peratus daripada orang Melayu hari ini menggunakan perkhidmatan perbankan dalam talian dan jumlah itu adalah lebih besar berbanding 20 peratus untuk Cina dan 15 peratus untuk India. Sebanyak 43 peratus orang Melayu yang tinggal di bandar menyatakan memiliki insurans kesihatan adalah satu kemestian dan sembilan peratus daripada mereka merancang membelinya dalam tempoh 12 bulan akan datang. ‘‘Jumlah itu hampir menyamai bilangan orang Cina yang berkongsi pendapat sama iaitu 47 peratus dan jumlah orang Melayu yang merancang untuk membeli insurans dalam tempoh terdekat ini adalah dua kali lebih tinggi berbanding orang Cina,’’ katanya. b. Melayu pendeposit teramai SSP bernilai RM460,984,510 Oleh Adnan Mohamad - Utusan Malaysia 02.07.2007 KUALA TERENGGANU 1 Julai – Orang Melayu merupakan pendeposit yang paling ramai membeli Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) apabila ia mencatat pemilikan sebanyak 57.90 peratus dengan simpanan keseluruhan bernilai RM460,984,510. Pendeposit kedua tertinggi ialah kaum Cina iaitu sebanyak 25.02 peratus dengan simpanan berjumlah RM274,297,930 diikuti kaum India 7.93 peratus (RM58,892,640) serta kaum-kaum lain sebanyak 8.15 peratus (RM50,479,610). Timbalan Pengurus Besar III, Operasi Perbankan dan Pelaburan BSN, Hassan Mohamed berkata, pendeposit terbabit bukan sahaja terdiri daripada penjawat sektor awam dan swasta, suri rumah, pesara dan pelajar, malah kalangan warga asing yang mempunyai pasport Malaysia. Beliau berkata, antara faktor peningkatan pendeposit Melayu ialah kesedaran mereka untuk menabung pada masa depan selain tertarik dengan pelbagai hadiah yang ditawarkan oleh BSN. Ekoran sambutan menggalakkan sejak akhir-akhir ini, katanya, BSN telah menambah hadiah cabutan kepada 1,558 orang berbanding 1,536 orang sebulan bermula awal tahun ini. Langkah itu jelas beliau, merupakan antara pendekatan yang diambil bagi menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli SSP. “SSP tidak seperti produk simpanan lain yang mana setiap pendeposit berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah lumayan termasuk kereta mewah, motosikal, pakej pelancongan, peralatan kelengkapan rumah dan barangan elektronik. “Bagi manfaat lain, pendeposit juga boleh mencagarkan SSP mereka untuk mendapatkan pinjaman sandaran SSP dengan kadar faedah terendah empat peratus dengan syarat mereka perlu mempunyai simpanan melebihi RM5,300 ke atas,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis cabutan SSP yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar dan Kesihatan negeri, Toh Chin Yaw di Batu Buruk di sini petang semalam. Mengulas rasa tidak puas hati berhubung cabutan SPP di kalangan sesetengah pendeposit, Hassan mengakui pihaknya menerima banyak aduan tetapi perkara itu dapat diatasi setelah pelanggan diperjelaskan secara terperinci prosedur cabutan sijil itu. “Tujuan kami mengadakan cabutan SPP di setiap negeri adalah bagi memberi peluang kepada masyarakat untuk menyaksikan sendiri pemilihan pemenang dilakukan secara telus di khalayak ramai. “Malah semasa cabutan SSP dibuat, ia turut disaksikan oleh badan kerajaan yang berkecuali terdiri daripada pegawai Aktuari Negara, Perbendaharaan Negara dan Audit Negara,” jelasnya. Kuala Terengganu merupakan lokasi keenam cabutan SSP dibuat selepas kali pertama ia dilakukan secara road show bermula Januari lalu di Negeri Sembilan diikuti Kedah, Pahang, Melaka dan Sarawak. Cabutan SSP seterusnya dijadual dibuat di Johor pada Julai ini, diikuti Kuala Lumpur, Perak, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang.

7/01/2007

Ketahui Maklumat Lengkap Jenis Dadah Yang Digunakan - "Jamal Abdillah kembali Ke Pengasih" ##update 02.07.07 - Pengakuan Jamal dibawah sekali##

Dadah Musuh No. 1 Negara. Apa Kata Presiden Pengasih Malaysia Link Kenapa kita hendak menyiksa diri dengan menyalahgunakan dadah? Apa faedah atau kebaikan yang akan kita perolehi? Ketahui lebih lanjut jenis dadah yang sering disalahgunakan dan jauhi diri kita, anak kita, keluarga kita, sahabat handai kita, masyarakat kita dan negara kita dari najis dadah. Kerana sekali tersasar adalah sukar dan payah untuk memulihkannnya. Untuk kembali ke pangkal jalan memerlukan terlampau banyak kekuatan dalaman daripada penagih itu sendiri serta sokongan berterusan daripada masyarakat dan ahli keluarga serta sahabat handai. Sama-sama kita ingat mengingati antara satu sama lain. Negara kita memerlukan lapisan pelapis yang terbaik untuk masa hadapan demi kemajuan dan kemakmuran negara yang berterusan. Bukannya "rangka manusia bergerak'' yang keluar masuk pusat pemulihan atau penjara sehingga semua tempat tersebut sentiasa penuh. Dan kerajaan pula terpaksa membelanjakan peruntukkan yang besar bagi membina penjara atau pusat pemulihan baru saban tahun. Alangkah baiknya peruntukkan tersebut digunakan untuk pembangunan negara, untuk pendidikan, untuk kesihatan atau frasarana-frasarana yang lain. Link di bawah adalah untuk pengetahuan kita bersama. Jangan disalah gunakan.
  1. Heroin
  2. Ketamin
  3. Subutex
  4. Methadon
  5. Ekstesi
  6. Kokain
  7. Rohypnol
  8. Candu

Rujukan asal Pengasih.net

'Jamal! Come Back To Pengasih' Link (Jamal Abdillah - penyanyi bersuara merdu)

Pengakuan Jamal - Link

Antara Penagih Siber, Penagih Rokok dan Penagih Dadah. Mana Satu Yang Bahaya?

Penagih Siber
Hutang RM500,000 ketagih judi siber Oleh Ziauddin Sharuddin - Berita Mingguan 01.07.07 KUALA LUMPUR: Ketagihan siber kini menjadi masalah baru di negara ini dengan penagihnya sanggup melakukan apa saja, termasuk berhutang kira-kira RM500,000 daripada along untuk memuaskan nafsu berjudi di internet. Penagih siber terbabit tidak dapat menghentikan ketagihan melampau itu menyebabkan keluarganya memaksa dia mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini. Dia bernasib baik kerana keluarga bukan saja mampu melangsaikan hutang itu, tetapi lebih penting kesedaran mendapatkan rawatan profesional menghentikan ketagihan itu sebelum along bertindak ganas. Lelaki itu adalah antara kira-kira tiga orang setiap bulan yang dirujuk ke PPUM kerana menghadapi masalah ketagihan siber melampau. Antara bentuk ketagihan yang kebanyakannya membabitkan remaja, termasuk permainan dan judi internet, melayari web lucah, manakala yang popular di kalangan wanita ialah bercinta di alam maya. Perunding Psikiatrik dan Pakar Penagihan PPUM, Profesor Dr Mohamad Hussain Habil, berkata penagihan siber adalah penagihan bentuk baru yang melanda masyarakat era teknologi maklumat. Beliau yang mula mengendalikan kes penagihan siber sejak tahun 2000 memberitahu Berita Minggu, keadaan itu membimbangkan kerana mempunyai kesan negatif terhadap sistem sosial dan ekonomi negara. Katanya, hampir semua kes membabitkan pesakit berumur antara 15 hingga 32 tahun dirujuk ke hospital berkenaan selepas ibu bapa mengesan dan bimbang dengan perubahan kehidupan anak mereka. “Dalam kebanyakan kes mereka terbabit hanya tidur dua atau tiga jam sehari kerana masa dihabiskan menghadap komputer,” katanya. ©The New Straits Times Press (M) Berhad 0000000000000000000000000000000000000000000
Penagih Rokok
Nik Aziz pelik imam merokok - Utusan Malaysia 01.07.2007 KOTA BHARU 30 Jun – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa pemimpin masyarakat termasuk wakil rakyat dan imam di negeri ini meninggalkan tabiat merokok agar menjadi contoh kepada generasi muda. Menurutnya, adalah janggal jika kalangan pemimpin sendiri terus merokok sedangkan terdapat kempen besar-besaran oleh kerajaan tentang bahaya amalan itu demi menggalakkan cara hidup sihat. ‘‘Apa yang paling pelik ialah imam yang merokok, lebih-lebih lagi sambil berjalan. Sama juga dengan wakil rakyat, saya sebut berkali-kali supaya tinggalkan tabiat yang bercanggah dengan moral itu. ‘‘Tetapi jika masih ada yang meneruskan, saya nak buat macam mana,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Belia Negeri Kelantan di Balai Islam, Lundang di sini hari ini. Dalam pada itu, Nik Aziz melahirkan harapan agar tanaman gantian tembakau yang sedang diusahakan agensi kerajaan dapat membuahkan hasil lebih cepat dari yang dijadualkan. ‘‘Kita tahu ia bukan mudah kerana tembakau mempunyai harga yang terjamin sebab ada syarikat antarabangsa yang membelinya tetapi apabila tanam jagung dan keledek tidak ada pula syarikat besar yang boleh buat macam itu. ‘‘Namun, usaha penanaman kenaf yang sedang diusahakan diharap dapat menjadi alternatif terbaik dan saya minta kerajaan menyokong usaha ini dengan membina kilang memprosesnya. Pada majlis itu, Nik Aziz turut menyampaikan anugerah dengan Tokoh Belia Keusahawanan disandang oleh Mohd. Rosli Abdullah, 36; Mohd. Nazli Mohd. Ariffin, 37 (Tokoh Belia Kemasyarakatan); Burhanuddin Ahmad, 31,(Tokoh Belia Badan Bukan Kerajaan) dan Ahmad Fadli Shaari, 27, (Ulama Muda). 000000000000000000000000000000000000000000000000000
Penagihan Dadah
SUB BUDAYA PENAGIHAN - Kandungan asal dari Pengasih
Definasi Sub-Budaya 1. Sub-Budaya bermaksud kehidupan seorang penagihan dengan alam penagihan. 2. Budaya yang terkeluar dari norma-norma dalam rangkaian sosial sesebuah kumpulan masyarakat. 3. Budaya yang menyimpang dan melanggar tatasusila yang ditentukan dan tidak boleh diterima masyarakat. 4. Tingkahlaku yang devian apabila ia berkelakuan, atau melanggar sesuatu perkara yang berlainan atau menyimpang dari tatasusila yang sedia ada. 5. Sub-Budaya penagihan sebagai jaringan sosial yang melibatkan pemikiran perasaan dan tingkahlaku yang menyimpang yang terbentuk sewaktu dialam penagihan. Apa Itu Pemecahan Sub-Budaya PenagihanPemecahan Sub-Budaya Penagihan bermaksud membentuk atau mengikis sikat dan tingkahlaku yang negatif yang terbentuk sewaktu dialam penagihan.

Sub-Budaya PenagihanContoh-contoh Sub-Budaya yang biasa diamalkan oleh penagih dadah:-

  • Mencuri
  • Menipu
  • Anti Sosial
  • Moral yang rendah
  • Tidak boleh ditegur
  • Tiada keyakinan diri
  • Mudah tersinggung perasaan
  • Suka menagguhkan perkara
  • Tingkahlaku kompulsif

Adakah Anak Anda Terlibat Dengan Dadah - klik sini . Ketahui Lanjut.

6/26/2007

Dah Tidak Ada Makanan Lainkah?

Gambar atas - jual daging manusia
Makan bayi???

Misteri Batang Pisang (Update - Komen Mufti Perak, Mufti Perlis dan Bomoh )

Oleh Adnan Mohamadam@hmetro.com.my PASIR MAS: Kebanyakan penduduk di Kampung Banggol, dekat Slow Machang, terkilan apabila kubur misteri yang kini menjadi ‘tumpuan’ tidak akan digali kerana dikatakan hanya mengandungi batang pisang. Malah, penduduk berpendapat kubur misteri terbabit sepatutnya digali bagi membongkar rahsia supaya tidak lagi menjadi ‘buah mulut’ orang ramai sehingga mendatangkan keaiban kepada penduduk di kampung itu. Penduduk, Othman Besar, 56, berkata dia kesal kerana kubur Tanah Perkuburan Dusun Tengah, itu tidak digali bagi merungkaikan rahsianya walaupun dikatakan hanya mengandungi batang pisang. Menurutnya, tanah perkuburan itu kini menjadi tumpuan orang ramai termasuk dari luar kerana terpengaruh dengan pelbagai ‘cerita karut’ yang disampaikan dari mulut ke mulut oleh orang yang datang melihat kubur itu. “Kita tidak mahu ‘kubur’ itu terus menjadi tumpuan ramai kerana penduduk di sini juga masih tertanya-tanya apakah objek yang ditanam di situ dan mengapa ia dikafankan seperti jenazah. “Pihak berkuasa sepatutnya memberikan penjelasan kepada penduduk kampung supaya ia tidak lagi mendatangkan kekeliruan kepada penduduk kampung berdekatan,” katanya. Penggali kubur misteri itu, Aziz Abdul Rahman, 45, berkata dia sendiri sangsi dengan objek yang dikebumikan di situ kerana berasakan objek itu hanyalah batang pisang yang dipotong sepanjang kira-kira 0.4 meter setiap satunya. Dia berkata, ketika diminta mendukung satu daripada bungkusan itu dia berasakan objek itu seperti bergolek sedikit tetapi tidak berani membukanya. Sementara itu, Ketua Polis daerah, Superintendan Haliluddin Abdul Rahim, berkata pihaknya sudah memanggil seorang lelaki berusia 59 tahun untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berkaitan kejadian ‘kubur misteri’ itu. Menurutnya, siasatan mendapati objek yang `dikebumikan’ di tanah perkuburan di kampung terbabit hanyalah batang pisang sahaja dan cerita mengenainya tidak perlu diperbesarkan sehingga mendatangkan kekecohan kepada orang ramai. Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 297, Kanun Keseksaan kerana menceroboh tanah perkuburan dan lelaki yang bertindak sebagai bomoh itu dibebaskan dengan jaminan polis. “Sesiapa yang didapati bersalah melakukan kesalahan itu boleh dihukum penjara setahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya. Dalam kejadian pagi kelmarin, penduduk di Kampung Banggol, gempar apabila enam objek yang disangkakan jenazah kanak-kanak dikebumikan di situ oleh sekumpulan lelaki dan wanita dengan diketuai oleh seorang bomoh. Objek yang ditanam itu juga dibuat seolah-olah pengebumian sebenar dengan ditanam mengadap kiblat tetapi tidak pula dibacakan talkin oleh bomoh yang mengetuai acara itu sehingga selesai malah dipacak dengan dahan kayu sebagai tanda.Kejadian itu kemudiannya menjadi buah mulut di kalangan penduduk kampung sehingga polis terpaksa datang membuat siasatan bagi mengetahui perkara sebenar. ©The New Straits Times Press (M) Berhad 0000000000000000000000000000000000000000000000000 Update 01.07.2007 - berita Mingguan

Apa Kata Mufti

‘Tanam batang pisang ditusuk paku khurafat’ KUALA LUMPUR: Perbuatan seorang bomoh mengebumikan enam batang pisang ditusuk paku dan dikafankan dengan kain putih di Perkuburan Islam Kampung Banggol, Pasir Mas kelmarin adalah khurafat baru dan bertentangan dengan ajaran Islam, kata Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Beliau berkata, perbuatan itu adalah sesuatu yang tidak relevan dengan ajaran Islam dan menganggapnya sebagai kepercayaan dan perbuatan mengarut. “Perbuatan ini adalah khurafat baru dan ia permainan syaitan. Mungkin bomoh berkenaan mentafsirkan perbuatan mengebumikan batang pisang yang dikatakan ‘makhluk halus’ itu sesuatu yang betul, tetapi dalam Islam, ini disifatkan sebagai tahyul. “Kita sendiri sedia maklum bahawa makhluk halus tidak boleh ditanam atau dikebumikan seperti yang dilakukan bomoh berkenaan,” katanya ketika di hubungi Berita Minggu. Beliau mengulas gerakan menggali semula kubur misteri yang dilakukan penduduk dengan pengawasan polis selepas mendapat kebenaran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan (Maik) di tanah perkuburan itu. Selepas kubur itu digali sedalam kira-kira satu meter, polis menemui bungkusan plastik hitam berisi batang pisang yang ditusuk paku dan dibalut kain putih, disusun selari di dasarnya sebelum di bawa naik dan dibuka untuk pengesahan. Gerakan menggali itu turut disaksikan bomoh yang mengaku menanam batang pisang itu sebagai kaedah perubatan membuang makhluk halus dan penduduk sekitar yang berhimpun bagi menyaksikan apa sebenar ditanam di situ. Pendapat itu juga turut diakui Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria yang berkata kepercayaan menanam makhluk halus ini adalah tahyul dan perbuatan itu berunsur sihir. “Kegiatan ini sememangnya tidak wujud dan berkaitan langsung dengan ajaran Islam tetapi lebih kepada unsur sihir dan seperti yang diketahui dalam Islam hanya mayat dan bangkai saja boleh ditanam. “Perbuatan ini tidak boleh dipercayai sama sekali, jika ada masyarakat yang mempercayai dan mengamalkan sihir ini, ia boleh menjurus kepada syirik seterusnya merosakkan akidah umat Islam,” katanya. Beliau berkata, perbuatan menanam ‘jenazah’ batang pisang di tanah perkuburan Islam itu adalah suatu pembaziran kepada tanah kubur di situ dan turut mengakui tindakan menggali dan mengeluarkannya semula adalah perkara yang betul. ©The New Straits Times Press (M) Berhad

000000000000000000000000000000000000000000000

Apa kata Bomoh

Bomoh pertahan tindakan

Oleh ROHANA MOHD NAWI - Utusan Malaysia 01.07.07

PASIR MAS 30 Jun – Seorang bomoh, Mohamed Ariffin Ibrahim, 59, mempertahankan tindakannya menanam enam batang pisang di Tanah Perkuburan Kampung Banggol dekat sini, bukan suatu pencerobohan.

Menurut Mohamed Ariffin, dia telah memohon kebenaran daripada seseorang yang dikatakan penjaga kubur berkenaan dan mendapat keizinannya untuk mengorek tanah di kawasan perkuburan itu.

“Saya sudah beritahu tujuan menanam batang pisang sebagai satu kaedah rawatan tradisional untuk menyembuhkan penyakit dan menyerahkan RM200 untuk urusan itu kepadanya,” katanya kepada Mingguan Malaysia di rumahnya di Kampung Jias dekat sini hari ini.

Mohamed Ariffin berkata, apa yang dilakukan adalah bagi merawat enam pesakitnya daripada satu keluarga di Pulau Pinang yang menderita terkena ‘buatan orang’ dan ia tidak bertujuan jahat sebagaimana yang cuba digambarkan oleh pihak media.

‘‘Kini keluarga, sahabat kenalan dan orang ramai dari seluruh negara mengetahui saya sebagai penjenayah kerana dikatakan menceroboh tanah perkuburan untuk menanam batang pisang yang sebelum ini didakwa penduduk adalah mayat.

“Di mana saya hendak letak muka saya, keluarga, kawan-kawan dan kenalan saya, disebabkan kenyataan buruk yang disiarkan berhari-hari,” katanya.

Media hari ini melaporkan mengenai kubur misteri yang mencetuskan kontroversi dikorek oleh pihak polis sambil turut disaksikan oleh Mohamed Ariffin dan menemui enam batang pisang yang dicucuk dengan paku.

Ia dilakukan setelah mendapat kebenaran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) ekoran kontroversi yang tercetus apabila penduduk setempat curiga dengan penanaman beberapa objek dalam liang sedalam satu meter Ahad lalu.

Mohamed Ariffin juga telah dipanggil untuk memberi keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Menurut Mohamed Ariffin, laporan meluas mengenai perkara itu tanpa disokong dengan fakta sebenar telah memberi gambaran buruk dan mengaibkan dirinya.

Sambil meminta tuduhan terhadapnya dihentikan, Mohamed Ariffin menegaskan, dia sebenarnya bersedia untuk memberi penjelasan kepada pihak media sekiranya mereka datang menemuinya.

6/25/2007

Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia

Sumber -Ruangan Agama Berita Harian 25.06.2007 RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim) Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta'arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari. Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit. Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya. Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul. Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh. Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah) Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT. Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28) Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.” Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya? Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim). Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya. Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar. Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah) Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.

Salah siapa? -- Isu tiub bedah tertinggal 3 tahun dalam perut suri rumah

Oleh Diyana Rose Kamalludeen - Utusan Malaysia 25.06.07 ALOR STAR 24 Jun – Mana satu yang betul? Isu tiub bedah tertinggal dalam perut sejak 2004 semakin kusut apabila pihak berkuasa kesihatan dan mangsa masing-masing cuba menegakkan benang basah. Jabatan Kesihatan negeri hari ini mempertahankan pihaknya dengan mendakwa pesakit, Rusinah Yatim ‘menghilangkan’ diri dari Hospital Alor Star (HAS) sebelum prosedur untuk menerangkan mengenai tiub itu dilakukan ke atasnya. Suami pesakit, Zamil Ibrahim pula menafikan dakwaan itu dengan berkata, “jururawat memaklumkan pesakit boleh balik.’’ ‘‘Dia (jururawat) langsung tidak memberitahu ada doktor lain yang akan datang periksa, atau memberikan kami sebarang dokumen seperti kad temu janji dan sebagainya. Saya juga keliru memandangkan isteri baru menjalani prosedur serius. ‘‘Jika kami tahu ada tiub tertinggal di dalam badan Rusinah, tidak logik kami terus meninggalkan hospital kerana masih ada rawatan yang berjalan ketika itu. “Tindakan hospital menafikan semua itu adalah seperti memperlekehkan kami,” tegasnya ketika dihubungi di sini, hari ini. Menurut Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Hasnah Ismail, Rusinah, 44, tidak berada di dalam wad ketika doktor pakar dan jururawat datang membuat pemeriksaan sebelum membenarkan pesakit pulang, dua hari selepas pembedahan dilakukan. Kata beliau, melalui rutin itu selalunya doktor akan memaklumkan kepada pesakit untuk datang semula ke klinik untuk pemeriksaan susulan dan mengeluarkan stent atau tiub serta melakukan pula prosedur cystoscopy iaitu ujian bagi melihat saluran kencing selepas tempoh dua minggu. ‘‘Pesakit menjalani prosedur ‘ureterorenoscopy dan lithotripsy’ untuk mengeluarkan batu karang pada ureter (saluran buah pinggang) kiri pada 28 November. ‘‘Selepas itu, satu tiub (Double J Stent) dimasukkan ke saluran sama sebagai sebahagian rawatan untuk memastikan saluran itu sentiasa terbuka agar tidak mengalami kekejangan dan tersumbat namun ia perlu dikeluarkan sebelum tempoh tiga bulan. ‘‘Dalam kes pesakit ini, batu karang di dalam badannya tidak terlalu banyak oleh itu hanya mengambil masa dua minggu untuk mengeluarkannya semula,’’ katanya kepada Utusan Malaysia, hari ini. Mingguan Malaysia hari ini melaporkan derita yang ditanggung Rusinah selama tiga tahun ekoran seutas wayar (tiub) sepanjang 33 sentimeter tertinggal di dalam perutnya selepas satu pembedahan batu karang di Hospital Alor Star (HAS). Suri rumah terbabit bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap HAS kerana didakwa cuai sewaktu menjalankan pembedahan ke atasnya bagi menuntut ganti rugi kerana menanggung masalah kesihatan seperti kesakitan pada pangkal rahim dan adakala kencing berdarah. Menurut Dr. Hasnah, beliau tidak melihat kejadian itu sebagai kecuaian pihak HAS sebaliknya satu masalah komunikasi apatah lagi jururawat bertugas telah berusaha menghubungi pesakit tetapi gagal. Jelasnya, Rusinah pulang ke rumah tanpa mengambil slip ‘discaj’, kad temu janji dan tanpa menjelaskan bil hospital lalu jururawat bertugas mengepos dokumen berkenaan ke alamat pesakit di Taman Seri Aman, Bedong pada malam 30 November itu. Tambah beliau lagi, usaha seterusnya untuk berhubung dengan pesakit langsung tidak mendatangkan hasil malah pesakit juga tidak cuba berhubung dengan HAS mengenai masalah kesihatan yang dialami atau datang ke klinik pembedahan HAS sejak keluar.

Sarawak masih perlu ramai doktor

Oleh Leoranoa William - salinan asal SIBU, 24 Jun: Sarawak masih memerlukan ramai doktor perubatan agar setanding dengan nisbah doktor kepada pesakit di Semenanjung Malaysia. Menteri Perumahan Sarawak Dato Sri Abang Johari Tun Openg berkata, nisbah semasa doktor kepada pesakit di negeri ini ialah 1:3,800. “Ini bermakna, seorang doktor (di Sarawak) perlu menjaga 3,800 pesakit berbanding 2,600 di Semenanjung Malaysia,” ujar beliau ketika berucap pada majlis penutupan Majlis Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Nasyid Peringkat Jabatan Kesihatan Sarawak di Dewan MUC, Jalan Bandong, petang tadi. “Sehubungan itu, rakyat Sarawak perlu berusaha lebih gigih untuk mendapatkan ijazah dalam bidang perubatan agar dapat berbakti kepada rakyat di negeri ini.” Abang Johari menjelaskan, tugas doktor bukan sekadar untuk merawat pesakit, malah berperanan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada orang yang sihat agar mereka dapat menjadi rakyat yang lebih produktif bagi menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri ini. “Tugas para doktor dan jururawat memerlukan mereka tabah ketika menjalankan tugas. Ada masanya, mereka ini akan dipanggil untuk menolong kerajaan bagi menempatkan penduduk yang ditimpa bencana alam,” katanya. “Pada masa itu, doktor dan jururawat perlu sentiasa memberikan senyuman dan layanan yang baik kepada setiap pesakit di bawah jagaan mereka.” Dalam pada itu, beliau meluahkan rasa bangga atas pencapaian cemerlang jururawat yang dilatih di Malaysia yang mendapat permintaan menggalakkan dari negara-negara Timur Tengah. “Ini satu pencapaian cemerlang yang membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan barisan jururawat perubatan yang memenuhi permintaan negara luar,” tambahnya. Majlis Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Nasyid itu dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Sarawak dan Persatuan Kebajikan Islam Kesihatan (PERKIP) sempena dengan sambutan ulangtahun ke-30 PERKIP. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengarah Kesihatan Sarawak Dr. Andrew Kiyu, Pegawai Kesihatan Hospital Sibu Dr. Faizul Mansoor dan Timbalan Presiden Persatuan Kebajikan Islam Kesihatan (PERKIP) Sarawak Dr. Dayang Mordiah Abang Narudin

6/23/2007

Cara Mudah Untuk Jadi Jutawan Pasca Pelaburan Internet

Pelaburan internet dah kena "gam". Semuanya punah dan wang pelaburan yang bernilai ratusan ringgit, puluhan ribu, ratusan ribu dan mungkin juga jutaan ringgit lesap begitu sahaja. Mengapa tidak cuba yang ini. Tanpa modal permulaan, tanpa takut dianiaya, tanpa takut ditipu dan takut kehilangan wang pelaburan. Dan yang penting ia tidak menyalahi undang-undang negara kita. Semuanya berkaitan dengan apa yang kita guna setiap hari. Cuma luangkan sedikit masa dan sedikit usaha. Dan mungkin ia jadi milik anda. Klik kat sini untuk langkah pertama untuk jutawan. Klik kat sini untuk Syarat dan peraturan Semoga Berjaya.

6/22/2007

Father of murdered woman 'assaulted' in Malaysian court

SHAH ALAM, Malaysia (AFP) - The father of a slain Mongolian woman told a Malaysian court Friday that he was punched and kicked by the wife of a man on trial in connection with her murder.
Setev Shaariibuu, who is testifying in the murder trial of his daughter Altantuya Shaaribuu, 28, said the wife of Abdul Razak Baginda had punched him in the stomach outside the courtroom Friday.
"Just now she (Mazlinda Makhzan) hit me," he said.
"Every time she passes me (in the waiting room for witnesses), she kicks me. She is harassing and cursing me since the trial started (Monday)," he said.
Abdul Razak, 47, is accused of abetting the murder in October last year of Altantuya, his former lover.
The case has become a highly-charged political issue as Abdul Razak has close ties to Malaysian deputy prime minister Najib Razak.
Prosecutors say Abdul Razak planned Altantuya's killing and ordered two police officers -- members of a special unit charged with protecting the country's leaders -- to carry it out.
All three face the death penalty if found guilty.
Abdul Razak has vehemently denied any involvement in the case, which is seen by observers as a test of the country's judicial and political integrity.
Prosecutors say Altantuya was killed by "probable blast-related" injuries in Shah Alam, southwest of the capital Kuala Lumpur, after she was driven away from outside Abdul Razak's house.

"Tebusan Termuda" - Gagal Bayar RM985.00 - Dipenjara di Atas Penimbang selama 3 hari.

Berikutan itu, bayi malang yang dilahirkan pada malam 18 Jun lalu di sebuah bilik rawatan klinik am berkenaan, seolah-olah menjadi tebusan apabila terpaksa ditinggalkan ibu bapanya yang tidak mampu menjelaskan bayaran. Lain yang dicari lain pula yang dijumpa. Untuk mengetahui maklumat lanjut sila klik Link ini.

Malaysia frees 4 former Jemaah Islamiah suspects

KUALA LUMPUR (Reuters) - Malaysia has freed four people held without trial under a tough security law for five years over suspected ties to the Jemaah Islamiah militant network, a rights group said on Friday. The Malaysia-based GMI group, which has been campaigning against the security law, said the authorities did not say why the four had been released. The government has said in the past it would release detainees if they no longer posed a threat. Malaysia has used the Internal Security Act, a legacy of its counter-insurgency campaign against the communists during British colonial times, to lock up dozens of suspected Islamic militants since Sept. 11, 2001. The rights group welcomed the release of the four who had been in custody since early 2002, but said there were scores of others still under detention without trial. "The GMI is annoyed by the selective releases of the ISA detainees," the group, known by its Malay acronym GMI, said in a statement. A spokesman at Malaysia's Internal Security Ministry said he had no immediate comment on the release of the men, earlier believed to be linked with the Jemaah Islamiah. JI is an Indonesia-based militant group fighting for creation of an Islamic superstate across parts of southeast Asia. Asian and Western authorities blame the group for a series of attacks including the 2002 bombings that killed more than 200 people on Indonesia's resort island of Bali. Last October, Malaysia released 17 suspected militants held under the security law as a gesture to mark the end of the Muslim fasting month of Ramadan.

6/18/2007

Gambar 'Budak Sekolah Berani" dan "5 anak luar nikah sehari"

Adakah dua topik tersebut berkaitan. Mengapa ia berlaku?
Ke manakah nilai-nilai murni masyarakat kita yang kita sering junjung selama ini?
Adakah ini tanda akhir zaman?
Sila perhatikan gambar ini. Perhatikan pada pintu rumah tersebut tanpa mengelipkan mata anda. Jangan terkejut melihat gambar ini.

'BUDAK SEKOLAH BERANI'

Hai. BUDAK SEKOLAH BERANI Apa dah jadi dengan remaja sekarang. Hidup dipenuhi dengan teknologi canggih tapi menggunakan kemudahan tersebut secara tidak senonoh. Terbaru didedahkan dalam media massa - Tindakan merakam aksi gila rakan-rakan sekolah yang mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan di tepi parit dan menyebarkan klip video tersebut melalui telefon bimbit. Sesuatu tindakan yang amat jijik untuk dilakukan oleh mereka yang bergelar manusia. Maklumat lanjut pendedahan tersebut sila klik kat sini.

5 anak luar nikah sehari

MELAKA: Seramai lima wanita `mencatatkan rekod’ apabila melahirkan anak tak sah taraf di Hospital Melaka, di sini, dalam tempoh kurang 24 jam, semalam.

Ingin kan maklumat lanjut sila klik kat sini

6/15/2007

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2007.

KENAIKAN GAJI YANG TERBAIK UNTUK 1.2 JUTA PENJAWAT AWAM
Kegembiraan Untuk 1.2 juta penjawat awam seluruh negara terjawab pada 21.05.2007 yang lalu. Kerajaan telah bersetuju untuk memberi kenaikan gaji kepada pegawai perkhidmatan awam persekutuan. Untuk Maklumat Kenaikan Tersebut Sila Klik Kat Sini : -
  1. Pekeliling Perkhidmatan (Perkhidmatan Awam)
  2. Pekeliling Penuh (20.99MB)
  3. Pekeliling Perkhidmatan (Perkhidmatan Polis)
  4. Pekeliling Penuh (1.34MB)

Semoga 1.2 juta penjawat awam akan dapat menumpukan sepenuhnya perhatian dalam tugas rasmi mereka.

Berusahalah untuk mengurangkan hutang dan berusahalah untuk tidak lagi berhutang.

Berusaha jugalah untuk mengurangkan kerja luar/sambilan selepas waktu pejabat dan berusaha jugalah untuk meninggalkannya.

Berusahalah untuk menambah tabungan/pelaburan/simpanan dalam skim ASB/ASN/TH dan lain-lain institusi kewangan atau pelaburan yang diiktiraf oleh kerajaan dan bagi yang beragama Islam carilah yang halal dan menepati syarak.

Tunaikan tanggungjawab untuk membayar cukai pendapatan atau mengeluarkan zakat pendapatan dan ini seterusnya boleh membantu negara untuk proses pembangunan yang berterusan.

Bijaklah berbelanja dan gunakan kuasa yang ada ditangan dalam mengatur perbelanjaan keluarga.

Hulurkanlah juga kenaikan yang diperolehi ini dan kongsikan ia bersama ibu bapa atau penjaga kita yang telah berusaha untuk menjaga dan mendidik kita dari dalam kandungan/kecil sehingga kita berjaya kini.

Bekerjalah bersungguh-sungguh dan anggaplah kerja yang kita lakukan itu sebagai ibadah.

Semoga 2007 tahun yang Allah swt murahkan rezki kepada kita semua.

6/14/2007

SKIM CEPAT KAYA VERSI BUMIPUTERA TERBARU

Tindakan Tegas Yang Diambil Oleh SC / BNM / KTAK Telah Berjaya Memberi Kesedaran Kepada Masyarakat Malaysia Tentang Bahayanya Pelaburan Melalui Internet Yang Tidak Sah. Lihat Kini Semakin Banyak Web Pelaburan Yang Tidak Boleh Dimasuki Selepas Tindakan Tersebut. Pemilik-pemilik Web Pelaburan Tersebut Lebih Dahulu Angkat Kaki dan Melarikan Wang-wang Pelaburan Daripada Para Pelabur Mereka. Menjadi Mangsanya Adalah Para Pelabur Yang Ketandusan Maklumat Tentang Pelaburan. Patah Tumbuh, Hilang Berganti... Bermacam-macam Cara Pemilik Web Pelaburan Gunakan Untuk Mengelirukan Pihak Berkuasa Seperti Menukar Domain, Menggunakan Perantara Lain "Mirror Web Site", Berurusan Menggunakan SMS & Emel, Guna Kaedah Dynamic DNS (Perisian Khas) - Komputer Pengguna Boleh Mengesan Alamat Baru Web Yang Telah Bertukar Alamat Dan Banyak Lagi Cara Yang Akan Muncul Selepas Ini. Kini Timbul Satu Lagi Pelaburan Internet Yang Dikatakan Berlandaskan Islam. Maklumat Lanjut Klik Link Ini. Sila Lihat Apa Komen UZAR. Untuk Maklumat Pelaburan Halal Sila Klik Link Sini

6/08/2007

Pak Lah. Tahniah Dan Selamat Pengantin Baru.

Semoga Perkahwinan Tersebut Membawa Rahmat Kepada Malaysia Dan Juga Pak Lah. Sebagai Rakyat Biasa Sesungguhnya Kami Amat Bangga Kerana Mempunyai "Ayah" seperti Pak Lah Dan Esok Bakal Mendapat Seorang "Ibu". "Ayah & Ibu" Kepada Seluruh Rakyat Malaysia. Semoga Sentiasa Dirahmati Allah Kedua-dua Mempelai. Semoga Allah Melindungi "Ayah Dan Ibu" Kepada Rakya Malaysia Tersebut. Selamat Pengantin Baru.
-------------------------APA KATA MEREKA------------------
Perkahwinan PM lakar sejarah negara Surat & Emel - Berita Harian - 08.06.2007 RAKYAT Malaysia keseluruhannya mengucapkan tahniah sempena majlis akad nikah dan perkahwinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan wanita pilihannya, Jeanne Abdullah esok. Peristiwa yang membabitkan perkahwinan seorang Perdana Menteri tidak pernah disaksikan sebelum ini dan saya percaya peristiwa berkenaan akan terus menjadi lakaran sejarah penting bagi negara ini. Tiba masanya negara melihat kekosongan isteri Perdana Menteri diisi selepas pemergian Allahyarham Datin Seri Endon Mahmud. Kita diingatkan bahawa dalam al-Quran pernah ada tokoh wanita yang mengendalikan kekuasaan besar dan di sekelilingnya banyak tokoh lelaki. Orang yang pertama masuk Islam daripada umat Nabi Muhammad adalah wanita, iaitu Khadijah. Orang yang pertama mati syahid dalam Islam juga seorang wanita iaitu Sumayyah, ibunda Ammar Yasir. Sejarah Islam juga mencatat wanita turut hijrah ke Habsyah dan Madinah. Bahkan ada antara mereka yang hijrah dalam keadaan hamil tua. Asma binti Abu Bakar, adalah wanita yang menghantar makanan untuk Nabi dan Abu Bakar selama mereka bersembunyi di Gua Tsur, dalam perjalanan hijrahnya. Antara kaum Ansar yang menyaksikan baiat Aqabah, ada juga golongan wanita. Wanita juga turut berjihad bersama Rasulullah dalam beberapa peperangan yang diikuti Baginda. Demikian juga Sayidah Aisyah dalam peranan politiknya. Ini adalah contoh paling nyata mengenai peranan politik wanita yang sebenarnya. Terlepas daripada pro kontra dalam keputusan, Aisyah bersama pasukan yang besar menuju ke Basrah untuk menuntut darah Uthman. Apa yang pasti wanita juga mampu melakukan apa yang boleh dilakukan seorang lelaki. Dalam erti kata politik sebenarnya, wanita mencakupi kerjasama, bantuan dan penguasaan, malah pengertian terkandung dalam frasa menyuruh mengerjakan yang makruf – wanita juga mencakupi segala segi kebaikan dan pembaikan kehidupan. Ini termasuk memberikan nasihat atau kritik kepada penguasa sehingga setiap lelaki dan wanita Muslim hendaknya mengikuti perkembangan masyarakat agar masing-masing mampu melihat dan memberi saranan atau nasihat dalam pelbagai bidang kehidupan. Al-Quran juga mengajak umatnya (lelaki dan wanita) agar bermusyawarah, (surah al-Syura ayat 38). Ayat ini dijadikan dasar oleh banyak ulama untuk membuktikan adanya hak berpolitik bagi setiap lelaki dan wanita. Teman sejati bagi pemimpin nombor satu negara penting dalam menjalinkan hubungan negara dengan negara, kestabilan politik dan sosiomasyarakat. Inilah yang bakal menanti Jeanne yang secara rasmi menemani Pak Lah ke Brunei dan beberapa negara Eropah yang secara tidak langsung, peranan Jeanne turut membawa imej keterampilan tatasusila, sopan santun, adab dan pemikiran tinggi keintelektualan wanita Malaysia pada peringkat lebih tinggi. AHMAD FAUZI MUSTAFA, Pegawai Penyelidik Parlimen Malaysia.

Pelaburan PNB kena tepati hukum syarak - Wajib Baca!

Surat & Emel - Berita Harian 08.06.2007

KEUPAYAAN Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dalam menguruskan dana amanah saham tidak perlu dipertikaikan lagi. Dengan kakitangan terlatih serta sokongan berterusan daripada kerajaan, tidak hairanlah PNB dan ASNB mampu muncul sebagai pengurus dana amanah saham terbesar dan paling berjaya di negara ini. Dengan lebih lapan juta pelabur, saya percaya PNB dan ASNB tiada masalah mengekalkan pencapaian mereka. Namun, saya teragak-agak untuk melabur dalam skim amanah saham kendalian ASNB. Bukan tidak yakin dengan kepakaran pengurus dana mereka, tetapi ragu-ragu dengan status halal pelaburan mereka. Saya pernah membuat sedikit pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputra (ASB), tetapi selepas mendapat laporan tahunan skim ini, saya terfikir mengenai status pelaburan sama ada menepati hukum syarak. ASB memiliki pelaburan dalam syarikat kewangan yang mengamalkan riba. Begitu juga pelaburan syarikat tembakau yang dikatakan haram. Selepas sekian lama, saya menjumpai satu fatwa yang disiarkan di laman web www.e-fatwa.gov.my yang menyatakan pelaburan ASB adalah haram kerana dana ini mempunyai pelaburan tidak menepati syariah. (tambahan Saya - Klik Kat Sini - ASN) Saya berharap PNB dan ASNB dapat berbuat sesuatu bagi memastikan pelaburan umat Islam tidak membabitkan unsur riba. HAMBA ALLAH, Tok Jembal, Kuala Terengganu. ------------------------- Ada Dua Jawapan Tentang Pelaburan ASNB/PNB yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa tersebut. Kekadang kita sebagai rakyat biasa pun terkeliru. Sila Klik Pada Link Yang Tersebut Di atas untuk mendapatkan jawapannya. Semoga Allah Dapat Memberi Petunjuk Kepada Kita.

6/04/2007

Pendapatan Doktor. Halalkah?

Maklumat Lanjut Sila Klik Link ini Ada yang kata nak jadi doktor susah, belajar susah, belanja besar, dah kerja pun susah - banyak tanggungjawab, ramai pesakit menunggu, tak cukup rehat dan banyak lagi. Kalau buka klinik atau pusat perubatan sendiri senang - boleh dapat banyak untung dan kerja ikut jadual sendiri.... Tapi persoalannya sebagai seorang pesakit adakah kita tahu harga yang kita bayar untuk rawatan/ubat tersebut berbaloi atau tidak... Ada yang mengatakan janji sihat/sembuh....duit boleh cari....bayaran tak kisah... Bagaimana dengan mereka yang berpendapatan rendah/hidup susah? Menunggulah mereka untuk mendapatkan rawatan di unit-unit perubatan percuma....

6/01/2007

Remaja dirogol empat lelaki angkara SMS

APA YANG BERLAKU AMBILLAH SEBAGAI PENGAJARAN KEPADA KAUM HAWA YANG LAIN. JANGANLAH TERLALU MUDAH TERPEDAYA. INIKAN PULA DENGAN ORANG YANG LANGSUNG TIDAK DIKENALI. BERHATI-HATILAH DIMASA HADAPAN.

KLIK KAT +++ DIBAWAH UNTUK MAKLUMAT LAIN

+++++++++++++++++++++++++++++

KUALA NERANG: Akibat nombor telefon bimbitnya diedarkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), seorang gadis berusia 15 tahun mendakwa menjadi mangsa rogol bergilir-gilir empat lelaki, termasuk seorang remaja seusia dengannya, di Kampung Alor Imboi, Jalan Padang Sanai-Sintok, Selasa lalu.

Gadis bawah umur berkenaan yang juga pelajar sebuah sekolah menengah mendakwa dirogol empat lelaki di sebuah pondok kosong di kawasan pembalakan antara jam 11 malam Selasa lalu hingga 5 pagi kelmarin selepas dibawa bersiar-siar dengan kereta bersama suspek. Ketua Polis Daerah Padang Terap, Superintendan Hamzan Darus, berkata seorang daripada suspek yang mendapat nombor telefon mangsa menghubungi gadis itu pada jam 9.30 malam Selasa lalu dan mengajaknya bertemu. “Selepas berjumpa, suspek yang datang bersama seorang rakan lain kemudian membawa mangsa ke Kampung Tualak untuk mengambil dua lagi rakan mereka termasuk seorang remaja berusia 15 tahun dan menuju ke Kampung Alor Imboi di mana kejadian didakwa berlaku,” katanya pada sidang media di pejabatnya semalam. Katanya, siasatan awal mendapati mangsa tidak mengenali suspek dan malam itu adalah kali pertama mereka berjumpa. Mangsa membuat aduan di Balai Polis Kuala Nerang sekitar jam 7 pagi kelmarin manakala empat suspek, dua berusia 20 tahun, 26 dan 15 tahun ditahan di rumah masing-masing tengah hari kelmarin. ©The New Straits Times Press (M) Berhad - Harian Metro 01.06.2007 ____________________________________________

Pakatan strategik elak penjajahan ekonomi

Oleh: RAHISAM RAMLI - Rencana Utusan Malaysia 01.06.2007

MAJORITI umat Islam hidup dalam kemiskinan! Apakah kenyataan ini merupakan mitos atau fakta? Sebenarnya itulah kenyataan pahit yang memberi tamparan hebat kepada umat Islam masa kini. Kita perlu menerima kenyataan ini dengan positif berdasarkan fakta-fakta yang ada.

Buktinya Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata 24 peratus penduduk Islam berpendapatan kurang AS$1 sehari, 39 peratus hidup di bawah garis kemiskinan dan 45 negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) penduduknya mempunyai purata pendapatan tahunan kurang daripada AS$1,000.

Anehnya, 70 peratus keperluan tenaga dan 40 peratus eksport bahan mentah dunia pula datang dari negara Islam. Bagaimana mungkin potensi yang cukup besar masih tidak menjadikan umat Islam kaya? Negara-negara Islam berpotensi keluar daripada belenggu kemiskinan kerana kaya dengan sumber alam di negara masing-masing.

Dunia ekonomi telah berubah kerana kita sangat-sangat memerlukan bentuk pemikiran yang boleh mencipta inovasi untuk meningkatkan perdagangan.

Kini ketika negara-negara Islam masih banyak bergantung kepada Barat kerana kekurangan modal teroka, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Pengerusi OIC mengulangi lagi rahsia kekuatan umat Islam yang perlu diperkukuhkan melalui pembentukan dana modal teroka Islam bagi membolehkan penguasaan ekonomi dunia dengan lebih berkesan ketika Forum Ekonomi Islam Dunia baru-baru ini.

Pastinya dengan dana ini nanti dapat mengeluarkan produk berkualiti, mampu dikeluarkan dengan kuantiti yang banyak, setanding dengan jenama terkenal dan mempunyai pasaran yang luas.

Skeptikal dunia barat pada hari ini yang menganggap umat Islam sebagai punca kepada sebarang bentuk keganasan, peperangan, kemiskinan dan kemunduran perlu ditangani secara bijak dan holistik.

Sebenarnya propaganda puak Kapitalis mendakwa bahawa sempadan negara tidak penting lagi merupakan pelan tindakan untuk menjajah kembali negara-negara Islam. Oleh itu kebebasan modal teroka ke negara-negara Islam diserapkan agar kita tidak berjaya keluar daripada masalah kemiskinan.

Kebanyakan apabila kita menyebut negara miskin, bermakna negara itu tidak ada modal. Jika suntikan modal dilakukan maka pasti boleh memperkayakan mereka. Itu juga sebahagian propaganda kapitalis.

Walaupun umat Islam mewakili 31 peratus atau 2.2 bilion penduduk dunia dan dikurniakan dengan pelbagai sumber asli yang kaya tetapi negara Islam masih tetap miskin. Disebabkan kebanyakan negara-negara Islam terperangkap dengan ekonomi berpendapatan rendah maka menyebabkan kita terjebak dengan kemiskinan yang berpanjangan. Puncanya ialah di kalangan negara OIC kadar celik huruf dan pencapaian pendidikan yang rendah.

Justeru, dengan menjadikan pendidikan sebagai tunjang kekuatan ekonomi akan mengeluarkan umat Islam daripada kancah kemiskinan.

Anggapan sedemikian menjadikan pelabur asing tidak yakin dengan kemampuan ekonomi Islam berbanding dengan ekonomi kapitalis yang membawa pulangan yang berlipat ganda seterusnya menjadikan sistem kapitalis sebagai orde ekonomi oleh kuasa-kuasa besar.

Yang hairannya mengapa selama ini perdagangan semasa antara negara-negara OIC hanya di sekitar 12 peratus sahaja. Tidak lain dan tidak bukan kerana wujudnya sikap pentingkan negara sendiri tanpa memikirkan rakan yang seagama.

Amat malang jika peluang meningkatkan perdagangan ke tahap yang lebih tinggi ini dibiarkan begitu sahaja, pasti negara-negara Islam tidak mampu keluar daripada belenggu kemiskinan malah pandangan serong Barat terhadap Islam semakin bertambah.

Untuk menyelesaikan belenggu ini maka kemudahan infrastruktur seperti alat perhubungan awam, institusi pendidikan dan perkhidmatan kesihatan di kalangan negara Islam hendaklah dibangunkan.

Ketika harga minyak yang melambung maka negara-negara yang mempunyai lebihan modal boleh salurkan dana modal kepada negara-negara yang mengalami defisit yang kritikal.

Malaysia yang kian aktif menggerakkan hala tuju negara-negara Islam dengan menjadikan sebagai hab kewangan Islam dan hab produk halal telah mendahului dari segi tindakan dan menjadi contoh kepada negara luar.

Kini masanya negara-negara Islam tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada Barat. Zon selesa (comfort zon) sebenarnya menjadikan kita umat yang sentiasa bepegang kepada prinsip ‘cukup makan’ sahaja.

Potensi yang ada terhadap perdagangan Islam menunjukkan pasaran permintaan yang luas seperti instrumen kewangan, Sukuk. Sehingga kini Barat telah pun mengguna pakai instrumen Sukuk bernilai AS$700 bilion hingga AS$900 bilion. Manakala AS$581 bilion pula adalah sumbangan dalam industri hala di peringkat global dan akan meningkat sekitar 15 peratus setiap tahun. Jumlahnya sebanyak satu perempat nilai dagangan antarabangsa.

Ejen kepada tindakan inovasi pula boleh diterajui oleh Bank Pembangunan Islam (IDB), Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam dan Pertubuhan Zakat Antarabangsa.

Oleh yang demikian usaha untuk menginovasi perdagangan di kalangan negara Islam memerlukan daya intelektual, tokoh pemikir, ahli cendekiawan, para ulamak da saintis yang berfikiran kreatif dan analitikal.

- RAHISAM RAMLI ialah Pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Kolej Teknologi Islam

Antarabangsa Melaka (KTIAM).

SC sekat laman web

Oleh Hardi Effendi Yaacob dan Ifwan Tun Tuah - Berita Harian 01.06.2007

Pelabur skim haram tak boleh akses akaun mulai 11 Jun KUALA LUMPUR: Orang ramai yang terbabit dalam skim pelaburan haram menerusi internet diarah mengeluarkan pelaburan dan menutup akaun masing-masing serta-merta kerana akses kepada laman web berkenaan akan disekat mulai 11 Jun ini.

Suruhanjaya Sekuriti (SC), dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam, berkata pihaknya akan memulakan operasi menyekat akses kepada laman web yang menawarkan skim pelaburan tidak sah mulai tarikh itu bagi mengelak penipuan.

Pelabur tidak akan boleh memasuki akaun mereka apabila akses ke laman web yang menawarkan skim pelaburan haram itu disekat, sekali gus menyebabkan mereka berdepan risiko kehilangan semua wang yang dilaburkan.

“SC bekerjasama dengan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi (SKMM) serta CyberSecurities Malaysia untuk menjejak, mengenal pasti dan menyekat akses kepada laman web tempatan dan asing yang mempromosikan skim penipuan pelaburan.

“Langkah ini adalah rentetan daripada siri amaran dan peringatan kepada pelabur mengenai skim pelaburan tidak sah sebelum ini. Walaupun amaran berulang sudah diberikan, masih ada yang terus melabur dalam skim pelaburan ini.

“SC sudah mewujudkan satu pasukan petugas dalaman yang sudah memulakan kempen kesedaran yang menyeluruh mengenai skim penipuan pelaburan internet,” katanya.

Antara April dan Mei lalu saja, SC menerima kira-kira 720 pertanyaan dan aduan berhubung skim pelaburan internet haram dengan ramai di antaranya mengadu mereka sudah kerugian sejumlah besar wang.

SC berkata, skim pelaburan haram yang dipromosikan melalui internet, tidak dilesenkan oleh suruhanjaya bagi memberi nasihat pelaburan berkaitan aktiviti sekuriti, pasaran niaga hadapan atau kegiatan pengurusan dana di negara ini.

“Orang ramai diingatkan supaya hanya melabur dengan pihak yang dilesen oleh SC supaya mendapat perlindungan yang disediakan mengikut undang-undang sekuriti dan pelabur dinasihatkan supaya sentiasa merujuk kepada senarai syarikat atau individu yang dilesenkan,” katanya.

Senarai berkenaan boleh didapati di laman web www.sc.com.my, yang dikemas kini secara berkala serta mengandungi maklumat berhubung syarikat yang dikesan tidak diberi lesen mengikut undang-undang sekuriti untuk berurusan dalam sebarang aktiviti pelaburan.

Mengikut laman itu, sejumlah 61 syarikat terbabit menawarkan pelaburan yang tidak sah termasuk ABB Fund, AM Global Management, Data Saham, eUK Gold, E-suisse Fund, Hibah Funds, My Dinar, Swiss Mutual Fund, Smartcash dan Sime Securities.

Media sebelum ini melaporkan syarikat pengendali skim pelaburan internet berkenaan yang mendakwa terbabit dalam perniagaan berkaitan perdagangan komoditi, minyak dan gas, dipercayai didalangi sindiket penipuan tempatan serta antarabangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, ketika dihubungi semalam, berkata tindakan proaktif SC dalam usaha mengekang kegiatan skim pelaburan menerusi internet haram itu akan membantu membendung gejala itu daripada terus berleluasa.

Katanya, sudah tiba masanya kegiatan haram itu ditangani segera bagi mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa.

“Ini satu bentuk penipuan dan ia memang tidak baik. Kita menyokong penuh sebarang usaha menangani perbuatan tidak baik ini dan ia memang sudah sepatutnya dilakukan dari awal lagi iaitu, ketika mula-mula kegiatan ini dikesan,” katanya.

Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat Bank Negara Malaysia, Abu Hassan Alshari Yahaya pula ketika dihubungi menyifatkan tindakan itu sebagai langkah yang berkesan untuk menyedarkan orang ramai yang mudah terpedaya dengan skim penipuan berkenaan.

“Kita sedia maklum mengenai tindakan suruhanjaya itu dan sentiasa bekerjasama dengan mereka serta agensi penguat kuasa lain bagi memastikan sebarang skim pelaburan yang tidak sah dapat dihapuskan,” katanya.

5/29/2007

Perspektif IKIM :Pertanian senjata baru penjajahan

Oleh Mohd Noor Omar - Berita Harian 29.05.2007 - Agama Barat tekan ekonomi negara membangun guna alasan globalisasi SUATU keadaan yang pasti di lalui dalam kehidupan ialah perubahan. Itulah tandanya baharu alam ini. Dunia juga berubah daripada semasa ke semasa. Kadang-kadang sukar untuk kita fahami perubahan dan bagi mereka yang alpa sering menjadi mangsa perubahan. Begitu juga dengan perubahan dalam bentuk kuasa dan penjajahan. Daripada zaman penjajahan bersenjata atau kekerasan, yang lemah dan tidak bersatu menjadi mangsa kuasa besar. Yang kurang sifat kemanusiaan menjadi raja berpaksikan undang-undang rimba batu. Beralih kepada zaman penguasaan melalui kepintaran melampaui had. Kesederhanaan dalam berfikir ditinggalkan begitu saja. Takrifan agama atau cara hidup adalah berlandaskan nafsu dan kegilaan kepada kebendaan dan keutamaan untuk kelangsungan hidup kumpulan tertentu. Jika kita tinjau globalisasi, kita dapati ia satu cara baru menguasai maklumat pihak lain. Pada zaman dulu, globalisasi tidak wujud. Sebelum globalisasi mengambil tempat, kita didedahkan dengan modernisasi. Ia membabitkan usaha dua kuasa besar iaitu Russia dan Amerika Syarikat ingin menjadi jaguh di pentas dunia. Pelbagai propaganda digunakan Amerika untuk menjadikan mereka kiblat. Cerita Combat yang ditayangkan hampir ke seluruh dunia memperlihatkan bagaimana Russia sebagai satu kuasa jahat dan Amerika pula wiranya. Apabila runtuhnya Tembok Berlin, Amerika menguasai dunia. Era sudah berubah, maklumat menjadi perkara penting. Mereka perkenalkan penggunaan internet dan laman web. Pelbagai insentif diberikan termasuk pendaftaran emel percuma, transaksi talian dan banyak lagi. Apa yang menjadi persoalan ialah siapa yang menguasai teknologi ini? Dunia terpaksa akur dengan perubahan ini dan menerima pakainya dengan bangga. Padahal, jika ditinjau, semua maklumat penting dan rahsia boleh dicapai orang lain dengan mudah. Akibatnya, lahir ramai jutawan Amerika. Jika tidak kerana memperkenalkan sistem baru, hanya dengan mengetahui teknik menggodam, pelbagai masalah negara boleh timbul. Kini tiba pula suasana baru. Dalam sedar atau tidak, kita menghadapi tekanan dalam bentuk perdagangan. Pelbagai akta antarabangsa digubal dan diperkenalkan. Mungkin kulit luarnya nampak menguntungkan negara terutama negara membangun tetapi hakikat di sebaliknya mungkin jauh berbeza. Amerika giat berusaha memasarkan beras yang disahkan tidak selamat iaitu yang dihasilkan melalui kejuruteraan genetik (GE) kepada negara membangun. Isu beras yang boleh dikatakan isu global membabitkan makanan asasi penduduk Asia diselitkan melalui Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA). Jika padi biasa, kita hanya perlu semai dan ia akan tumbuh tanpa sekatan tertentu. Dengan menggunakan beras GE, benih padi mesti diimport dari Amerika yang mempatenkan hasil beras GE supaya mendapat hak di bawahnya. Tiga jenis beras yang berteknologi GE iaitu Liberty Link LL62, LL601 dan LL604 kini secara berleluasa dikembangkan di bawah WTO melalui dua perjanjian penting iaitu Perjanjian Mengenai Pertanian (AOA) dan Perjanjian Mengenai Dagangan Berkaitan Aspek Hak dan Harta Intelek (TRIPS). Di bawah perjanjian AOA, objektif pertama ialah ‘liberalisasi pertanian’ dengan membuang halangan perdagangan seperti tarif dan bantuan tempatan. Perjanjian itu sebagai pelindung kepada persaingan tidak adil terhadap barangan import. Manakala, di bawah TRIPS pula, melalui hak paten yang memberi jaminan kepada negara membangun untuk menggunakan paten mereka sehingga 20 tahun. Sebelum ini, petani tidak perlu membayar royalti terhadap paten beras tetapi dengan beras GE, petani perlu membayarnya atau dianggap sebagai lanun bio. Contohnya, sejenis beras Basmati didaftar paten di Amerika oleh Rice Tech Inc Pada 1970, Filipina adalah pengeksport terbesar beras. Tetapi apabila menyertai program WTO dan menandatangani perjanjian AOA, negara itu mengimport 2.2 juta tan beras pada tahun 1998 iaitu hampir 40 peratus daripada pengeluaran dalam negara. Secara tidak langsung, perkembangan itu memberi kesan kepada petani. Peningkatan ke atas kebergantungan kepada negara maju ketara sekali apabila kita lihat peningkatan import beras Asia daripada 4.8 juta tan kepada 15.4 juta tan iaitu peningkatan 300 peratus. Melaluinya juga WTO memaksa negara membangun mengamalkan Corporate Farming iaitu syarikat dari Amerika akan mengusahakannya secara besar-besaran. Tenaga buruh terdiri daripada petani tempatan yang dibayar murah. Petani yang mengusahakan sendiri tidak lagi mampu bersaing dengan skala pengeluaran dan harga ditawarkan akhirnya rela menjadi pekerja saja. Di samping itu, penggunaan racun yang berbahaya kepada kesuburan tanah digunakan secara berleluasa dan akhirnya tanah menjadi makin tidak subur. Inilah bentuk baru penjajahan yang menghilangkan hak negara mentadbir. Sejarah boleh bertukar. Jika Asia adalah pengeluar beras utama dunia, kini dengan terlaksananya tekanan melalui FTA, Asia menjadi pengimport beras dari negara maju. Pada tahun 2004, China menghasilkan 177 jua tan, India 129 juta tan, Indonesia 54 juta tan. Jika beras GE ini diguna pakai, kemungkinan negara ini hanya menjadi pengimport terbesar. Petani tidak mampu bersaing dengan harga beras GE yang zahirnya nampak lebih berkualiti. Saintis Kanan Institut Dasar Pengguna Amerika Syarikat, Dr Micheal K Hansen dalam usaha memberi kesedaran kepada negara membangun menegaskan bahawa petani di Amerika kerugian hampir RM4.6 juta bilion kerana produk mereka gagal dipasarkan ke negara luar. Kaedah baru memasarkannya ialah melalui FTA. Sementara negara seperti Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Russia, United Kingdom dan Amerika sentiasa menutup pintu bagi menerima barangan dari negara membangun. Begitulah percaturan hidup yang dilakukan sebagai satu cara untuk mengaut keuntungan. Bagi negara yang lemah dan kurang pengalaman dalam urusan antarabangsa dan tiada kekuatan pengetahuan, mungkin menganggap tarikan bidang bioteknologi satu peluang tanpa menghalusi bagaimana bioteknologi ini akan menghilangkan kedaulatan negara akhirnya. Apa saja perkara dalam dunia ini tidak semudah yang disangkakan. Kalau terdetik satu keadaan mudah, pasti pemeriksaan rapi perlu dibuat bagi mengelak penyesalan di kemudian hari.

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...