12/31/2009

Selamat Datang 2010 dan Selamat Tinggal 2009

Menjelang kedatangan 2010 beberapa jam sahaja lagi saya ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pelawat yang bertandang di laman blog saya.

2009 meninggalkan kenangan yang amat sukar dilupakan di mana ibu tersayang telah meninggalkan kami semua pada tanggal 5/1/2009 pada usia 61 tahun.  Amat sedih untuk menghadapinya namun ALLAH swt lebih lagi menyayanginya.  40 hari sebelum itu Datuk pergi meninggalkan kami semua...pergi takkan kembali lagi..pada usia 80 + tahun..

12/24/2009

Puji pengecualian bayaran bil elektrik RM20 ke bawah

PENGUMUMAN kerajaan bahawa pengecualian pembayaran bagi bil elektrik RM20 dan ke bawah dilanjutkan sehingga Disember tahun depan seperti yang diumumkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin, baru -baru ini amat dialu-alukan.


Pengumuman tersebut yang turut disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia merupakan satu hadiah tahun baru yang bakal disambut beberapa hari lagi buat rakyat Malaysia, terutama sekali bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Pengumuman itu juga menepati hasrat dan dasar kerajaan di bawah Perdana Menteri, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

12/23/2009

Kehilangan enjin jet pejuang F-5E milik TUDM

Bagaimana ia boleh hilang..

Bukannya wang siling 50 sen yang boleh disorok-sorok.

Peniaga Cina dan Peniaga Iban

Jang..beli dek juak rambutan amoi tu'..

rambutan aku 2 ikat...rambutan amoi nyak 2 ikat..

kasih meda' ya..

laban kame sama berjual ditu'

12/11/2009

SwissCash cuma beri ID pengguna

TAHNIAH diucapkan kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) kerana memenangi kes tuntutan ke atas pihak yang mendalangi pelaburan haram SwissCash yang pernah menggemparkan negara tidak lama dulu.


Saya merujuk kepada laman web SC memaklumkan bayaran balik skim SwissCash iaitu semua pelabur yang pernah ditipu dalam skim ini akan dibayar semula wang mereka dengan syarat dan kriteria ditetapkan suruhanjaya itu.

Wanita minta nikah batin disahkan

Oleh Mohamed Farid Noh BH ONLINE 11.12.2009






KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan wanita semalam menarik perhatian ramai, termasuk media apabila mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini bagi mengesahkan pernikahannya yang dilakukan secara batin (tajdi), empat tahun lalu.

12/02/2009

Subsidi petrol guna MyKad Mei

Oleh Kamarulzaidi Kamis



kamarulzaidi@bharian.com.my - BH Online 02.12.2009



Kerajaan boleh jimat RM2 bilion, bantu kurangkan defisit bajet negara


KUALA LUMPUR: Sistem subsidi petrol baru menggunakan MyKad yang akan diperkenalkan Mei tahun depan akan membolehkan kerajaan berjimat lebih RM2 bilion perbelanjaan subsidi, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Katanya, kerajaan sedang dalam proses membangunkan sistem itu, membabitkan pembayaran untuk petrol baru menggunakan MyKad di semua stesen minyak di Malaysia.

12/01/2009

Siswi jadi hamba seks bomoh, foto bogel dirakam

Dis 1, 09 4:43pm  - Malaysia Kini Online


Kerana ingin mengubah nasibnya, seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Kuala Lumpur menjadi mangsa hamba seks seorang bomoh lelaki sejak April tahun ini.

Ketua Jabatan Aduan dan Khidmat Awam MCA Datuk Michael Chong berkata mangsa yang dikenali sebagai Loh, 21, mengenali bomoh itu, 50, ketika sedang bercuti bersama rakan dan keluarganya dua tahun lepas.

Kanak-kanak Tanjong Manis Kurang Zat Makanan

Azamin Amin - Harakah Online - Link Asal


KUALA LUMPUR, 30 Nov: Parlimen hari ini diberitahu bahawa sejumlah hampir 15 peratus kanak-kanak bawah umur lima tahun di kawasan Parlimen Tanjong Manis di bahagian Mukah Sarawak mengalami masalah kekurangan zat makanan.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Rashid Shirlin (BN-Papar) berkata kementeriannya memandang serius dan amat sedar dengan kejadian yang berlaku.

11/28/2009

"Prinsip 20% dan Anai-anai"

Pejabat Residen, Daerah dipantau


Posted By rajlira On 27th November 2009 @ 10:00 In Tempatan

SPRM kesan penyelewengan 60 peratus peruntukan projek pembangunan

KUCHING: Pejabat-pejabat Residen dan Daerah kini di bawah pemantauan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila siasatan mereka mendapati wujud penyelewengan 60 peratus dalam peruntukan pelaksanaan projek pembangunan.Pengarah SPRM Sarawak Samsiah Abu Bakar berkata, beliau telah meneliti beberapa kes yang mana pegawai-pegawai daerah menyelewengkan wang pembiayaan projek atau bersekongkol dengan kontraktor.

“Modus operandinya ialah mereka mempunyai kroni di kalangan kontraktor yang akan melaksanakan projek. Urusan itu berlaku di kalangan mereka,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

'Orang bukan Islam boleh terima daging aqiqah'

KUALA LUMPUR: Daging korban dalam ibadat aqiqah boleh diberikan kepada orang bukan Islam jika pemberinya pihak kedua iaitu penerima daripada pihak pertama kata, Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid.


Beliau berkata, bagaimanapun pihak pertama (orang yang melakukan ibadah korban) diharam mengagihkan daging aqiqah kepada orang bukan Islam kerana ia ibadah hanya kepada orang Islam.

Bila Amah Indonesia Berkelakuan Mengalahkan Binatang, kejam...

Siapa yang kejam sebenarnya..kadang-kadang orang gaji/pembantu rumah sukar untuk diberi muka..mereka juga pandai bermuka-muka..pandai berlakon...

ada yang mengeluarkan kata-kata kesat kepada anak-anak kita, cakap bodoh, bahalul, dsbnya..anak-anak pun pandai juga bagitahu mak bpk dier, yang amah tersebut sebut perkara yang tak elok..

11/26/2009

Salam Aidil Adha

Assalamulaikum.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha 1430H.

11/19/2009

Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)

Kiriman emel: ezam othman (eracreative1@yahoo.com.sg )


Assalam Mu'alaikum Wbrth!!!.... .. Bacalah dan Renungkanlah. ...

Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan di bumi Sabah dalam keluarga Kristian.. Bapa saya seorang KETUA PADERI yang menjaga 15 buah gereja di satu kawasan di Sabah .

Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh negeri! kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000!!!

Menteri Besar Kais Pagi Makan Pagi (Adnan Ibrahim)

Pada persepsi umum atau minda awam, mereka yang menjadi Menteri Besar atau berkaitan dengan menteri diklaskan sebagai pemimpin, sudah tentu banyak wang.


Masyarakat melihat pada zahir menteri tinggal di rumah besar, menaiki kenderaan mewah ketika menemui rakyat maka sinonimnya sudah tentu gaji besar, wang banyak dan harta bertambah.

11/18/2009

Tuan Guru Nik Aziz & Haji (Jawapan Ustaz Zaharuddin)



SOALAN


Apa pandangan ustaz berkenaan seseorang pergi haji dengan wang hadiah orang lain, saya rasa ustaz faham isu ini berkait dengan kenyataan Tuan Guru Menteri Besar Kelantan yang membatalkan hasrat menunaikan haji pada tahun ini (2009) akibat pertikaian dan tuduhan rasuah. Tapi beliau masih bersedia menerima tajaan dari mana-mana pihak tahun hadapan.

JAWAPAN

Hukum asal bagi menunaikan haji dengan wang hadiah adalah HARUS tanpa sebarang khilaf. Walaupun seseorang digalakkan untuk menggunakan wang sendiri bagi menunaikan haji bagi memperolehi maksud haji yang menagih pengorbanan tenaga dari tubuh badan, minda dan wang.

11/15/2009

Swisscash Investment Scam Settlement: FAQS

Investor Affairs


Swisscash Investment Scam Settlement: FAQS

Q1: What is the current status of the civil suit taken by SC against those involved in the Swisscash activities?

A:  The SC has entered into consent judgment with Albert Lee and Amir Hassan on 6 November 2009 in which they have agreed to pay the SC in total a sum in excess of RM30 million which will be used to compensate investors.

Q2:  How soon will investors be able to get their monies back?

Pelaburan haram: SC bayar RM31 juta kepada mangsa

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti (SC) sudah menyelesaikan kes penipuan pelaburan haram terbesar negara yang bernilai RM31 juta, kata Pengerusinya, Tan Sri Zarinah Anwar.

RM31 juta dipulang

RM31 juta dipulang


Oleh Ahmad Fiesal Othman


fsal@bharian.com.my

Pelabur skim cepat kaya Swisscash yang mengalami kerugian akan mendapat semula sebahagian wang

KUALA LUMPUR: Pelabur skim cepat kaya Swisscash yang mengalami kerugian akan mendapat semula sebahagian wang mereka berikutan kejayaan Suruhanjaya Sekuriti (SC) menyelesaikan penipuan yang membabitkan RM31 juta itu.

Mereka yang layak mendapat ganti rugi perlu memenuhi beberapa syarat, termasuk mempunyai bukti kukuh sebagai pelabur prinsipal dan tidak terbabit merekrut pelabur lain.

SC pulangkan wang pelabur Swisscash

SC pulangkan wang pelabur Swisscash - BHarian Online


Oleh Ahmad Fiesal Othman


fsal@bharian.com.my


Suruhanjaya selesaikan penipuan babit RM31 juta, bayaran dikembalikan awal tahun depan

KUALA LUMPUR: Pelabur skim cepat kaya Swisscash yang mengalami kerugian akan mendapat semula sebahagian wang mereka berikutan kejayaan Suruhanjaya Sekuriti (SC) menyelesaikan penipuan yang membabitkan RM31 juta itu.

11/13/2009

Swisscash scam: SC secures RM31m settlement

The Securities Commission (SC) has entered into the largest settlement in its history involving 31 million ringgit over the Swisscash investment scam and it will use the money recovered to restitute eligible investors affected by the investment scam, said SC chairman Tan Sri Zarinah Anwar.


 Sila Klik Video

11/11/2009

Apa yang Anda Fikir???



Boleh anda fikirkan yang selainnya???

Beginikah Perniagaan Seperti MLM??

pelaburan skim cepat kaya???

Atau apabila anda di atas, orang di bawah anda akan menjadi mangsa??

atau dan atau???

Melayu Bercakaran Sesama Melayu! Siapa Yang Untung?.

Siapakah yang untung kalau Orang Melayu Bercakaran sesama Sendiri Kat Malaysia ni..

??????

??????

Apa pendapat anda???

Iklan dan Orang Melayu/Muslim

Iklan Potong Wimax...kenapa bersifat keterlaluan....budak-budak main kompang...lagu potong-potong...

waktu persandingan dan walimatul urus pun mereka masuk potong-potong...

sebab memanglah pengguna utama kat malaysia ni majoriti melayu..itu kuasa besar yang tak boleh siapa-siapa nafikan..kuasa pembeli Melayu..tanpa pembeli melayu memang banyak tauke2 golong tikar...

hinggakan SKM pun diarah memantu iklan tersebut atau memotongnya pulak..sebab bersifat lucah..abang dah potongkah..of course..

11/10/2009

Kenapa Hina Solat. Perbuatan Budak Sekolah St Augustine Student, Betong

Tindakan pelajar dari sekolah ni memang melampau...

kenapa mempermainkan pergerakan dalam solat.

tiada pemantauan kah oleh pihak yang bertanggungjawab...

Klik kat Sini

11/09/2009

Dr. Asri dan Politik.

Dr Asri Sedia Sertai Politik Untuk Berdakwah

KOTA BAHARU, 9 Nov (Bernama) -- Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau sedia menyertai politik sebagai jalan terakhir jika usahanya untuk menyebarkan dakwah melalui ceramah agama berdepan dengan halangan.


Menurutnya beliau memang tidak bercadang menyertai politik dan lebih menumpu kepada usaha menyebarkan pemikiran Islam yang dianggap luas kerana Islam adalah agama untuk semua.

"Tapi jika semua pintu tertutup dan saya tidak boleh bercakap melainkan boleh bercakap dalam pentas politik, terpaksa berfikir lain. Saya harap ini tidak akan berlakulah," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sini Isnin.

11/02/2009

Siapa Marina Undau?

posted on November 2nd, 2009 @ 09 : 07 am by Moderator  - http://sarawakupdate.com.my/blog/


Kini sudah heboh satu Sarawak mengenai kes seorang pelajar perempuan dari bandar Sri Aman yang dilaporkan gagal melanjutkan pengajian ke peringkat matrikulasi kerana dikelaskan sebagai Bukan Bumiputera.

Marina Unau, pelajar aliran Sains dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang telah memperoleh keputusan 9A 1B menerusi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lepas.

Walaupun beliau secara lazimnya difikirkan sebagai seorang Bumiputera kerana ayahnya Unau anak Liap berketurunan Iban manakala ibunya Wong Pick Sing pula berketurunan Cina namun Perlembagaan Persekutuan Malaysia bagi Perkara 161A(6)(b) Sarawak telah menyatakan bahawa Marina adalah Bukan Bumiputera.

Ini kerana Perlembagaan Persekutuan Malaysia bagi Perkara 161A(6)(b) Sarawak menyatakan bahawa seseorang itu hanya dianggap seorang Bumiputera jika ibu dan bapanya adalah merupakan seorang Peribumi Sarawak.

11/01/2009

Untungnya. Bila lah Jalan Mukah Selangau Nak Siap Ye..

Score Catat Cadangan Pelaburan Lebih RM90 Bilion


SHAH ALAM, 1 Nov (Bernama) -- Koridor Tenaga Yang Boleh Diperbaharui Sarawak (Score), satu daripada lima koridor wilayah yang sedang dibangunkan di seluruh negara, menerima 20 cadangan pelaburan bernilai lebih RM90 bilion daripada syarikat asing dan tempatan.

(harapan nya jalan Mukah Selangau tu lekas-lekas lah siap...kesian dengan pengguna yang melaluinya)

Dah Terbalik Dah

(Di Malaysia Sudah Adakah Sekarang??)

Sekarang, Lelaki Pula Minta Perlindungan Daripada Keganasan Rumahtangga


Oleh P.Vijian

NEW DELHI, 1 Nov (Bernama) -- Dalam situasi yang kini berubah, golongan suami yang tidak berdaya dan sering diganggu di India mendesak supaya mereka diberi perlindungan daripada didera oleh isteri dan mertua masing-masing.

(Kalau kat Malaysia Orang Cakap Queen Control)... alahai...

10/30/2009

RM50 Juta (2007) ke RM150 (2009/2010) - Wow

Bernama.com

--------------------------------------------------------------------------------
Am 30 Oktober, 2009 17:45 PM

Samy Vellu Didakwa Mungkir Janji Naik Taraf Jalan Baram

MIRI, 30 Okt (Bernama) -- Janji bekas Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu untuk memberi peruntukan RM50 juta bagi menaik taraf laluan sepanjang 29km Jalan Beluru-Long Lapok yang menghubungkan Miri dengan kawasan pedalaman Baram dua tahun lepas, masih belum ditunaikan hingga kini, kata Anggota Parlimen Baram Datuk Jacob Dungau Sagan.

10/29/2009

Apa erti jadi orang Melayu

(+an ->  Malukah Kita Jadi Orang Melayu)

Pelbagai pihak mengata orang Melayu macam-macam. Ada yang mengkritik sikapnya, budayanya dan juga bahasanya. Orang Melayu bersifat perkaumanlah. Bahasa Melayu dikatakan macam-macam. Tidak sesuailah dengan zaman. Orang Melayu kena kuasai bahasa Inggeris untuk selamat. Biarlah mereka kata macam-macam, tetapi sudah ditakdirkan orang Melayu dilahirkan Melayu.

Bukan pilihan mereka untuk menjadi Melayu. Tetapi lahir-lahir sudah jadi Melayu. Tidak kiralah ada antara Melayu yang keturunannya bukan Melayu, malah ada yang tidak miliki darah setitik pun keturunan Melayu, tetapi mereka mahu menjadi Melayu.

Hakikatnya Melayu bukannya kaum yang berdasarkan darah keturunan. Melayu adalah bangsa yang berasaskan budaya tersendiri. Sesiapa mengamalkan budaya berkenaan, jadilah dia Melayu. Tetapi menjadi Melayu mempunyai keseronokannya tersendiri. Walaupun Melayu banyak ketinggalan, dan ramai daripadanya jahil dan miskin, tetapi tidak pula mereka mahu bertukar menjadi bangsa lain. Jadi bangsa Amerika umpamanya. Atau China , Arab dan lain-lain. Mereka tetap mahu menjadi Melayu.

USM hasil mi kuning kering mampu turunkan berat badan


AZHAR Mat Easa menunjukkan mi kuning kering, Neodles dan pingat pecipta yang mengiktiraf kebaikan produk itu di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, semalam.



--------------------------------------------------------------------------------

PULAU PINANG 28 Okt. - Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menghasilkan mi kuning kering lebih berkhasiat yang antaranya mampu menurunkan berat badan dan memberikan rasa kenyang yang lama dikenali sebagai Neodles.




Ketua Penyelidik dan Pensyarah Pusat Pengajian Teknologi Industri USM, Prof. Madya Azhar Mat Easa berkata, selain itu, mi kuning tersebut juga sesuai dimakan oleh penghidap kencing manis, obesiti dan mereka yang mengamalkan diet.


10/28/2009

Berjaga-jaga!!


ANGGOTA polis dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) memasang dawai dan papan tanda polis, di hadapan pintu keluar masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan, dimana berlangsungnya sidang Dun di Ipoh, pagi ini. Foto Ikhwan Munir - Berita Harian Online 28/10/2009

================================

Kalau tengok gambar ingatkan situasi tersebut kat luar negara... dah baca statement rupa-rupanya kat Perak...

kenapa lah sampai begitu sekali....

10/27/2009

Jambatan Gantung Runtuh...Mudahnya...Ader yang tak lena Tidur

22 murid hilang, jambatan gantung Kuala Dipang runtuh - BH Online 27.10.2009



GOPENG: Seramai 22 daripada 296 pelajar sekolah rendah yang sertai kem perkhemahan, hilang dipercayai dihanyutkan arus apabila jambatan gantung yang mereka naiki runtuh di Sungai Kampar, Kuala Dipang, jam 10.30 malam tadi.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang melawat tempat kejadian berkata kerajaan negeri akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat punca kejadian.

10/26/2009

'Saman belacan' undang persoalan

BERITA mengenai pembungkus belacan didenda RM600 oleh Mahkamah Majistret selepas pendakwaan Jabatan Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Dungun, menimbulkan persoalan yang memerlukan jawapan segera.

Kes itu menunjukkan seolah-olah pihak penguat kuasa undang-undang hanya berani mengambil tindakan terhadap peniaga runcit yang untungnya tidak seberapa.

10/25/2009

Pembeli Melayu & Pembeli Cina

Langsat Indon memang manis..umpama gula. Tak macam langsat local yang masam-masam manis..tapi rasanya enak.

Musim langsat indon kat kuching atau kota samarahan kita lihat ramai peniaga yang menjual buah tersebut di tepi-tepi jalan dan sekitar bulatan di jalan kota samarahan/tabuan jaya.

Bajet 2010 - Bajet Tarik Tali

Memang dijangkakan bajet 2010 lebih kepada bajet rakyat. Seperti mana yang PM katakan..untuk membantu kemakmuran rakyat. Secara teorinya. Diharapkan secara praktikalnya nanti ia sampai kepada kumpulan sasarannya.

Rakyat Malaysia akan menikmati segala kebaikan ekoran daripada perlaksanaan yang akan dirancang tersebut. Dari anak-anak kecil hinggalah kepada pesara semuanya di cakup dalam bajet tersebut..Kata PM Tiba masa untuk memakmurkan rakyat.

PM seorang yang amat pintar..dia galakan rakyat berfikir di 'luar kotak fikiran'...maksudnya juga jangan berfikir dalam ruang lingkup yang sempit dan cara biasa.

10/21/2009

Datuk 888 & CBD88

Pemilik CBD88 Beri Penjelasan


KUANTAN, 20 Okt (Bernama) -- Bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Pahang, Datuk Kan Tong Leong yang menggunakan nombor pendaftaran CBD 88 tampil memberi penjelasan berhubung laporan Ketua Audit Negara 2008 mengenai penyelewengan penggunaan bahan api berlebihan.

Katanya, beliau tidak lagi menggunakan kereta Proton Perdana milik kerajaan negeri sejak 2003 selepas tidak lagi menjadi Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (Exco).

10/15/2009

Jalan Pan Borneo dipastikan selamat

KEMENTERIAN Kerjaraya merujuk kepada surat ‘Pemilik Kelisa’ bertajuk ‘Jalan Pan Borneo Tidak Lancar’ yang disiarkan dalam ruangan ini 5 Oktober lalu. Untuk makluman, hasil siasatan kementerian, kebanyakan masalah yang berlaku adalah di kawasan Bahagian Bintulu dan Sibu. Memang diakui kebanyakan jalan berkenaan memang mengalami kerosakan dan kementerian akan mengambil perhatian ke atas perkara ini. Hasil pemantauan serta laporan daripada pihak konsesi dan JKR Sarawak didapati kerosakan jalan ini disebabkan perkara berikut: Kebanyakan jalan di Sarawak melebihi 20 tahun dan belum pernah dinaiktaraf. Ini menyebabkan kebanyakan jalan itu melebihi tahap penyenggaraan dan perlu dinaik taraf. Kebanyakan jalan ini direka bentuk untuk lalu lintas yang sesuai digunakan 20 tahun lalu. Ini memerlukan kerjasama pihak penguatkuasaan untuk memastikan kenderaan berat mematuhi garis panduan beban bagi mengelak jalan rosak teruk. Keadaan cuaca dan struktur tanah - Sibu dan Bintulu mengalami taburan hujan yang tinggi kebelakangan ini, ia menyebabkan jalan di kawasan itu banyak berlubang dan kerap berlaku tanah runtuh. Untuk makluman, semua jalan Persekutuan di Sarawak diswastakan kepada tiga syarikat konsesi untuk mengendalikan kerja penyelenggaraan. Bahagian Sibu dan Bintulu, lebih kurang 10 kilometer pertama dari Lapangan Terbang Bintulu menghala ke Tatau sememangnya permukaan jalan itu mempunyai banyak tampalan tetapi tiada lubang, cuma terlalu banyak tampalan menyebabkan ketidakselesaan dalam pemanduan. Kementerian sudah membuat perancangan untuk membuat kerja menurap jalan ini pada tahun depan namun ia bergantung kepada tahap kewangan semasa. Jalan di bandar Bintulu pula dari persimpangan Batu 2 menghala ke Medan Jaya diturap baru, adalah jalan negeri dan segala peruntukan dan kerja pengawasan adalah di bawah bidang kuasa JKR Sarawak. Jalan Bintulu-Selangau dan jalan Sibu-Bintulu masih banyak yang berlubang atau yang ditampal tidak sempurna, kementerian mengarahkan pihak konsesi membuat tampalan di jalan ini. Namun, tidak menafikan jalan yang ditampal mungkin tidak rata akibat kegagalan pihak konsesi menjalankan kerja tampalan mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Bagaimana JKR akan memastikan pihak konsesi yang bertanggungjawab membaiki semula mana-mana lubang yang ditampal tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Mengikut syarat kontrak penswastaan setiap permukaan jalan yang berlubang perlu ditampal dalam masa 24 jam. Berhubung dakwaan kebanyakan laluan di jalan Pan Borneo tidak mempunyai pemantul cahaya, membahayakan pemanduan pada waktu malam dan ketika hujan lebat adalah tidak benar kerana garis jalan serta pemantul cahaya sememangnya ada pada asalnya tetapi ada sebahagian kawasan ini garis jalan yang pudar dan pemantul hilang, namun begitu kementerian bersama JKR akan sentiasa berusaha menambah baik keadaan ini dari semasa ke semasa. Bagi penambahan ruang dan laluan kecemasan bahagian ini kementerian akan mengkaji cadangan itu dan akan membaiki sekiranya perlu. Berkenaan tanah runtuh di kawasan Tatau kerja membaiki sudah siap dibaik pulih dan garis jalan yang baru serta papan tanda yang bersesuaian sememangnya sudah dipasang. Bagi mendapan di bahu jalan yang menyebabkan wujud bonggol semula jadi di jalan Miri-Bintulu, pihak konsesi diarahkan untuk mengambil tindakan serta-merta. Kementerian amat menyanjung tinggi pandangan dan aduan pengadu demi kebaikan bersama. MOHD RIZAL HASHIM, Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Kerjaraya. Berita Harian Online - 15.10.2009

8/31/2009

perihal selesema babi virus dan kiamat

- Link Asal => http://kadirjasin.blogspot.com/2009/08/perihal-selesema-babi-virus-dan-kiamat.html VIRUS adalah daripada bahasa Latin yang bermaksud racun atau toksin. Ia berupa agen jangkitan mikroskopik yang hanya boleh membiak dalam sel tuan rumah. Virus menjangkiti pelbagai organisma – manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, bakteria dan organisma satu sel. Mengikut maklumat saintifik, sejak Martinus Willem Beijerinck, seorang ahli botani dan mikrobiologi Belanda, menemui sejenis virus yang menyerang pokok tembakau (maka diberi nama tobacco mosaic virus) pada tahun 1898, lebih 5,000 jenis virus telah dikenal pasti. Ahli sains sekata bahawa banyak lagi virus yang belum ditemui dan dikenal pasti. Maka kemungkinan kita dijangkiti salah satu atau beberapa daripada ribuan virus ini adalah sama pasti dengan kedatangan kiamat. Jadi kalau kita takut kepada virus sehingga memberi kesan kepada kehidupan harian kita, rasa-rasanya mustahil kita boleh hidup dan berfungsi dengan sempurna. Teringat saya kepada waktu saya budak-budak dulu bila buat beberapa ketika saya berasa tidak mahu bersekolah dan tidak mahu menternak ayam itik apabila saya menemani emak ke madrasah untuk mengaji agama. Saya begitu takut dan hilang keyakinan mendengar tok guru bercerita mengenai hari kiamat. Sebagai budak yang baru masuk sekolah, saya membuat kesimpulan apa gunanya bersekolah, bersawah, menternak ayam itik dan mendirikan rumah kalau semuanya akan dimusnahkan oleh kiamat. Alhamdulillah, kisah kiamat yang dipersembahkan dengan cara yang begitu menakutkan oleh tok guru itu dapat saya dalami dan rasionalisasikan kemudiannya. Kiamat pasti akan datang. Tetapi apa yang telah berlaku, yang membuatkan saya cukup positif dan yakin dengan kehidupan, adalah suka duka dijangkiti pelbagai virus dan kuman serta diserang bermacam-macam parasit daripada cacing kepada kutu, pijat, nyamuk dan tungau. Pada zaman kanak-kanak, saya diserang lelah, kudis buta, demam panas dan jangkitan berbagai-bagai jenis cacing sehingga perut saya buncit atau, dalam loghat Utara, boroi. Cacing keluar dari dubur dan kadangkala muntah pun keluar cacing! Maka selain daripada menjadi amat biasa dengan rawatan – daripada serapah jampi oleh dukun dan bomoh kepada suntikan oleh doktor – saya menjadi “philosophical” mengenai kehidupan, iaitu macam mana pun kita mencuba akhirnya alam semula jadi akan mengatasi daya usaha dan kepandaian kita. Kita tidak dapat lari daripada kuman dan virus kerana sesetengah daripadanya berada dalam badan kita daripada saat kita lahir hinggalah selepas kita mati. Organisma inilah yang menghadamkan makanan yang kita makan. Dan organisma ini jugalah yang akan mengitar semula jasad kita menjadi abu dan debu. Badan manusia menjadi tuan rumah kepada jutaan mikro organisma daripada lebih 400 spesies yang selalunya wujud dalam suasana harmoni dan sekali-sekala dalam suasana kacau-bilau. Purata hampir tiga paun berat badan manusia adalah dalam bentuk mikro organisma ini. Virus, kuman dan bakteria menjadi masalah apabila badan kita sendiri menjadi lemah kerana terlalu banyak makan bahan-bahan yang memudaratkan kesihatan seperti gula, lemak dan madat. Atau apabila kita mencemarkan persekitaran kita dengan kekotoran, racun dan kimia yang merosakkan bekalan air dan menipiskan lapisan ozon. Apabila badan kita lemah dan persekitaran kita kotor, maka virus dan pelbagai organisma mikro yang hidup dalam badan kita atau di sekeliling akan turut berubah (mutate) untuk melindungi diri mereka. Dalam proses mutasi ini, ada organisma mikro yang dulunya tidak berbahaya bertukar menjadi berbahaya dan yang tidak membunuh akan membunuh. Itulah yang terjadi dengan virus selesema babi apabila ia menjangkiti manusia dan berubah menjadi pembunuh. Al-Quran mengharamkan babi bukan kerana leher atau kakinya yang pendek. Atau wajahnya yang hodoh. Al-Quran mengharamkan babi kerana ia berupa haiwan yang menjadi tuan rumah paling subur bagi pelbagai jenis virus dan bakteria. Oleh sebab babi mudah dijangkiti kuman dan virus, ahli sains dan penyelidik kerap menggunakan babi sebagai platform ujian dan tempat menyemai serta menghasilkan pelbagai serum dan antibiotik. Sekarang lebih ramai menggunakan lembu sebagai platform kerana isu haram dan halal. Jadi, dalam konteks perancangan masa depan dan pengawalan virus, eloklah difikirkan semula kearifan (wisdom) menggalakkan pemeliharaan babi. Serentak itu kita memesatkan kawalan ke atas kesihatan haiwan ternakan agar virus haiwan tidak “melompat” dan menjangkiti manusia dan merebak dari manusia ke manusia seperti yang berlaku dengan selesema babi dan tidak lama dulu, selesema burung (avian flu). Selain babi peliharaan, kini babi hutan mula menjadi masalah besar di kampung-kampung dan ladang berhampiran hutan. Beberapa persoalan mengenai selesema babi yang kini menjadi wabak global:- 1. Adakah angka jangkitan dan kematian yang nampak tinggi di Malaysia berpunca daripada kelemahan sistem kesihatan, perubatan dan kawalan penyakit? 2. Adakah sistem kesihatan dan perubatan kita masih tidak belajar daripada wabak-wabak yang dibawa oleh haiwan yang berlaku dan meragut nyawa sebelum ini seperti selesema burung dan Virus Nipah yang juga dibawa oleh babi? 3. Adakah benar negara-negara jiran mengalami jangkitan dan kematian yang lebih rendah atau mereka tidak menghebahkan atau menghebohkan angka sebenar? 4. Adakah kerana gaya hidup, amalan pemakanan dan pendedahan kita kepada perubatan moden, khasnya penggunaan antibiotik, maka kekebalan (immunity) kita kepada penyakit telah menurun? 5. Adakah tahap kesihatan asas penduduk Malaysia begitu rendah sehingga mudah dijangkiti oleh virus H1N1 dan banyak yang mati akibatnya? 6. Dan akhir sekali, adakah kita tidak mengambil berat soal kebersihan, kesihatan dan rawatan?

Salam Kemerdekaan

Kepada Semua Pengunjung Blog ini dan seluruh warga Malaysia yang bertuah. Salam kemerdekaan diucapkan kepada anda semua..diam tak diam dah 52 tahun usia kemerdekaan negara kita.. Apakah makna kemerdekaan secara individu kepada kita semua? Adakah merdeka dari tangan penjajahan semata-mata? Atau bebas dari diperintah oleh Mat Putih atau Mat Jepun semata-mata? Merdeka Politik? Merdeka Ekonomi? Merdeka Pendidikan? Merdeka Sosial? Merdeka Kesihatan? Merdeka dari Peperangan/rusuhan kaum/konflik agama? Merdeka Batin/Minda? Merdeka Kemudahan Asas/Prasarana wajib? Merdeka hanya slogan laungan pada bulan kemerdekaan sahaja? Merdeka apa yang sebenarnya setiap kita sebagai individu mahukan? Tanyalah diri sendiri..kerana jawapannya hanya kita sendiri yang mengetahuinya... SALAM KEMERDEKAAN YANG KE 52 KEPADA ANDA SEMUA..

8/26/2009

Isu Sebat : Jawapan Kepada Tun Dr Mahathir

Isu Sebat : Jawapan Kepada Tun Dr Mahathir Oleh Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net Negarawan Malaysia, Tun Dr Mahathir, berkata di dalam blognya : Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak? Beliau kemudiannya berkata : "Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan; "Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil". Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama? Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan." Sebagai menyahut pertanyaan Tun tersebut, saya sediakan artikel ringkas ini memberikan input kepada beliau dan mereka yang masih tertanya-tanya. ARAK DAN STATISTIK KEBURUKANNYA Sebelum saya menghuraikan ringkas jawapan bagi persoalan Tun Dr Mahathir, izinkan saya meningingatkan pembaca berkenaan arak dan statistik keburukannya, sehingga menyebabkan Islam begitu bersungguh melarang dan meletakkan undang-undang ke atas peminumnya juga. Ia sebenarnya tidak lain kecuali untuk mengutamakan keadilan umum, di atas hak individu. Menurut statistik rasmi di United Kingdom, Alcohol-related crime adalah seperti berikut :- * Hampir 45 - 46 % kejadian jenayah, mangsa meyakini bahawa penyerangnya di bawah pengaruh alcohol (arak). * Angka tadi naik kepada 58% dalam kes serangan oleh individu yang tidak dikenali. * 39% keganasan dalam rumahtangga melibatkan alcohol (arak) * Hampir sejuta serangan ganas yang berlaku dalam tahun 2007-2008, dipercayai dilakukan oleh mereka yang sedang mabuk atau separa mabuk. (Source: British Crime Survey 2007/08) Manakala di Russia pula, sekitar 72 % kes pembunuhan adalah berkait dengan akibat minuman arak. 42 % pula kes mati bunuh diri hasil dari arak. Menurut Prof Nemtsov, Russia kehilangan (mati) rakyatnya seramai 500,000 ke 750,000 akibat arak. ( sumber ) Tanpa had dan kawalan berkesan, lebih menggerunkan di UK statistik menunjukkan 30% kanak-kanak berumur 11 hingga 15 tahun turut minum arak sekurang-kurangnya sekali seminggu. Selain penyebab jenayah, arak juga turut memberi impak amat buruk kepada kesihatan. Seorang doktor di London memaklumkan purata umur pesakit dari kesan arak adalah berumur 20 ke 30 tahun, sebelum ini biasanya mereka yang berumur 50 tahun ke atas sahaja yang kerap ke hospital akibat arak. (rujuk) Dilaporkan oleh organisasi kesihatan, di United Kingdom jumlah penduduk yang dirawat akibat penyakit dari kesan minuman arak bertambah dua kali ganda sejak sepuluh tahun lepas. Secara purata rakyat Britain 'menelan' arak sebanyak 9.6 liters arak keras dan tulen secara tahunan, ia lebih dahsyat dari Russia yang mencatatkan 8.7 liter sahaja. Sedangkan Russia diwartakan sebagai negara yang terbanyak ‘peminum arak' sebelum ini. Hasil dari petikan statistik ringkas ini, adakah masih terdapat pemimpin yang begitu ‘TIDAK BERTANGUNGJAWAB' sehingga sanggup mempertahankan penjualan arak dengan MELUAS tanpa kawalan dan hanya beriman dengan ‘kawalan diri'?, disamping membawakan hujjah hak kebebasan individu, bangsa, agama tertentu dan hak syarikat?. Sebenarnya, membenarkan penjualan arak adalah satu pencabulan hak bagi majoriti masyarakat Malaysia yang lain, kerana ia mendedahkan individu lain dalam keadaan bahaya sebagaimana yang berlaku di UK, Russia dalam lain-lain negara aktif arak. HUKUMAN MINUM ARAK DALAM ISLAM Dalam Islam, arak itu sendiri adalah haram atau dilarang. Sama ada minum sedikit atau banyak adalah sama sahaja larangannya. Demikian juga dadah. Sabda Nabi s.a.w ما أسكر كثيره فقليله حرام Ertinya : Apa-apa yang banyaknya memabukkan, maka sedikitnya juga haram ( walaupun belum memabukkan) ( Riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud : Ibn HIbban : Sohih ) Ayat al-Quran dan hadis berkenaannya terlalu banyak dan amat biasa kita baca. Islam mengakui wujudnya manfaat kecil dari arak tetapi manfaatnya adalah berdiri di atas kehancuran pihak yang lain. Sama seperti judi, yang menang sememangnya gembira namun ia menang di atas kekalahan pihak yang lain. Firman Allah swt : يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا "Mereka bertanyakan kepada kamu tentang arak dan judi, katakanlah (kepada mereka) pada kedua-duanya terdapat dosa yang besar dan kebaikan kepada manusia, dan dosa pada kedua-duanya lebih banyak dari kebaikan" (Al-Baqarah : 219) Lagi Allah menegaskan :- يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah ( DIHARAMKAN) perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan ( Al-Maidah : 90) Terbukti secara teori dalam ilmu Islam dan realiti dari statistik yang diberikan, arak adalah salah satu punca utama jenayah, selagi ruang dan peluang dibuka seluasnya selagi itulah manusia akan melakukan kesalahan mabuk. Kerana itu nabi menyebut :- الخمر أم الخبائث Ertinya : Arak itu adalah ibu kepada kejahatan ( Hadis Hasan : Albani ; Silsilah Ahadith As-Sohihah, 1854) Gunakan kuasa dengan tepat dan adil, selaras dengan perjuangan kamu. Adil dalam konteks arak adalah mengharamkannya dalam penjualan bebas. HUKUMAN SEBAT BAGI PEMINUM ARAK Bagi sesiapa sahaja yang bertanya dari kitab mana, dan buku mana, sumber mana diambil hukuman sebat bagi peminum arak, jawabnya adalah seperti berikut, tindakan mengenakan sebatan bagi peminum arak adalah diambil dari kumpulan hadis-hadis Nabi yang cukup banyak, antaranya :- 1) Hadis Nabi : إذا شربوا الخمر فاجلدوهم , ثم إن شربوا فاجلدوهم , ثم إن شربوا فاجلدوهم Ertinya : Apabila mereka minum arak, sebatlah mereka, dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka ( Riwayat Abu Daud) 2. Hadis Nabi : أن النبي أتي برجل قد شرب الخمر , فجلده بجريدتين نحو أربعين Ertinya : Nabi telah didatangi oleh seorang lelaki yang telah meminum arak, lalu telah disebatnya dengan dua pelepah tamar sebanyak 40 kali (Riwayat Muslim) [1] 3. Hadis Nabi كان يضرب في الخمر بالنعال والجريد أربعين Ertinya : Sesungguhnya dipukul (sebat) bagi arak (peminum) dengan kasut-kasut dan pelapah tamar sebanyak 40 kali (Riwayat Muslim) [2] 4. Hadis Nabi :- أن النبي صلى الله عليه وسلم : جلد في الخمربالجريد والنعال , ثم جلد أبو بكر أربعين فلما كان عمر ودنا الناس من الريف والقرى , قال : ما ترون في جلد الخمر؟ فقال عبدالرحمن بن عوف : أرى أن نجعلها كأخف الحدود , فجلد عمر ثمانين Ertinya : Sesungguhnya Nabi s.a.w merotan (sebat) dalam kes arak dengan pelepah tamar dan sepatu, kemudian Abu Bakar ( di zaman pemerintahannya) juga menyebat dengan 40 kali sebatan, di ketika pemerintahan Umar, beliau meminta pandangan orang ramai dari kampong dan desa lalu berkata : Apa pandangan kamu berkenaan sebatan bagi peminum arak?, lalu Abd Rahman Auf berkata : Aku berpandangan kita menjadikannya hudud yang paling ringan (merujuk kepada sebatan qazf) [3], maka Umar membuat keputusan untuk menyebat dengan 80 kali sebatan ( Riwayat Muslim dan Abu Daud)[4] 5. Athar sahabat قال علي : جلد رسول الله في الخمر أربعين , وأبو بكر أربعين , وعمر ثمانين , وكل سنة وهذا أحب إليّ Ertinya : Berkata Ali r.a : Rasulullah menyebat peminum arak 40 sebatan, Abu Bakar juga 40 sebatan, Umar menyebat 80 sebatan, semuanya adalah sunnah, dan ini ( merujuk kepada 40 sebatan) adalah lebih aku sukai. ( Riwayat Muslim ) [5] 6. Hadis Nabi أن رجلا رفع إلى النبي صلى الله عليه وسلم قد سكر ، فأمر قريبا من عشرين رجلا ، فجلدوه بالجريد ، والنعال Ertinya : Seorang lelaki dibawa ke penghakiman Nabi s.a.w kerana telah mabuk (minum arak), lalu Nabi s.a.w mengarahkan sekitar 20 orang lelaki untuk menyebatnya dengan pelepah tamar dan sepatu ( Al-Bayhaqi)[6] Jiak dikatakan, itu semua hadis, mana dalil al-Quran yang suruh, jawabnya adalah وَأَنزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ Ertinya : Kami turunkan kepadamu Al Qur'an, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan ( An-Nahl : 44) Maka itulah tugas hadis nabi yang bersumber dari kata-kata, perbuatan dan perakuan baginda Nabi s.a.w yang menjadi penjelas kepada Al-Quran. PERBEZAAN TASFIRAN ULAMA Ulama telah bersepakat bahawa mesti dijatuhkan hukuman bagi peminum arak, sama ada ia minum banyak atau sedikit. Namun ulama berbeza pandangan dalam sekurang-kurang dua perkara iaitu :- 1) Adakah hukuman sebatan ke atas peminum arak adalah dalam kategori hukuman hudud atau hanya ta'zir. Kebanyakan mazhab seperti Hanafi, Maliki, Syafie meletakkan hukuman sebat ke atas peminum arak sebagai hukuman hudud. Namun demikian, sebahagian ulama lain seperti At-Tabari, Ibn Munzir, As-Syawkani, Ibn Qayyim, Al-Qaradhawi, Al-Uthaymin menganggapnya sebagai ta'zir semata-mata, yang mana ia terserah kepada hakim untuk menentukan jumlah sebatan dan keperluan untuk menyebat atau tidak. Menurut Al-Qaradhawi, ia terbukti sebagai ta'zir kerana wujud pelbagai dalil yang menunjukkan :- a- Jumlah pukulan berbeza mengikut keadaan peminum. Ada yang dikenakan 40 kali dan ada yang dikenakan 80 kali. Sifat hukuman hudud adalah tetap, namun ini berbeza-beza menunjukkan ia hanyalah dari hukuman ta'zir, yang terserah kepada kebijaksanaan hakim menentukan jumlahnya. b- Dalam salah satu hadis yang tesebut di atas, Abd Rahman Auf r.a mencadangkan kepada Umar agar diletakkan hukuman yang paling rendah berbanding hudud, ini menunjukkan hukuman ini adalah ta'zir kerana menurut majoriti ulama, hukuman ta'zir tidak boleh melebihi hudud. c- Cara penjatuhan hukuman juga berbeza, ada yang disebat menggunakan sepatu, ada yang menggunakan tangan, baju dan sebahagian lain menggunakan pelepah tamar[7]. Tidak mungkin hukuman ini dari jenis hudud jika sedemikian kerana hukuman hudud semestinya fixed atau tetap jumlahnya. Berdasarkan penelitian terhadap dalil dan perbincangan para ulama yang panjang lebar dan mendalam, secara peribadi saya cenderung kepada hukuman ini adalah ta'zir dan bukan hudud. Wallahu'alam. 2) Jumlah sebatan yang perlu dikenakan. Dalam hal ini, para ulama terbahagi kepada dua kumpulan :- Pertama : Mazhab Hanafi, Maliki, At-Thawry dan Hanbali : Sebatan sebanyak 80 kali sebatan sama ada lelaki atau perempuan. Kedua : Mazhab Syafie : 40 kali sebatan sahaja. Namun jika hakim mendapati kesalahannya berat, hakim boleh menambah sehingga 80 kali sebatan, dan lebih dari 40 sebatan itu dikira sebagai ta'zir , manakala 40 sebatan yang awal adalah hudud. BOLEHKAH PESALAH TIDAK DISEBAT? Ia bergantung kepada mazhab mana yang dterima pakai oleh Mahkamah Syariah Malaysia, hakim dan negara Malaysia. Jika Hudud Jika kesalahan meminum arak diterima sebagai kesalahan hudud sebagaimana pandangan mazhab Syafie. Pesalah tidak boleh dielak dari hukuman sebat tadi kerana hukuman sebat dikira sebagai hak Allah swt. Hak Allah perlu didahulukan dari sekalian hak makhluk dan sesuatu itu termasuk dalam hak Allah apabila kemudaratannya meluas dan umum, seperti zina, riba, murtad dan sebagainya. Namun pelaksanaan hukuman hudud ke atas seseorang pesalah, boleh ditangguh berdasarkan keperluan tertentu. Dalam kategori ini, semua pesalah walau kali pertama[8] melakukan kesalahan, akan dihukum kerana mudarat ke atas masyarakat umum. Jika Ta'zir Jika kesalahan ini dianggap dari jenis Ta'zir, maka hakim mempunyai kuasa untuk mengampun sama ada atas alasan ia kesalahan kali pertama, ia seorang yang lemah, ia seorang tidak sihat dan sebagainya. Demikian menurut mazhab Syafie. Justeru, sebelum dikritik keputusan hakim, bincangkan terlebih dahulu mazhab mana yang ingin diikuti di Malaysia, khususnya dalam konteks hukum minum arak ini. SEJAUH MANA SEBATAN INI ADIL? Pertama Jika ia benar-benar hudud dan termasuk dalam hak Allah swt, tiada layak manusia yang hina untuk mempersoalkan tentang keadilan, kerana Allah swt sentiasa adil walau menghumban sesorang manusia ke nerakaNya. Allah tetap adil walau Dialah yang menysatkan sekumpulan manusia dan memberi hidayat kepada sebagai yang lain. Kerana Apa adil?? Kerana piawan adil Allah tidak sama dengan manusia yang dicipta. Keadilan Allah adalah kerana dia yang mencipta kita, dan Dia berhak untuk menentukan apa sahaja yang diinginiNya. Jika kita merasakan Allah tidak adil menyesatkan sekumpulan manusia. Individu tersebut perlu memulangkan nyawa yang Allah berikan kepada mereka dan beredar dari galaksi ciptaan Allah swt ini ke sebuah alam ciptaan sendiri. Kedua Sebatan ini, tidak zalim sama sekali kerana ia bukan bertujuan menyakitkan seperti sebatan ekor pari yang menghakis kulit, daging dan sampai ke tulang. Sebatan ini hanyalah untuk pengajaran, seperti denda cikgu kepada muridnya, ibu kepada anaknya atas tujuan mengajar, atas asas belas kashian dan bukan dendam kesumat dan ‘geram' memukul. Hasilnya, pelbagai displin sebatan telah ditentukan dalam hukum Islam iaitu [9] :- · Tidak boleh dipukul wajah dan kemaluan.[10] · Alat yang digunakan mestilah tidak besar, bukan tongkat yang besar, ia adalah seperti dahan dan ranting sederhana sahaja. · Tidak diharuskan si pemukul mengangkat tanganya melebihi paras ketiaknya, atau tidak boleh terlihat bawah lengannya semasa mengangkat pemukul, dam pukulan tidak terlalu menyakitkan, tidak pula terlalu perlahan. · Yang diangkat adalah sikunya sahaja dan bukan lengan. · Lelaki disebat secara berdiri, wanita secara duduk. Adakah jenis pukulan yang sebegini pun dianggap zalim? Jika demikian guru-guru sekolah, ibu bapa, suami memukul, adalah lebih zalim kerana hukumannya tidak dibicarakan di mahkamah. Bagi saya, jika hukuman sebegini pun masih zalim, tentunya yang menuduh ia zalim itu akan jadi lebih zalim kerana bercakap dan mengkritik tanpa ilmu. Ketiga Sejauh mana pula adilnya orang luar seperti Tun Dr Mahathir dan yang lainnya, mempertikaikan hak seorang hakim dalam membuat keputusan?. Bukankah sang hakim lebih berhak menentukan hukuman yang paling adil disebabkan beliau berada sepanjang sesi perbicaraan dari kedua-dua belah pihak, mendengar pandangan kesemua pembela dan pendakwa. Justeru, adalah TIDAK ADIL bagi orang di luar mahkamah untuk mengkiritk sewenangnya keputusan hakim, sedangkan mereka tidak mempunyai gambaran sebenar di sebalik sesebuah kes. Mungkin sahaja, si pesalah yang reda dan ingin hukuman dilaksanakan. Justeru itulah keadilannya. Keempat Bukankah keputusan hakim patut dihormati sebagai menunjukkan autoriti badan kehakiman dari sebarang gangguan luar?. Kita kerap mendengar di mahkamah civil bahawa sebarang keputusan mahkamah tidak boleh dikritik terbuka sama ada di dalam mahkamah atau diluarnya, kerana akan termasuk di dalam kesalahan ‘menghina mahkamah' (contempt of court), lalu mengapa pula pihak yang kurang maklumat di luar ini dengan senang dan mudah mengkritik keputusan mahkamah Syariah?. Kelima Di dalam Islam, adil atau tidak bukan terletak pada logik aqal manusia semata-mata, namun adil yang sebenarnya adalah melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah swt dan baginda Nabi s.a.w. Kalau dalam konteks kes ini, pesalah juga telah bersedia menjalani hukuman tersebut sebagai satu proses kesedaran dirinya. Adilkah kita mempersoalkan hak pesalah untuk mendapat hukuman.? KESIMPULAN Sebagai kesimpulan kepada beberapa persoalan yang diutarakan oleh Tun Dr Mahathir, DR. M : Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak? Ye, benar, bukti-bukti berkenaan wujudnya hukuman ini bersumberkan hadis-hadis yang sohih. DR. M : Apakah ada larangan dalam Islam untuk mengkanunkan undang-undang syariah? Di dalam Islam, tiada larangan sama sekali, malah digalakkan bagi mencapai keseragaman dalam keputusan hakim. DR. M : Jika Kerajaan tidak mengkanunkan undang-undang syariah melalui proses perbahasan dan kelulusan oleh dewan-dewan undangan, atau melalui fatwa oleh ulama-ulama, bolehkah tulisan-tulisan ulama tertentu dijadikan asas hukum mengikut pendapat hakim? Ini saya tidak pasti, tetapi sepatutnya sesebuah kerajaan negeri bertanggungjawab untuk mengkanunkannya. Namun sebelum ia dikanunkan, pertikaian yang diutarakan memang relevan dalam konteks hukum dunia, namun adalah salah di sisi Islam, kerana semau hukum Islam sepatutnya dikanunkan. Mahkamah ini pula adalah mahkamah Syariah yang khusus untuk hal ehwal orang Islam dan bukannya mahkamah sivil. Justeru apa ertinya sebuah mahkamah dinamakan ‘SYARIAH' jika keputusan yang berlandaskan hukum Islam juga tidak boleh dilaksanakan.? Jika demikian, tiada erti nama ‘syariah' pada sebuah mahkamah Syariah lagi. DR.M : Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan; "Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil". Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama? Lebih zalim yang mengkritik tanpa ilmu. Hukuman ini adalah adil atau tidak telah diulas di atas, dan ia juga tertakluk kepada penentuan sama ada hukuman sebat peminum arak adalah hudud atau takzir. DR. M : Sudahkah kita rujuk kepada Al-Quran berkenaan dengan minum beer (arak) dan hukuman yang perlu dikenakan supaya keadilan tercapai? Oleh kerana dirujuk kepada hukum al-Quran dan Hadis nabi, hukuman tersbeut patut dijalankan. Kerna arak terbukti merosakkan umum dan bukan hanya individu terbabit semata-mata. Cuba lihat dan fahami statistik yang disertakan di atas. DR. M : Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan. Boleh rujuk senarai kitab yang dirujuk di dalam nota kaki artikel ini. Itulah kitab-kitabnya. Jika nak lihat gambar kitabnya, saya sertakan salah sebuah darinya yang amat penting. Semoga dapat membacanya dengan faham. AKHIRNYA DIHARAP TUN DR MAHATHIR SUDI UNTUK MEMBACA ULASAN DAN JAWAPAN SAYA KEPADA SOALAN-SOALAN BELIAU INI. Gambar : Kitab Fathul Bari Syarah Sohih al-Bukhari, Karangan Imam Ibn HajarAl-Asqolani. Semoga beroleh manfaat, sekian Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net 5 Ramadhan 1430 H 26 Ogos 2009

8/14/2009

H1N1 konspirasi kapitalis buat duit

Hishamuddin Rais - http://www.malaysiakini.com/news/110426 Ogos 12, 09 5:29pm Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motosikal, akan ada paku-paku tajam ditaburkan. Ia bertujuan membocorkan tayar. Tidak berapa jauh dari tempat paku itu, ada pula iklan "tukar tiub". Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di jalan menuruni terowong lebuh raya Karak sering ditaburkan minyak. Pernah sekali keretanya tergelincir. Tidak jauh dari terowong ini, ada lori tarik kereta menunggu. Cerita ini contoh taktik untuk menjalankan perniagaan - cara mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan, rukun imannya ialah keuntungan. Semua peniaga ingin mendapat untung. Lebih banyak untung, lebih cepat jadi kaya. Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 44 orang telah ditewaskan oleh virus selesema A (H1N1). Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita, malah di seluruh dunia. Apa sebenarnya semua fenomena ini? Pada 1963, satu persidangaan diadakan di Iron Mountains, tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika Syarikat sedang bertarung di Vietnam, Laos dan Kemboja. Persidangan para pemikir ini untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika Syarikat. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku peperangan. Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan: - Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum korporat, - Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial, - Melahirkan musuh sebagai strategi politik. Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetik dan pembunuhan besar-besaran dalam usaha untuk mengawal manusia bagi memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis. Di sini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi – bioterrorism. Teknologi hayat akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia. Pada 1970 telah keluar satu memo, National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini. Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia. Petikan sebahagian kandungan memo tulisan Kessinger: "There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers (though apprently not recent migrants) may serve as a volatile, violent force which threatened political stability. International relation - population factors are crucial in and after determinants of violent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem. The complex social and economic factors involved call for comprehensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group." Dalam bahasa mudah, Kessinger melihat manusia miskin – penduduk miskin kota - sebagai sampah dan perlu dikawal dan dibersihkan. Ia samalah dengar dasar 'setinggan sifar' yang selalu diuar-uarkan dalam negara kita ini. Justeru, hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang berkait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat. Malah semua makmal penyelidikan ini kait-mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana daripada syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrak daripada Jabataban Pertahanan Amerika Syarikat. Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka untuk membuat keuntungan maksimum. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan agar perniagaan mendapat untung besar. Syarikat ubat-ubatan bernabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit, lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – inilah dasar kaum kapitalis. Justeru, jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, HIV, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal. Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor, begitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini. Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan: 1 – mengurangkan penduduk dunia, dan 2 – menjual ubatan. Tidak masuk akal? Ia hanya teori konspirasi? Ia pandangan gila Hishamuddin Rais? Sabar dahulu. Cuba fikirkan pula bagaimana depleted uranium (DU) sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat persenjataan menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakkan apa sahaja – dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal. DU ini, daripada apa yang diheboh-hebohkan, adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru tidak berbahaya kepada manusia. Kenyataan ini bohong! Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia. DU akan melahirkan barah. Anak-anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan – apabila ibu atau ayahnya telah terhidu DU – akan lahir bukan seperti bayi. Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang-bengkok. Bayi-bayi ini gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknologi kaum imperial Anglo-Amerika. Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus-menerus memerlukan ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat. Ini pandangan karut daripada Hishamuddin Rais? Kerana DU juga terkena kepada tentera mereka juga. Betul. Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom. Ia adalah penyakit baru - pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir 1980-an, para veteran Desert Storm di United Kingdom menuntut agar Golf Syndrom ditakrif sebagai penyakit. Permintaan ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini. Para veteran – satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir ramai yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan. Jangan hairan, kaum kapitalis memang tidak berhati perut. Apa yang penting, keuntungan besar. Dan ini juga selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains. Ia juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Kessinger. Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka - samalah seperti mengawal penduduk Kampung Kerinchi daripada berpindah ke Country Height atau menggodam setinggan di Kampung Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tunku. Juga, hampir kesemua soldadu yang berperang itu adalah anak-anak kelas bawahan. Mereka ini, seperti kata Kessinger, sampah yang akan membawa masalah. Soldadu Amerika hampir 80 peratus berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka. Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Malah George W Bush sendiri telah mengelak daripada pergi menyertai Perang Vietnam. Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang "dibebaskan" atau yang telah dibocorkan, maka ternyata virus terbaru A (H1N1) ini juga telah menetas dari bilik makmal. Dasar pengurangan umat manusia di bumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strategi itu. Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan di sini – atau menganggap ia hanya teori konspirasi – sila cari dan baca. Ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan isu ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet. Pada ketika ini, tela diheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ia juga pengiklanan besar dari kaum kapitalis. Untuk sementara waktu kita diberitahu bahawa vaksin ini masih dalam kajian. Bayangkan, mula-mulanya kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut, ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap. Sama seperti menabur paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Beginilah sifat kapitalis. Beginilah cara kaum kapitalis membuat untung. Dalam sistem ekonomi sosialis - ubatan adalah untuk kesihatan, bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis, hospital milik rakyat, bukan untuk diswastakan. Dalam ekonomi sosialis, perubatan untuk semua dan bukan untuk yang kaya. Dalam sistem masyarakat sosialis, umat manusia penjana tamadun, bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan, bukan untuk keuntungan.

8/01/2009

Nasib Melayu di bumi Melayu

ARKIB : 26/07/2009 - Utusan Melayu Online Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan. Saya amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan satu inkues dan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock. Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini. Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui apa yang benar, apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah. Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya mengenai perkara ini. Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan. Dalam menganalisis isu ini, saya teramat hairan kenapa tiga parti politik Cina, MCA, Gerakan dan DAP, serta parti pembangkang Melayu yang lain begitu bersungguh-sungguh membuat pelbagai andaian dengan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu, tanpa menunggu keputusan siasatan. Saya tidak menafikan ada yang tidak kena dengan cara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengendalikan kes ini. Namun, tindakan menuding hari ini seolah-olah memperlihatkan mereka mahu memenangi hati orang Cina, demi kepentingan politik. Lebih-lebih lagi parti-parti komponen seperti Gerakan dan MCA yang telah mula hilang kepercayaan orang Cina. Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan lebih ekstrem mendesak Menteri Dalam Negeri supaya anak yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah. Sedangkan kita semua tahu bahawa mereka belum berkahwin secara rasmi atau telah bersekedudukan tanpa nikah. Bermakna, anak itu tetap anak zina atau anak luar nikah (anak tidak sah taraf). Berapa ramai lagi anak luar nikah yang ingin kita sahkan hasil daripada hubungan luar nikah ini. Sedarkah Ketua Wanita MCA betapa ramai gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi mangsa (bersekedudukan dengan pasangan Islam atau bukan Islam, sama ada secara paksa atau sukarela) melahirkan anak luar nikah tanpa dibinkan kepada bapa mereka? Kenapa MCA tidak memperjuangkan nasib mereka? Kenapa MCA tidak pergi berjumpa Menteri Dalam Negeri untuk mengesahkan semua hubungan sumbang ini? Apa pun jua punca kematian Beng Hock, hubungan yang haram tetap haram, ia tidak boleh disahkan, hanya kerana insiden ini. Jika ditakdirkan Gautama Buddha (juga Konfusius dan Lao Tzu) masih hidup, sudah tentu tindakan Ketua Wanita MCA ini akan dicela kerana ajaran Buddha (juga agama lain, terutama agama Islam) mengharamkan sama sekali perbuatan berkesedudukan (zina) tanpa nikah, apatah lagi sehingga melahirkan anak luar nikah. Saya amat mengharapkan parti-parti politik Cina bertindak waras dan jangan terlalu ekstrem. Fikirkanlah hati orang lain jua bila mengeluarkan sesuatu kenyataan, terutama orang Melayu. Orang Melayu tidak kurang yang menjadi mangsa seperti Beng Hock. Persoalannya, berapa ramai di kalangan kita yang bangun membela mangsa tersebut? Kenapa bila seorang Cina meninggal dunia (kita masih belum mendapat puncanya), Malaysia seolah-olah seperti macam nak kiamat atau dilanda tsunami. Saya juga amat bersimpati dengan Beng Hock, tetapi beliau sudah ditakdirkan meninggal dunia dalam keadaan sedemikian. Mesti ada hikmah di sebaliknya. Tidak bolehkah kita tunggu hingga siasatan selesai. Saya ingin bertanya kepada parti-parti politik Cina, akhbar-akhbar Cina dan parti-parti politik pembangkang Melayu, sejauhmanakah pembelaan dibuat sekiranya ia berlaku di kalangan orang Melayu? Misalnya, pembunuhan gadis model Mustakizah Jaafar pada 14 November 1998. Berapa ramai yang bersungguh-sungguh menunjukkan belang mereka. Apakah MCA, Gerakan dan DAP begitu bersungguh-sungguh menunjukkan pembelaan terhadap Mustakizah? Berapa ramai yang tampil berdemonstrasi dan menyerahkan memo bantahan atau mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan. Adakah MCA, Gerakan dan DAP begitu terkehadapan dalam isu ini? Begitu juga dengan Pas dan PKR (belum wujud lagi), adakah mereka begitu bersungguh-sungguh dalam mempertahankan nasib Mustakizah? Sehingga kini, kes kematian Mustakizah masih lagi menjadi misteri. Saya masih ingat pada November 2005, kononnya tahanan warga China telah dipaksa berbogel dan ketuk ketampi oleh seorang anggota polis wanita semasa dalam tahanan. Aksi tersebut telah dirakam dan gambarnya menghiasi dada-dada akhbar tempatan terutamanya akhbar berbahasa Cina. Dengan rasa bersalah yang teramat sangat, walaupun belum dibuktikan, kerajaan ketika itu telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri, untuk segera terbang ke China bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada kejadian tersebut. Semua ini hasil desakan dan tindakan ekstrem MCA, Gerakan dan DAP, termasuk akhbar-akhbar Cina, serta tidak ketinggalan parti-parti pembangkang. Setelah siasatan dijalankan, ternyata gadis yang dipaksa berbogel itu bukan warga China tetapi seorang gadis Melayu. Malang sungguh menjadi orang Melayu, selepas itu, kes ini tidak lagi dibincangkan, malah menjadi senyap dan tidak dibahaskan lagi di dada-dada akhbar, terutama akhbar Cina. Apa yang saya maksud di sini ialah bila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu, tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya (Cina dan India), seolah-olah hari sudah hampir kiamat seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi. Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang salah? Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan iaitu menuding jari untuk melihat siapakah yang menang (benar), siapakah yang kalah (salah). Politik hanya untuk mencari keuntungan politik atau mendapat undi politik, sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai. Berbaloikah dengan berpolitik sebegini? Sedangkan orang lain sentiasa mengambil kesempatan hasil dari kelemahan kita? Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum, tetapi berpolitik secara sempit mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang rasional akal. Tujuannya tidak lain, untuk mempertahankan kuasa dan memancing undi. Masing-masing mahu menjadi jaguh kaum, dengan mengenepikan kepentingan umum. Berapa banyak surau dan masjid dirobohkan untuk tujuan pembangunan? Berapa ramai bukan Islam tampil mempertahankannya? Orang Islam masih boleh menerimanya. Itulah sikap toleransi yang amat saya kagumi. Tetapi bila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuan pembangunan, satu Malaysia bagaikan nak ribut dan kelam-kabut seolah-olah telah berlaku penganiayaan terhadap orang bukan Islam. Malaysia diperlihatkan tidak mengamalkan kebebasan beragama. Macam-macam tuduhan dibuat, tidak cukup dalam negeri, dibawa sama keluar negeri untuk menagih simpati dan memburuk-buruk tanahair sendiri. Berbaloikah? Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa rumah ibadat orang bukan Islam (Hindu, Buddha dan Kristian) melebihi berkali-kali ganda daripada jumlah masjid dan surau. Jumlah kuil Hindu sahaja sudah melebihi masjid dan surau, apatah lagi jika dicampurkan dengan rumah ibadat agama Buddha dan Kristian dan lain-lain. Sedangkan semua sedia maklum bahawa orang Islam adalah penduduk majoriti dan agama Islam adalah agama rasmi negara ini. Logik Dari segi logik dan rasionalnya, sudah tentu kita mahu melihat bilangan surau dan masjid melebihi rumah ibarat yang lain, dengan mengambil kira sejarah dan keistimewaan Islam (Melayu) seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Tetapi adakah ia berlaku? Jawapannya, tidak. Realiti yang jelas adalah, kita mempunyai patung yang tertinggi dan terbesar di dunia, walaupun penduduknya hanya berjumlah lebih kurang 10 peratus. Beginilah nasib Melayu di bumi Melayu. Terlalu menjaga hati orang, sehingga hati sendiri terguris tiada siapa yang tahu atau mungkin orang lain tak ingin ambil tahu, sebab tidak berkaitan atau tidak menguntungkan. Saya juga teramat ingin mendengar kenyataan daripada orang bukan Melayu (parti politik Cina dan India) tentang pembelaan nasib umat Islam Cina Uighur yang dibunuh secara terancang oleh kerajaan China. Kenapa mereka tidak bersuara menentang tindakan ganas ini? Hanya kerana orang Cina itu beragama Islam, maka ia menjadi senyap. Bayangkanlah kalau yang terlibat itu adalah Cina yang tidak Islam, sudah tentu mereka akan melompat-lompat. Begitu juga isu apabila adalah orang Cina/India yang bertindak keluar daripada Islam yakni Murtad atau orang Melayu murtad, berapa ramai bukan Melayu yang tampil ke hadapan memberitahu mereka supaya janganlah murtad. Berapa ramai kalangan mereka yang memujuk mereka yang mahu murtad agar jangan murtad, hormatilah agama Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan jagalah hati orang Melayu Islam. Apa yang selalu kita dengar ialah mereka akan mengapi-apikan lagi mereka yang ingin murtad untuk terus murtad dan mempertahankannya bermati-matian setelah mereka murtad. Mereka mengatakan ini adalah hak asasi manusia. Tetapi bila mana tiba isu berkaitan Islam, maka semua hak asasi itu hilang entah ke mana. Yang dicari hanya ketidakadilan Islam, ketidakadilan mahkamah syariah dan bermacam-macam lagi. Ini tidak termasuk lagi isu perebutan mayat saudara baru yang meninggal. Apa yang saya tahu, kita selalu mengalah berhadapan dengan golongan ekstrem ini. Paling menyedihkan, mereka langsung tidak bersyukur apabila kita beralah. Tetapi apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka hajatkan, setelah undang-undang menyebelahi kita, maka kita (agama Islam dan mahkamah syariah) akan dikecam habis-habisan. Justeru, sudah sampainya kita berpolitik secara matang dengan meletakkan kepentingan semua kaum di hadapan bertunjangkan kepada perlembagaan, berbanding politik etnik (kaum) yang sempit. Dalam isu Beng Hock ini, bersabar dan tunggulah sehingga siasatan selesai. Jangan membuat andaian dan mengapi-apikan isu ini, kerana ia tidak menguntungkan sesiapa. Yang pergi tetap telah pergi, hidup ini perlu diteruskan. Jadikanlah ia sebagai suatu ikhtibar untuk kita menerokai atau berpolitik dengan lebih baik seperti mana Allah SWT berfirman dalam al-Quran, jadikanlah sesuatu kejadian yang berlaku sebagai pengajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan. Hantar komen anda mengenai artikel ini ke mingguan@utusan.com.my Dr. Mohd Ridhuan Tee Penulis ialah Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

7/29/2009

Orang Melayu Kita Kini

" Melawan Malayan Union itu adalah perkara kecil dan yang berat ialah melawan Melayu sendiri. Melawan Melayu ialah melawan perangai, tabiat dan kelakuan...-Dato' Onn Jaafar, April 1948. Melayu bergeser sesama sendiri..alasan pegangan politik yang berbeza, tidak sehaluan... siapa yang untung...melayu atau orang lain.... orang melayu ditekan...siapa menekan...orang melayu sendiri... orang melayu makan kawan...siapa jadi mangsa...bukan bangsa lain... heboh pasal ketuanan melayu...siapa yang meruntuhkan...bukan Ah Meng atau bukan muthu..tapi Ali itu sendiri.. ekonomi melayu jatuh...aset tiada...pendidikan terbelakang...politik lintang pukang...salah siapa... sebab orang melayu suka kata takpa...buat kerja last minute..suka mengamok...melenting...ketam melayu suka tarik kawan kawan...ketam cina suka tolong kawan..support dari belakang... jangan lihat percakaran kaum cina atau india sekarang menunjukkan mereka berpecah belah...mereka ada satu matlamat yang sama..mahu bangsa mereka kuat....tidak mcm bangsa kita...berbalah membawa perbecahan...tak bertemu suku...satu kampung tak bertegur sapa...masya Allah...

7/25/2009

'Merdekakah Sarawak' menghasut

SAYA amat tertarik untuk mengulas apa yang diperkatakan ‘Guru M’ dalam ruangan ini, mengenai negeri Sarawak terutama penyataan 'Merdekakah Sarawak di dalam Malaysia'. Pertama yang saya ingin sentuh ialah ternyata jelas penyataan itu bersifat ‘menghasut’, namun tidak perlulah saya mengulas lebih lanjut. Memang benar Sarawak kelihatan agak kurang membangun berbanding negeri lain di Semenanjung malah masih ada lagi rakyat Sarawak yang tidak mendapat bekalan air bersih mahupun bekalan elektrik di rumah mereka. Satu perkara yang harus difahami Sarawak amat luas, mungkin mampu menyamai keluasan Semenanjung. Jadi amat mustahil kemajuan dan pembangunan menyeluruh dapat disediakan memandangkan masih ramai lagi yang culas untuk membayar cukai sedangkan itulah hasil utama negara. Walaupun Sarawak antara negeri pengeluar petroleum terbesar negara, jumlah pendapatan yang didapati masih jauh daripada jumlah yang diperlukan untuk pembangunan menyeluruh negeri Sarawak. Satu fakta yang tidak boleh dinafikan oleh mereka yang tinggal di Sarawak ialah kemudahan internet wifi yang diberikan percuma kepada rakyat negeri Sarawak. Malah Sarawak mendahului Selangor masih lagi berkira-kira mengenai perkhidmatan internet wifi percuma kepada rakyatnya. Memang diakui infrastruktur jalan raya di Sarawak amat terkebelakang berbanding di Semenanjung. Hal ini kerana kontraktor yang diamanahkan menjalankan kerja membina jalan raya tidak sama sekali menggunakan prinsip kejuruteraan jalan raya di dalam proses pembinaan jalan. Ini menyebabkan jalan raya di Sarawak hanya mampu bertahan tidak lebih dua tahun sebelum ia rosak. Penyelewengan ini memang disedari mereka yang ‘celik’ dalam bidang kejuruteraan awam, namun tiada apa yang mampu mereka lakukan. Namun diharapkan selepas ini, pihak yang berkenaan turun padang dan menilai sendiri kaedah yang mereka gunakan untuk membina jalan raya. Ini kerana kami percaya duit rakyat dibazirkan begitu saja. Di sini, saya juga ingin menarik perhatian pembaca bahawa Jabatan Kerja Raya (JKR) Persekutuan tidak mempunyai kuasa autoriti terhadap jalan atau infrastruktur di Sarawak. Semuanya diselenggara sendiri rakyat Sarawak melalui JKR negeri Sarawak. Begitu juga dengan perkhidmatan kesihatan kerana hampir 90 peratus jururawat yang bertugas adalah rakyat negeri Sarawak. Maka rasanya tidak timbul isu `merdekakah Sarawak di dalam Malaysia?` kerana ternyata Sarawak mengurus tadbir negeri dengan cara dan acuan mereka sendiri. Namun, ia bukan alasan untuk Sarawak terkebelakang di dalam banyak segi. Saya mengambil Bahagian Mukah sebagai contoh. Empat tahun lalu, bagai tiada apa yang menarik di sini. Namun sejak Politeknik Mukah beroperasi diikuti pembesaran kampus UiTM Mukah, terdapat banyak perubahan, malah Mukah juga diisytihar sebagai Koridor Pembangunan Wilayah Tengah Sarawak. PEMERHATI PEMBANGUNAN, Mukah, Sarawak. Berita Harian 25.07.2009 (Surat) http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Surat/20090724230205/Article/index_html +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Sarawak perlu pembangunan SAYA seorang guru yang sudah empat tahun berkhidmat di Sarawak. Bagi saya, Sarawak masih jauh ketinggalan dari segi pembangunan berbanding kebanyakan negeri di Semenanjung. Contoh paling ketara ialah pembangunan infrastruktur, terutama jalan raya. Masalah berkenaan amat merunsingkan kerana kita sedia maklum, jalan raya adalah sistem perhubungan yang amat penting walau di manapun kita berada. Apabila sistem jalan raya tidak diselenggarakan dengan baik, banyak masalah yang akan melanda. Masalah paling serius ialah kemalangan jalan raya dan kerosakan pada kenderaan yang menggunakan jalan raya berkenaan. Selain itu, pembangunan di kawasan pedalaman masih lagi jauh ketinggalan. Penduduk kawasan luar bandar memerlukan air bersih, bekalan elektrik dan sistem perhubungan yang lebih selamat dan baik. Keadaan di pedalaman Sarawak seolah-olah kita berada di negeri di Semenanjung pada era 1980-an dulu. Begitu jauh tahap perbezaan jika dibuat perbandingan. Adakah warga Sarawak tidak layak untuk menikmati kehidupan yang lebih berkualiti? Di manakah konsep 1Malaysia? Yang paling penting, merdekakah Sarawak dalam Malaysia? CIKGU M, Sarawak. Berita Harian Online - (surat) http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Surat/20090720232211/Article/

7/24/2009

Selsema Babi

Peningkatan kes mendadak seluruh dunia... negara kita tidak ketinggalan... bercakap mengenai babi ni..kononnya diceritakan pada zaman Nabi Noh..berlaku banjir besar..justeru nabi Noh telah membawa sepasangan haiwan dan binatang di dalam kapalnya... dalam pelayaran diceritakan banyak lah najis-najis seluruh haiwan binatang dalam kapal tersebut... oleh kerana tiada yang mahu untuk membersihkan..maka nabi Noh telah mengarahkan babi untuk membersihkan najis-najis tersebut... maka bekerjalah babi tersebut dengan memakan najis-najis yang berada di atas kapal trsebut... begitulah yang kita lihat sekarang...babi tidak memilih makanan..najis pun babi akan makan... dari diceritakan maka babi haram bagi umat islam... begitulah kisah adernya... ------------------------------------ Kita lihat Binatang ini memang banyak menimbulkan masalah kesihatan... kita tidak pasti...tapi majoriti yang terkena jangkitan adalah non muslim... amalkanlah cara hidup sihat, jaga kebersihan diri, tempat tinggal, tempat kerja, ruang hidup kita, dunia kita...jagakanlah juga kebersihan rohani kita... semuga kita terhindar dari segala macam malapetaka dan bencana yang melanda..amin...

7/17/2009

Menipu Ustaz & Siapa Jual Agama?

ISU USTAZ DAN BALASAN DUIT Isu ini pernah ditulis oleh beberapa orang rakan ustaz di dalam blog mereka dengan ulasan yang pelbagai. Selain pengalaman saya sendiri, saya turut kerap mendengar pihak penerbit dan penjemput ceramah menuntut si ustaz untuk IKHLAS dalam menyampaikan ilmu, mereka menuntut ustaz untuk ILKHLAS menyedeqahkan ilmu mereka tanpa bayaran. "bukankah ilmu Islam itu milik Allah swt" kata mereka lagi. Namun, mereka lupa bahawa si ustaz adalah seorang manusia yang perlu wang untuk menjalankan tugasnya sebagai manusia dan pendakwah sekaligus. Saya juga terfikir, bila pula pihak penerbit dan yang menjemput ikhlas dalam menderma? Ya, bila pula mereka ingin belajar menderma secara ikhlas kepada sang ustaz yang bersusah payah meluahkan waktu dan tenaga untuk hadir berkuliah. "Ala dia ustaz, dia la yang kena ikhlas, jangan jual agama!" itu tegas para penjemput dan penerbit bila diajukan hal ini. Begitu kejinya permainan psikologi mereka sehingga tergamak menuduh ustaz yang dijemputnya sebagai menjual agama. Lebih keji, selepas ini disebarkan di forum-forum internet dan seluruh masjid dan surau yang lain, menghasut agar jangan dijemput lagi ‘ustaz duitan' ini dan kononnya ustaz ini menjual agama. Baca Penuh

Kematian MJ, Pembunuhan Marwa & Muslim China

Si celaka itu diheret oleh Marwa ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman Euro 780. Namun si celaka ini membuat rayuan yang menyebabkan ia bertemu wajah sekali lagi dengan Marwa di mahkamah. Dengan pisau di tangannya si celaka ini menyerbu Marwa yang sedang mengandung tiga bulan lalu menikamnya sebanyak 18 kali di dalam mahkamah di hadapan hakim!.Peristiwa ini berlaku pada 1 Julai 2009 yang llau. Satu susana yang tidak masuk dek aqal, bagaimana boleh si celaka ini membawa pisau di dalam sebuah mahkamah? Dan bagaimana ia boleh menikam sebanyak 18 kali tanpa gangguan segera dari pengawal dan orang sekelilingnya. Suami Marwa tangkas menerpa untuk membantu namun rupanya mereka terlupa sedang berada di ‘medan perang'. Suaminya ditembak oleh pihak polis semasa ingin membantu isterinya, sedangkan si celaka pembunuh dibiar hidup. Polis menggunakan alas an murahan apabila berkata ‘tersilap sangka', mereka sangkakan suaminya adalah pembunuh. Syeikh al-Azhar Syeikh Muhammad Tantawy mendesak pihak Germany untuk mengenakan tindakan berat kepada si pembunuh. Namun sejauh manakah seriusnya mahkamah akan bertindak terhadap si pembunuh, tidak dapat dipastikan? Baca Penuh -

6/13/2009

Allow Chin Peng to come home, says Anwar

By LOH FOON FONG and ZULKIFLI ABD RAHMAN The Star Online http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/6/13/nation/20090613121609&sec=nation KAJANG: PKR adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim has asked that former Communist Party of Malaya leader Chin Peng be allowed to return to Malaysia. This does not mean that the party supported communism, he said, adding that it was merely asking the Government to allow a senior citizen to return home to spend the rest of his life in. Speaking at the PKR special national congress here, Anwar said the gesture was similar to the country’s leaders going to China where it does not mean that the Malaysian government supported the Chinese ===================== Pandangan Anda Bagaimana???======================

Swisscash victims may get money back ?

Monday September 29, 2008 Swisscash victims may get money back By LISA GOH PETALING JAYA: There is hope now for victims of the Swisscash investment scam to regain some of their investments. The Securities Commission (SC) has obtained a landmark judgment compelling two men and a company involved in the scam to pay back US$83mil (RM285mil) or any further amounts traced after this to the commission. The monies recovered will ultimately be channelled back to the victims in the form of compensation. The judgment is significant in that it gives the commission a stronger bite from now on when hunting down perpetrators of other scams. The judgment against Albert Lee Kee Sien, Melvin Choo Mun Hoe and Dynamic Revolution Sdn Bhd was obtained on Sept 25, from the High Court here. With this judgment, the commission will be able to work with its counterparts in other countries including Switzerland, Isle of Man, Jersey, Australia and Singapore to trace and repatriate Swisscash monies of approximately RM30mil known to be held overseas to satisfy the judgment. “Eligible investors will be compensated once these monies have been successfully repatriated,” the commission said in a press statement. The commission said that in addition, the defendants were restrained from carrying on Swisscash business and acting as unlicensed fund managers and unlicensed investment advisers. “They are also restrained from collecting funds for investments in any investment scheme or hosting any Internet investment scheme websites,” the statement said. It was earlier reported that SwissCash had no licence to collect funds, and thus, was illegal. Its modus operandi was based on Telegraphic Transfer transactions in local banks and also through the Internet. It offered a no-limit investment plan with convincing profit returns which attracted investments of between RM380mil and RM3.8bil from about 100,000 Malaysian investors. The judgment also enables the commission to take contempt proceedings against the defendants if they continue to conduct Swisscash activities or any other investment schemes. This achievement disposes the commission’s action against three of the four defendants named in the civil suit filed in June last year. The fourth defendant, Amir Hassan, is still contesting the civil action. Based on their findings, the SC had obtained a worldwide Mareva injunction in June 2007 to prevent the defendants from disposing their assets in and outside Malaysia. A court order was also obtained in September 2007 directing one of the defendants to transfer RM35mil of Swisscash monies back to Malaysia. The commission also reminded investors that neither Swiss Mutual Fund nor Swisscash are licensed by them. Bar Council vice-president Ragunath Kesavan said that “very rarely” was there a provision in a civil suit for recovery. “It’s a good step and I hope regulators will take a more proactive action towards protecting public interest,” he said. ============================================The Star Online http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/9/29/nation/2144487&sec=nation Lapan Bulan Sudah Berlalu...tiada berita langsung yang kita dengar berkenaan dengan pelaburan ini... jangan terlalu mengharap dan berhati-hatilah membuat pelaburan anda dikemudian hari... jangan tertipu untuk kali kedua.....

6/10/2009

Bogel. Tiada Cara Lainkah Untuk Buat Kerja Amal

SATU gambar yang menunjukkan beberapa pelajar Universiti Oxford berbogel untuk tujuan amal. LONDON - Sebanyak 60 pelajar Universiti Oxford di Britain berbogel untuk program menerbitkan kalendar amal, lapor sebuah akhbar semalam. Mereka berbuat demikian untuk membantu pertubuhan kebajikan TravelAid mengumpulkan wang bagi membiayai pelajar universiti itu yang melakukan kerja sukarelawan di luar negara. Kalendar itu dijual pada minggu lalu. Pertubuhan itu telah diberikan kebenaran oleh pihak pengurusan universiti untuk merakamkan gambar bogel pelajar. Pengarah pertubuhan itu, Catherine Little berkata: "Idea itu datang dengan tiba-tiba dan saya memikirkannya kenapa ia tidak dilakukan? "Kakitangan universiti memberi banyak sokongan dan mereka seronok melihat kalendar itu." Gambar yang dirakamkan itu menunjukkan pelajar universiti tersebut melakukan pelbagai aksi seperti bermain alat muzik, berjalan dan berada dalam bilik asrama dalam keadaan bogel. - Agensi ========================= satu kerja orang yang gila...tiada harga diri...komen anda??

6/05/2009

Kelayakan untuk bergelar 'ustaz'

Berita Harian Online 5/6/2009 JIKA kita menyandarkan gelaran, panggilan, tanpa ada batasan maka kita akan mewujudkan caca marba dalam masyarakat. Seorang ustaz ialah yang mempelajari agama Islam, berakhlak seperti akhlak Islam, berpegang dengan ajaran Islam, malah berpakaian yang selayaknya untuk seorang ustaz. Jika kriteria asas ini tidak dipatuhi, seorang ustaz itu sama saja dengan orang lain dan tidak ada keperluan untuk memanggilnya ustaz. Sebagai contoh seorang yang berlatar belakangkan pengajian Islam, namun sering ke kelab malam, maka dia bukanlah seorang ustaz. Seorang ustaz bukan hanya pandai bercakap mengenai Islam tetapi juga berakhlak Islam. Justeru, tiada istilah ‘ustaz rock’, ‘ustaz hindustan’ dan sebagainya. Kalau itulah minatnya, maka dia bukanlah ustaz. Asas panggilan seorang ustaz ialah beliau mesti belajar ilmu Islam sama ada secara formal atau tidak formal dalam bentuk disiplin ilmu Islam itu sendiri. Sebagai contoh belajar Islam dengan seorang guru dan memasuki kelas guru berkenaan serta memiliki kitab yang dipelajari. Pengajiannya mesti dalam jangka masa bertahun-tahun. Ia kerana dalam disiplin ilmu Islam hampir saja menyamai mana-mana ilmu lain iaitu memerlukan masa yang panjang untuk memahaminya. Adalah pelik dengan belajar setahun dua sudah dikatakan alim melainkan dia menerima wahyu daripada langit. Dengan itu terkeluarlah daripada panggilan ustaz, seseorang yang sesekali pergi melawat pondok dan pasentren dan tidak jelas pembelajarannya ilmu Islamnya. Ustaz seorang yang berakhlak Islam. Dia tidak akan makan sambil berjalan, menghisap rokok, berambut panjang seperti wanita (kecuali berambut panjang mencecah bahu dengan niat semata-mata menurut sunnah Rasulullah SAW bukan kerana trend masa kini), memasuki panggung wayang dalam apa sebab sekalipun, bergaul dengan wanita bukan mahramnya dan semua bentuk akhlak yang tidak layak bagi seorang Islam. Kalau itulah yang dilakukan oleh ustaz itu, keluarkan saja ustaz sebegini daripada golongan ustaz kerana dia bukanlah seorang ustaz. Umum menerima bahawa seorang hakim mempunyai akhlak dan etika kehakiman. Beliau tidak boleh berada di tempat tertentu serta makan dengan orang tertentu yang dikhuatiri menjejaskan kredibiliti penghakimannya. Misalnya, seorang hakim tidak boleh makan bersama peguam bela kes yang diadilinya. Sekalipun dia tidak membuat apa-apa kesalahan dan tidak menerima rasuah, namun perbuatan itu melanggar etika kehakiman. Begitu juga dengan seorang ustaz? Mereka tidak boleh merungut, itu tidak boleh, ini tidak boleh kerana itulah harganya seorang ustaz. Sama saja seorang hakim tidak boleh merungut kerana menerima jawatan sebagai hakim. Mampukah kita menerima ustaz yang terkinja-kinja di pentas, ustaz yang akhlaknya sama saja dengan orang lain, ustaz yang bergaul bebas dengan wanita atas alasan yang sengaja dibuat-buat dan sebagainya? Saya menyeru kepada kita semua, marilah kembalikan maruah institusi ustaz dan tidak sewenangnya menyandarkan gelaran itu kepada sesiapa saja. Ini kerana institusi ustaz ini adalah mulia dan pada merekalah kita melihat wajah Islam. YANG PRIHATIN, Kelantan.

6/04/2009

Cucu perempuan Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia

Takziah Kepada Keluarga CM KUALA LUMPUR 2 Jun - Cucu perempuan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam, kerana terjatuh ke dalam sebuah kolam, meninggal dunia hari ini. Celestia Lulua Taib, 4, meninggal dunia di wad pediatrik di hospital itu pada pukul 8.20 pagi dan mayatnya dituntut oleh ahli keluarganya tiga jam selepas itu. Allahyarham yang merupakan anak saudara kepada Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mahmud Abu Bikir Taib dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mont Kiara. - Sumber - Utusan Online 3/6/2009

5/22/2009

Larangan al-Quran cegah 'selsema babi'

Azamin Amin Fri | May 22, 09 | 10:05:35 am MYT (HARAKAH Online) KUALA LUMPUR, 22 Mei (Hrkh) - Setiap larangan Allah SWT terhadap sesuatu perkara, pasti tersimpan hikmah yang tersendiri dan mempunyai sebab yang kuat demi melindungi manusia daripada sesuatu bahaya dan bencana. Iklan Pengharaman memakan daging babi di dalam surah al-Baqarah ayat 172, mempunyai kaitan rapat dengan jangkitan 'selsema babi' yang melanda dunia yang kini begitu mengancam nyawa manusia dan bukan pertama kali malah telah berlaku dalam sejarah yang sewajarnya di ambil iktibar atas setiap yang di perintah dan dilarang oleh Allah SWT selama ini kepada manusia. Kata Pengarah Institut Kajian Hadis, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Ustaz Mohd. Farid Ravi Abdullah bahawa Allah SWT melarang memakan babi itu kerana tuhan lebih arif tentang wabak dan penyakit yang ada pada babi yang dicipta-NYa termasuk kemampuan manusia untuk menerima sesuatu makanan yang layak untuk tubuh badannya. "Dia yang ciptakan manusia dan babi, dia jugalah yang tahu segala baik buruknya sesuatu. Oleh itu kita perlu taat, kerana setiap larangan Allah pasti bersebab yang kuat, "Bahkan dalam al-Quran menyebut dalam permulaan surah Baqarah, ayat 172 itu dengan kalimah 'wahai manusia' bermaksud ayat ini tidak semata-mata dituju kepada orang Islam sahaja tetapi semua manusia termasuk orang bukan Islam yang jika mengikuti larangan ini, akan dapat juga mencegah daripada terkena wabak ini," kata beliau. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kuliahnya dalam rancangan Halaqah terbitan TV9 malam semalam yang bertajuk "Selsema Babi" bersama ahli perubatan, pendakwah dan penulis buku Dr Danial Zainal Abidin yang dipengerusikan oleh Ustaz Ahmad Shukri bin Yusof. Dalam pada itu, Dr Danial menjelaskan hasil kajian bahawa babi berupaya menerima aneka jenis virus di dalam tubuh badannya sekalgus boleh menukarkan virus menjadi lebih merbahaya sehingga boleh membunuh manusia. "Babi boleh memakan apa saja dan menerima semua jenis virus. Kemudia menukarkan virus yang ada padanya kepada virus yang lebih merbahaya seperti selsema babi. Babi boleh menyebabkan manusia mendapat lenih 25 jenis penyakit," katanya. Malah kata Dr Danial 'swine flu' atau selsema babi ini pernah melanda dunia pada tahun 1918 yang turut dikenali sebagai "Spanish Flu". "Dalam journal yang saya baca, ada yang mengatakan telah membunuh 20 juta manusia dan ada yang kata 40 juta manusia. Dan wabak yang melanda dunia hari ini sama dengan Spanish Flu pada tahun 1918," katanya Beliau turut mengemukakan hasil kajian barat, bahawa terdapat nasihat daripada pakar melarang memakan babi kerana membawa virus dan penyakit. Babi katanya walaupun dimasak berkali-kali, terdapat sejenis kuman yang tidak mati yang 'duduk' di dalam genetik babi yang boleh membawa bahaya. "Dalam Dinasti Ting, ada seorang tabib terkenal juga melarang orang Cina memakan babi. Ini kitab kuno orang Cina sudah ada larang tersebut dan memberitahu tentang bahayanya," kata Dr Danial lagi. Dalam kesimpulan diskusi rancangan agama itu, Farid Ravi menjelaskan bahawa doa adalah merupakan senjata paling ampuh untuk mengelak manusia daripada terkena jangkitan ini kerana ianya merbak secara luas dan tanpa sempadan. "Manusia tidak boleh halang dan sekat udara yang bertebaran. Itu kuasa Allah. Penyakit yang ada di Mexico beribu-ribu batu sudah sampi ke negara jiran Thailand. Begitu cepat ia merebak. "Kita mestilah berdoa banyak kerana itu antara senjata kita kerana kita tak mampu kawal semua. Manusia yang ada di sekeliling kita mahupun udara yang ada. Semua dengan izin Allah semata-mata," katanya. Sementara itu Dr Danial pula memberi berapa panduan untuk mengelak berlakunya jangkitan tersebut antaranya seperti yang dianjurkan oleh agama iaitu sentiasa membasuh tangan. "WHO mengeluarkan panduan, supaya sentiasa membasuh tangan. Bagi kita ini bukan sesuatu yang baru, malah kita sentiasa berwuduk untuk solat dan mambasuh tangan sebelum makan,"katanya yang turut menyarankan agar mengikuti saranan Nabi Muhammad s.a.w sewaktu bersin. Ketika bersin, Nabi menutup tangan dan adakalanya menggunakan kain dan ini seperti yang dinasihatkan Kementerian Kesihatan Malaysia baru-baru ini. "Sebenarnya setiap perkara yang melanda, di satu segi ianya merupakan bahaya tetapi ianya juga peluang kita untuk berdakwah, menceritakan kuasa Allah dan kebenaran al-Quran. "Ekonomi global jatuh, ketika itu baru dunia sedar ekonomi berasaskan Islam, sangat cantik dan baik maka begitu jugalah dengan kes wabak ini, yang membuatkan dunia akan mengkaji larangan Allah SWT dalam al-Quran," katanya. - azm _

5/17/2009

Adakah Si Kaya Ini Gila Atau Kita Yang Mabuk?

Oleh Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net Are you mad? Itu yang dikatakan oleh akauntan jutawan Brian Burnie, apabila majikannya menyatakan hasrat untuk menderma hotel mewahnya bernilai sekitar GBP 20 juta. Perasaan saya bercampur-campur setiap kali membaca berita sebegini. Minda pula berkecamuk memikirkan rasional dan dorongan yang memberikan mereka kemampuan untuk menderma sebgini banyak. Kemungkinan, ramai yang akan terus bersangka buruk apabila membaca kisah dan berita dermawan si kaya seperti ini. Tidak dinafikan, ramai juga yang merasa amat kagum dengan kedermawanan mereka. Mari kita cuba cari sebab-sebab luaran kedermawanan mereka dalam tulisan ini. Kalau dulu saya sering membaca pengasas Microsoft, Bill Gates, menderma di sana dan sini di samping yayasan yang telah ditubuhkannya. Semalam seorang lagi jutawan di Britain melakukan perkara yang sama. SUMBANGAN BILL GATES Pada bulan Jun 2008, Bill Gates yang berumur 52 tahun telah membuat pengumuman akan meninggalkan sejumlah hartanya yang bernilai USD 58 billion untuk tujuan kebajikan dalam surat wasiatnya. Wang itu akan diletakkan di dalam Yayasan Bill and Melinda Gates, untuk membiayai kajian kesaihatan dan perubatan serta pendidikan di seluruh dunia. Apa yang mengkagumkan saya kata-katanya :- We want to give it back to society in the way that it will have the most positive impact, I want to make a positive contribution to the world." WARREN BUFFET DAN DERMANYA Pada Jun 2006 yang lalu, saya telah pun terkejut membaca berita billionaire bernama Warren Buffet, 75, yang melakukan derma amal kepada Yayasan Gates untuk tujuan yang sama. Jumlah yang didermakan bukan kecil malah berjumlah USD 44 billion. Moguls, from left, Bill Gates and Warren Buffett, the world's two richest men, will partner to create the world's most powerful charity.(ABCNEWS.com) Lebih menarik dari biasa, Buffet juga mahukan setiap sumbangannya yang dibuat secara tahunan itu, digunakan pada tahun tersebut juga dan tidak mahu ditangguh-tangguh. Semalam (14 Mei 2009), saya ada membaca kisah seorang jutawan Britain yang mendermakan hotel mewahnya, hotel yang asalnya sebuah rumah besar lama berusia beratus tahun, diubahsuai dengan kos sebanyak GBP 16 juta. Pada asalnya dia ingin menggunakan seluruh keuntungan dari hotel mewah itu untuk tujuan kebajikan, namun ditukar ideanya. Kini dengan rasminya hotel mewah itu akan dijual dan seluruh hasilnya akan didermakan kepada persatuan kanser. Kos jualannya sudah tentu melebihi GBP 20 juta (RM 110 juta). Berikut tiga kata-kata beliau yang menarik hati saya : "While owning property and making money is important, it is not as important as people." 'The biggest thing with most people is money, but with me it is not. I want to give it up and do something more for others. "We can all do something by leaving money to charity when we die, but why don't we do something while we are still living?' Apa yang disebut pertama tadi bertepatan dengan tanggungjawab sosial dalam Islam. Malah di dalam Islam pembangunan jatidiri individu rakyat sememangnya jauh lebih penting dari pembangunan material seperti bangunan pencakar langit dan lainnya. Yang kedua pula bertepatan dengan ajaran Islam agar tidak bersikap selfish dan sentiasa memikirkan manfaat yang diperolehi untuk dikongsi dengan orang ramai, dan yang ketiga pula bertepatan dengan sabdaan Nabi :- ولا تمهل حتى إذا بلغت الحلقوم Ertinya : dan janganlah kamu bertangguh-tangguh ( dalam bersedeqah) sehingga sampainya ( nyawamu) di kerongkong (hampir mati)" (Riwayat Al-Bukhari, no 1353) APA LAGI MOTIF MEREKA ? Saya suka untuk memikirkan motif positif dan sihat berbanding agenda terselindung ketiga-tiga mereka. Setelah menolak andaian-andaian negatif dan setelah membaca dengan lebih lanjut, barulah terzahir beberapa sebab yang rasional, antara yang paling utama adalah falsafah mereka dalam membentuk masa depan anak dan ahli keluarga mereka. Mereka mengambil keputusan menderma kerana tidak mahu meninggalkan harta yang terlalu banyak kepada anak-anak, kerana kelak akan membebankan anak-anak mereka sendiri, malahan meninggalkan kesemua harta-harta yang melimpah ruah itu juga dianggap tidak rasional . Falsafah mereka, tinggalkan secukup-cukup sahaja namun anak-anak masih perlu terus berusaha. Buffet pernah berkata di majalah Fortune : "Giving your children too much money is a burden, not a gift, and is not a rational thing to do with all that wealth." "A very rich person would leave his kids enough to do anything, but not enough to do nothing,'" Saya mengira falsafah itu ada benarnya, masakan tidak, si anak pasti tidak akan dapat berkongsi rasa sukar, cabaran dan jerit perih yang dilalui para ayahnya; malah si anak akan ditinggalkan lemas dalam kekayaan mega tanpa sebarang usaha, kelak tiada apa lagi yang relevan untuk mereka lakukan kecuali menghabiskan harta yang terlalu lumayan itu. Hasilnya, otak mereka pasti menjadi mati dan lebih dahsyat akan mencatatkan sejarah buruk dalam keluarga kerana terlalu lalai untuk menghabiskan harta, akhirnya menjadi beban dan masalah kepada masyarakat. Tiada manfaat yang diberinya kepada masyarakat berbanding ayah-ayahnya yang bertungkus lumus mencapai apa yang berada di hadapan matanya. Kejayaan ayah mereka dicapai dengan seribu satu macam manfaat dipanjnagkan kepada orang ramai, namun si anak akan menghancurkan segalanya. Tujuh tahun lepas, Buffet pernah memberitahu di dalam ABC New "Nightline", bahawa dilahirkan dalam kemewahan tidak melayakkan anak-anaknya untuk menikmati keseluruhan harta itu. Tidak dinafikan, ramai yang memuji tindakan mereka berdua dan tidak kurang juga yang mencela dengan pelbagai anggapan. Antara kritikan kepada Gates, boleh rujuk di link ini. JUTAWAN DAN HARTAWAN MUSLIM Apapun kritikan terhadap hartawan bukan Islam, bagi jutawan Muslim, Islam menganjurkan pendekatan yang sedikit berbeza, banyak pula yang sama. Yang paling berbeza adalah keperluan jutawan Muslim untuk menyembunyikan sumbangan dan sedeqahnya. Allah swt berfirman : وَإِنْ تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكُم Ertinya : "Dan sekiranya kamu menyembunyikannya (sedeqahmu) dan memberikannya kepada faqir miskin, demikian adalah LEBIH baik bagimu" Nabi s.a.w bersabda :- صدقة السر تطفىء غضب الرب Ertinya : Sedeqah yang dilakukan secara sembunyi memadamkan kemurkaan Allah swt. Memang benar, jutawan Muslim yang bersifat dermawan memang ramai, banyak juga sumbangan yang telah dihulurkan kepada pelbagai pihak sama ada secara senyap atau terbuka. Tan Sri Mokhtar Al-Bukhari adalah satu ikon utama yang pasti terlintas di minda kita apabila sahaja membuka cerita sebegini. Saya secara peribadi juga mengenali beberapa individu dermawan seperti Dato Hj Rameli Musa, Pengasas Ingress Corporation Berhad, dan ramai lagi. Semasa saya pulang ke Malaysia dua minggu yang lalu, tatkala berbual-bual dengan Ust Zahazan di syarikat Telaga Biru Sdn Bhd, beliau ada menyebut berkenaan kejayaan seorang usahawan Muslim bernama Ali Hassan Bin Mohd Hassan, yang merupakan pengasas al-Ikhsan Sport Sdn Bhd, jualan syarikat ini dikatakan sudah mencecah RM 100 juta setahun dengan cawangannya yang mencecah 58 buah. Apabila ditanya rahsia kejayaannya beliau menjawab :- Amalkan 3 perkara, : Pertama : Penuhi hak Allah tanpa berkira-kira (iaitulah zakat sehingga syarikat ini dikatakan penyumbang zakat terbesar di Johor). Kedua : Jalankan tanggungjawab pada manusia Ketiga : Ramai yang belum mampu melakukan, iaitu penuhi hajat ibu, walaupun saudara terpaksa mengorbankan banyak kepentingan Memang benar, jawapan yang hampir sama sering saya dengari dari usahawan muslim yang berjaya, sumbangan mereka dibuat secara senyap-senyap. Segala puji bagi Allah dan tahniah di atas sumbangan dan sedeqah mereka. Namun demikian, jumlah golongan ini masih belum cukup besar, masih ramai lagi hartawan dan jutawan Muslim yang masih belum dan terlalu berkira-kira untuk menyumbang, kita sewajarnya lebih laju dari hartawan bukan Islam yang saya sebutkan di atas. Kita sewajarnya lebih sedar bahawa menyumbang sama ada melalui zakat yang wajib atau sedeqah yang sunat akan menambah berkat dan rezeki dari Allah swt. Menambah rezeki yang bersifat spiritual. Sabda Nabi s.a.w :- مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ Ertinya : Tiadalah harta itu berkurang disebabkan oleh sedeqah ( riwayat Muslim) Kini, sudah ramai yang merasakan kesan sumbangan yang dikeluarkan adalah pertambahan, bukan kurang. Malah ia turut dirasa oleh hartawan bukan Islam seperti Bill Gates, beliau pernah menyebutkan hal ini dalam satu majalah antarabangsa satu ketika dahulu (namun saya gagal mencari keratannya). PARA RIBUAN, JANGAN BERALASAN Jika mereka sudah merasakan nikmah kebahagiaan hasil pemberian itu, bilakah kita pula?. Jangan ditunggu kita bergelar jutawan atau billionaire untuk bertindak, mulakan dari sekarang secara kecil-kecilan sesuai dengan kemampuan kita. Walau adakalanya kita tidak layak untuk membayar zakat wajib harta atau pendapatan kerana beban kewangan yang lebih besar dari pendapatan, namun jangan sekali menjadikannya sebagai alasan untuk tidak menderma dan menyumbang. Moga dengan sumbangan kecil dan ikhlas itu, mampu menjadi pembersih harta kita dan penyuburnya. Juga ingatlah, derma dari seorang yang sikit harta lebih besar ganjarannya dari derma individu yang besar hartanya. Sebuah hadis menyebut :- أي الصدقة أفضل؟ قال: سرّ إلى فقير أو جَهْد من مُقلّ Ertinya ; Sedeqah yang paling utama adalah menggembirakan fakir dan dikelaurkan dalam keadaan sedikit harta ( Riwayat Ahmad 5/178 ; Tafsir Ibn Kathir, 1/701) Ikhlaskan niat dan jangan pula ‘kotor mulut' mencela apabila sedeqah yang diberi kelihatan tidak menambah keuntungan duniawi dalam jangka masa yang segera. Saya bimbang, ada yang menderma dengan niat yang satu, iaitu untuk mengharapkan untung berganda setelah dimotivasikan oleh para ustaz bahawa bersedeqah boleh menambah keuntungan, lalu apabila tiada pertambahan lalu dicelanya hadis, dicelanya ustaz, disesalinya sedeqah yang pernah di lakukan dahulu sebagai silap dan salah. Ingatlah firman Allah swt :- الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ ثُمَّ لاَ يُتْبِعُونَ مَا أَنفَقُواُ مَنًّا وَلاَ أَذًى لَّهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ Ertinya : "Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati " (Al-Baqarah : 262) Lihat dan fahamilah dalam-dalam erti yang tersurat pada ayat ini, setiap pemberian sedeqah mestilah diriingi oleh rasa puas, gembira, tiada khuatir, tiada sedih dan sesal. Bukankah pakar-pakar motivasi sedunia malah doktor menyatakan, antara faktor yang boleh memberikan kesihatan tubuh, awet muda dan fikiran terfokus adalah KURANG STRESS dan hati yang gembira. Bergembiralah wahai penderma, gembira memberi dan menyumbang sama ada ilmu, harta, masa dan tenaga dengan rela dan redha. Nesacaya kita akan lebih tenang dan tersenyum, prestasi boleh meningkat, idea boleh bercambah. Bukankah Allah swt yang menggerakkan hati-hati dan minda manusia lain sama ada untuk memberi kita kontrak dan tender, mengambil kita bekerja, menaikkan pangkat, melantik kita untuk jawatan itu dan ini, memberi kepercayaan utnuk tugasan baru yang lumayan dan lain-lain. Lalu yakinilah dan bersangka baiklah dengan Allah swt, nescaya Allah akan menunaikan sangkaan baik kita. Nah, jika benar-benar kita langsung tidak mampu walaupun 10 sen, ada sedeqah lain yang mampu kita tunaikan dengan cemerlang tanpa memerlukan wang, iaitu ajaklah orang kepada kebaikan dan laranglah mereka dari kemungkaran. Nabi saw berdialog dengan para sahabat, seperti berikut : - على كل مسلم صدقة قيل : أرأيت إن لم يجد ؟ قال : يعتمل بيديه فينفع نفسه ويتصدق قال : أرأيت إن لم يستطع ؟ قال : يعين ذا الحاجة الملهوف قال : قيل له : أرأيت إن لم يستطع ؟ قال : يأمر بالمعروف أو الخير قال : أرأيت ؟ إن لم يفعل قال : يمسك عن الشر فإنها صدقة Ertinya : Nabi berkata : pada setiap muslim tuntutan untuk bersedeqah Sahabat berkata : Bagaimana jiak tidak mampu? Nabi jawab : Usahalah dengan kedua tanganmu untuk hasilkan perkara bermanfaat dan bersedqahlah. Sahabat bertanya : Bagaimana jika masih tidak mampu ? Nabi menjawab : Carilah orang yang sangat memerlukan bantuan (dan bantulah sama ada dengan tenaga atau ditunjukkan kepada yang mampu) Sahabat bertanya : Bagaimana jika masih tidak mampu? Nabi menjawab : Ajaklah orang lakukan perkara kebaikan dan larang mereka dari kemungkaran Sahabat bertanya lagi : Bagaimana jika masih tidak mampu? Nabi menjawab : Janganlah kamu lakukan perbuatan buruk, ia juga satu sedeqah ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) KESIMPULAN Terlalu ramai orang yang sentiasa sibuk memikir cara untuk MENDAPATKAN wang dan harta untuk dirinya, ye, MENCARI WANG, MENAMBAH WANG, MENGUMPUL WANG. Siang, malam pagi dan petang berhempas pulas minda dan tenaga mencari jalan. Sehingga ingin sahaja dilanggar semua jalan yang berpotensi, walau ia haram atau syubhat. Yang penting dalam mindanya, adalah poketnya semakin tebal. Sedangkan seluruh penghumpulan itu sekadar di dunia yang pendek ini. Malangnya, sangat kurang yang berhempas pulas memikirkan bagaimana untuk MENYUMBANG WANG, MEMBERI WANG, SEDEQAH WANG. Bukankah memberi ini demi kehiduapan selepas kematian yang terlalu amat panjang masanya. Mulakan berfikir untuknya, sebenarnya untuk kita juga. Brian Burnie, jika seorang jutawan bukan Islam warga Britain boleh berkata dan bertindak berdasarkan kata-katanya ini: "We live in a "me, me, me" society and it has always been important to me to think of others" Lalu apa lagi alasan kita sebagai muslim, bersedeqahlah sebelum sampai nyawa di kerongkong... Adakah si kaya ini gila kerana mendermakan wang yang begitu banyak? atau kita yang mabuk dengan pencarian wang secara selfish tanpa sebarang pemberian? Sekian, Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net 22 Jumada Awal 1430 H 17 Mei 2009 RUJUKAN KISAH BILL GATES, BUFFET DAN BRIAN Link : http://www.looktothestars.org/news/926-bill-gates-to-leave-his-billions-to-charity http://www.onlinecardonation.org/charity-news/gates-charity.htm http://abcnews.go.com/GMA/MellodyHobson/story?id=2118501&page=1 http://www.dailymail.co.uk/news/article-1181595/Im-giving-16m-mansion-charity-Businessman-pledges-away-millions-sale-luxury-hotel.html http://www.nytimes.com/1999/02/26/opinion/l-stop-criticizing-gates-s-generosity-no-profit-motive-516872.html Last update: 17-05-2009 17:41

Bidara Epal Vietnam dan Pokok Nam nam.

Bidara epal. Berbunga lebat dekat bahagian dahan yang ditut. Semoga tutnya menjadi disamping buahnya nanti pun boleh dimakan.. ana...